Mei 2013

This world doesn't makes any sense anymore~




Thursday, December 31, 2009

Azam 2010

TAHUN BARU 2010
walaupun ramai yg buat tak tahu, tp ramai tahu bahawa esok adalah tahun baru.
mungkin ada antara kita yg sambut tahun baru di mana-mana, ada yg melompat-lompat sambil tgok konsert, ada yg sibuk beli barang-barang utk dapat kalendar free, ada yg senyap-senyap tulis wishlist, tidur terbongkang dalam bilik pon ada.

Paling bagus yg menyambutnya dengan mengingati Allah. Baca Quran ke, plg kurang selawat. Bersyukur masih panjang umur sehingga sempat menjengah ke tahun baru. (sempat ke?)
Tp, aku..mcm ni pulak, sibuk bertukang.

PAPAN MEMO
-Kos?
sikit je,
>polistirene tu recycle dari penghuni lama rumah ni,
>kertas colour tu recycle daripada kamus mandarin ala-ala skrap book,
>pembaris panjang pinjam kawan,
>gunting tumpul yg sgt useful walaupun semalam roomate dah suruh buang dalam tong sampah.
>Juga gam yang diwakafkan oleh seorang kawan.
-TOTAL : RM 0.00

                                       papan memo buruk pun nak upload dlm blog juga.
                                   aik, ada lindung2 pulak, 
ok, tamat kisah papan memo. sekarang mari bercerita tentang tahun baru.

ini soalan-soalannya, tak perlu dijawab, baca sahaja.
1. Adakah anda takut pada tahun baru? (memandangkan umur anda tidak menurun)
2.Sudah bersedia dengan azam  baru?
3. Bagaimana dengan azam lama, tercapai atau tidak?
4. Sejauh mana anda berpuas hati dengan kualiti azam yg berjaya dicapai?
5. Bagaimana dengan azam yg tidak tercapai?

Di sini saya turunkan beberapa tips yang saya kira dapat membantu pelaksanaan azam anda.

1. Hebahkan pada rakan-rakan azam anda. Seperti saya, melalui papan memo rakan sebilik akan sentiasa mengingatkan saya jika saya hampir tergelincir drp niat. Paling kurang, anda disindir. Ttp itu lebih bagus drp anda merosakkan azam anda. Betul tak?
2. Jangan tunggu 1 Januari untuk bermula. Anda perlu mulakan sekarang. Hal ini bagi membiasakan diri  dengan azam baru anda.
3. Pastikan azam anda relevan untuk dicapai. Cthnya azam anda ialah menurunkan berat badan sebanyak 10kg. Logik atau tidak?
Anda perlu lihat pada tahap kesihatan anda dan juga kesibukan anda.
4. Bersemangat dalam mencapai azam (ini kata kawan).

Ya, itu sahaja tipsnya. Kalau anda ada cara anda sendiri, berkongsilah disini(^_^)


KEDAH MAJU 2010 KAN..JOM PERGI MELAWAT KEDAH...

Tuesday, December 29, 2009

CANDID PHOTO CONTEST


 Buat pertama kali, aku masuk contest dalam belog. huhu..ada tahap teruja ni. contest ni dianjurkan oleh incik Halim. silalah klik nama beliau kalau nak join contest ni. Tp jgn lupa tgok tarikh tutup ye ibu2 bapak2 smua.

31 DECEMBER 2009

hari ni 29 kan? ke 31? Alamak...(check kalendar enset)

Ha..ini pic nya. sgt candid kan?


sekarang, aku serahkan kepada incik Halim & para juri utk menilai. TQ. 



Monday, December 28, 2009

Student Life # 1

Hari ini first day kuliah.
Aku di dalam bilik,
bersila di atas katil sambil kunyah kerepek pisang.
Juga sangat lapar terketar-ketar.
Hari ini air je yang masuk ke dalam perut.
Malas gila nak turun beli lauk.
Nanti ada kelas pukul 5 petang boleh pergi makan terus.

Tapi bila dah di sini, erm..
apalah yang sedap sangat?

Teringat gulai ikan isi dengan sambal tumis ikan bilis kakak aku.
Makan kuah dah sedap.
Di sini, tom yam pun ceroi semacam.
Tak sedap.
Tepat sungguh!

Oh ya, aku ada terfikir nak masuk contest, tapi sebab terlalu teruja.
Aku tak tahu nak pilih yang mana satu.
Tarikh tutup dah dekat,
31 December 2009.
Tapi since kawan-kawan beri galakan,
aku pun isytiharkan,
aku masuklah.
Kalau gambar ni ok tak?


Ini kerepek yang buat gigi aku haus


Gambar untuk contest.
pic #1: not mine.

Sunday, December 13, 2009

Kisah Cemburu Buta.

Tadi, aku dengan kakak aku pergi rumah kakak aku yang lagi satu.
Kakak aku tak ada di rumah masa tu.
Yang ada anak-anak buah aku yang hyperactive tengah bergaduh.
Bila mereka nampak aku dengan kakak aku,
anak buah yang no3 cakap dengan nada riak dan takabbur:


Alang : Mak Su, Alang dapat peksa nombor satuu..hnss..hnss(kembang kempis idung)
Aku: Oh Ye ke..Alang kelas no.berapa?
Alang : Kelas Jaya, nombor satu la. Aaa...Alang dapat 9A 1C.
Aku : Aik, apa yang C?
Alang : Math
Aku : Owh..(tak tau pulak aku banyak betul subjek budak sekolah rendah sekarang ni)

Jeles aku.
Zaman aku kecil-kecil dulu,
Aku tak pernah dapat nombor satu dalam exam.
Pernah sekali dapat no dua.
Kasihan dengan diri sendiri.
Selalunya aku conquer nombor tak berapa nak depan la.

Dulu, bila balik rumah lepas dapat nombor dua,
konon nak bangga sikit la kan.
Tapi kakak aku cakap:

" Eh teruknya. Kami dulu selalu dapat nombor satu dalam kelas."
"Bohong!" Kata aku.
"Tak percaya, tanya mak".

Kemudian, tahu tak apa mak aku cakap?

" Kakak-kakak kau selalu jadi harapan di sekolah.
Kakak A, B, C tiga-tiga pengawas. Kakak C penolong ketua pengawas. Popular lagi."

 Aku marah ini. Marah. Jangan tegur aku. Aku kata, jangan.
Teringat lagu kumpulan lelaki-lelaki jambu, Westlife kot, bunyinya begini.

I was the black sheep of the family

Isk..Iskk...down betul aku rasa waktu tu. Sejak kejadian tersebut, aku tak pernah lagi mendapat nombor dua. Semuanya nombor tinggi-tinggi je. Buku rekod pon aku dah tak nak tengok lagi.