Mei 2013

This world doesn't makes any sense anymore~




Monday, August 23, 2010

Isteri Solehah VS Suami Biasa-Biasa

aHaha.. ketawa dulu sebelum mula menulis. Kawan-kawan, apakah yang membezakan manusia? Iman. Taqwa. Tahu jawapannya, sila isi tempat kosong dalam fikiran anda. Macam-macam ya jawapan kita :)

Adalah satu perkara ni, aku memang tak ingin bercerita di sini pada mulanya, tetapi macam perlu je, at least supaya aku sendiri tidak lupa perkara ini. Pendapat aku dan roomate aku rupanya sama. Walaupun kami ni lahiriahnya berbeza.

Kenapa ya, kita selalu mendengar  "cari isteri ustazahlah, sejuk mata memandang," walaupun yang bercakap itu pon macam kutu berahak je gayanya. Tak tahu kutu berahak? Search dalam Google oke. Aku ingat lagi, dialog dalam filem Syurga Cinta, yang kawan kepada Awal dalam cerita tu cakap " Mak aku cakap, kalau nak cari isteri mesti yang bertudung" walhal wataknya dalam cerita tu pon usung awek, minum  dan sebagainya. Betul kan situasi ni, kau pergi jelah mana-mana. Kampung? Bandar? Pekan kecil, pekan besar, mesti akan dengar punya cakap-cakap yang lebih kurang sama maksudnya tu. Kalau kau tu soleh, tak apalah kan.

Katalah kita tak sejahat watak tersebut pun, tapi tetap demand nak isteri yang solehah la kan " nanti leh guide aku jadi suami soleh". Ok, bukan bias di sini. Perempuan pun sama sahaja. Mahu suami soleh yang boleh bimbing ke syurga katanya. Tapi diri sendiri, hmm..

Percayalah cakap aku, kalau anda jahat di sini, kemudian pulang ke kampung suruh ibu carikan calon isteri solehah, mungkin kamu berhasil mendapat isteri bertudung litup. Tapi, itu menjamin kesolehahannya ke? Solehah tu apa? Ruang lingkupnya bagaimana? (ces, macam berceramah dah gayanya)

credit to Google

Kenapa kita tak terfikir untuk jadi soleh dan solehah? Kenapa mesti tunggu orang untuk guide kita? Kenapa demand tanpa melihat diri sendiri dalam cermin  terlebih dahulu? Anda tu, layak ke dapat isteri solehah?

P/S- JADI SOLEH, BUKAN CARI SOLEHAH

Saturday, August 21, 2010

Tragedi Cinta II

Khamis. Hari ini merupakan hari ketujuh Salmie berulang alik ke hospital. Mohamad masih juga dalam keadaan tidak sedarkan diri. Kata doktor, keadaan Mohamad kritikal kerana berlaku pendarahan di kepala. Tapi hari ini Salmie agak terburu-buru untuk ke hospital. Kata mak cik, tadi pagi tangan Mohamad bergerak-gerak. Salmie rasa mahu menangis mendengar berita itu. Ibu dan adik-adik tanpa apa-apa kata turut mengadakan solat hajat di rumah diikuti bacaan Yasin. Sejak lapan hari yang lepas, mereka langsung tidak membebankan Salmie dengan apa-apa kerja. Tetapi Salmie masih tertekan kerana tidak dapat mengalihkan perhatiannya kepada perkara lain.

" Miey, molek-molek jalan tu," pesan ibu dengan pandangan yang sarat dengan kasih sayang. Matanya mengekori langkah Salmie yang semakin menjauh. Hatinya bimbang, namun apakan daya, dia mengerti bagaimana rasanya kehilangan. Lagipun, dia kenal benar dengan Mohamad. Sudah empat tahun anak muda itu bersabar dengan kerenah anaknya itu. Anaknya yang degil dalam diam, anaknya yang penyendiri..

Lokasi : Hospital Sultanah Zainab 2

" Mak cik, Mohamad makin baik ke?"

Lontaran suara halus itu mengejutkan mak cik dari tidur. Sambil mengurut-ngurut bahunya yang sedikit sengal, mak cik tersenyum tawar.

" Tangannya bergerak, tapi sekali itu je lah. Doktor kata, sebenarnya keadaan Mad makin kritikal," Jawabnya sambil menarik tangan Salmie agar duduk di sebelahnya. Salmie menurut.

