Mei 2013

This world doesn't makes any sense anymore~




Wednesday, October 24, 2012

Sedih seorang guru

Semasa aku tengah melayari blog di sekolah, (hoiiii cori tulanggg)
datang pelajar aku. Lelaki, soft spoken, degil dalam diam dan bermasalah katanya.
Dia sudah dibuang sekolah kerana kes seksual.
Katanya pada aku;

" Mualimah, saya minta maaf.. (diam) saya banyak buat salah..."

Aku berhenti blogwalking, pandang dia;

" Dah habis dah SMRA?"

"Dah, hari ni last day"

Maksudnya, dia tak akan datang lagi. Hukuman buang sekolah akan dilaksanakan serta merta lepas dia tamat ambil peperiksaan SMRA.

Aku angguk. Terkilan sebenarnya. Dia senyum pandang aku.

" Macam mana? Masuk sekolah biasa ke agama jugak?"

"Rasanya agama jugak, mualimah"

" Umm, jaga diri. Belajar rajin-rajin".

Dia kerling tengok skrin komputer.  Kemudian senyum sebelum beredar;

" Jangan buat hal lagi di sekolah baru" Pesan aku walaupun dia dah berjalan jauh. Dia angguk. Kemudian keluar terus dari makmal komputer. Dia tak pergi pun kat mualim-mualim yang ada dalam makmal.

Sedih jugak hati aku. Kasihan sebenarnya. Kalau di sekolah menengah biasa, perkara tu cuma biasa. Bukan isu seksual. Tapi di sekolah agama, perkara macam tu mestilah taboo besar. Tentulah, sekolah agama yang melahirkan pelajar tahfiz mestilah  lebih ketat disiplinnya.

Apapun, hati aku tetap terkilan.
Senakal manapun dia, tetap pelajar aku. Sobs.
Harap dia belajar dari kesilapan.

Tuesday, October 23, 2012

Saya suka Kansai Coating.

Hye eberibodi.


Ni nak cerita sikit.

Seminggu sebelum Hari Raya Puasa, aku beli dua tong cat Kansai. Kemudian, tokey Cina tu suruh aku isi borang. Ada slogan di situ. Aku pun tulis;

Saya suka Kansai Coating kerana...
______________________________________________________________________________
(tidak melebihi 15 patah perkataan).

Aku pun dah lupa aku isi apa.
Kemudian, minggu lepas.. City Link call aku, katanya " You datang amik surat di pejabat kitorang. Kitorang nak hantar kat rumah you jauh sangat, lagi pun kat you punya area ada surat you sekeping saja. Datang aa"

Aku pun angin. Ada juga perkhidmatan macam ni.

Aku pergi cari di pekan Kulim. India tu kata area bank Muamalat. Puas aku pusing tapi tak jumpa. Kemudian, dah la tak ada siapa pun tahu di mana pejabat City Link ni. Aku tanya kedai gunting rambut pun diorang tak tahu kat mana City link tu. Padahal City Link tu tak sampai 20 meter dari kedai dia sebenarnya (lepas aku dah jumpa kedai city link tu).

Dahla aku merempit guna motor jiran aku je. Hujan renyai-renyai pulak petang tu. Aku balik dengan perasaan hampa la jugak.

Kemudian India tu call lagi.

" Bila you nak datang ambil you punya surat?"

" I dah cari la tapi tak jumpa."

"Betul ke? Kenapa you tak call?"

" I call you tak angkat"
( aku tak call pun sebenarnya. Bukan apa, cuba fikir dalam hujan-hujan macam tu, malas aku berhenti kemudian call pulak. )

" Bila you nak datang ambil?"

" Esok lusa i ambil. Penting ke dokumen tu?"

" Sini tulis important document" Katanya.



Aku round lagi pekan Kulim beberapa hari kemudian. Aku berdoa dalam hati; harap-harap bukan katalog Avon atau Elken. Mana tahu aku penat-penat pergi pekan Kulim, tengok-tengok katalog Elken. Aku kan ahli diorang.

