Mei 2013

This world doesn't makes any sense anymore~




Monday, November 29, 2010

Satu gambar seribu pengertian

Lagu ni memang kena. Memang. Mari tarik hingus.(Sreeetttttt Sett Sett......)



Ungu - Cinta Dalam Hati .mp3
Found at bee mp3 search engine



Jadi, betul lah?


V


V





Kenapa?

v


v


v


Aku kah yang bodoh?

v



v



v


(huwaa)


Tak apalah.

V


V


V



Hidup mesti diteruskan.


**************************************


V


V

It's okay


V




Aku dah BESO.



P/S- Gadis Besar Pantang Menangis

Saturday, November 27, 2010

DARAH NAIK KEPALA

Alkisahnya ada seorang gadis sedang mendengar irama perutnya sendiri.

Dulu aku rasa geli dengan ayat ini : gendang gendut tali kecapi (apakah kecapi itu, sila terangkan?) kenyang perut senang hati. Aku rasa macam lelaki tua berperut gendut sedang menari-nari dengan tali kecapi. Ah sudah. Sampai sekarang fikiran itu tak hilang rupanya.

Kembali isu perut,bermakna hati aku tak senang sebab perut sekarang merengek-rengek macam bohsia. Wajah begitu berminyak, sekali sapu boleh buat tumis bawang putih.

Tiba-tiba terdengar lelaki menjerit histeria di blok sebelah. Aku cukup anti dengan satu rumah yang suka buat bising itu.

Hanya kerana mereka lelaki, boleh pula jamming dengan suara pecah di tengah-tengah pagi buta.

Hanya kerana mereka lelaki, boleh pula bercakap berslanga tinggi dengan suara yang kuat sehingga terdengar ke blog.. eh blok aku.

Tak payahlah nak tunjuk sangat bahawa ini minggu exam. Semua orang study macam nak meletup urat kentut, bukan kau sorang. Sekarang dah menghampiri 3 pagi, sengal. 3 pagi.

Kang kalau aku buat gila macam tu jugak, mulalah nak labelkan perempuan zaman sekarang sebagai macam-macam. Menyampah taw. Menci. Hak tui.

Mari tubik
P/S- Kata seorang lelaki kepada bekas kekasihnya, kita putus kerana awak terlalu banyak membaca novel cinta, lalu membuatkan saya letih dan awak kecewa ( sudaaah, tak ada kaitan dengan entri).

Thursday, November 25, 2010

Che Tom Bukannya Sekolah

Kita kalau nak marah, dengan siapa-siapa pun boleh marah. Malah, dengan apa-apa pun boleh dijadikan tempat melepaskan kemarahan. Kalau Che Tom, tak pasti juga sama ada boleh dirujuk sebagai 'siapa?' Entahlah, kena tanya guru bahasa.


Che Tom. Seekor kucing. Taklah comel, tapi merupakan kucing yang penuh dengan emosi. Che Tom ini jantinanya jantan. Tapi sebab dia emosi lebih, aku terfikir sama ada mungkinkah kucing ini khunsa?

Cerita Che Tom. Pada satu hari yang rembang, Che Tom datang berlenggang kangkung sambil menegur aku di dapur. "Miaw.." dengan matanya dikelipkan perlahan seolah-olah berkata " Waktu makan sudah?"

Che Tom orang kampung je. Maksud aku, kucing kampung. Jadi, tak lah makan Whiskas macam kucing jiran aku. Che Tom cuma demand lauk, nasi tolak tepi. Melainkan nasi itu digaul dengan kicap, mungkinlah Che Tom makan sikit. 

CHE TOM & RAKAN BORAKNYA
Sekampung-kampung Che Tom, melalui kaca mata aku dan family, Che Tom sangat mementingkan kualiti makanan sebelum menjamahnya. Ikan lama, daging ayam yang lama, Che Tom akan mendengus tanda marah, kemudian lauk tersebut akan dibiarkan tidak berusik. Tengah-tengah malam, baru Che Tom terhendap-hendap untuk makan semula makanan tersebut. 