" Panas tangan kamu ni..kamu demam  ke?" Belakang tangan dibawa ke dahi. Panas. Mak cik tidak tahu berkata apa-apa lagi. Gadis ini memang dia kenal. Degil. Mereka berbual-bual pendek sebelum sama-sama masuk ke dalam wad kecemasan. Melihat Mohamad, air mata serasa ingin tumpah, tetapi ditahan dalam hati. Dia tidak boleh lagi menangis depan Mak cik, dia tidak mahu mak cik bersedih. Wajah Mohamad yang pucat nampak bersih hari itu. Ada sesuatu yang membuatkan hatinya tidak senang. Adakah mak cik cuba menyembunyikan sesuatu?

Gambar hiasan

 Salmie berpandangan dengan mak cik. Kemudian mata mereka sama-sama jatuh ke wajah Mohamad. Hidung mancung Mohamad kelihatan membengkok sedikit. Manakala telinganya kelihatan lembik. Dengan suara tertahan-tahan, mereka bersama-sama membaca Yasin di situ. Setahu Salmie, tujuan surah Yasin dibaca adalah untuk memudahkan urusan pesakit sama ada kembali sembuh atau dapat pergi dengan tenang. Selesai bacaan, Salmie bergerak ke telinga Mohamad.

" Jangan sedih, kerana saya tak sedih.." Liur ditelan. Kata-kata sukar sekali untuk diluahkan.
"Jangan risau, kerana saya baik-baik di sini. Kalau awak pergi, pergilah. Kita jumpa di syurga. Awak tunggu saya."

Sebak dada mak cik mendengar kata-kata itu. Tangannya mengelus-ngelus tangan Mohamad. Sejuk dan kesat. Doktor datang. Ada sebab kenapa hari itu mereka boleh berlama-lama berbanding hari-hari biasa. Salmie dapat merasakannya. Hatinya ingin berada di hospital tetapi nasihat mak cik dan panggilan telefon emak semasa dia selesai solat menyebabkan Salmie terpaksa akur.

Hari : Jumaat
Masa : 9 pagi

Salmie baru pulang dari kedai. Cadangannya untuk membuat majlis bacaan Yasin bersama-sama jiran terdekat disambut baik oleh ibu. Salam diberi. Kasut baru sahaja dibuka. Ibu datang menyambut di pintu apabila tiba-tiba telefon berbunyi. Kakak Mohamad.

" Miey.."
" Ya, kak.." Mata bertentang dengan mata ibu yang penuh dengan tanda tanya.
" Mad dah tak ada, dik.."

Hening. Satu dunia terasa sepi.

" Miey?"
" Bila simpan, kak? "

Manakala ibu yang mendengar perkataan itu mengurut-ngurut dadanya. Mulutnya menyebut sesuatu perlahan. Hatinya dapat membaca apa yang terselindung di sebalik kaca mata tebal anaknya itu.

Bersambung..


P/S- There are things that we don't want to happen but have to accept, things we don't want to know but have to learn and people we can't live without but have to let go.

Wanita 2010

Hai, aktif betul budak-budak rumah aku ni. Sampai sekarang tak balik-balik lagi. Tinggallah aku seorang tercangak-cangak ke hulu ke hilir dalam rumah. Sekejap belek periuk nasik,  baca jampi serapah hembus ke nasi untuk sahur esok, habiskan keropok yang tersisa, bilang parut jerawat, bulu hidung,. Ok, semuanya dusta.

Aku kan orang bujang. Waktu free mestilah makan sambil layan story.  Kan berfaedah tu? Apa-apa yang ada atas meja, sapu je semuanya. Semester ni, memang aku banyak layan perasaan seorang diri di rumah/ kolej nih. Dapat pula housemate yang cergas-cergas macam anak kucing.  Haih..kenapa? kenapa?? (sambil merenung dada langit)

Banyak merepek, apa kata  kamu berkenalan dengan kawan-kawan aku yang cergas-mergas ni, mahu tak? Manalah tahu, kalau-kalau aku hilang.. tak balik ke hapa ke, bolehlah report kat mereka sambil minta nombor tepon (walaupun mustahil sekali untuk berjaya).

Kali ini, mari aku perkenalkan barisan kepimpinan Blok E 204. 
Dari kiri cepat jalan (baca dalam nada kawad)

UMIE

Umi Hani - roomate 
Umi memang sangat cergas ya tuan-tuan. Walaupun beliau kelihatan lemah lembut, tetapi jangan pandang enteng sebab hal-hal sukan memang sangat cergas dan antara atlet sopan yang pernah aku jumpa. Sangat cergas juga aktiviti-aktiviti lain, rakan surau, rakan penggerak addin dan banyak lagi.

