Mei 2013

This world doesn't makes any sense anymore~




Thursday, January 28, 2010

Hari Mengundi UPSI

Seriously, aku benar-benar tidak tahu aku mengundi untuk apa. Memanglah MPP untuk menjaga kebajikan pelajar, untuk mewakili suara pelajar, tapi rugi betul kalau aku pergi mengundi, beratur panjang-panjang, guna sistem e-undi lagi, memberi mereka keglamouran, sedangkan nanti apa yang aku lihat tidak memuaskan hati aku. Maksud aku di sini, betul ke manifesto mereka itu?

Mereka menjaja manifesto setiap malam, pagi dan petang. Semalam aku berjaya mendapat badges yang comel juga la, colour perang. Waktu tu aku baru balik daripada kelas tutorial. Tiba-tiba aku ternampak badges dijaja orang di hadapan pintu kampus. Aku pun apa lagi, jalan slow-slow depan abang and kakak tu. Adeh, mereka tak nampak pulak. Kawan aku pun sama. Berjalan slow-slow. Kadang-kadang aku nampak macam berjalan setempat je. Akhirnya, abang tu perasan juga kehadiran kami kat situ, dia pun bagilah badges and kakak tu pula bagi flyers untuk calon-calon umum. Masuk  sahaja dalam bas, aku pun beleklah flyers tu. Ow..macam-macam manifesto ada. Macam-macam rupa calon pun ada. Aku pun cuba berfikir seperti seorang pengundi. Agak-agak kalau aku undi, mereka ni jalankan atau tidak tugas mereka? sebab bila aku baca manifesto tu macam tak logik pun ada. Kadang-kadang meluat pula baca. adakah aku sorang je rasa begitu?
                                               itu yang aku dapat smalam.
Ada manifesto yang nampak terlalu mudah, ada manifesto yang nampak terlalu sukar untuk dicapai. Aku juga melihat pencapaian dan sumbangan mereka.  Bukan aku tak mahu percaya keupayaan mereka, since Tun Dr. Mahathir sendiri selalu berfikiran di luar kotak dan membuat pembangunan yang dianggap mustahil oleh sesetengah orang. Tapi, entah kenapa, aku enggan percaya mereka mampu melakukan semua itu. Ok, sepanjang aku di sini, aku kurang pasti apa yang mereka buat sebenarnya. Sepatutnya, barisan MPP yang lepas patut membentangkan kembali pencapaian mereka sepanjang menyandang jawatan tersebut.  Barulah ramai student macam aku bersemangat sedikit untuk mengundi. Mungkin juga aku yang tidak alert. Tapi daripada apa yang aku nampak, pencapaian penggal lepas :
1. penambahan telekung yang bersih di surau kampus.
2. penambahbaikan bus stand di kolej aku.
3. pen drive free 2GB yang tidak boleh dicopy movie atau gambar. hanya words semata-mata. bagus betul.
Ok, satu penggal. Itulah pencapaian yang aku nampak. Owh..lupa. Ada lagi. Hari tu aku pergi program pelancaran 1 Malaysia di Stadium Ipoh. Dapat RM20 free. Sajalah aku pergi. Dah waktu tu memang bosan. Ada ucapan PM, kemudian menteri2 berucap, Fiq menyanyi, bendera Malaysia free, bihun free, bas free & ramai sekali budak sekolah ye tuan-tuan. Boleh nampak pakaian budak sekolah merata-rata memenuhi stadium. Ok, melalut dah ni.

Kembali kepada pilihanraya kampus, bosan betul aku tadi. Beratur, scan kad matrik sampai dua kali, kemudian letakkan handset di dalam bekas raga, isi no.matrik dan no. kad pengenalan...

Eh..kalau macam tu undi aku dikira tak rahsia lagilah ye. Senanglah nanti mereka nak trace. Tapi nak trace untuk apa pula. Ah. aku pun start mengundi. Sebenarnya tak ada seorang pun aku berkenan. Err..ada seorang. Namanya Priya. So, aku tick nama dia. Semuanya kena tick 7 nama. Aku pun tidak tahu nak tick siapa lagi. Hanya Priya yang aku kenal, sebab aku pernah berjuang (yela sangat) bersama beliau untuk meningkatkan mutu perkhidmatan pensyarah (percayalah). Kemudian, benar-benar blurr ni. Aku pun pakai tick sahajalah. Muka yang tidak berkarisma tu memang aku tidak tick. Huhu..teruk ke aku ni. Jangan kata aku teruk. Aku tak rela. Sebab ramai lagi kawan aku tidak turun mengundi. Alasan yang betul munasabah ni, sila fahamkan ya. 

BUKAN BOLEH BAGI AKU KAYA PON.
Ok, jangan kata mereka pentingkan diri, tak ada semangat itu dan ini, sebab kadang-kadang kita memang rasa begitu. Dia susah ke, tak makan ke, makan ke, pakai kasut getah ke, pinjam kasut kawan ke, ada siapa ambil tahu? Ada? Tak ada pon. Ok, itu aku yang cakap, bukan dia. 