Dipendekkan cerita, aku pun sampai kat pejabat City Link tu. Bukan pejabat, mungkin dia agen je kot. Padanla amoi gunting rambut tu tak tahu. Bila aku buka important document tu, voucher daripada Kansai Coating. Dalam tu dia tulis aku telah memenangi Voucher Philips Juice Extractor. Aku pun sengih-sengih la jugak.

Katanya lagi, anda boleh redeem di mana-mana Senheng Electric. Aku tak adalah syok sangat. Mana aku tahu rupa juice extractor tu . Kat umah aku kalau nak buat jus carrot, aku guna blender je.
Greng greng greng bunyi dia, pastu siap.

Boleh minum jugak. Tapi kadang-kadang carrot juice aku tu rasa cabai la jugak. Mak aku suka masak sambal.

Aku pun pergi ke Tesco terdekat. Aku mana familiar sangat dengan pekan Kulim ni walaupun dalam alamat aku tulis Kulim. Tak tau la kenapa. Maybe sebab aku ni anak dara pingitan kot. Tak keluar rumah (caihh).

Dahla aku baru dapat lesen kereta, jalan nak g Tesco tu naik bukit, traffic light kemudian belok kanan. 

Mencabar tu. Kebetulan masa tu hujan lebat gila, angin kuat. Berapa kali aku terkejut sebab air tersimbah kat cermin kereta tu. Vyper kereta guna yang paling laju.
Gini le ghupenye keadaan aku hari tu
                                       
Memang menduga aku yang baru dapat lesen ni (kereta manual). Aku harap voucher tu biarla berbaloi.
                                   
Dah sampai kedai elektrik Senheng, aku tunjuk voucher dengan muka slumber. Hati aku  berdebar-debar. Aku macam tak percaya bila dia angkat Philips Juice Extractor yang besar sikit daripada blender. Sebabnya aku tak pernah tengok alat perah jus ni. Maaf la aku jakun sikit bab-bab ni. Kemudian aku tengok di situ, nilai dia RM159.
 Philips Juice Extractor HR1810/ 70.

Seronok la aku. Aku tak pernah dapat barang percuma lagi selama ni. Dalam ilmu ekonomi, barang percuma ni ialah udara dll. (cis nak bagi ilmu pun kurang contoh). Sebaliknya barang ekonomi macam Philips Juice Extractor harus dibayar. Bila tak perlu bayar, seronok la daku.

 Mula-mula nak buat muka slumber. Last-last tak boleh kontrol, aku pon tersengih-sengih.
Kemudian, Cina tu tunjuk kat aku keadaan juice extractor tu. Aku pun angguk-angguk. Dalam hati aku fikir;
macam mana nak guna ni. Tak apalah, nanti balik aku tengok manual guide dia. Punyala jakun.

Seronok bukan main aku, walaupun Cina perempuan tu suruh aku tinggalkan dulu benda alah tu kat situ sementara aku nak g shopping, aku berkeras nak bawak. Akhirnya, terhegeh-hegeh aku usung kotak tu ke sana ke mari.

Rupa-rupanya ada jugak hari bertuah aku.

Sebelum balik, beli buah limau dan lemon.
Tak sabar nak buat jus.
Terima kasih Kansai Coating.
Nanti saya beli cat awak lagi.

credit pictures to google image

p/s- Aku tak tahu nak cuci macam mana.

Thursday, October 18, 2012

Kenapa Perempuan Begini?

Minah lahir dalam keluarga yang semua ahlinya adalah perempuan.
Ayahnya mati awal dan Minah tak cantik sangat.
Jadi, Minah jarang bergaul secara rapat dengan lelaki.
Sebarang komunikasi yang panjang dengan lelaki bermula selepas Minah berkahwin sahaja.
Maka, di sinilah masalah komunikasi mereka bermula.

Suami Minah sayang Minah,
tapi suami Minah cakap 
dia KADANG-KADANG..
penat dan rimas layan soalan-soalan Minah.

