Mei 2013

This world doesn't makes any sense anymore~




Saturday, October 31, 2009

Ku telan kepahitan ini


Kurasakan dunia ini kadang-kadang sungguh ’bias’ terhadap diriku. 
dan  aku rasa juga ini perkara biasa yang dirasai semua orang.
Almaklumlah, kita ini manusia biasa.
dalam hati sedikit sebanyak nak juga menyalahkan keadaan, 
walaupun tu semua berpunca daripada diri sendiri jugak.

 Tetapi, apa boleh buat, I deserve this. Aku percaya pada hukum karma.
belum sampai akhirat lagi tapi dah dapat balasan. huhu..
Telan ajelah kepahitan ini.

Orang lain, hari ni mungkin hari anda, bernasib baik walaupun kejahatan yang kita buat sama sahaja levelnya
(bluekk..geramnya haku)
Tp, aku percaya, ujian ni ' from God, with LoVe'. Ya, kena redhalah nampaknya. Dan perbaiki mana yang patut. 
                                     Encik, sila kutip hati yg carik. No hard feelings here!                                                                         

Mana ni words of wisdom~cari~cari~
'Be satisfied with your destiny, everything happens because of fate, so let go of boredom'


Thursday, October 29, 2009

Hari-hari rusuhan

PLAGIAT TAJUK FAIZAL TEHRANI. MINAT KE KAT DIA?

AKU? 
Tidak, aku tak minat dia. Dia minat aku tu, betul.
Tapi aku adalah beli juga dua, tiga buah buku dia.
Kakak aku peminat susah mati dia kot.
Jadi sedikit sebanyak terpengaruh la aku.

Sekarang,
hari-hari rusuhan untuk aku dan pelajar-pelajar local univercity telah bermula.

UTM dah start peperiksaan.
UPM semalam (28 Oktober)
UPSI next week.
My very first paper 3rd November.

                                               Sedang kayuh untuk imtihan

Baru-baru ni,
untuk dapatkan mood study, aku jalan-jalan. Tengok gaya kawan-kawan aku study.
Ada mengiring,
menelentang,
menido,
aku pun dapat semangat sikit la.

Kalau boleh nak upload muka poyo kawan-kawan aku tu. Tapi tak menutup aurat la pulak.
Aksi 18sx semuanya.

Jadi, kalau susah nak dapatkan mood study. Copy me.
Tengok gaya kawan korang, ada tak macam mentadak mentadu? 

Dalam hidup,
berkumpulan lebih meriah, lebih berkat,lebih siok, lebih happening.

Pesanan untuk yang membaca sekarang:
HIDUP SECARA BERJEMAAH.
TERIMA KEKURANGAN ORANG LAIN.
KITA PUN BANYAK KEKURANGAN, BUKAN.

For imtihan,
mari kayuh bersama-sama.


chayok! chayok! Ganbatte! Jia you! Jia you! Pulun! Berusaha! Kayuh! lain2


P/S-Cerpelai betul la, kenapa hidup ada exam?

Wednesday, October 28, 2009

Mio Nemico

Setiap daripada kita ada kenangan zaman kanak-kanak. 
Yang indah, yang pahit.



Namun semuanya menjadi indah bila dikenang semula. 


Yang pahit pon indah sebenarnya. 
Eh, tak tepat kot, memberi pengajaran mungkin.


Kenangan pahit di zaman kanak-kanak aku.
Wujudkah?

Berani derr buli aku yang budak ni. Tunggu  aku besar!                           

Ada...
Kecik-kecik aku selalu berniat dalam hati;


Aku nak cepat besar!
Nak kerja!
Nak hidup sendiri!
Nak ada duit banyak!
Boleh beli mainan TARO dengan APOLLO ROKA!


Puncanya; mungkin dibebel emak kot sebab selalu minta duit.



Bila dah besar, 
rasa tak layak pulak jadi orang dewasa.


Aku dah besar!
Orang panggil aku Kak Long sekarang!
Tapi...