Kawan aku tadi pon, aku call dia suruh datang.Ces, bajet aku ni terlalu patriotik padahal aku sendiri tidak tahu siapa yang aku undi. Sebenarnya aku berminat nak undi seorang lelaki ni, dia senior sekolah aku, tapi malangnya fakulti lain. Bagi aku, dia memang bertanjak gilalah untuk jadi presiden sebab beliau soft spoken, well mannered, wajahnya redup and handsome. err
http://emo.huhiho.com
Semalam, aku cuba nak kusyukkan diri dengan sedikit kerja berbentuk akademik (bukan berblog), tapi rasa bengang betul. Berdegar-degar bunyi suara calon-calon tuh, diselang seli dengan bunyi kompang dekat bilik jamming, adeh. Ini bikin aku rasa nak menjerit sopan.
Aku pun apa lagi, capai tudung, sweater roomate aku, "Jom turun,"
Ajak roomate tapi dia tak berminat pula. Tak mengapa. Aku turun sorang-sorang. Sampai je kat tempat penceramah-penceramah bebas tu, tak sempat nak cari port, dah ramai menyerbu aku, eh..rasa macam menteri ni. Semua pakat bagi flyers warna-warni. Ada satu color pinkkk. Adeh, yang tu aku simpan. So sweet..(^_^)

Warna memang memainkan peranan penting. Tahu kenapa? Sebab aku mengundi seorang calon ni hanya sebab flyers beliau color pink. Ahaks, jadi di situ calon lelaki sudah rugi. Itulah, suka sangat ejek pink. Bagi aku perempuan yang berani buat flyers color pink untuk tujuan promotion adalah seorang yang berani. Maklumlah, pink selalu jadi kontroversi kan. Okeh, selesai sahaja diserbu tu, aku pun cuba pasang telinga isi ceramah penceramah-penceramah tu. Ada beberapa orang yang menarik perhatian aku. Seorang tu namanya Eddy.
Kata beliau,
" saya tidak pandai nak berhadis-hadis..." 
" kalau nak raih undi, jangan gunakan agama"
Err..ada ke yang buat mcm tu? Mungkin ada, sebab aku pun turun lambat malam tu. Tapi bolehkah agama dipisahkan dengan politik? Bagi aku, politik dan agama itu berada dalam satu pakej. Tidak boleh tidak. Mungkin ini fikiran tipikal aku, tapi mereka (calon-calon alim itu) inginkan cara hidup kampus yang lebih islamik. Jadi, kenapa kita perlu menolak? Mungkin maksud beliau, kalau kamu GUNAKAN agama utk raih undi, bukan untuk masa depan kampus bercirikan islamik yang lebih gemilang, maka lebih baik jangan. Err..aku rasalah. Kalau beliau tak maksudkan begitu, tak tahulah aku. Harap maaflah ya.
Ok, serius aku tidak ingin berpolitik di sini. Apa yang aku cakap+taip disini hanyalah pandangan aku dan rakan-rakan semata-mata. Kitakan demokrasi. Lupa ke? Ayat kedua yang aku tertarik semalam adalah yang ini :
"Tolong diam semua. Saya ingin berpantun," 

Again. Kamu ingin berpolitik kecil tapi kamu bercakap dengan nada kerek sebegitu ini kawan baik aku yang kata 
Memang kawan aku tidak mengundi beliau. Harap maaf. Pandangan aku pula, maka hilanglah identiti kamu sebagai muslimah yang lemah-lembut. Beliau tidak perlu meninggikan suara seperti calon lelaki, cukup sekadar bercakap dengan jelas dan meyakinkan. Itu sudah menyenangkan hati pendengar. Mungkin calon tersebut nak tunjuk tegas di situ. Mungkin beliau nervous nak berucap. Ha, yang nervous berucap ni lagi satu hal. Kalau bercakap depan orang dah nervous, macam mana nanti kamu nak pertahankan paper work kamu, hujah-hujah kamu depan orang atas? Nampak sangatlah tidak boleh mengundi beliau. Ahaks. Sekarang tibalah waktu untuk aku membuat senarai harapan aku kepada barisan MPP baru. orang masih mengundi dan aku sudah tuntut janji.
Dengar sini calon-calon semua..
kalian, calon-calon yang aku undi kerana aku suka, aku undi kerana flyers yang banyak dan comel, aku undi kerana muka macam berkarisma, aku undi kerana aku terundi, sila benar-benar buat kerja. Harapan aku, semoga setiap hari jumaat, ada banyak bas di pekan Tg. Malim untuk aku pulang ke Kolej Aminuddin Baki, kerana aku TIDAK INGIN LAGI menunggu bas dari pukul 1.40 p.m hingga 3.33 p.m di pondok polis berdekatan traffic light itu. Panas dan membuang masa. Juga selesaikan masalah bas yang tidak mengikut waktu kitaran seperti yang sepatutnya dari kampus ke Kolej Aminuddin Baki. Sekian.

SAYANGILAH UNIVERSITI KITA. 
http://emo.huhiho.com
Nota sendiri-sendiri- suara hati seorang pengundi.

Tuesday, January 26, 2010

Trauma

Masih ingat filem Trauma lakonan Nasha Aziz? Aku rasa ini adalah lakonan terbaik beliau sepanjang menjadi artis sehinggakan beliau menang anugerah Pelakon Wanita Terbaik.

Pernah rasa trauma? Tak pernah?
Trauma pada lipas?
Sebenarnya aku baru sahaja sembuh daripada t.r.a.u.m.a
Nak tahu bagaimana rasanya?  Kisahnya?
=
=
=
=
=
=
=
=

Hari ini memang trauma. Lebih kurang pukul 10+++ a.m, aku capai towel masuk shower room. Rumah rasa sunyi waktu tu. Tapi aku riang sahaja mandi tanpa memikirkan apa-apa.

Selesai sahaja aktiviti aku dalam tu, dengan relaksnya aku pun pulas tombol pintu untuk keluar.
Tiba-tiba (tolong la suspen, pliss),sebaik sahaja aku pulas tombol, eh....tak terbuka pun pintu?
Tak apa, aku cuba lagi.
Pulas ke kanan, pulas ke kiri, eh...biar betul ni? Kemudian aku ketuk  pintu dengan kuat sampai merah tangan.
Alamak, aku terkunci. Jadi, aku pon memanggil dengan sopan.
"Kinah..... Kinah....."

