Quote of the Day

When you have faith, everything is possible~




Tuesday, January 10, 2012

Diari UPSI Januari 2012 : Apabila Orang-Orang Bijak Menyuarakan Pendapat

Tanpa mukadimah.

Betapa hampehnya mereka yang mengutuk UPSI aku.
Sini tempat aku belajar, I love UPSI walaupun Pekan Tg. Malim, Perak ni banyak tahi burung (walaupun tidak berkaitan)

sumber: Google Image

Hati aku sebagai pelajar UPSI terluka apabila terlalu banyak hinaan ke atas pelajar UPSI rentetan cetusan Adam Adli, pelajar Tesl semester 5 yang famous amous itu. 

Siapa Adam Adli?

(Wikipedia aku : Adam Adli adalah pelajar UPSI yang meminta dimansuhkan AUKU. Beliau menurunkan bendera Perdana Menteri selama lima minit, beliau juga..tetett tetett...maklumat tidak mencukupi..sila Google sendiri)

Komen-komen yang dikutip dari video ini (klik)

Orang bijak 1 # yang mungkin ambil triple degree. :)

Orang bijak 2#. 

Orang bijak 3# yang eja 'bangang' dengan lebih cerdik.


Aku sebagai seorang mahasiswi tipikal yang suka bergambar sambil buat duck face, layan blog-blog hiburan, facebook 24 jam, manga, download movie dan lain-lain ini rasa begitu terharu dengan cercaan mereka. 

Persoalannya :

Adakah komen-komen yang aku ambil dari laman youtube ini menggambarkan orang yang lebih bijak daripada kami, pelajar UPSI ini?

Kenapa aku terkilan :

UPSI adalah sekolah kehidupan aku. Bukan sekadar tempat aku belajar untuk mendapat CGPA yang tinggi, tapi tempat aku belajar untuk bersabar, bertolak ansur, berjimat-cermat, dan berjuta-juta 'BER' lagi. 

Pandangan aku yang tidak bijak berbanding anda :

Dalam dunia ni, tak semestinya orang yang bijak akademik sahaja akan dipandang tinggi, tapi  orang yang bersosial dengan baik LEBIH MUDAH untuk survive.

Kesimpulannya, kepada anda, orang-orang yang lebih bijak daripada pelajar UPSI ini, bersikaplah down to the earth kepada semua orang kerana (tanpa mengira status) orang yang bongkak tidak akan masuk syurga malah akan dibenci di dunia.

Hm. Itulah. Memang tidak akan masuk syurga. Tak takut?

p/s- Aisehkamen...takut melihat orang-orang bijak berkomen-komen. Biarlah aku yang tak berapa bijak ini mengundur diri. Wassalamu. :)

Wanita Boleh Tumpu Banyak Perkara ke dalam Satu Masa?

Oooooooooooooo wooooooooo ooooooooooooooooooo..........(tarzan betina datang)


Selain shopping, wanita ada banyak obsesi lain juga. Kalau dulu, blogging obsesi aku. Hati penuh bernafsu terhadap blog. Layan perasaan. Tapi sekarang, aku ada obsesi lain. Obsesi yang membunuh keinginan aku untuk berblogging, hampir 99 peratus, tetapi tidak shopping. Kerana shopping adalah jiwa kebanyakan wanita.

Kadang-kadang aku terfikir,
adakah kasih sayang aku terhadap blog sudah beralih arah?

Sebab entri aku selalu kosong, aku terfikir 
perlu ke tak aku masukkan gambar ni?

p/s-Aku sedang cuba pupuk semula minat aku ini. Kenapa? kerana aku tidak ada hobi yang lebih berfaedah selain berblogging. Hobi lain? Hanya Tuhan yang tahu.

p/s 2-Ada orang perasan tak aku buat 'bloom' kat muka?