Tapi sebenarnya hati aku tahu aku masih perasan muda,
perasan umur 12 tahun, perasan sweet 17 kadang-kadang.

Paling penting, my mother know la anak dia ni.
Tetap budak selamanya bagi dia.

(-_-'")



*************************************

DULU, aku tercari-cari OST drama The Cave of the Golden Roses.
OST tu : MIO NEMICO


Fantagiro : The Cave of the Golden Roses

Masa di sekolah rendah,
aku anggap aku membesar dengan cerita-cerita ni.
Aku sanggup tunggu TV2 tayang cerita ni walaupun dibebel mak aku.


Aku benci Ramualdo (hero lembik)
Aku suka Tarabas. (watak antagonis)


Kadang-kadang bila kita dengar satu-satu lagu tu,
kenangan melayang-layang p zaman masa kecik. 
Ye dop?


Lagu dalam kehidupan kita.
Pada aku, lagu zaman kanak-kanak aku; MIO NEMICO.
Konon...



LAGUNYA
Mio nemico

Powered by mp3skull.com


Kononnya masa tu feeling betullah dengar lagu tu,
padahal sepatah habuk tak faham.


Bila dah celik IT, pandai google, pandai cari lagu, dan jumpa.
Pasang headphone, dengar.


Inikah lagunya?
Lagu yang menggamit kenangan sangat tu?


Tapi sekarang ni,
aura lagu tu aku dah tak rasa la.
Kenapa agaknya.


Sebelum dapat cari lagu ni,
mati-matilah aku ingat lagu ni sangat best.
Dah dapat, perasaan tak adalah teruja macam masa tengah cari tu.
Manusia mana pernah puas,
ye dop?



Desire.
Tak dapat.
KEJOR.


Dah dapat.
JEMU.

p/s- Kawan aku, beriya nak beli hendepon. Dah beli, termenung tengok hendepon. Kan?
 

Tuesday, October 27, 2009

Blok A 409 Kolej Aminuddin Baki

dari kiri : Mar, Nasuha, Husna, Umi Hani & Fiziaty 


aku rindu kalian.

rindu pada ketukan pd setiap pagi yg mengganggu lenaku.

rindu pada suara lembut yg cekal dan relax menghadapi segalanya.

rindu pada suara keanak-anakan dan pandangan mata yg memandang penuh keikhlasan

rindu pada nasihat yg seringkali mengawal perlakuan

rindu sesi tengok wayang

wajah yg tiada hasad dengki antara satu sama lain

wajah yg tidak membenarkan kekhilafan merenggangkan hubungan persahabatan

serta tidak pernah membiarkan keraguan bermaharajalela hingga menimbulkan prasangka

kalian mengajar tanpa perlu berceramah panjang

mendidik aku dengan menunjukkan peribadi yg baik

mengajar aku tempat yg patut aku letakkan kalian dalam hati

walaupun semua itu sudah berlalu, aku tidak pernah kesal..
hanya kadang2 rindu itu menjengah,
dan aku gembira dipertemukan dengan kalian saat pertama kali menjejak kaki di sini.
Kita masing2 tahu, jauh di sudut hati,
Kita adalah kawan.

 
   ckin.


Rindu~rindu~rindu~

Jangan tunggu tahun baru
















Tak perlu tunggu tahun baru.
Tak perlu tunggu hari esok.


Aku nak berubah hari ini.
Detik ini.

UPSIAN!
Jom mulakan kayuhan untuk final.
Dalam hidup, tak perlu ada benda pahit untuk dikenang.
Mari mengubahnya!
Dengan tekad dan azam kita.

JIA YOU! JIA YOU!



P/S- SEMANGAT  BERKOBAR-KOBAR ala-ala lagu Yaseen.



Monday, October 26, 2009

Kenapa manusia berbeza pendapat?

Manusia ini aneh.
Kau aneh

Aku aneh
Dia aneh



Ni. Wo. Ta.



