Mei 2013

This world doesn't makes any sense anymore~




Tuesday, April 26, 2011

Syafiq Yusof : Suara Besar Macam Abang Dia Juga

Wah, seronok betul jadi anak orang kaya ni. Sungguh rasa FUN FUN FUN bak kata Rebecca Black. Legasi yang sungguh mengujakan.

Kalau bapak mereka, Yusof Haslam lebih kepada drama+filem mencegah jenayah+bahasa baku, Shamsul Yusof pula more into gangsterisme yang masuk lokap dan pemberontakan remaja gitu. Ni adik Syamsul Yusof pula, Syafiq Yusof tengok gayanya more into comedy. Betul tak? Betul tak?



Anda nilai la sendiri.

Syafiq Yusof ni tengah belajar di KLMU dan umurnya 18 tahun. Tapi bapak dia sudah beri kepercayaan untuk mengarahkan apa tu.. cerita yang bersambung-sambung sampai beratus episod tu.. dalam tv ada sentiasa. 
Lu PK la sendiri drama mana ye.


Ini pulak hasil kreatif Syafiq dan rakan-rakannya. 



LIKE. LIKE. LIKE. LIKE. LIKE. LIKE. LIKE. LIKE.LIKE. LIKE. LIKE. LIKE. LIKE. satu baris cukupla kot.


Rasa macam nak ambil adik angkat pulak.
Syafiq Yusof, dah ada kakak angkat ke belum? Err.. tehee tehee

P/S- Dia pon ada belog tau. Neh link, KLIK IA.
credit to: http://syafiqrevolution.blogspot.com/

Saturday, April 23, 2011

Dilema Guru Praktikum

Masa terlalu cepat berjalan, langsung enggan menunggu aku.

***************
Masa form 5-muka suci je

Semalam

1. Naik bas pergi sekolah. 
2. Kena berleter dengan mak aku sebab kaki tv,
3. Masih main POLIS SENTRI belakang asrama.
4.Dipanggil oleh cikgu kaunseling,
5. Menyorok dalam tandas,
6. Berdiri depan perhimpunan,
7. Kena rotan
8. Pakai stoking belang-belang, kain singkat, kasut high cut.

Dua Tiga hari lagi..

1. Berjalan dengan tegak, gaya guru profesional. Ehem
2. Pakai baju batik setiap hari Khamis.
3. Jawab salam walaikumsalam..walaikumsalam..walaikumsalam sambil anggukkan kepala setiap kali pelajar beri salam. 
4. Baju harus sama colour dengan tudung supaya murid tidak mengeji di belakang.

Ada gaya? No?


MALAM SEMALAM

Aku bukak ini.
kelik untuk tumbesaran nyata

Ini merupakan pengesahan status praktikum aku; sama ada aku diterima berpraktikum atau tidak di sekolah tersebut. 

Kebiasaannya, senior aku dulu berpraktikum semasa sem 8, lepas tu boleh terus grad.
Tapi sampai turn batch aku, praktikal dibuat sem 7, nanti sem 8 masuk belajar balik, then  baru grad.

Baju yang dah hangkut bawa balik kampung, perlu aku hangkut semula ke kolej pada semester 8 nanti.
OH, AKU SAYANG UPSI.

Berbalik surat pengesahan tempat praktikum aku..
Jawapannya, aku diterima. YES.

Tiba-tiba aku teringat akan ungkapan yang hebat ini:

Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta,
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara,

Jika hari ini seorang ulama' yang mulia,

Jika hari ini seorang peguam menang bicara,

Jika hari ini seorang penulis terkemuka,

Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa,

Sejarahnya dimulakan oleh seorang Guru biasa,
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
- Usman Awang (1979)


Sebagai seorang yang masih terkinja-kinja dengan kehidupan zaman muda, dilema tanpa jemu mengekor rapat.

DILEMA
1. Baju batik tak ada walaupun sehelai. Baju batik katenye kena pakai setiap hari Khamis.Cikgu praktikal pon?
2. Bangun pagi tiap-tiap hari yes..NO! yes... NO....!
3. Wajib match- tudung+baju+beg+kasut. Tapi tak apa, aku bukan perfectionist. Tudung & baju sudahh tak mampu kot weh.. sobsob T_T

DILEMA LAIN
~Bersikap matang~

Macam manalah kalau murid-murid aku tahu perangai sebenar cikgu dia? 
Agak-agak dia akan kata apa?