Tak bersahut.
Ok, try sekali lagi.

"Ziela...... Ziela....."

Masih juga diam. Aku pun..

" Anne........!"
" Nana.......!!"
" Hanimmmm.....!!"

Ah sudahh...mana pergi semua orang ni. Apasal semua senyap je. Seingat aku, Hanim tak ada kelas hari ini. Jadi aku terus menyanyi-nyanyi memanggil nama semua housemates aku sambil ketuk pintu bagai nak pecah. Alamak, bilik kecil ni rasa macam himpit aku pula. Air di rambut juga sudah kering.

 Tapi aku tak putus asa. Dah habis ketuk, aku tendang pula. Kononnya nak bagi pintu terbongkang. Tapi nyaris-nyaris aku tergelincir. Lama juga aku terperangkap. Habis tune suara aku berubah-rubah daripada soprano ke alto dan sebagainya. Aku pon rasa bengang la juga. Apsal waktu-waktu genting begini budak-budak ni boleh tak ada kat rumah pula. Aku pon cuba congak-congak dalam kepala. Rasanya roomate aku pukul 12 baru habis kelas. Nak tunggu bas lagi, nak lepak-lepak cari roti whole meal lagi...silap-silap pukul 1 baru sampai rumah. Ha sudaah..
Aku pun terus memanggil nama semua hosmet aku. Kinah, zila, anne, nana, hanim. Hinggalah..

" Mak...........!"
" Mak............."


Sajalah aku layan feeling sikit buat-buat panggil mak pula. Maklumlah, orang selalu berkata, waktu susah begini, nama ibu memang tidak lekang daripada bibir. Jadi, tidak tahu apa sebabnya, aku pun panggillah juga nama ibu aku. Akibat lama sangat menunggu, aku mandi sekali lagi. Kemudian tunggu lagi. Sebab rasa tekanan, aku mula simpan perasaan buruk.

Ini mesti budak rumah aku nak wat suprise birthday party kat aku ni. Tapi, birthday aku bulan dua. Tak awal sangatkah.

Kemudian, tetiba aku rasa budak-budak ni mungkin nak sabotage aku pula. Lalu, aku pun jerit.

" Jebooon, kalau kau ada kat luar...Saja tak nak buka pintu, siaplah kau. Aku keluar kang, kau tunggulah nasiibb!!"
http://emo.huhiho.com
Sebenarnya aku tahu, tak ada orang pun kat luar..

Lebih kurang dua jam bertapa atas balang Daia, aku terdengar bunyi pintu rumah dibuka. Terdengar suara halus.

" Assalamualaikum.."

Owh, Sakinah rupanya. Lalu, aku rasa sangat sebak.

" Kinah, help meee.....sob..sob".

" Har....kau kat mana?" 

Aku terdengar Sakinah berjalan ke hulu ke hilir cari aku. Aku pun jawab...

" Aku terkunci dalam shower ni haa.. uhuk...aku hampir matii"

Serius rasa sedih. Akhirnya Sakinah juga yang menemui aku. Sakinah pun apa lagi, cari segala mak nenek kunci yang ada, kemudian kodek-kodek kat pintu tu. Tapi macam tak boleh. Aku mula rasa kuciwa.

" Kinaahhh..."
Aku pon merengek-rengek kat dalam tu. Minta dilepaskan segera. Hangat juga dalam tu.

" Oklah, tunggu kejap. Aku g panggil orang office. Kau dah pakai baju belum?"
" Waaa..." Sambil hentak-hentak kaki.
" Ok, ni aku pakai ambil je baju mana dulu. Pakailah eh".

 Nampak la ada seberkas (???) baju si Sakinah tu hulur melalui bawah pintu. ekceli, ada ruang sebenarnya di bawah pintu. Tapi aku macam tak yakin nak merangkak macam biawak kat bawah tu. Nanti, kotorla towel aku. Jadi, tak berapa lama kemudian, dengarlah suara-suara hero bersama suara auntie Maznie (orang office) di luar.
Aku pon berdebar juga. Mana mau taruh ini muka??
Kemudian, aku senyap sahaja waktu brader-brader macho macam Upin & Ipin tu jadi penyelamat aku. Hinggakan brader tu tanya,

"ada orang ke tak dalam nih? Senyap jer..."

Aku pun menjawab halus. " Ya, saya.."
Kemudian, tanya lagi. " Ini dah pakai baju ke belum?" Sambil ketawa kecil.
Jebon. Ini bikin aku tebal muka. " Dah..dah.." Jawab Sakinah dari luar.
Adalah dalam 10 minit juga cubaan membuka pintu tuh, tengah aku tunggu dengan suspennya, tetiba pintu terbuka luas. Ha, ini jebon sekali lagi. Kemudian, aku sempat nampak hero aku tu berlari terkedek-kedek keluar bilik air. Konon tak nak tengokkk..huhuh.

Aku pon dek segan gila, terhegeh-hegeh keluar sambil usung baldi dengan segala perkakas mandi. Kemudian tanpa ucapan terima kasih, terus menonong laju masuk dalam bilik sambil hempas diri atas katil. Guling-guling lagi. Sayup-sayup di telinga aku terdengar suara Sakinah berbasa-basi (ke berbasi-basa?) dengan orang-orang office tersebut. Penyelamat aku pun pulang. Sakinah masuk bilik aku, kemudian..

" Tengok tak abang tadi?"
" Tak, kenapa?" Tanya aku bodoh-bodoh.
" Hensem la juga".
" Betul ke??"
"BetuLLLL..."
" Lar....kenapa dia tak ajak aku kawin?"
http://emo.huhiho.com
Psst-Adehla, penyelamat aku seorang yang tall, fair and handsome. Betul-betul macam cerita Hindi.