Paling menghairankan, aku selalu tertanya-tanya adakah Che Tom berak? Aku tak pernah jumpa tahi Che Tom. Bila aku riuh bertanyakan emak, aku pula dimarahi. Baguslah tak ada tahi, kata mereka.

Hari ini, Che Tom sudah tua. Aku ingat lagi waktu zaman retro Che Tom dulu, Che Tom kencing berdiri di lubang tandas. Che Tom tidak diajar, tapi banyak memerhati. Kadang-kadang adalah juga emak aku menasihati Che Tom. Katanya, kalau nak survive lama di dunia ini bersama manusia, jaga sikit kelakuan tu. Che Tom mengiau sekali tanda berkata " yalah tue.."

 INILAH BOB PEMALAS
Che Tom terang hati kerana dia tak suka mengendap anak dara orang mandi. Tak macam kucing jiran aku, Bob namanya. Sudahlah selekeh, suka mengendap pula. Sudahlah mencuri lauk, tak reti nak tutup tudung saji elok-elok pula.

Kembali kepada cerita Che Tom hari ini, dia semakin tua. Bila tua, dia nyanyuk, pelupa dan terus amnesia. Che Tom lupa di mana tandas, bila waktu makan dan Che Tom selalu muntah. Cicak di rumah semakin banyak, lipas juga. Bulu Che Tom tidak lagi bersikat dan banyak tahi mata menempek menjadikan aku geli dan selalu memarahinya. Gelaran kucing kasanova terpaksa aku lucutkan untuk Che Tom. Disebabkan kasanova, Che Tom ada waris yang banyak tetapi semuanya tak mahu bela Che Tom. Jadilah Che Tom kucing duda. Mungkin juga bujang terlajak. Tapi yang pasti, Che Tom bukan lagi teruna.

CHE TOM DI ZAMAN MUDA-MUDI

Tanggal 20 November mungkin, hari itu sangat panas. Aku berfikir, itu mungkin kerana petangnya akan hujan lebat, jadi aku turut panas hati apabila Che Tom membuat bising. Che Tom lupa bahawa dia sudah makan. Dua ketul ayam terpaksa aku goreng cincai-cincai untuk memuaskan nafsu makannya. Maklumlah, daging korban adalah haram untuk Che Tom. Mungkin sebab itu Che Tom berkecil hati apabila kami makan tanpa mempelawanya. Lalu Che Tom mogok tidak menangkap cicak dan lipas di rumah lagi.

Saat aku membebel, Che Tom melihat aku dengan pandangan sayu dari bawah meja makan. Waktu itu, aku tengah memotong daging. Kata aku, hidup jangan terlalu memilih. Kalau layak memilih, tak apa. Ini tidak, tak tahu nak ukur baju di badan sendiri pulak. Kemudian aku berhenti sekejap untuk minum air. Che Tom terkebil-kebil melihat aku kemudian mengiau sedas. Mungkin bertanya " apa ang merepek ni?" 

Lalu aku menambah, tahu la bersyukur sikit. Bila orang dah bagi tu, ambil saja jangan banyak songeh. Tolong apa yang patut, bukan rehat macam raja. Hidup ada give and take. Walaupun orang ikhlas, jangan hanya tahu meminta. Jangan asyik tahu makan tapi tak tahu nak tangkap cicak! Bentakku lagi.

Mata Che Tom mula berkaca-kaca menutupi matanya yang hijau jernih itu. Che Tom mengiau lanjut, kemudian dengan tangan kirinya yang comel, Che Tom mengusap matanya lembut. Eh, Che Tom menangis?

Che Tom memandang aku dan berkata " masuk habuk" padahal aku tahu dia sedih apabila aku mengungkit-ngungkit.

Mengungkit adalah perkataan yang tidak sedap. Malah aku tidak suka dikatakan mengungkit oleh Che Tom. Anda juga begitu pastinya. Tapi, apabila orang ataupun ekor seolah-olah lupa sesuatu yang disebut jasa, terasa ingin bagi mereka sedar semula, bukan? Mungkin mereka tidak tahu apa yang telah kita pertaruhkan untuk berjasa kepada mereka. Mungkinlah kan.