Ini gambar cikgu masa sem 5 kat unibersiti...


Ini pic chekgu masa 1st time naik ladies coach..


OH NO...!

Harapannya,
biarlah anak murid aku ANGGAP aku begini..
V

V

V

Sopan la sikit....kan kan kan..

*************
Masa itu mengejek aku
saat melihat aku mempermainkan waktu.

Thursday, April 14, 2011

Tips Mencipta Aktiviti

1. Melawan Kebiasaan
Contoh
Kalau orang kata, jangan buat, bermakna KENA BUAT
Kalau orang kata jangan dedah, maksudnya JOMLAH MENDEDAH!
Kalau orang kata jangan tekan, maksudnya?(____________)


Put The Big Red Button on your site

Monday, April 11, 2011

Lagu Rock Kapak Kegeramanku

P/S- Betulkan semula bacaan anda- Lagu Rock Kapak KEGEMARANKU

Kalau malam ni anda rasa patah semangat ke hapa ke.. bolehlah dengar lagu-lagu rock kapak  yang aku tengah planning untuk gunakannya ke atas student aku nanti semasa berpraktikum. 
Ce dengar ce dengar.. agak-agak boleh lawan lagu Gemuruh Faizal Tahir tak?


XPDC- SEMANGAT YANG HILANG

Tengok Ali, dia cool kan? O_o

 Zaman aku belajar dulu, waktu form 2 form 3,
lagu-lagu rock kapaklah yang aku selalu nyanyi untuk menghangat-hangatkan tahi ayam di sekitar aku. 
Oh nostalgiyanya.


AMUK (yeaayearh)-AKU MAHU PULANG

Ku tujukan lagu ini KHAS kepada penagih dadah di kampung aku.
Waktu aku form 2 dulu, geng aku terdiri daripada 3 orang. 
Aku, Alia, Zana. 
Dahla jangan usyar gambar aku lama-lama wuu

Ada seorang budak lelaki ni, namanya K. K stand for Kemas. Cth ayat: bajet KEMAS ar tu
Dia CUKUP HAMPEH sebab suka gelar aku macam-macam. 

Seperti biasa aku pun tak faham kenapa. 
Padahal aku tak pernah panggil ejek dia kepala penyu pun.

Satu hari tu aku dah tak tahan dah, aku pun sound direct dengan emosi gila. 
Dia yang tengah terkinja-kinja terus terpaku, terdiam  & membisu.

******
Satu maghrib yang hening tak berapa nak hening, orang lain tengah tunggu azan maghrib untuk solat berjemaah di surau, aku dan kawan-kawan pula maghrib dalam dorm je sebab tak nak berebut-rebut tempat mandi. 

So kami mandi kat sekolah sebab  di asrama sentiasa tak ada air waktu tu. Semasa aku tengah usung baldi dipenuhi baju-bajan,
 kami lintas depan surau. Si K tu tengah lepak di tangga tepi surau sorang-sorang. 

Sekolah aku time menengah rendah
credit to: Smkbakai.blogspot.com
Aku pun menonong berjalan laju. Menyampah gila la kononnya. 
Tiba-tiba waktu tu terdengar dia melalak sambil tengok ke arah kami;

Terimalah kembali..
wajah inieyy
Jangan terus membenci
sampai mati!
Hilang masa.. blabla..
Aku manusia..pelakon cerita..
di pementasan alam ciptaan-Nya
Bukan sengaja..melanggar arahan

Siap dengan gaya cukup dan wajah feeling cukup. 
Walaupun tengah sakit hati, aku gelak tersembur air liur la jugak. Sebab tu aku ingat lagu ni sampai sekarang. Ceh itu je ke ceritewnye???

Ok. Ok.
Cerita berkaitan lagu kapak rock kapak kedua pulak..
APA NAK DIKATA-XPDC

Lagu ni pulak.. saja je untuk goyang-goyang kepala sambil buat kerja sekolah,
memang catchy lagu-lagu rock kapak ni.

Tapi zaman sekarang semua budak remaja indie indie indie je tak habis-habis.
Memperjuangkan itu memperjuangkan ini, bantah itu bantah ini, melawan arus la pendek kata.

Relax dik, sekali sekala tukar la mood pulak.
Mari menyanyi lagu rock kapak bersama kakak, mari marimar aaww


 Di sini.. rasa macam student oversea pulak sebab tak pernah balik kampung.

