Assalamualaikum dan Selamat Pagi.
Apabila melihat teman-teman sekeliling aku dicampur dengan pergaulan seumur hidup, aku membuat kesimpulan bahawa rata-rata gadis bertudung yang berbangsa Melayu, ilmunya tentang fesyen rambut amat rendah berbanding yang tidak bertudung. Bukannya tak ada, cuma yang tak ambil tahu tu lebih ramai.
Apa salahnya kalau kita yang bertudung ni ambil insiatif untuk potong rambut yang sesuai dengan bentuk wajah kita? Kan ke rambut tu mahkota untuk semua wanita?
Ok, sebelum Hari Raya Cina baru-baru ni, aku ada cari gaya rambut yang IN untuk tahun 2011. Saja untuk suka-suka. Muka aku ni jenis panjang, jadi gaya rambut yang aku cari opkos la yang sesuai dengan bentuk muka aku. Bukan aku tak bersyukur (aku bersyukur wehh), tetapi masalah untuk kita yang long face shape ini, kadang-kadang potongan rambut yang salah akan buatkan wajah nampak lagi panjang. Kan?
Jadi, ayuh kita lihat apa pantang larang dan gaya rambut terbaik untuk kita yang berwajah panjang. =)
Potongan rambut 1
Tips pertama potong rambut untuk wajah bentuk panjang, macam di bawah ni, dia cover kepanjangan wajah dia tu dengan bangs menutupi dahi, dan panjang rambut sisi pulak sampai paras bahu je, tak lebih. So, di situ dia berjaya mengalihkan tumpuan wajah kepada rambut. Paham?
|
Jangan dye, haromm |
Ini gaya rambut yang paling banyak orang view dalam satu laman web tu. Tapi aku rasa orang view je, sebab gaya rambut begini menjadi satu kerimasan pulak kalau diapplykan pada rambut.
Potongan rambut ke-2
Nampak? Macam mana dia cover bentuk wajah dia. Ini orang panggil rambut Bob. Ada aku baca dalam satu laman web tu, dia cakap rambut Bob ni fresh and evergreen sampai bila-bila. Betullah tu, aku setuju! (angkat sepanduk)
Kelebihan rambut Bob ni, dia sesuai untuk semua jenis bentuk muka. Dan katanya, rambut Bob ni mengangkat tulang pipi dan meng hi lite kan struktur wajah anda.
Cun an?
Potongan Rambut 3
Rambut ni jenis melengkung di hujung memang cun ar.
Kelebihan rambut Bob jenis ni, sangat sesuai untuk nak nampak SOFISTIKATED.
Nampak career woman gitu.
Kalau nak cari potongan rambut yang sesuai untuk semua peringkat umur pulak, memang Bob lah jawapannya.
Tak percaya sila lihat.....
Evita Nuh (versi kanak-kanak)
Heroin Cinderella's sister (versi gadis semasa)
&
mak incik di atas (versi wanita)
Sesuai, betul?
Heroin cinderella's sister
Ini Evita Nuh. Gambar ni aku grab dalam blog dia. Kanak-kanak ni memang ada high sense of fashionlah. Ok, itu cerita lain, sekarang tengok rambut dia.
Kalau kanak-kanak berambut Bob, nampak nerdy sikit kan?
Potongan rambut ke-4
Masih lagi rambut Bob tetapi dengan potongan yang berbeza.
Abaikan wajah Paris Hilton yang nampak semakin tua itu, tetapi lebihkan fokus anda kepada rambut.
Dia buat long swept bangs di bahagian kiri dahi dan panjang rambut pulak cecah dagu je. Cuba padam wajah Paris Hilton dan tengok rambut sahaja.
Cantik, kan?
Potongan rambut ke-5
Kakak aku minat yang ini.
Rambut Bob yang ada wave. Aku tak tahu pulak kalau namanya lain tapi aku sebut gitu je. Kalau rambut yang ada wave ni, lagi bagus.
Secara automatik wajah panjang anda terus hilang.
Tak nak try?
Potongan rambut ke-6
Nampak tak betapa comelnya rambut ni? Aku minat yang ini. Jimat syampu tuu.
