Mei 2013

This world doesn't makes any sense anymore~




Tuesday, September 1, 2009

Atasi masalah anda

Assignment banyak,
tapi bukan itu yang aku susah hatikan.

wahai pelawat blog aku, apakah yang akan anda semua buat selepas melakukan satu kesilapan besar.
Anda menyesal,
anda kesal.

Tulung.
Tulung.
Anda menjerit dalam hati tetapi tiada siapa yang dengar.

Ini rahsia anda yang anda tak ingin ceritakan kepada sesiapa pun.
Tapi anda juga tak mampu lagi simpan seorang diri.

Kata orang-orang tua, luahkan. Nanti makan dalam, bahaya.

Kemudian, anda pun termenung seorang diri sebelum tidur.

Jadi, untuk menyelesaikan masalah itu, aku turunkan sedikit tips.


1. Lakukan hobi anda. 
Tapi ingat! Hobi itu mesti berfaedah dan memberikan kebaikan kepada anda.
Macam hobi aku, bila tension aku akan gosok gigi.
Faedahnya, gigi aku lebih sparkling berbanding gigi orang lain. Hehe,


2. Selawat dan istighfar banyak2. 
Mudah-mudahan dengan berbuat begitu hati anda menjadi tenang.

3. Mandi. 
Ini kerana apabila ada air sejuk mengalir atas kepala, secara automatik hati anda turut menjadi sejuk. Aku dah try. cuba la k. 
Tapi Hengat...! 
Jangan bazirkan bil air anda meskipun anda menetap di kolej.

4. Sibukkan diri 
dengan buat assignment ke, baiki roda basikal ke, study ke, buat-buat sibuk ke..
dan bermacam-macam jenis kesibukan lagi.
Tapi hengat, bila dah masuk waktu tidur tu,tidur.
Nanti melelong pulak pergi kelas.

5. Be with your friends. 
Ha, kalau tak nak sharing dengan kawan-kawan, just be with them dah cukup bagus. Jangan jadi Mr.Lonely la sangat. Ini akan membuatkan derita di hati bertambah parah.
Elakkan menyentuh topik yang melukakan hati.

6. Anda senyum kepada masalah tersebut. 
Maksudnya disini, anda lupakan lah masalah itu. Bak kata Dr. Aid Abdullah Al-Qarni..
What done is gone and is over, so don't think about it anymore. It is Over.

7. say no to sad. 
Bila anda memang  jenis happy go lucky, maka masalah tak akan jadi besar sangat.

8. Anda kena ingat, masalah itu membuktikan anda masih lagi normal. 
Kalau tak ada masalah tu, sebenarnya anda mempunyai masalah gila.
Jadi, bersyukurlah. Dengan masalah itu, anda mendapat kematangan.
Anda mendapat pahala kalau betul cara anda menanganinya.


begitulah tips-tips apabila anda menghadapi masalah yang besar sebesar gunung Fuji.

Jadi, tepuk tangan tanya hati, adakah anda ingin masalah terus membelenggu anda?
Buat la keputusan sekarang.