Antara soalan-soalan Minah ialah :

" B, you sayang I lagi x?"
" Sebenarnya, you bahagia ke tak dengan I? I tauhu.. I paham you cintakan I.. tapi sebenar-benarnya you bahagia ke tak dengan I?"
" B, you ada rasa menyesal sikit tak kahwin dengan I?"
" Sekarang ni cinta you kat I makin banyak ke macam mana?"
" Cinta you kat I besar mana?"
" You sayang I tak.."

Biasanya suami Minah akan balas;

" I tak suka la you tanya I macam ni.."
" Dah banyak kali you tanya, dah banyak kali I jawab"
" You ni .. tak cukupkah apa yang I buat selama ni.. you masih perlukan kata-kata lagi ke?"
" You tanya soalan lain, boleh tak?"

Dilema Minah;
Dia tak faham kenapa susah benar suaminya nak jawab seperti yang dia nak. Misalnya;

" I sayang you.."
" Bahagia sangat"
"Besar macam Gunung Kinabalu"
"Makin lama makin sayang la sayang oi.."
" I tengok you seorang je, percaya I k"

Minah sukakan jawapan yang lurus.
Bukan belok-belok.

Mungkin Minah mewakili suara perempuan lain juga.
Mungkin keinginan Minah ni cuma keinginan Minah seorang, bukan perempuan lain.

Minah rasa sukar nak memahami suaminya, jadi Minah pinjam buku John Gray bertajuk;

Men are from Mars, Women are from Venus.

Minah cuba nak memahami kenapa lelaki malas bercakap, sukar berterus terang.
Minah betul-betul nak tahu itu. Sebabnya, Minah tak faham.
Tapi malangnya, ada super senior Minah selamber badak ambik buku tu masa Minah leka makan nasik.
Sekarang ni, Minah terpaksa bersabar tunggu super seniornya khatamkan buku itu.

Wednesday, October 17, 2012

Menangani Kedewasaan

Di hujung malam,
aku selalu berfikir tentang makna dewasa.

Mana-mana tempat aku pergi,
orang panggil aku kakak.
Tidak lagi adik.

Mana-mana sekolah aku lalu,
budak sekolah akan panggil cikgu,
tak lagi mengorat aku.

Bererti,
dewasakah aku?

Pengertian dewasa: Dewasa itu apabila anda jalankan tanggungjawab dengan sedar.
( Kamus Dewan Banggol Enggok, 2012).

("-_-) (-_-:)

Dunia dewasa memang satu dunia yang aneh.


            Dunia dewasa kita..

Ramai orang dewasa pendiam sebenarnya.
Mereka bercakap, tapi tak banyak yang diluahkan.
Mereka memberitahu, tapi tak banyak yang dikongsi.

************************************

Sebenarnya bila terlalu banyak benda bersarang labah-labah dalam kepala,
anda akan kehilangan kata-kata.
Anda akan dapati sebarang kata-kata tidak terlalu bermakna.

Bila anda bermasalah..
Pusinglah ayat macam mana sekali pun,
di penghujungnya,
yang bersalah TETAP DIRI SENDIRI.
percayalah.

Oleh  itu sebarang bebelan terhadap alam dan manusia, aku malas nak ambil pusing.
Kenapa?
kerana yang bersalah adalah diri aku.

Aku sakit.
sebabnya : aku tak ambil berat tentang kesihatan.

Aku ditipu hidup-hidup.
Sebabnya : aku bodoh.

Aku dibenci.
sebabnya : aku kurang kemahiran insaniah.

Aku tak ada kawan.
sebabnya : aku tak berusaha untuk bergaul dengan baik.

Nampak?
Sekarang ni..
Biar susah macam mana sekali pun.
Aku kena hadapinya jugak.
Kerana aku punca terhadap segala-galanya yang berlaku.

Thursday, October 11, 2012

Purple

***********

Hari ni semua guru sekolah aku pakai baju purple. Dulu aku tak suka purple. Aku naik hairan kenapa orang suka purple. Aku jadi menyampah pun ada kalau tengok orang pakai kaler purple. 
Pelik kan aku?
Senang sangat menyampah kat orang.
Macamlah orang tak menyampah tengok aku.
Sekarang aku suka sikit. Purple dapat menaikkan SEDIKIT seri wajah aku kot. Huhu la sangat.