Monday, January 25, 2010

Kerana Pulut Santan Jari Ah..

Kisah blogger menghina almarhum Sultan Johor sedang hangat diperkatakan sekarang ini. Aku juga sempat menjenguk blog Adukataruna.

Gila.

Trafik dia naik mendadak aku rasa. Kalau dia letak iklan, agak2 berapa earnings nuffnang ? Kaya lagi daripada Hanis Zalikha.
Tapi dia dah delete pon entri tuu.
Dah delete pon, masih boleh baca entri tersebut sebab ramai yang buat screenshot.

Eh, yang menghairankan aku.. kenapa masih ada blogger lain yang menghina Almarhum?

Terkejut.

Bahasa yang dasyat gila bagi aku.Lagi dasyat daripada entri si adukataruna nih!

Individu kedua yang menghina Almarhum Sultan Johor ini khabarnya menetap di luar negara. Sebab itu berani gila buat entri macam tu.

tAPI, beliau bukan setakat menghina sultan, Allah sekali dia hina. Tak percaya cuba la baca.


Apakah tindakan yang akan diambil ke atas mereka ini?

Inilah apa yang orang cakap,

cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar.

Psst-Err..entri aku ni ok kan?

Sunday, January 24, 2010

Cuba jawab

Apa yang hebatnya jatuh cinta pandang pertama?
Tidakkah ia sekadar bersandar pada paras rupa?

Ada sesiapa yang jatuh cinta pandang pertama pada Datuk Ct?

Thursday, January 21, 2010

Kosong

Ini karya aku masa form 5 if tak silap. Dulu, aku suka gak berlawan dengan kawan aku ni. Bukan lawan tumbuk sebab berebut nestum paket, cuma lawan siapa tulis puisi paling best.

                                                                         
Tapi aku tak ada karya kawan aku untuk ditempek kat sini. Jadi, aku tempek gambar dia sajalah. Oya, dia juga sangat tidak mengagumi bakat menulis aku yang hebat ini kerana dia rasa karyanya lebih mantap. Tapi tidak mengapa. 

 Aku tak bersedih. Sebab dalam beratus-ratus karya yang ditulis oleh beliau, aku hanya minat satu perkataan, iaitu tandu cinta. Wakaka...agak biasa didengari kan?? 
( Ces, bajet karya aku lebih hebat)


Ok, sekarang cuba baca benda alah kat bawah ni. Beza karya aku dengan karya kawan aku ialah...

Karya aku keluar kat majalah sekolah!! Hnss..Hnss..
Karya kamu pernah ke keluar majalah sekolah?

Ok aku tahu ada ramai orang di luar sana yang sangat berbakat sedang mengetawakan aku.  Ada orang tulis karya pasal pelangi, pasal bulan, bintang & matahari..
Pasal gadis bermata ungu..
Pasal gadis ayu, wanita muslimah..
Pasal agama.. pasal perang..

Jauh lebih bernilai daripada karya cekodok ini ( alahai, ayat ini tidak sedih)
Huhu..tapi tak mengapa, sebab aku tak mudah rasa putus asa.

SILA NIKMATI KARYA 'KOSONG' INI!

Malam pekat begini
Meski bising bunyi cengkerik
Dan hujan cuma tinggal rintik
Jiwa ini masih kosong

Saat teman-teman bersenandung
Saat itu hati ini menangis dan berteleku bisu
Dan menonjol riang di luaran

Jiwa ini bukan tandus
Cuma hipokrasi dunia buat ia mendengus
Letih dalam bermonolog

Kekosongan ini mahu lepas
Seperti bebasnya sang camar di laut
Terbang mencari suara kudus 
Saki baki di hujung dunia  

Ehem- 
  1. Aku tulis karya ni masa kat hostel and rasa bengang tak pasal-pasal malam tu. Entah kenapa. Rindu kampung gamaknya.
  2. Silalah komen. Nak kutuk pun tak apa. Sila ok, sila.

Tuesday, January 19, 2010

Tiba persoalan serius (sangat)

Tiba-tiba aku rasa ingin membangkitkan satu persoalan untuk difikirkan.

Kalau kamu adalah tenaga pengajar beragama Islam yang perlu mengajar subjek tentang semua agama di dunia..

+++ lagi status kamu sebagai graduan Universiti Timur Tengah dalam kursus agama,

Pelajar-pelajar kamu terdiri daripada pelbagai agama- Islam, Kristian, Hindu, animisme dan free thinker juga ada,

apa pendekatan yang akan kamu gunakan semasa mengajar subjek pelbagai agama tersebut?

adakah kamu ingin bercakap sebagai seorang yang tiada agama supaya nampak adil di mata pelajar?

ataupun kamu bercakap sebagai seorang Muslim?

Situasinya disini,

apabila kamu bercakap secara fair and square, kamu ibarat atheis.

Apabila kamu bercakap dengan mempunyai pegangan agama, kamu dianggap bias.

Ok, sila jawab sekarang. 

(TERBUKA KEPADA SEMUA RAKYAT MALAYSIA SHJ)

Senyum kambing- Cuma bertanya.

Sunday, January 17, 2010

EDIT PHOTO CONTEST * lagi

Ya, sekali lagi melibatkan diri dalam arena bercontestan. SILA LIHAT MATA YANG PENUH HARAPAN INI!
http://emo.huhiho.com
Bungakopi mempersembahkan

*GADIS PANDAI JAMMING*

Penganjur pertandingan ialah pemilik blog dengan tagline
biLa RasAku iNi rASaMu iaitu cik Rose ( masih bulum berkahwin ya).
Aku nasihatkan sesiapa yang terbaca entri ini, tak payah joinlah. Sudah terlambat hokey. Kasihan dekat Cik Rose sama. Penat nak menjenguk banyak blog.

http://emo.huhiho.com
Psst-Macam mana pic aku ni? Ada gaya boleh menang tak? 