Ini bukanlah sesi luahan perasaan, juga bukan sesi memberi ceramah tetapi lebih kepada pendokumentasian daripada apa yang aku lihat dan apa yang aku baca.



Manusia  selalu mewujudkan keadaan yang sukar untuk diri sendiri.
Keadaan yang sukar untuk diri sendiri
~masalah~



Allah tidak membebani seseorang melebihi kesanggupannya.
Surah Al-Baqarah : ayat 286



Ada orang dapat menerima dengan tenang apabila ditimpa sesuatu masalah. 
Sehingga seolah-olah dia tiada masalah dan sentiasa gembira.



Ada orang menerima masalah yang serupa dengan cara yang berbeza. 
Menangis, menyalahkan Tuhan, menyalahkan orang sekeliling.



Mengapa manusia memberikan reaksi yang berbeza terhadap perkara yang sama?



Kita lahir daripada latar belakang yang pelbagai.



Kau daripada keluarga senang.

Aku daripada keluarga susah.
Dia dilahirkan daripada keluarga berpecah belah.


Namun ketiga-tiga kita ceria dan bahagia dlm erti kata tersendiri. 



Interpretasi insan yang lahir daripada keluarga yang perlu mengerah tulang 4 kerat utk survive, sangat lain daripada interpretasi keluarga yang berpecah belah dan keluarga yang kaya.



Bila di sini, aku melihat kita menangani masalah dengan cara yang berbeza.



Anak yang perlu berfikir panjang untuk meminta wang, 

berbeza dengan anak yang hanya mengambil wang dalam balang yang disediakan khas utk perbelanjaan seharian mereka


Adik yang bersaing dengan kakak2 untuk sama matang daripada segi pemikiran dan tanggungjawab agar tidak dipandang lekeh,

Berbeza dengan kakak sulung yang mencipta corak kehidupan sendiri tanpa dipengaruhi sesiapa seterusnya dicontohi adik-adik.


Jadi, memang wujud sebab-sebab yang berbeza apabila kita menangani masalah yang sama bentuknya.



Mereka yang biasa hidup susah, lebih survive dalam kehidupan berbanding mereka yang hidup senang.

Orang yang susah ini, mudah dilabelkan orang sebagai tiada masalah kerana masalahnya tidak pernah muncul di wajah dan di bibir. 



Manakala orang yang biasa mudah hidupnya, senang mendapat apa yg dia mahu, mula merasakan hanya dia yang ditimpakan Tuhan dengan ujian yg gila bapak punya besar,



Tak ada orang ada masalah sebesar masalah dia

Tak ada orang semalang dia dalam hidup


Perlukah dituliskan semua masalah yang kita hadapi sekarang utk membuktikan bahawa bukan hanya dia yang mengalami situasi yang serupa? 
Perlu?



Boleh tak kalau kita terima masalah dengan tenang..?

Bagaimana untuk menerima masalah dengan tenang..?


Perlu ke mengalami hidup yang susah dahulu supaya lepas ini kita lebih tabah. 
Lebih cekal?



Kalau anda rasa hati anda kuat, mungkinkah anda memang pernah menghadapi dugaan yang lebih besar sebelum ni? 



Hinggakan masalah-masalah lain yg datang terasa kecil dan boleh diselesaikan dengan sebelah tangan.



Aku ingin menjadi insan itu. 
Golongan yang boleh menerima segalanya dengan tenang.
Bersediakah aku?
                                                      

Saturday, October 10, 2009

Dah pernah baca? Bacalah sekali lagi.

PETUA IMAM SYAFIE - 4 PERKARA UNTUK SIHAT:

Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakkan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

CARA TIDUR:
1. TIDUR PARA NABI - Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH - Miring ke sebelah kanan untuk
memudahkan terjaga untuk solat malam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA - Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.

4. TIDUR SYAITAN - Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

*Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati. (ni aku copy gak. hehe..sj mengingatkan yg TERLUPA.)