Aku hanya jumpa dia waktu Sahur-Subuh, kemudian aku akan menjadi nyawa-nyawa ikan, kemudian padam. Jumpa pula pukul 12 malam, selepas dia balik daripada meeting. Nampak tak betapa bilik itu diconquer oleh aku seorang?

SAKINAH

Sakinah- amboi..cantik beskal

Sakinah juga gadis yang agak cergas. Boleh nampak kecergasannya melalui gambar di atas, kan? Setiap hujung minggu memang sukar sekali untuk aku nampak kelibat hidungnya di rumah. 

Ikhlas mengaku di sini, beliau tahu membuat keputusan dan tidak teragak-agak dan musykil seperti aku semasa membeli barangan keperluan rumah. Sebab itu, kebanyakan waktu sahur, Sakinah yang akan memasak diikuti gadis-gadis yang lain. Maklumlah, kalau aku masak kang, asyik musykil nak masukkan ketulan apa dalam periuk, terkejar-kejar pulak kami sahur nanti.:P

NANA
Nana- roomate Kinah
Ha, tengok. Kalau pandai cuba teka bangunan apa kat belakang tuh?  Ini Nana. Nana ni nasib lebih kurang sama je dengan aku. Kami sama-sama tercangak bila semua orang keluar rumah. Meeting itu, meeting ini.. kenapalah kami tak ada meeting? 
Pembetulan, kurang meeting.

ZAHRA ZIEHA

Sopan la tuew
Zieha. Kelakar. Sungguh aku tak sangka. Itulah.. orang cakap don't judge a book by its cover. Beliau sungguh aktif macam belalang.

INI....

Tadi Nana... sekarang?

 Ok, tahu kamu semua memang tak pandai bab teka meneka. Ini Nani. Kulim mari. First time aku tengok beliau waktu aku sem satu, aku dah tahu yang dia ni lagi muda dari aku dan berasal dari Kedah. Waktu tu, kami sama-sama  hijau macam daun pisang lagi kat Upsi ni. 

Waktu kami duduk bersebelahan dalam bas, aku pun tanya dia dengan gengster sekali. "Asal mana nih?" "Saye asal Kedah..awak? "jawabnya.Tengok, kan betul aku teka walaupun waktu tu beliau cakap bahasa standard. Setakat berbasa-basi dalam bas selama beberapa sem, dan tak sangka kami jadi housemate pulak sem 5 ni, iaitu tahun ketiga aku di sini. Nani ni, aku perasan, kadang-kadang dia sering tersepak something dalam rumah. Maybe sebab power spec yang tinggi kot. Haha. Macam kakak aku jugak (tiba-tiba teringat kakak aku pernah terlanggar tiang sebab tak nak pakai spec).

Ada lagi gambar mereka ni. Since mereka bagi banyak gambar untuk aku update dalam belog, jadi kena la letak banyak-banyak.

Sakinah.
Aku nak tanya ang, macam mana kita boleh jadi housemate sampai sekarang walaupun selalu bergaduh? Hmm (herot-herotkan mulut)



Nana. Nak tanya sikit. Apa nama betul ko? Hmm ( mulut lagi herot)


Sori Nana, aku letak gambar ni.
Nani. Anak rusa nani baru tumbuh ekor. Apa salah kami lalu tidak tegur.?

Mak ai, bersinar-sinar
 Umi.
Kau mesti jengkel tengok aku kuat tidur kan? Tambah-tambah lepas Subuh. :(

Jangan kau tinggalkan aku terlalu kerap dalam bilik ni sorang-sorang ye..
 Last but not least, mestilah gambar aku sendiri. Tattara..

Gelek mak ngah gelek.

Maaf ye, aku pun tak sedar gambar aku disnap oleh makhluk-makhluk halus mana entah. Paling menyedihkan, sem ni aku tak tangkap lagi gambar aku sendiri. Sobsob..

P/S- Bulan puasa ni, mood nak pedajal orang jadi kurang. Betullah, setan hasut aku sebelum ni.

Tuesday, August 17, 2010

Bulan Ujian

Tiba-tiba aku rasa seperti watak heroin dalam cerita Korea. Dalam cerita Korea ada 4 watak. Seorang heroin, seorang hero dan dua watak antagonis lelaki dan perempuan. Watak antagonis perempuan memang pandai putar belit, cantik dan dipercayai ramai orang pada mulanya. Manakala watak heroin pula blur, sengal-sengal sikit, selalu disalah anggap dan tak ada kuasa majoriti dalam masyarakat. Keadaan pula selalu tak menyebelahi heroin.