 Waktu panas...
Aku rasa macam aku ni student Mesir..
kena beli ashir mangga untuk menyejukkan anak tekak eceh

Waktu hujan tak berhenti-henti 24 jam,
rasa macam belajar tempat yang sama dengan Bella Swan
Tunggu masa je nak berselisih dengan Jacob Black.. 
Sampai hati buat abang Jacob Black macam ni.. tak baek taw..

I LOVE...
my kampung bery-bery muchhhh. 
I LOVE...
to hear the story about penagih dadah tegar and penagih dadah newcomer in my kampung,
&
the smell of all the leaves
dirt and moisture..
the smell is fresh and reminds me of a child's good times. 
Happy times and sad times. :')


P/S-Rock kapak TERR....?

... ... ... . „--~--„
... ... ... ... ... ... ... ../:.:.:.:.:.|
... ... ... ... ... ... ... .|;.;.;.;.;.;/.........
... ... ... ... ._ „„„„„„„_.);.;.;.;.;.|...... ....
....... ... „-":.:.:.:.:.:."~-„;.;.;.;|
... ... .. (_„„„„„„---„„_:.:. );.;.;.."„
... ... „-":.:.:.:.:.:....:.:""-„/;.;.;.;.;.
... .. (:.___„„„„„„„„„___);.;.;.;.;.;.;.|
... .. /"":.:.:.:.:.:.:.:¯""\;.;.;.;.;.;.„"
... . \:.__„„„„„„„„„„„„„„__/;;;;;;;;;;;/\
... .. \.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.);;;;;;;;;;/:::\
... ... . \„„„„---~~~;;;;;;;;;;;;;„":::::::\
... ... ... . """~~--„„„„„„„„„„„-"::::::::::::\
... ... ... ... ... ... \:::::::::::::::::::::::::\

P/S 2-Dulu mak aku selalu urut dada bila dengar aku menyanyi lagu-lagu begini.

Monday, April 4, 2011

Macam Facebook Tapi Bukan

Adakah anda tahu  kewujudan laman sosial baru bernama Irkah yang macam facebook? 
Best!
Masuk je page irkah tadi, terus ada muzik instrumental yang tenang gileeeee. Aku mula-mula buat tak tahu je, aku ingatkan muzik dari laptop aku.sengaaal.
Ha ni la die.. ni laa.. sama tak??

Pendapat aku mengenai IRKAH:
Bagus.
Bercirikan islamik.  
Malah ada lagi tambahan-tambahan yang lain macam radio, al-quran, blog, dan webcam. Kalau nak tahu lebih lanjut, skodeng sendiri.
Add la aku weh tolong ar T_T

Apa motif diwujudkan irkah?
DUIT?
GLAMOUR?
Apa pon motif mereka, jangan lupa bahawa itu produk Malaysia.
Kita kan supportive..
Rakyat Malaysia supportive kan? kan? kan?
Mana lebih baik, Mark Zuckenberg untung ke rakyat Malaysia untung?
Mark Zuckenbergggg..!!

Ooo.. macam tu rupanya perangai korang baru aku tahu ea...

Jadi sekarang aku ada dua laman sosial.
FACEBOOK & IRKAH.

FACEBOOK :Kawan2 bertemu muka dan ruas, makcik pakcik anak buah bapak buah, sepuput sepapat
IRKAH : Bebas kepada sesiapa sahaja yang nak add aku. wahh bajet macam artiss
Tapi sekarang aku baru ada seorang kawan, so di sini aku menyeru supaya anda semua ADD AKU dalam IRKAH...! KENA JUGAK! KENA JUGAK!

Ok.
Just taip www.irkah.com.
Mudah bukan?

P/S- Pergh, iklan macam tak siap je.

Saturday, April 2, 2011

Merawat Jiwa-Jiwa Yang Tidak Tenang

Kalau namanya remaja,awal 20 an, biasanya akan selalu rasa hidup mereka tak berguna. Tak dihargai. Tak ada siapa nak dengar suara mereka. Betul?

Aku pulak suka membaca dan mendengar. Jadi aku selalu jumpa situasi gadis+jejaka yang baru nak start hidup dengan pelbagai masalah.

Selalu aku dengar gadis-gadis+ jejaka lingkungan umur aku memberontak tak ketahuan hala dengan hidup sendiri. Selalu aku baca ayat lebih kurang begini;


ENGLISH VERSION


I'm tired of my life and I had enough..
I'm tired of the messed up life God gave me!
I'm siccccccccccckkkk of people around me..
My life is pathetic. I'm a loserdalam genetik tu memang dah loser kot? ahaks.


