Mei 2013

This world doesn't makes any sense anymore~




Monday, July 29, 2013

Zaman Kerja

Kerja kerja kerja.

bila tengok orang lelaki kat tempat kerja aku,
life depa mudah gila.
nampak tak stress.

awat aku stress?
adakah kerana aku perempuan?

pikiaq-pikiaq balik, dak jugak.
bila tengok SEKALI LAGI kawan-kawan laki kat tempat kerja aku
depa memang tak stress
enjoy
tapi aku perhatikan
depa  buat kerja tak tara mana pun
hat buat sistem ni, nak habaq mai. sistem ang 100% tak praktikal. 














aku ni ada saja reja atas meja. non stop baq ang.
depa plak, boleh jaa dok tangguh reja..
toksah dok heran la bila ramai pempuan jadi pemimpin zaman la.

sebab pa?
sebab laki zaman laa...
depa bajet depa cerdik secara semula jadi.
kurniaan Ilahi.

sebab depa dok syok sendiri..
la ni bilang ngan jari berapa banyak lelaki melayu berkualiti.
sebab tu ramai anak dara tua.

back to the topic, bab mengular ni..
aku takut nak buat lagu tu
aku takut rezeki tak berkat

ponteng sana ponteng sini
sat-sat mc.
bab kebersihan duit jangan buat main...

kita orang Islam zaman la suka ambik mudah semua benda.
pastu pakat heran awat anak tak dengaq kata
degil..
hati keras dan sebagainya

awat tak pikiaq betul-betul ang masa reja tu mengular ka dak...
ingat nak berkat ka bila bagi duit tu kat anak-anak..

moga-moga kesedaran ni terus segar mekar dalam hati aku.

still, aku tengah pikiaq cara supaya aku reja tak stress,
baru masuk alam reja ni kata sedara aku,
memang rasa hidup macam apa lagi.

maklumla, nak cope ngan tempat baru tu tak senang aih.
susah.
aku lak very poor my soft skill...
kesian aku.
reja bawak balik rumah-perkara biasaa bagi orang ataih..kita orang bawah reja macam nak semput.

Thursday, July 25, 2013

Fikiran kita

Kadang-kadang,
tidak tahu apa salah kita
wajah kitakah
atau sikap kitakah
yang buat orang benci kita

















Kadang-kadang
kita cuma suarakan kebenaran

Selalu juga
kita hairan kenapa ya?
yang mengampu itu ramai kawan
adakah itu dikatakan beramah-tamah
kita hairan

Walau berapa kali pun kadang-kadang itu
terfikir juga kadang-kadang
mungkin ini saatnya
saat Dia tidak mahu sesiapa tolong kita
supaya kita kuat
supaya tertebus dosa-dosa kita
dengan duka yang tak terhitung

Kadang-kadang terfikir
Mungkinkah kemungkinan itu?

Hari-hari sedih yang bahagia

Kau hadir masa aku layu
dan pergi
masa aku bisu.

Aku bukan aku masa itu.
Aku bukan lagi aku masa kau sangka itu aku.

Buat insan yang bernama dia,
Sekarang ini aku bukan lagi seperti dulu
Seperti hari-hari sedih remaja aku

Hari aku dimarah emak
Hari aku rasa ingin segera kerja
Itu hari-hari sedih yang biasa

Hari ini,
hari yang sentiasa sedih
hari yang sedihnya tidak seperti dulu

yang aku sangkakan aku sedih sekali
hari yang aku sangkakan aku paling teruk
bukan,
bukan hari itu.

Hari ini adalah hari  buntu.
Hari-hari sekarang
apa yang aku rasa
kaulah puncanya

kerana aku masih ingat,
aku tidak sesedih ini sebelum bertemu kau
masa aku sedih dulu
adalah masa bahagia aku.


















p/s- kau bukan dia