Kali ini, akulah heroin malang itu. Tapi mungkin malang lebih sikit kerana tiada watak hero. Huhu.

Tapi tak apa..
Kan sekarang bulan Ramadhan?
Kan pada finale episode, heroin akan bahagia? 
(^_^)
Antagonis pula maybe akan insap.

P/S- Curi update dalam makmal.

Friday, August 13, 2010

Halal dan Bersih

Bulan Ramadhan orang makin kuat makan. Betul tak? Betul tak? Kalau rasa nak makan kat hotel dan resort waktu berbuka, eloklah check dulu sama ada tempat tu ada sijil halal sah ke tak. 

So, bolehlah check kat sini kalau mahu. Boleh check ikut negeri lagi. Aku tahu ramai yang dah tahu, tapi sebenarnya LAGI RAMAI yang tidak tahu.



Aku hairan bila ada jugak orang Islam pergi makan kedai Cina yang tukang masaknya Melayu. Memanglah tukang masak Melayu (or Indon), tapi......ayam tu bukan tukang masak tu yang sembelih. 

So, dari sumber mana datangnya ayam tu? So, fikir panjang sikit sebelum dengan slumber badaknya nak pergi makan tempat-tempat camtu, ok?

P/S- Sebab itulah keperibadian teruk.

Thursday, August 12, 2010

Pelajaran 1 : Kita sama-sama ada hati.

Mungkin aku sudah sampai ke tahap umur yang sangat complicated. Pantang dijentik, aku mula rasa down, sedih dalam bising, hilang dalam ramai (hah, melalut)

Sungguh tak disangka, aku tidak sekuat yang aku fikirkan. Kata seorang aci, muka kau ni memang jenis kering.. Maksudnya bukan jenis kulit aku ni kulit kering, jangan ada salah faham di situ okeh (kombinasi kot, kuikui). Tapi, mungkin riak wajah aku yang kering, no response membuatkan orang makin geram untuk marah-marah aku (apa HAK kau, hah??)

Bila seseorang bercakap, hatta waktu tengah marah sekalipun, sudah jadi habitat aku untuk pandang straight ke dalam mata si pemarah tersebut  tanpa segan silu. Zmn skrg, jadi pendengar yang baik pon salah-bebel aku kepada rakan terawih di sebelah.

Itulah salahnya. Sebab normalnya, orang-orang lain waktu kena marah biasanya akan tunduk pandang lantai sambil kira berapa puntung jari kaki kau ada. Tapi, aku tak reti. Tatak reti.

So, akulah manusia yang jenis terkebil-kebil tengok si pemarah sambil bermonolog dalam hati.

Maka, akulah sasarannya. Kata-katanya yang tajam menikam kena tepat di ulu hati sampai tembus ke belakang. Balik bilik, tidur, terus pura-pura meracau dalam tidur supaya rumet dapat tenangkan aku (tipu lagi)

Perlu diingat di sini bahawa aku juga seorang gadis  biasa yang ada perasaan meskipun aku ni nampak macam heartless dan payah nak terkesan dengan cakap-cakap.

Tapii.. Janganlah sebab itu kau nak layan aku macam aku ni tak tahu sakit, tak tahu terluka.

Timekacih ken' kawan krn meminjamkan bahu di saat aku nantuk..
P/S- No words can describe how I felt.

Dilema Sahur : .

Sahur, makan nyam nyam nyam. Sumbat jugak walaupun tekak rasa cannot go. Makan sikit, borak yang lebih. Kat sini Subuh masuk pukul 5.51 am. Pukul 5.49 aku bersila atas katil sambil tunggu makanan dalam perut turun ( bajet, macamlah seminit dah hadam). Dilema pun datang. Nak minum air ke tak ni, ada dua minit lagi. Tengah aku fikir-fikir dan kira jarak dari bilik ke dapur, bunyi azan. Tiba-tiba tekak rasa perit. Telinga rasa gatal nak korek.

P/S- Tak ada setan pun jadi jugak kau ni ye.