Saturday, October 3, 2009

E-Codes for Pig Fat

Pesan la kat isteri ,suami & anak, baby sitters, sedara2. jgn main taram je beli jajan . contoh apollo, etc. print code ni simpan dlm wallet atau henset. refer bila nak beli. smoga Allah menghancurkan kaum2 yg zalim & musyrikin yg cuba menghancurkan Islam. wallahu a'lam

MULSIFIERS E-CODES FOR PIG FAT















1
E
100

16
E
280

31
E
434

46
E
482
2
E
110

17
E
300

32
E
435

47
E
483
3
E
120

18
E
301

33
E
436

48
E
491
4
E
140

19
E
325

34
E
440

49
E
492
5
E
141

20
E
326

35
E
441

50
E
493
6
E
153

21
E
327

36
E
470

51
E
494
7
E
160

22
E
334

37
E
471

52
E
495
8
E
161

23
E
335

38
E
472

53
E
542
9
E
210

24
E
336

39
E
473

54
E
570
10
E
213

25
E
337

40
E
474

55
E
572
11
E
214

26
E
422

41
E
475

56
E
631
12
E
216

27
E
430

42
E
476

57
E
635
13
E
234

28
E
431

43
E
477

58
E
904
14
E
252

29
E
432

44
E
478

59
E
920
15
E
270

30
E
433

45
E
481






















Yg jelas nye...pringles pun ader gak lemak menatang ni...kl xcaya tgk ader E471 kt ingredients nya tu...mmg patut lah Allah turunkan bala virus influenza tu...
Xheran lah kl skg ni ramai sgt samseng, yg muda, yg tua..laki..pompuan...sama jer....solat yg wajib main tinggal jer..doa pun byk yg tak termakbul ekoran makanan2 seperti ni yg jadi darah daging...nauzubillah..
caner nak lahirkan lebih ramai islam yg betul2 'muslim'... dari kecik dah disuapkan dgn makanan2 mengarut ni...
yg heran nya caner leh ader tanda HALAL bg makanan2 tersebut?
Bijaknya org2 kafir memperdayakan org2 islam hanya dgn makanan....Kebijaksanaan mereka xkan kekal lama...
Tp...ingatlah suatu masa yg telah ditetapkan oleh Allah swt, org2 mukmin akan bangkit jua...
Jika kita sedar dan prihatin..forward lah untuk rakan2 seislam...semoga kita lebih berhati2 ngan tipu daya & helah musuh2 Allah swt...


p/s-aku copy je benda ni..kalau x puas ati, cakap siang2.

Pengajaran daripada Imam Ghazali

Imam Ghazali = ' Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?

Murid 1 = ' Orang tua '
Murid 2 = ' Guru '
Murid 3 = ' Teman '
Murid 4 = ' Kaum kerabat '


Imam Ghazali = ' Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185). 

 
Imam Ghazali = ' Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?'


Murid 1 = ' Negeri Cina '
Murid 2 = ' Bulan '
Murid 3 = ' Matahari '
Murid 4 = ' Bintang-bintang '


Iman Ghazali = ' Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama'. 

 
Iman Ghazali = ' Apa yang paling besar didunia ini ?'


Murid 1 = ' Gunung '
Murid 2 = ' Matahari '
Murid 3 = ' Bumi '


Imam Ghazali = ' Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.' 

 
IMAM GHAZALI' Apa yang paling berat didunia? '


Murid 1 = ' Baja '
Murid 2 = ' Besi '
Murid 3 = ' Gajah '


Imam Ghazali = ' Semua itu benar, tapi yang paling be! rat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.'

 
Imam Ghazali = ' Apa yang paling ringan di dunia ini ?'


Murid 1 = ' Kapas'
Murid 2 = ' Angin '
Murid 3 = ' Debu '
Murid 4 = ' Daun-daun'


Imam Ghazali = ' Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat '

 
Imam Ghazali = ' Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? '


Murid- Murid dengan serentak menjawab = ' Pedang '
Imam Ghazali = ' Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ! ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri '


'sampaikanlah walau satu ayat'..



(walaupun aku copy je, tp kira okla niat aku ni kan. huhu)