Mei 2013

This world doesn't makes any sense anymore~




Friday, January 1, 2010

Belajar Perlu Beramal

Tajuk aku hari ini bunyinya agak baik, bukan?
Bangun pagi ini, aku tiba-tiba teringat akan si botak ini.
rumah tinggal sebelah rumah sewa kakak

Sebenarnya, sekarang dia ini botak. Umurnya 4 tahun 6 bulan. Tepat 15 Jun 2010 nanti, barulah masuk 5 tahun. Tahu tak, aku sudah berumur 21 tahun 10 bulan, tetapi dalam sesetengah hal, dia lebih bijak daripada aku. Contohnya sem break baru-baru ni, dia ingin tidur bersama aku. Jadi, aku pun seronok kerana ada juga orang hendak temankan aku tidur.

 
serupa betul

Jadi, di atas katil, bertindak sebagai ibu saudara yang baik, aku kononnya mahu mengingatkan dia untuk membaca doa tidur.

Aku : Baca doa tidur dulu
Hakim : Allahumma....
            (terdiam sejenak kemudian terkebil-kebil)

Aku: (tersenyum)
     Allahummaftah...(terdiam juga)

Aku lupa...............!!
Kemudian terdengar ketawa daripada bilik sebelah. Bilik kakak aku. Memang langsung tidak kalis bunyi.T_T

Hakim : Allahumma bismika ahya wa amut..haaaa....ingat dahhh..(kemudian dia ketawa terkekeh gelakkan    aku disambut ketawa kakak aku daripada bilik sebelah.)
Aku : Pandai Hakim.. Tp tak baik ketawakan orang tahu.. (dalam hati hanya Tuhan yg tahu)
Hakim : Doa tidur pun mak su tak ingat. Huh. Apalah.
Kakak : Ingatkan kau nak ajar doa masuk tandas..
Aku : (Pura-pura tertidur)

Tuan-tuan, inilah akibatnya apabila belajar tetapi tidak beramal. Jangan jadi seperti ini ya.

16 comments:

Jef Hadi said...

hoho.Dear akak Cinta.terjumpa blog ni masa baca komen akak kat blog faisal tehrani.Kata masuk kne bagi salam kan?assalamualaikum!hehe.

.: Si BungaKopi : . said...

waalaikumussalam. thanks for visiting this blog.(^_^)

beautiful_rose said...

hehehhe boleh lak mcm tuh ehh...
ape2 pon bagos la budak kecik tuh bijak orgnye... =p

.: Si BungaKopi : . said...

beautiful rose: kanak2 zaman skrg byk makan makanan berkhasiat.

Dak Wan® said...

Tak semestinya tua tu cerdik, muda tu kurang pandaikan? So kita perlu belajar dari semua orang sebab itulah cara kehidupan mengajar kita.

Anonymous said...

Salam
Hidup ini perlu ada 'check and balance'. Great to fall within that situation; so that you know you do missed something! Maybe it is a red-face-moment, but really worth it (if you take that lesson). Hard way of learning has proven to be effective!
Hehe kadang2 aku pun sangkut dengan adik aku (standard 2 this year) gak.
Anyway, congrate to your sis to groom your niece such a way! *bravo-bravo*
[footnote: There is no age barrier from whom you should learn for. but the knowledge level is!

Husna Hadzarami said...

budak2 sekarang memang kadang2 lagi bijak dari kita. saya pun ada gak terkena dgn anak2 buah. hehe :P

Unknown said...

belajar tetapi tidak beramal.?? macam saya je..haha :D

.: Si BungaKopi : . said...

Dak Wan : betul tu. tp kanak2 dlu xdapat peluang spt kanak2 skrg kan. dulu2 ramai juga kanak2 cerdik tp mrk x berani bersuara spt hari ini.

.: Si BungaKopi : . said...

AJ Nismihan,

perkara-perkara sebegini slalu terjadi dlm hidup sy. Maklumlah, anak saudara ramai (just like anyone else). As you said, mrklah yg mbuatkan sy tersedar. Juga, I really take that as a lesson.
For your footnote : I x penah meletakkan apa-apa syarat utk menasihati I spt umur. Anyway, Thanks for your nice and cool comments.

.: Si BungaKopi : . said...

Husna Hadzarami,

Mmg selalu kantoi kan dgn anak2 buah. Ada yg ckp, apa ni, cikgu to-be tp tepung pon xtahu beza. Huhu

.: Si BungaKopi : . said...

Cik Epal, sy pon sama. Tp azam tahun ni nak beramal. Huhu

B L O G D E T said...

bagus toh!skipping mmg best..tapi better buat outdoor..kalau kat dalam umah..nanti sangkut merata2 lak! hehe :p

.: Si BungaKopi : . said...

helloo Funfabulosity? salah entri nampak..

xsuka nak buat skipping dlm rumah, nnti bergegar rumah org bawah.

sukiminna said...

heheh..
benda yang diamal mmg akan sentiasa ingat..

tp bagus jugak terkena sekali sekala macam ni..mesti akan igt lebih baik lepas ni, sbb diransang oleh suatu peristiwa yg agak sukar nak lupe.

.: Si BungaKopi : . said...

sukiminna, skrg ni x pernah lupa lagi doa itu. huhu