Tuesday, August 10, 2010

Cara menangani alahan perasaan : Siri Kaunseling Amatur

Sekali tengok, macam cantik. Dah banyak kali tengok, macam tak cantik pulak. Biarkanlah dulu layout yang buruk ni (macam tuannya jugak, ececeh). Bukan penting mana pun. Lama aku fikir, rupa-rupanya dalam diri kita ni banyak benda nak kena format. Haaaah.. Serabut... Serabut (sambil kucar-kacirkan rambut. Kelumumur berterbangan ibarat daun-daun kering)

Apa yang nak kena format tu? Entah, cari sendiri. Tengok, kan dah menimbulkan persoalan.

Ok, aku ada satu method yang aku kira dapat menjauhkan setan-setan yang membuatkan semangat aku down. Tahu tak, lagi dekat dengan bulan Ramadhan, lagi banyak setan-setan ni cuba merusuhkan hidup kita. Maklumlah, nak kena kurung lama. Percaya ke tak, itu terpulang. Sebab aku tak suruh pun korang percaya. 

Hakhakhak. 

Baiklah, tanpa melengahkan masa lagi, aku share dengan kalian semua tentang cara menyingkirkan batu besar di dalam dada. Ingat, batu ni tak boleh disimpan sebab kita bukan berada di tempat perkelahan yang mempunyai batu-batu besar yang indah. 

Wakaka.

Pertama, cepat bangun berdiri di depan laptop korang (atau boleh buat selepas habis baca). Kemudian, depangkan kedua-dua tangan dengan relaks dan kepala dongakkan ke atas sambil mata terpejam (ala-ala hirup udara segar)

 Pinjam foto, bang. Hehe.

Bukaan dada pula bagi luas sikit supaya tekanan dapat dilepaskan semaksimum mungkin. Kemudian, bersama-sama tarik nafas dan hembus nafas dengan tekanan yang tinggi seolah menolak batu besar terjun gaung (buat gaya Dragon Ball pun ok jugak). Waktu lepaskan nafas tu, sebut macam ni ;

Haaahh...!
Haaahh.........!
Haahhh...............!

Kalau nak hasil yang lebih maksimum, sebut Haah.. Haahh sambil terajang kiri kanan dengan sepenuh hati. Tapi ruang sekeliling korang mestilah kosong. Jangan terajang pinggan mangkuk orang pulak. Nanti tak pasal-pasal je kena berbuka puasa sorang-sorang. Maksudnya, terajang angin. Bukan objek. Angin (dahla tu sikit-sikit).

Macam mana? Ada rasa batu besar keluar dari dada korang tak?

Senamrobik (konon) yang aku ajar ni cuba korang buat dengan penuh perasaan dan amalkan selalu. Kalau jadi energetic semacam je, tu kira berjayalah tu. 

Bolehlah aku keluarkan buku dan jual di pasaran. Untuk korang, aku bagi murah la sebab jadi tikus putih aku. Amacam? Ada berani?

P/S- Sambungan Tragedi Cinta aku sambung pasni. Banyak betul sarang labah-labah dalam kepala otot (sopan la konon) aku ni. Dulu dalam majalah Gila-Gila tulis, ASKS YOUR HEADBRAIN. 

P/S 2: Perhatian. Masuk dashboard, edit balik sebab teringat sesuatu. Ini entri ke-100 aku! Yeay. Tiup Belon. Pumpamm. Pecah.

Thursday, August 5, 2010

Tragedi Cinta

 Masa : 10 pagi

Lagu Leona Lewis, Better in Time kedengaran rancak berkumandang di telefon bimbit berwarna merah hitam Nokia itu. Hati ingin melayan lagu mengikut rentak, tetapi punat hijau ditekan terlebih dahulu.

"Bakpo dop sapa lagi?" Suaranya tegang.
"Soba la, on the way doh ni.." Si jejaka bersuara perlahan.
" Bakpo dari tadi agi dok on the way tapi tak sapa-sapa lagi?"
" Nak sapa doh..Soba k..g bace surat khoba dulu ke..hakhakhak"
" Seje lebih doh ni..awok jange bagi saye maghoh, laratkan nak tunggu awok sajo dari takdi" Marah Salmie kecewa.

Mohamad kalau berjanji selalu begini. Jarang tepat pada waktunya. Sedangkan Salmi pula cukup mementingkan ketepatan masa. Semua orang tahu. Mohamad pun tahu itu.  Tapi, itulah yang sering dilanggarnya. Suasana hening. Salmie dapat membayangkan reaksi Mohamad yang fokus dalam pemanduan. Kemudian terdengar ketawa kecil Mohamad.

"Ala..awok jange gini..ore nak jupo dio, jange la maghoh2..ore janji ni last time ore lewat,janji.." Sebelah tangan terangkat seolah berikrar padahal si gadis bukannya di depan mata.