Saturday, January 16, 2010

Archery Club 2008/2009

Ya, hari ini rasanya mahu membiarkan anda menikmati gambar sahaja. Itupun kalau anda rasa ia sedap untuk dinikmati.

 

Nak cari aku cukup mudah. Masih memakai tudung yang sama. 
Buat masa ini, yang paling cekap memanah yang pakai tudung coklat kat belakang tu. Asek-asek kena X.
Yang paling cemerkap pula, yang berbaju coklat. Asek-asek, out.
Kebetulannya, dua-dua bernama Syikin.




Begitu seronok ketawa. Duduk-sue, berdiri-wanie. 
Yang kecil-kecil kat belakang tu, terlupa nak bawa duit. Kami on the way nak ke kafe sebenarnya.




Rozita Che Wan kata, saya tidak langkah longkang, tidak lalu bawah penyidai..




Road not taken. Komited sekali berjalan.
Sudah memanah, beli lauk la pula. Mengtekedarah dengan sopan.

Nota kaki busuk- 1.Baru aku perasan, aku memang banyak baju kaler merah. 
                          2.Agak sibuk sekarang ni.

Wednesday, January 13, 2010

Siri Koleksi untuk diingat semula.


Namanya Shuhada. Waktu sekolah rendah, dia kawan baik aku. 
Sopan orangnya, tak macam aku. Kami selalu buat jahat sama-sama, buat baik sama-sama. Kira pahala pun lebih kurang la juga. Tapi kalau buat jahat, orang selalu tuduh aku mastermind, padahal dia ni yang cadangkan satu-satu benda tu kadang-kadang. 
Apa nak buat,  aku terima saja. Masuk sekolah menengah, dia dah makin sopan. 

Maka, tak nak join aku lagi membuat aktiviti berfaedah seperti tidur secara berjemaah. Kalau nak jalan pergi lab pun, dia dah ketinggalan di belakang akibat terlalu kecil bukaan kakinya. Akhirnya, dia join kumpulan-kumpulan ayu. Status sekarang, single n jobless. Wakaka.


Ini Huda. Dia juga kawan aku since pra sekolah juga. Sama macam Shuhada. Tapi dia ini baik sikit. Tak macam aku dan Shuhada. Kiranya perkara baik-baik dia ikut join, perkara tak baik dia tak join. Jadi, dia berjaya sikit daripada aku. Tapi dari segi sahsiah la. Dia juga yang mula-mula pakai anak tudung kat kawasan aku. Tapi anak tudung sahaja tahu. Kadang-kadang, kalau dia kayuh basikal laju-laju, terbang juga anak tudung dia. Aku jugalah yang pergi kutip. 
Status- Single dan serabut.

Ini Aliaa. Ya, dia comel orangnya. Waktu tu aku baru masuk sekolah baru. Aku berkawan dengan dia selama seminggu baru aku tahu dia juga student baru macam aku. Lepas tu, terus berkawan dan buat jahat sama-sama. 

Kena berdiri sama-sama, kena leter sama-sama, lepak tepi bumbung hostel sama-sama. Paling aku suka, kalau dia menyanyi. Memang power kalah Ning. Tapi, dia cakap tak nak jadi artis. Jadi penyanyi nasyid oklah.
Status sekarang-double dan baru tamat belajar.
 
Ini pula Shikin. Beliau banyak juga kenangannya dengan aku. Banyak juga mengajar aku itu dan ini, tapi bukan subjek sekolahlah. Subjek buat sendiri. Yang tahyul dan karut itu memang hobi. Game jumpa hantulah, game check daralah, cari nama suami dan macam-macam. Dulu waktu sekolah, kami sama-sama jadi mangsa buli. Apa lagi, terus buat report dekat ketua warden sambil nangis-nangis ( dia yang nangis, bukan aku). Nyaris-nyaris dibuang sekolah senior tu, memang tak bertamadun betul membuli aku yang tidak bersalah ni. Nasib baik Shikin baik, dia cakap kat ketua warden, cikgu, jangan panjangkan perkara ni. Cukup sekadar dia tidak buat lagi sudahlah. Aku pun kata, betul betul betul..
Status sekarang- unknown.
 
Ini Syah. Beliau junior aku. Nampak namanya? Aku panggil Syah Junior. Entah macam mana budak ni boleh terlekat dengan aku. Seperti biasa, dulu dia juga kena buli. Jadi aku jadi penyelamat la konon. Sejak itu, dia terus ikut aku seperti ekor. Tersepak batu pun nak mengadu kat aku. Kadang-kadang, dia bercerita sampai aku tertidur. Jadi, aku layankan sajalah.
 Status sekarang-double dan belajar.
 
Ha..ini Ckin. Namanya serupa dengan Shikin di atas, tetapi perangai..minta maaf cakaplah, memang jauh. Beliau memang tidak reti duduk diam. Kadang-kadang mempengaruhi sikap aku yang tenang juga. Beliau pandai banyak bahasa. Mandarin, Tamil, Siam, Arab memang dalam poketlah. English? Ehm..dah lama beliau tidak menang Oral-B. Maksud aku Spelling-B.
Sekarang, beliau sedang menghasut aku masuk nasyid. Mungkin dah lama aku tak dengarkan suara emas aku. 
Status-double dan belajar.
Ini Sakinah. Beliau sangat tenang dan serius. Eh, itu dulu. Sebelum aku kenal dia. Bila dah kenal, hanya Tuhan yang tahu ketenangannya itu ibarat air yang berkocak tiada buaya. Sekarang beliau berada di sebelah, sedang membuat tugasan dengan separuh komited. Sudah berkali-kali dia mengingatkan aku. Buat yang ini dulu, buat yang ini dulu. Aku jawab, kejaplah. Beliau hanya menjeling.
 Aku suka makan biskut dan epal beliau tapi beliau tidak kisah. 
Status-jengjeng.