Kalau rasa tidak puas hati itu ditelan, aduhai, susahnya. Seperti malam yang hujan lebat, blackout dan tiada lilin. Tiada apa yang menarik boleh dibuat, lalu tidur sahaja.

Che Tom ini bagaimana? Patutkah aku buang daripada kamus hidupku?


Tuesday, November 23, 2010

Kita yang selalu diingatkan

Adoi. Susahnya hati. Susah-susah hati. Aku merungut dengan perasaan yang berat, lalu kakak sambil menyikat rambutnya berkata lambat-lambat, 

" Ikutkan hati mati, ikut rasa binasa.." 

Kemudian dia melempar sikat itu ke hujung katil seraya bertanya, 

" adik, kau ada sikat tak?

Aku menggeleng lemah, selemah perasaanku yang enggan berfikir apa-apa. Sebetulnya, aku memang tidak suka bersikat, sebab rambutku memang sudah mencapai skala 10 kalau ikut piawaian pakar Sunsilk, atau dengan kata lainnya, lurut dengan jari pun bolehh..

Kembali kepada topik asal, sebenarnya masalahnya mungkin tidak berat, tambah pula kalau orang yang mendengarnya mempunyai pandangan yang berbeza dengan aku. Ya, cuma aku tidak dapat tinggal di kolej untuk semester hadapan. Itu sahaja. Tapi aku suka tinggal di kolej. Walaupun orang kata tinggal di kolej tidak bebas keluar masuk, tidak boleh memasak, tidak berdikari dan sebagainya, tapi nak buat macam mana, dah aku suka. Jadi, patutlah aku sedih bila tak dapat tinggal di kolej. 

Paling membuatkan aku tidak boleh terima, sebenarnya permohonan aku SUDAH BERJAYA kira-kira sebulan yang lalu, tapi hari ini tiba-tiba aku mendapat mesej dari seorang kawan berkata aku tidak dapat kolej. Ada pemilihan sekali lagi. 

Woi, ha***j**** betoi. 

Apa ni? Apa kes tapis orang sampai dua kali? Sekejap berjaya, sekejap tidak. Janganlah buat orang menyumpah. Geram ni. Geram ni.

Nak kata aktif, memang aku tidak aktif kolej untuk sem ini, tapi sem lepas aku aktif apa? Aku jaga kiosk burger, aku masuk nasyid (siap bertanding lagi), program pun aku turun. Nak beritahu yang aku memang banyak stickerlah. Buat yang tidak tahu, sticker tu nanti digunakan untuk menilai sama ada seseorang penghuni tu aktif di kolej atau tidak. Kalau banyak sticker, aktiflah kononnya. Begitu juga sebaliknya. Sticker tu pula lekat elok-elok dalam buku aktiviti kolej.

Sepanjang pengetahuan aku, pemilihan untuk tinggal di kolej dinilai untuk satu penggal. Maksudnya, keaktifan dinilai mengikut tahun, bukan enam bulan sekali. Sebab ia dikira ikut tahun, jadi aku ni dalam kategori aktiflah sepatutnya, dan juga layak tinggal di kolej.

Sem 4 aku aktif, cuma sem 5 tak aktif. Sem 4 dan 5 pula berada dalam tahun 2010. Jadi, aku aktiflah. Aku aktiff. Boleh nampak tak betapa aku nak tinggal di kolej? Kenapa mereka buat macam ni? Padahal orang yang ada banyak-banyak sticker tu belum tentu 'halal' stickernya. 

Tiba waktu makan malam tadi, disebabkan aku susah hati, maka kakak-kakak memberi kelonggaran untuk menenangkan diri di dalam bilik sedangkan mereka semua sibuk menghidangkan makanan (satu alasan untuk bermalas juga sebenarnya). Aku ingatkan tak nak makan, tapi hidung aku terbau pula aroma telur dadar yang wangi semacam, ditambah dengan ikan sweet sour yang memang aku gemar, haih..lemah betul. Nak makan rasa kecewa, tak makan rasa rugi. Sudahnya, memang aku makan pun. Tapi, dengan perasaan mendongkol.