" Panda la tu dok berjanji kosong sokmo. Awok dengar ni, kalau awok tak sapa, dale 10 minit, saya meme tok maafkan awok.. biar kite tak berkawan takpo.."
Ugut Salmi seperti biasa. Hanya sekadar ugutan sebenarnya. Itu pun Mohamad tahu benar.
Tang! Terdengar seolah-olah handset Mohamad diletakkan dengan keras di dalam dashboard kereta. Merajuk plop.. getus hati Salmi. Aku yang sepatutnya merajuk. Buke dio. Aku! Penat jah bereje-reje tunggu. Tok pernah nak berubah. 

Sambil membebel, Salmie membuat panggilan semula ke nombor Mohamad tapi tidak berbalas. Berbelas-belas kali punat hijau ditekan tetapi tetap tidak diangkat. Manakala panggilan yang terakhir pula disambungkan ke peti simpanan suara. Salmie bengang.Ok, fine. Getus hatinya. Hentak kasar secara tidak sengaja menyebabkan lantai papan rumahnya berkeriut.

" Dop jadi g ke, Kak Mie? Mulut muncung buleh buat ikat rebeng" usik Salina yang sedang menelaah buku teks Tingkatan 5. Mungkin dari tadi lagi memasang telinga.

"G mana, Kak Mie? Jangok molek..tapi mace nak gi dapur jah.. Hahaha.." Perli Faizal, si bongsu.

"G masak. Supaya adik-adik aku tak kebulor." Balas Salmie selamba membuatkan kedua-dua adiknya terdiam.

Masa : 1 petang

" Kak Mie, talipong dok bunyi dari takdi lagi.."
" Biar ar.." Balas Salmie sambil menghidangkan makanan di atas meja.
" Bakpo Kak Mie buat gitu.. Siye Abe Mohamad.."

Masa : 2 petang

Telefon Salmie berbunyi lagi . Hatinya tergerak untuk menjawab panggilan tersebut. Nombor luar..bisik hati kecil Salmie sewaktu handset dicapai. Fikirannya jadi curiga.

" Hello."

" Ya, Hello?"

" Saudari kenal dop saudara Mohamad..?"

" Ya, kenal...kenapa? Encik ni siapa?" Masih bernada formal.

" Saya ni polis. Saya harap saudari bertene..sebelum saya khoba sesuatu.."

" Ya, khoba gapo?" Jiwa resah.

"Encik Mohamad accident.. Sekarang ada di spital.."

Tap. Telefon diletak sebelum sempat si polis menghabiskan cakap. Handset ditekapkan di dada sambil mata terpejam. Ya Allah...betul ke nie? Jiwa berombak. Tidak ingin membuang masa, Salmie bersiap tergesa-gesa. Sampai di motor, dia tersedar sesuatu. Hospital mana? Wad mana?
Sekali lagi, nombor asing di dalam handset dicari.

 " Maaf, saya Salmie yang awok.. call takdi.."

" Saudara Mohamad skrg di Hospital Sultanah Zainab 2, wad kecemase.." Balas si polis yang tidak bernama tersebut. Laju.

" Maaf takdi..saya tak ready.."

" Tak ape, saya pehe."

Terasa ada air panas perlahan mengalir di wajah tatkala enjin motor dihidupkan. Sambil menangis, motor dibawa seadanya. Dalam hati tidak henti-henti menyesal kerana memarahi Mohamad tadi. 

Akukah penyebab Mohamad kemalangan?

Entah bila dia tiba di hospital, kemudian berlari-lari anak mengikut kaki yang tidak bermata sehingga sampai ke tempat yang dituju. Betapa ramainya ahli keluarga Mohamad sedang menunggu di ruangan kaki lima tersebut, tapi hanya satu wajah yang menarik kakinya menghampiri. 

" Mak cik, gano Mohamad?" 

Tidak berbalas. Mak cik hanya memandang bisu. Matanya bengkak. Tidak apalah. Salmie mengerti. Ternampak kakak Mohamad yang berusia 25 tahun.

" Kak, gano Mohamad kak..?" Tanya Salmie. Mendayu suaranya.
Mereka bertentang mata. Kening berkerut, tangisan pun pecah.

                                               credit to google.
Bersambung..

P/S- I've seen fire and I've seen rain. I've seen sunny days that I thought would never end. I've seen lonely times when I could not find a friend, but I always thought that I 'd see you again.