Ini pula aku rasa aku berkawan dengannya sejak lahir. Sebenarnya dia yang berkawan dengan aku sejak lahir. Sebab aku tua dua tahun daripadanya. Jadi, dia lahir saja aku terus ajak berkawan. Kata aku, nice to meet you. Dia jawab, wo ye hen gaoxing renshi ni. Maksudnya, dia juga gembira bertemu aku. Kalau aku balik kampung, memang muka dialah yang aku cari. Tak susah pun, setakat laung-laung sahaja. Sebab dia jiran aku. Sejak kecil lagi impiannya nak berkawan dengan aku (iyakan ok). Jadi, aku tunaikan saja. Dulu, akulah yang sanggup bergadai nyawa sebab sanggup naik kereta yang dipandunya.
Status-prefer not to say katanya.

Linda. Aku suka kawan dengan dia sebab dia rajin and pandai masak. Jadi, kiranya aku ni commentator tetap dialah kalau dia masak. Kami sama-sama ambil kelas menjahit. Tapi malangnya, dia pandai jahit banyak baju. Aku satu jenis saja. Sebenarnya, aku malas nak tunjuk bakat terpendam. Nanti, ramai pula jatuh hati. Jadi, aku biar dia saja yang bolot semua itu. Diakan kawan, jadi aku berkorbanlah. Cuti hari tu, aku hampir jahanamkan mesih jahit dia. Dia kata, it's ok, kita kan kawan. Tapi nanti cina tu datang repair, jangan senyum saja. 
Status-Tidak tahu juga.


Ini pula Suhaida. Suaranya halus tidak terdengar. Sepanjang berkawan, hanya aku yang asyik pergi lepak di rumahnya. Bukan apa, lepak di sana boleh  makan sedap-sedap. Kalau lepak di rumah aku, belum tentu aku hidang. Eh, taklah. Aku hidang terlalu banyak. Jadi, diet beliau terganggu kalau datang rumah aku. Jadi, aku redha saja kalau dia telefon dan kata sedang buat mee. Maksudnya nak suruh aku pergilah tu.
Status-TTM

Ini semua bukan ada apa-apa, cuma ingatan aku sebagai seorang kawan. Semua dah jauh, semua dah menuju arah yang berbeza. 

Kadang-kadang lupa untuk balas mesej mereka. Kadang-kadang lupa wish untuk birthday mereka. Kadang-kadang juga lupa janji aku pada mereka. Jadi di sini, aku tahu separuh daripada kamu sedang baca. Aku minta maaf hokey. Malas nak tunggu raya. Maklumlah, aku boleh mati bila-bila. Buat kawan-kawan lain yang sedang baca, tulis nama. Nanti aku buat review pasal kamu pula.

Dialog ustaz dengan Jin

Minggu lepas

Kriing....( dua kali ok)
Perbualan yang tidak berapa nak berfaedah selama dua minit.

Ustaz : Sekarang buat apa?
Jin : Cari kerja
Ustaz : Cari kerja ke cari orang?
Jin: Ustaz ni..


Hari ini
Jin bersiap nak ke pekan.

Anak jin: Nak ke mana?
Jin : Pergi pekan
(sambil sibuk menyarung seluar)
Anak Jin : Buat apa?
Jin : Adalah kerja.
Anak Jin : Cari kerja ke cari orang?
Jin :...

Kanak-kanak jin pun suka meniru percakapan orang dewasa. Jadi, selepas ini harap ibu-ibu bapa-bapa jin semua tuturkan perkara yang baik sikit dalam blog. Bukan apa, ramai betul yang mencarut dalam blog. Ingat kanak-kanak tak baca ke? Eh...Memang tu hak kamu, tapi aku nak tegur juga.
http://emo.huhiho.com
Nota kaki lipan: Awat yang sibuk sangat pasal orang?

Monday, January 11, 2010

Al-Fatihah buat mereka

Agak sayu hati ini bila mendengar perkhabaran bahawa dua daripada sahabat seperjuangan meninggal dunia pagi tadi. Walaupun mungkin hanya berpapasan di kampus, tetapi kami tetap berada di bawah satu bumbung. Dengarnya, kemalangan berlaku berdekatan kuil.

Jenazah akan disolatkan di surau Al-Falah (surau kolej kediaman aku) selepas solat Zohor hari ini. Mangsa yang terlibat adalah  Allahyarham Fadhiri dan  allahyarham Faizol. Allahyarham Fadhiri khabarnya sudah berada di semester 8.

Sedikit sahaja lagi akan menamatkan pengajian. Aku dapat bayangkan perasaan keluarga beliau. Aku sempat juga menjengah blog beliau (sila klik link).

Melalui entri-entri beliau, dapat aku bayangkan beliau seorang yang baik. Sesungguhnya mati itu pasti. Aku insaf seketika. Marilah kita berdoa beliau dan sahabatnya ditempatkan dalam kalangan hamba-Nya yang beriman. AMeen.

Pst- Kedua-duanya kolej kediaman lain. patutlah aku tak pernah nampak.

Sunday, January 10, 2010

Archery club

Hari ini, biar gambar sahaja yang berkata-kata.

Pemanah pertama seorang amatur. Tak percaya tengok kedudukan tangannya dan cara beliau menarik tali busur. Kedudukan pinggul agak melenggok semacam sahaja. Beliau melepaskan tiga arrow pada masa yang berlainan tetapi hanya dua sahaja yang ditemui di score board.  Markahnya ditandakan 2. Tapi beliau percaya beliau boleh menjadi wakil kelab nanti. Patutkah kamu percaya?