Kemudian, mood aku yang sememangnya 'langit cerah' itu diburukkan lagi dengan kelakar  anak buah yang menjatuhkan air muka aku, ibu saudaranya ini. Ada kawan abang ipar tiba-tiba berkunjung ke rumah dengan keluarga, jadi aku pun selepas bersalam-salaman, terus menyusup masuk dalam biliklah. Malu la katakan. 

Pada waktu inilah datang anak buah aku, Amanina namanya dengan kedua-dua tangan ada keropok goreng. Aku pun nak rampas la keropok tu, Amanina tu 2 tahun umurnya, tapi tiba-tiba juga anak buah aku yang umur 5 tahun melarang, 

" Jangan, mari Hakim ambilkan yang baru!".

Balas aku pula " Tak apa, yang ini pun okey," 

" Tapi yang tu kotor sebab Amanina dah gigit," 

Kata Hakim dengan matanya dibulatkan menandakan kesungguhannya untuk mengambil keropok baru untuk aku, mak Usunya yang ingin dikahwini bila dia besar nanti. Aku pun terfikir, betul jugak.. lalu mengangguk.

Tapi keropok tu digoreng untuk tetamu yang datang, mestilah tak sopan kalau anak buah aku ambil di hadapan mereka. Fikir aku. Tapi Hakim sudah semangat habis nak ambilkan aku keropok, jadi aku pun pesan " Hakim nak ambil kat depan ke? Ambil sopan-sopan. Tunduk waktu ambil tu. Sekeping cukup." Dalam hati aku fikir, alah..budak-budak. Mereka tak ambil pusing kot.

Hakim 
Hakim pun laju berlari-lari anak ke ruang tamu. Aku memasang telinga. Terdengar kakak aku melarang Hakim. Ini untuk tetamu. Katanya. Sebagai tetamu pula, mestilah mereka berkata ambiklah. ambiklah. Sambil tersenyum melihat gelagat kanak-kanak. Malangnya Hakim berkata dengan kuat " Tapi Maksu nak. Maksu suruh ambil."

Adoi. Hancur. Sudahlah ada lelaki. Aku mengamuk dalam hati. Mujurlah kakak aku tolong cover. Katanya, itu mesti Hakim sengaja buat alasan sebab nakkan keropok. Hahaha. Kasihan budak-budak. Nanti tunggu kau besar pasti aku ceritakan semula.

Ok, aku dah tak ada benda nak cerita. Tapi harapnya aku dapat buat rayuan untuk tinggal di kolej semula. Kalau dapat pun, pasti tak boleh stay dengan kawan-kawan. Pasti dapat tingkat 4 ataupun tingkat 5. Pasti letih punya. Haih, sakit hati betul. Waktu-waktu begini, ayat yang paling sesuai tentulah check balik draft telefon bimbit yang aku simpan baik-baik. Ayatnya berbunyi begini :

Bila Allah cepat memakbulkan doamu,
 maka Dia menyayangimu.
Bila Dia lambat memakbulkan doamu, 
maka Dia ingin mengujimu.
Bila Dia tidak memakbulkan doamu, 
maka Dia merancang sesuatu yang lebih baik buatmu.
Oleh itu, bersangka baiklah dalam apa jua keadaan, 
kerana kasih sayang Allah itu mendahului kemurkaanNya.

P/S- Apa agaknya rancangan Tuhan untuk aku?

Monday, November 1, 2010

Cara Sendiri untuk Hidup

Pagi-pagi begini, amatlah tidak menyenangkan kalau anda bangun dengan wajah yang masam. Seseorang pernah berkata, " fakta bahawa bila kita bangun tidur, kita akan hilang pertimbangan untuk beberapa minit. Kita akan jadi tidak boleh ditegur dan berwajah masam." 