Cuba lihat potongan ini pendek di bahagian belakang, memang sesuai-sesuai-sesuwaiiii untuk muka panjang.
Potongan rambut ke-7
Katanya, rambut serabut-serabut begini juga sesuai dengan wajah bentuk panjang.
Tips aku, hairband haruslah dibawa bersama.
Oh ya, perasan tak muka bentuk panjang kebanyakannya sesuai dengan rambut paras bahu?
Wajah bentuk panjang akan NAMPAK LEBIH CANTIK kalau rambutnya dipotong paras bahu sahaja. Percayalah.
Potongan rambut ke-8
Tak mahu tambah bangs, buat begini.
Curly hair atau waves akan menambah kelebaran wajah and flattering your long face.
Potongan rambut mana yang HARAM dibuat oleh orang berwajah panjang?
1. Super straight &Super long.
Sudahlah lurus, panjang sampai punggung pulak. Memang macam nenek kebayan muka anda.
So, don't let your hair grow too long sebab ia akan buatkan wajah anda nampak LAGI PANJANG.
Sampai paras bahu cukup. Tengok, dah berapa kali aku tekankan perkara ni.
" Tapi saya nak jugak rambut panjang! My boyfriend told me not to cut my hair."
Hey, panjang bukanlah segala-galanya ok.
Tapi kalau nak jugak,
caranya, buat potongan layers.
Layer terpendek haruslah mencecah dagu anda. Macam gambar di bawah ni. Haircut ni memang terbaik. Layer terpendek paras dagu kan? Ada side swept bangs, memang cover habis.
Mempersembahkan...
potongan rambut 9!
"Pendek tu, nak panjangg lagi."
(lempang mau?)
Ok, begini.
Potongan rambut ke-10
Rambut panjang potongan layers dengan bangs yang cover dahi jendul anda. Secara visualnya dapatlah mengaburi mata orang tentang wajah anda yang panjang tu. Tapi, kurang berjaya sikit.
Potongan rambut ke-11
Rambut keriting.
Rambut curly begini memang masuk dengan wajah bentuk panjang kerana ia menambah kelebaran pada sisi wajah anda. Charlize Theron nampak gorgeous dengan rambut ni, kan? Anda pun HARUS dapatkan potongan ini kalau anda rimas dengan bangs. Tak payahlah rebonding rambut kalau dah sedia curl. Rugi duit.
Potongan rambut ke-12
Walaupun rambut curly sesuai, tapi harus diingat, kalau anda buat curly untuk rambut yang betul-betul panjang, meleret-leret sampai punggung, sangat tak sesuai kerana ia akan MEMBERATKAN wajah anda. Boleh paham tu?
Jadi, curly tahap mana yang sesuai?
Potongan rambut ke-13
Haa.. mak aku pun suka sangat rambut ni. Nak kata apa lagi, memang cun. Tapi jangan lupa to add some bangs yang cute tu. Ada nampak?
Potongan rambut ke-14
Aku tanya mak aku, " mak, rambut jenis ni cantik tak?"
Aku saja je tanya, tak ada niat untuk mengapa-apakan rambut aku pun, pastu mak aku cakap
" rambut ni cantik benar ni kalau nak banding dengan rambut nombor 9" (sila tengok balik di atas).
" Kenapa?" Tanya aku.
Jawab mak aku,
" Sebab muka dia tak cantik."
" Lor,"
("-_-)
Potongan rambut ke-15
|
rambut Seo Woo dalam cinderella's sister |
Ini juga adalah potongan rambut yang cute dan jadi idaman para wanita. Cuma panjang rambut harus dipendekkan sedikit.
Potongan rambut ke-16
Sekarang aku tunjukkan potongan terakhir yang agak menarik.
|
Asian hairtype |
Potongan ni sesuai untuk anda yang berwajah panjang tetapi rambut pulak nipis.
So, add some bangs,
layers yang menambah volume pada rambut dan
wajib paras bahu.
Osem.
Orang kata, salah satu cara untuk mulakan hidup baru adalah dengan memotong rambut.
So, apa tunggu lagi? Right click gambar di atas kemudian save image as, print out dan tunjukkan kepada tokey kedai gunting rambut. Mudah kan?
Selamat Mencuba!=)