 Melihat cara berdiri beliau kita semua percaya bahawa beliau agak profesional di bidang ini bukan? Kedudukan tangan kiri yang lurus dan tangan kanan yang menarik tali busur serta urat-urat cekang yang timbul menyebabkan timbul perasaan teruja pada perempuan-perempuan yang memandang beliau. Beliau melepaskan arrow betul-betul tepat di tengah-tengah bulatan target faces. Markahnya ditandakan X.


Setelah berasa bosan, beliau tiba-tiba beralih angin. Kami semua terkejut apabila beliau menyanyikan lagu ATAS BUKIT. Tapi kami layan sahaja. Jika kamu berminat pada lagu atas bukit, sila menyanyi bersama-sama di sini.

ATAS BUKIT

Atas bukit ada rumput
rumput cantik tak pernah lihat
rumput atas bukit
bukit yang cantik
hey!
bukit yang cantik
hey!

atas rumput ada pokok
pokok cantik tak pernah lihat
pokok atas rumput
pokok yang cantik
hey!
pokok yang cantik
hey!

atas pokok ada dahan
dahan cantik tak pernah lihat
dahan atas pokok
dahan yang cantik
hey!
dahan yang cantik
hey!

PSST- Saja buang masa. (sebenarnya gaya je macam nyanyi lagu. aku pon tak pasti bliau tengah buat apa sebenarnya. Cuba kamu teka?)

Friday, January 8, 2010

Jomlah join program ni. Tapi tarikh tutupnya 10hb.

Aku memang dah terlewat. Silap betul aku. Sepatutnya aku ajak kawan-kawan aku awal-awal lg. Tapi, tu la..bertangguh la sgt. Ini sikap aku yang paaaaaaaaaaaaaaaling aku menyampah. Ok. Stop menjengkelkan orang. Cuba klik (link)
Rugi tak masuk sementara masih free. Sebab lepas ni, program ni memang kos tinggi. RM1999 +++.
Dulu lepas SPM, aku pernah join dah program abang ni. Ala-ala summer camp. Lepas sebulan, aku pun berstoking. Hehe..
Ok ok (bertepuk tangan) jangan buang masa lagi! Sila klik butang di atas. Sila sila..

UPDATE!

Program online (melalui email, multimedia dan web) akan bermula Dis 2009- Jan 2010. Kemuncak program ini ialah Program Kumpulan 1 secara ‘live’ yang akan dilaksanakan pada 30-31 Jan, 210, Insha-ALlah.

Apakah yang terkandung dalam program ini?

  • Anda akan didedahkan teknik bagaimana menyampaikan ceramah atau pendidikan dengan berkesan menggunakan kaedah CASIC. Ia juga terbukti meningkatkan emotional intelligence untuk memajukan hubungan dalam keluarga, rakan-rakan dan di tempat kerja.
  • Pengenalan teknik MasterPIES bagi menyampaikan nilai spiritual dalam bentuk yang mudah difahami oleh pendengar dan relevan kepada umum.
  • Menggandakan keyakinan dalam melaksanakan usaha pendidikan dengan teknik ‘Anchoring with Remembering Allah’
  • Mendedahkan teknik menghasilkan produk pendidikan dan menambah pendapatan anda sehingga RM 10,000 sebulan.
 Program ini ialah ‘training-for-trainers’ untuk memberi nilai tambah berganda kepada individu yang ingin menjadi jurulatih, penceramah, fasilitator, pendidik, guru, pensyarah atau aktivis masyarakat berkesan dengan menggunakan teknik yang ringkas tetapi membawa impak berpanjangan.

Location : Hotel Puri Pujangga, UKM, Bangi, Malaysia
Tarikh : 30 & 31 January 2010
Medium : Malay language
(sila perasan bahawa pendaftarannya perlu cepat.)
Ok, sila klik kawan-kawan! Linknya di atas.. go go.. mari kita berperang dengan masa yang ada.

    Thursday, January 7, 2010

    Sedih itu normal


    Hari ini rasa sedih.

     
    ni spec gajah ni..
    Pertama,aku rasa mata aku rabun. Dah dua malam aku rasa mata aku lain. Sekejap dekat sekejap jauh. Kata Rubiah, selamat datang ke dunia rabun.

    Cerpelai betul dia. Berani dia mengetawakan aku.

    Lagi satu, ini mungkin balasan untuk aku yang selalu gelakkan kakak aku dulu. Zaman jahiliyah dulu, aku suka gelakkan kakak aku kalau dia buka tudung periuk makanan panas, kemudian asap berkepuk-kepuk naik ke muka, kemudian spec dia jadi jerebu. Lagi kelakar kalau lepas jerebu dia pandang aku. Betul-betul macam mata Inspektor Gadget .

    Tapi rabun aku tahap rendah lagi. Jadi, lepas ni, siapa-siapa bela arnab, beware. Jangan tuduh aku curi carrot arnab kamu pula.

    Kedua, tadi dengar cerita sedih daripada seorang kawan. Kisah dia diabaikan family sewaktu kecil. Aku hampir tak dapat terima bila dia kata waktu kecil-kecil dulu, tak ada siapa nak sign buku rekod. Tunggu punya tunggu, akhirnya..

    "saya sign sendiri jaaaaaaaaaaaaa"

    Sedih betul aku. Kemudian, katanya, belajar pun atas usaha sendiri, langsung tidak berkomunikasi dengan adik beradik kerana jarak umur yang jauh membuatkan abang-abang beliau hanya mempedulikan hal masing-masing. Lagi, dia kata sampai cikgu buat surat untuk panggil mak ayah datang sekolah tapi tak ada siapa yang nak datang. Mujurlah dia masih belajar juga.

