Mei 2013

This world doesn't makes any sense anymore~




Saturday, October 2, 2010

Bercuti ke Pulau Pangkor : .

Mari dekaat. Mari dekaat. Nampaknya aku hampir jadi munafik kerana belum menunaikan janji aku untuk sambung kisah tentang insiden aku dengan lecturer yang cantik tuh. Tapiii, mood aku hilang daa sebab asyik-asyik kena hentam je dengan lecturer tuh. Kadang-kadang hangin juga (asyik hangin je sejak pakai minyak Yu Yee ni) aku, apa kau ingat perempuan ni semua boleh tahan ke kalau asyik kena bantai tiap-tiap minggu depan orang? Malu kot.

Tak apalah kan, kali ini biar aku serikan entri dengan gambar-gambar sikit. Yalah, dah lama benar aku tak masukkan gambar kan.. Aku takut readers terlupa yang mana satu (nyanyi sikit..yang mana satu..sambil goyang pinggul) tuan blog ni. Jangan.. Jangan lupakan aku k. 


Sebelum tu mari kita tengok sikit gambar-gambar aktiviti aku di Pulau Pangkor. Pangkor lagi, apakan daya, sini saja yang aku mampu pun. Tapi kali ini, aku pergi dengan kawan-kawan. Dua bas cukup-cukup.



Ini gambar waktu di kampus, mereka ni tengah tunggu kawan-kawan yang belum sampai, jadi snap la gambar dulu kan (yang belum sampai tu group akulah tu..ngehe..)


Mak kau, ternganga mulut tu tengok gambar anak dara.  Apa nak jadi ni.. Cukup.
Mari nikmati keindahan alam ciptaan Tuhan pula sambil berkata   
'Subhanallah'. 
Ececeh.



Hm. Kretip.

1. Prof Z bersama isteri

-Sempoi gila la Prof ni. Semua orang sayang dia. Di sini, aku buat pengakuan tulus ikhlas, I love U Papa Zack. Bagilah 'A' untuk paper Methodology..(sambil sengih)


2. The Girls
- Semuanya nampak dilimpahi nur iman dek pantulan cahaya. Kenapa cahaya tak nak singgah muka aku? Kenapa??


3. Beach Boys


Comel pulak mereka ni  berlari-lari marathon dengan ketam yer..
-Aku curik gambar ni. Hehehe. Tangkap ketam yob, tangkap! Kemudian cicah dengan budu yeh..

Ada satu ketika tu, Wani cakap dekat aku. " Mek Na, tak nak naik tayar ke Mek Na?"
Jawab aku " Sedap jugak tu"
" Haa... Mek Na g naik, Wani hayunkan sambil tangkap gambar sekali." Kata Wani excited semacam. Aku pun bersetuju.
Walaupun terkial-kial aku naik atas tayar, tetapi rasa seronok itu tetap ada. Wani pun mula hayun aku. Aaaa...! Aaaa! Jerit aku.
" Takut ke Mek Na?" tanya Wani. "Seronook!" Jerit aku.


Tiba-tiba, angin berubah. Wani dengan kuatnya menghayun aku sampai nak berlanggar dengan dahan besar kat atas tu. Aku mula risau.
" Cukuplah tu Wani!" Kata aku kepadanya. Tapi dia seperti dirasuk. " Best ni Mek Na!" Jeritnya kepada aku dengan suara halus. Menyesal juga aku naik benda alah ni. Susah betul nak stop. Naik loya dah aku berpusing-pusing di satu tempat. Mat Salleh yang sedang berjemur berdekatan tercengang-cengang tengok aku menjerit macam mati suami.


Amboi wani. Bagi lutut nampak. Ke tengah buka bunga silat? Cakpong..Cakpong..


Gambar Mek Kin yang nampak penat. Kami di belakang pula terpaksa delete gambar sebab memory dah penuh. Kata Diela yang berada di tengah, " aku delete pic munglah. Sebab tak penting, buleh dop?"
Balas aku " Janganla pic aku, delete pic ikan tu. Dia tak tahu sedih pun. Aku tahu." Tekanku bersungguh-sungguh. Mek Kin 2 hanya mendiamkan diri supaya gambarnya tidak didelete.

Sarang burung banyak tahinya. Tempat apakah ini?


Ha, tiba-tiba wujud abang-abang macho bersama awek-awek cun. Kata si abang " Nak naik speedboat? Bahaya tu darling-darling semua. Meh abang temankan. At least selamat sikit. Tenaang jiwa abang."
Kata si awek-awek " Tapi bang, kena bayar rm10 seorang..." Siap dengan wajah risau dan bersalah.
Si abang macho pun dengan relaxnya berkata,
" Takpe, abang ikut, mana boleh korang semua pergi tanpa pengawasan lelaki. Bahaya tu." Serius benor wajahnya. Si awek-awek pun terharu.

Mana gambar aku? Tak ada disitu sebab dipaksa jadi photographer.
Kata abang macho kepadaku,
" Kau, minggir! Di sisiku hanya pantas untuk cewek-cewek kayak gini. Tangkapin potonya!"
Dihulurkan kamera kepadaku. " Baik pak!" Kataku patuh.


Maka, sampailah kami ke Coral Island dengan ditemani dua jejaka sebagai Mr. Bodyguard. Gatal betul abang yang bawa speedboat tu. Mujur juga budak dua orang ni ikut. Bisik aku di telinga mereka yang bukan bodyguard.




Pic ni waktu tengah tunggu bas kontot datang ambil. Lama sungguh tunggu sampai berpeluh ketiak ni ha. Nasib baik ada kamera untuk mengabadikan memori. Ini bukan semua ni. 


Jumpa istana pasir, sebelum kami pijak-pijak ganas ala-ala tentera Israel atas tu, kenalah posing dulu sambil buat muka manis. Tengok Wani tu, ada ker diranapkan istana tu, orang lain pegang elok-elok, dia pula pekup sampai nampak pegang pasir je.


Berposing sampai pengsan.



 Gambar mengumpat Mek Fara bersama Cik Yah dan Izan.


Ni gambar apa ni. Semua nak sumbat dalam satu entri.

Akhir sekali, gambar ramai-ramai tu wajiblah kan. Barulah nampak gambar orang lain.



P/S- Kebahagiaan biasanya datang daripada hal-hal yang sederhana- Albert Einstein.

9 comments:

cik zaty fiziaty said...

saya suka!
lawak....hahaha..sengih sorg2 aku bc entry ni...

enyheartsdiamond said...

teringin nak bercuti di mana-mana pulau :')

Bungakopi said...

fiziaty,
mari ketawa bersma2. hehe

enyheartsdiamond,
jomlah..relax oo

aresaliyana said...

pergh..jelesnyer aku tgok pic2 korang..huhu

Bungakopi said...

aresaliyana,
jangan jeles, taun depan kan ade g..huhu

Amni said...

Jeles ooo tengok orang wat program macam gini.. dah lama tak bercuti... hum.

Bungakopi said...

amni,
namanya sama ngan anak buah sy. huhu.
xpe take break la sama..baru ilang stress sikit..

UglyPooh said...

haha..sronokla tgk korang.
appreciate masa dok kampus, bila kluar bekerja da lain sesangt...

Bungakopi said...

uglypooh,
waktu kerja bergembira kt tmpat kerja lak..huhu