Jadi, kawan aku yang bernama Senah tersebut pegang fakta itu menjadi prinsipnya setiap kali bangun pagi. Maka setiap pagi wajahnya akan jadi masam dan tidak boleh ditegur. Mungkinlah, aku tidak tahu imej yang tepat kerana aku tidak bertembung dengannya di waktu pagi. Apa yang anda percaya dan anda pegang, itulah prinsip anda. 

Mungkin kita memanggilnya dengan nama yang berbeza. Mungkin disebut prinsip, atau mungkin disebut pantang-larang. atau... disiplin? Apa pun, semuanya bersandarkan kepada satu maksud, iaitu meletakkan dasar dalam melakukan sesuatu.

Kadang-kadang aku terfikir, apakah nilai bagi sebuah prinsip? Mungkinkah ia berkait dengan harga diri?

Anda sungguh-sungguh berpegang dengan prinsip anda, berkata ' this is the way i am" dan saya rela dibenci kerana menjadi diri sendiri daripada berpura-pura. 

Adakah anda menganggap bahawa apabila anda mendiamkan diri, atau tidak stand on your principles, bermakna anda adalah hipokrit? Adakah anda menganggap semua prinsip anda itu adalah benar sahaja dan lebih baik daripada orang lain?

Aku hairan kenapa manusia selalu menganggap bahawa " dunia ini adalah dunia aku. Siapa nak berkawan dengan aku maka harus ikut cara aku". Ada orang yang senang-senang berkata " aku memang begini. Cakap straight forward kalau tak puas hati, apa barang condemn belakang." Adakah anda ingat orang peduli dengan prinsip anda? 

Sudahlah,  aku muak dengan prinsip-prinsip yang tidak relevan dan penuh dengan nilai pentingkan diri sendiri. Aku muak apabila prinsip-prinsip itu akhirnya terjangkit dan mengatur kehidupan aku.

Apabila kita senyap, mengalah, lembut hati walaupun sebenarnya kita tidak puas hati, bukan semuanya bermaksud hipokrit, mungkin boleh dikatakan kita lebih beradab, lebih menjaga perasaan orang, lebih rasional menghadapi situasi-situasi tertentu.. 

Tapi sebagai seorang yang berprinsip (kononnya), anda tetap ingin orang tahu bahawa 
" kalau tak tahan dengan sikap saya, then leave". 

Kita puas bila dapat meluahkan bahawa kita seorang yang berprinsip tegas. Tapi, pernahkah kita terfikir bahawa dalam kita sedang syok sendiri dengan prinsip tersebut, mungkin orang lain sedang berkata dalam hati
 " keras pedal betul minah ni" dan macam-macam lagi perkataan tidak enak.
(note: pedal adalah organ dalaman)

Betul, kadang-kadang apa yang kita sangkakan prinsip, tidak di mata orang lain. Mungkin orang lain menganggapnya sebagai kedegilan? Sedih kan? 

Tapi kalau orang menanamkan dalam hati bahawa anda adalah seorang yang bodoh sombong bagaimana? Tetapi semua itu tentulah tidak pernah disuarakan.

Bila anda sangkakan sikap keras kepala itu prinsip, walaupun anda salah.. itu bermakna anda enggan untuk berubah atau anda enggan untuk jadi flexible pada keadaan-keadaan yang memerlukan. Sebenarnya prinsip itu bagus kalau ia dapat mengawal diri anda keluar dari batasan yang sepatutnya. Sudah tentu, siapa kata tidak?Tetapi ia akan nampak bodoh jika  semua benda yang anda lakukan anda katakan based on my principles. Sebenarnya, anda cuma keras hati dan menutup kelemahan diri sendiri dengan meletakkan perkataan prinsip yang nampak macam gah dan sedap didengar. Tetapi, kerana kita adalah manusia yang subjektif sifatnya, maka teruskanlah dengan sikap anda. Tiada siapa melarang.

p/s- Bolehlah hidup di planet lain dan kendong sekali prinsip anda itu. Terima kasih.