    Kamu ingat senang belajar tanpa ada dorongan? Samalah macam sampan tanpa dayung ataupun perigi tanpa timba ataupun cawan tanpa cerek. Kalau hidup susah pun, at least kalau dapat moral support  daripada ibubapa, itu masih baik. Tapi, kalau support kewangan pun tidak, moral pun tidak, hanya diri kita semata-mata, hmmm..kalau orang yang tak berapa nak rajin macam aku, memang dah lama jadi kutu berahak.

    Tapi, syukurlah dia tidak begitu. Sekurang-kurangnya, dia jadi juga orang yang berguna pada bangsa, agama dan negara ( kenapa bangsa nombor satu? Bunyinya BAN)
    Kenapa aku kata begitu? Pertama, secara lahiriahnya, dia menunjukkan contoh Muslim yang baik, kedua dia bekerja jadi secara automatik, menyumbang kepada KDNK negara. Oya, dia mengundi juga (selalunya orang yang biasa susah waktu kecil enggan mengundi atas alasan bukan boleh bagi aku kaya pun). Ketiga, bila dia menunjukkan contoh Muslim yang baik, maka dia tidak memalukan bangsa dialah kan...

    Tapi, agak sedih bila dengar dia ingin hidup untuk diri sendiri. Dia tidak ingin pedulikan orang lain. Buat apa? Waktu dia susah, even keluarga sendiri tidak datang tolong. Berbelas tahun hidup dengan memendam rasa. Jadi, bila besar, walaupun wajahnya tenang, tetapi dia menjadi seorang pendendam. Aku kata, yang lepas biarlah lepas, sia-sia je kita solat tapi tetap tak nak memaafkan orang.

    " Saya dah kehilangan begitu banyak peluang, begitu banyak kasih sayang". Tengok, degil tu..

    Memang bukan mudah untuk memaafkan orang yang membuatkan kita paling terluka. Aku pun jadi speechless seketika. Ya, sedih. Cerita dia memang sedih. Susah nak memahami bila kita tidak berada di situasi itu. Kemudian dia tak mahu lagi bercerita. Mungkin sebab aku membebel tidak kena dengan point dia.

    Bila keluarga tidak mendidik dengan kasih sayang, maka jangan salahkan mereka kalau mereka tidak tahu nilai kasih sayang. Bukan semua ibu bapa itu baik. Bagi dia, keluarga telah menjadi punca terbesar kesakitan. Apa kamu nak kata kalau dengar orang kata begitu? Jadi, di situ, aku belajar lebih menyayangi keluarga aku. Bukan semua yang kita nak, kita akan dapat.


    Buat kawan aku, hari mendung kamu telah berlalu pergi, tetapi kamu tetap akan dibayanginya jika kamu enggan memaafkan kenangan silam.

    Sekian sahaja daripada specky girl baru anda.

    Psst- Moga2 kita menjadi ibu bapa yang baik.

    Tuesday, January 5, 2010

    Hakim sudah besar

    Ini cerita anak saudara aku.
    Semalam adalah hari pertama dia  ke tadika.
                                            Hakim waktu kecil2

    Nama : Nur Muhammad Afiq Hakim
    Umur: 4 tahun 6 bulan
    Hobi : Layan Tom& Jerry, makan, belajar memasak, menyanyi lagu 'aku wanita' by siti Nurhaliza.
    Sikap baik: Cool.
    Gadis idaman: Maksu
    Cita-cita : Hakim
    Soalan fevret: Kenapa?
    Hari tu, jiran aku yang tua tidur di rumah aku atas beberapa sebab. Beliau membawa bersama seorang cucu perempuannya yg berusia 6 tahun.Sekali terpandang, memang comel betul budaknya. Bila Hakim tengok muka budak tu, dia pandang aku dengan mulut terkumat-kamit. Aku pun naik hairan. Kenapa? Tanya aku.
    Tiba-tiba dia datang berbisik dengan suara halus.

    "Ya Allah, maksu chommeenyaaa......"

    Serius aku ketawa.
    Dulu, cita-citanya bila dewasa ialah ingin berkahwin dengan aku. Most of my nephews memang bila besar nak kahwin dengan aku. Kenapa agaknya eh?

    Monday, January 4, 2010

    Kisah Bukunota mereka dan Mozilla

     KISAH BUKU

    Kamu jangan jadi begini.


    cuba lihat pada perbezaan saiz buku

    Itulah yang aku notice apabila kelas pertama tamat pada minggu lepas. Buku hujung besar gedabak, muka lecturer dgn baju Superwoman pun boleh lukis besar-besar tanpa ada masalah, yg kedua tu medium, yg depan sekali tu, memang tak tahan...buku 555 @ buku hutang! Isk3...sadis betul pemandangan ini. Buku siapalah gamaknya..

    KUIH @ BISKUT

                                                  apa nama kuih ini? Cuba teka

    Semalam, kerana semester baru bermula seminggu, jadi x ada banyak kerja yg boleh kami buat selain berkumpul di meja makan selepas buat skipping.

    Tiba-tiba, seorang drp kawan aku yg enggan berskipping berkata (skema gila),

    Rubiah : Suka gila aku dengan kuih Mozilla ni...
    http://emo.huhiho.com
     Sebab semuanya diam tak terkata, maka...

    Aku ( aku lg, dah aku watak utama kan..) : Hellooo, ini biskut namanya Mazola ok, bukan Mozilla Firefox...!

    Gila riuh, semua orang ketawakan Rubiah.

    Rubiah 2 : Canggih gila biskut ko, boleh jadi browser...ada tak yg boleh jadi modem? Boleh aku cucuk..