Mei 2013

This world doesn't makes any sense anymore~




Friday, February 17, 2012

Change for Good-Libresse


 
 Allah s.w.t sedang mengajarmu erti sabar dan ikhlas..
wahai mu'allimah..


pic: google Image

Thursday, February 9, 2012

Panduan Menjawab Interbiu-Nasihat daripada peminat Tamar Jalis.

Baiklah. Aku telah pun selesai ditemuduga oleh PK Hem yang sangat mesra dan ramah-tamah. Walaupun begitu aku terasa ingin menggulungkan diri sendiri di bawah meja sekarang ini. Sesuatu yang besar telah menimpa diriku. Sebelum itu, aku beritahu dulu subjek yang akan aku ajarin.

Kemungkinan besar aku akan ajar BM dan SEJ iaitu Bahasa Melayu dan Sejarah.

Sejarah?
Sejarah....???

Hakhakhak..

Siapakah rakan-rakan sekelas aku dulu?
2 Dahlia
3 Dahlia
4 PKE 3...
5 PKE 3

Ingatkah kalian semua mengenai potensi diriku dalam subjek Sejarah?
Sungguh bertuah sekali bakal pelajar-pelajar aku sekalian.

Baiklah.

Babak 3.
Aku keluar dari bilik PK Hem dengan senyuman bahagia. 
Kemudian, ada seorang guru , kenalan aku yang sangat rapat menegur..
sia-sia pakai maskara...ada tahik mata sikit di mata belah kanan.

Ada tahik mata sikit...
Ada tahik mata sikit...
Ada tahik mata sikit....

p/s- Sebelum menjawab interbiu dengan muka profesional...pastikan mata anda bersih daripada sebarang tahik!

Hari ini aku berhijrah dari XS ke L nak ke M sikit sikit.

Salam party polytik.
......
......
......
......
......
......
Menyampah tak tengok ejaan aku yang begitu rupa?

Baiklah.
Hari ini aku ada interbiu cikgu di sebuah sekolah agama yang terkenal di Penang. Oleh itu semalam kakak aku telah membuka satu bUngkusan yang terdiri daripada kain-kain tudung lama yang bersaiz L.

Setelah aku gabus-gabus habuk pada tudung-tudung tersebut, aku telah menyeterika tiga helai tudung. Satu berwarna kelabu, hitam dan putih. Maklumlah, perasaan nervous akan menyebabkan tudung tidak jadi. 

Kain tudung itu berada di dalam bungkusan di dalam setor yang mana bermaksud ia sudah tidak digunakan lagi. Hal ini kerana kakak aku sekarang memilih  untuk memakai tudung bersaiz XXL yang menutupi bontot, melebihi siku dan sama di paras lutut. Sudah tentulah hidayah aku belum cukup kuat. Oleh itu aku hanya memilih untuk meminjam tudung lamanya yang bersaiz L ke arah M.

Situasi di tempat interbiu.

Sudah berjam-jam aku menunggu untuk diinterbiu.
Tudung sudah senget. Muka sudah berminyak. Lalu aku tekapkan tisu Premiere ke muka dalam-dalam. Bekal nasi lauk asam pedas sudah tinggal separuh. Sakit perut yang berkelodak sudah surut.Jiwa yang gementar sudah menjadi rilek serilek-rileknya.

Persoalannya: Berjayakah aku dalam interbiu ini dengan tudung pinjam berwarna putih? (@_@)