VERSI SASTERA MELAYU

Air mata ini sudah penat mengalir. Jalan hidup aku masih panjang. Jalan ini terlalu berliku untuk aku hadapinya seorang diri-siapa suruh kau jalan seorang diri. Lain kali  cuba ajak kawan lain ramai-ramai.

Aku nak jadi diri sendiri. Bukan hipokrit macam sesetengah orang tueww. ada aku peduli kediri sendirian kau tu?

..atau ada juga yang luahkan ketidakpuasan melalui lagu-lagu indie, headbanging yang macam ha..hammm..pppehh tu. Contohnya lagu maharani butterfingers tu atau lagu Hate by Plain's white.

Bukan salah lagu tu, tapi kesilapan orang yang mendengarnya. Terlalu fanatik dengan lagu-lagu indie sampaikan nak mengatur hidup mestilah memberontak macam dalam lagu. Sampaikan bila jumpa orang di jalan tak nak bertegur sapa. I am lone ranger. Pigi mati la. Siapa peduli?

Berlambak-lambak pula yang salahkan orang lain, yang menyebabkan kehidupan dia jadi begitu begini pada hari ini.

Salahkan didikan family yang kurang kasih sayang, yang pilih kasih, salahkan kawan-kawan yang tak nak memahami, salahkan ex-boyfriend yang menjerumuskan diri ke lembah tak berapa nak baik.  

Kenapa kenapa kenapa suka letakkan kesalahan pada orang lain?

Cuba fikir sejenak secara dalam-dalam. Teruskan menyalahkan orang lain yang tak nak memahami, tapi SAMPAI BILA? Takkan kerana orang lain tak sebulu dengan anda, anda harus korbankan masa yang merupakan umur anda itu dengan hidup yang terus-terusan memberontak dengan hati yang berat? 

Sebenarnya anda enggan membuka diri anda kepada orang lain. Anda yang mengehadkan pergaulan anda dengan orang lain, sebab itu anda jadi loser. 

Cuba lapangkan minda, buka hati kepada orang lain, terima orang lain tanpa prasangka, mulakan persahabatan dengan ikhlas dan jangan letakkan expectation terlalu tinggi kepada semua orang kalau anda sendiri tak mampu nak buat benda yang sama kepada orang. 

Kita orang melayu ni jangan cepat sangat terpengaruh dengan budaya luar. Jangan sampai maksud lagu atau falsampah yang pelik-pelik tu mempengaruhi kehidupan seharian kita. Mereka tu tak solat, tak ada manual guide, memanglah hidup akan sentiasa berserabut, tak ketahuan hala. Kemudian mula tangkap gambar bibir merah menyala, mata bercelak tebal gila. Entah kenapa hati aku rasa berat gila bila tengok gambar-gambar macam tu. 

Orang yang memberontak inginkan suara hatinya didengari. Tapi dalam dunia ni siapa yang teringin sangat nak dengar masalah anda? Semua orang ada masalah sendiri. Jangan nak menunggu ada putera impian turun dengan kuda putih ada tanduk dan menyelamatkan anda dari kawasan kemalangan.  

Jangan mengharapkan akan ada perempuan minyak masak suci murni datang menghulurkan tangan ketika anda sedang terkapai-kapai. Jangan jangan jangan. Benda tu tak wujud.

Buang sikap yang suka memberontak. Try to get along with others. Memang nampak susah pada mulanya, tapi bila kita start to senyum selalu, cuba beramah walaupun skill tu memang tak ada dalam genetik, kita akan terkejut apabila mendapati orang akan menerima kita dengan hati yang suam atau maksud lain, dengan mesra.


 Life is 10% what happens to you and 90% of how you react to it- Charles R. Swindoll.

Huraian
Apapun masalah yang datang, itu cuma menyumbang/memberi kesan  10 peratus kepada jalan hidup anda, lagi 90 peratus tu ialah bagaimana anda tangani masalah tersebut. Kalau anda memberontak tak ketahuan hala macam yang aku sebut di atas, maksudnya andalah yang bengong, bukan orang di sekeliling anda.

 Life is what you make it.You alone have the responsibility to shape your life.


Masih nak salahkan orang lain?


: all images are not mine