Mei 2013

This world doesn't makes any sense anymore~




Sunday, January 30, 2011

It's time to go home

Do you ever take time to pamper yourself?

For me, this CNY adalah masa terbaik untuk aku melakukan aktiviti-aktiviti girang bersama anak buah. 
Girl ini black shawl: Lulu Ijang. The other girl? Me la.

Cuti ni, I promised myself to:

1. Belanja anak buah aku sesuatu. Apa dia? Yang tu aku pun tak pikio lagilah.
2. Buat perubahan untuk diri sendiri. Orang kata perubahan tu perlu untuk mulakan hidup baru. Mereka betul. (tak bermakna perubahan tu kerana aku tak gembira sebelum ni. nonono)
3. Sleep early. Degil ni degil. I have to sleep early jugak lepas ni since my skin is getting worse. Paling lambat pukul 12.
4. Bukan itu sahaja, setelah berpuluh tahun hidup, aku baru sedar bahawa aku mencuci muka dengan kasar. Patutlah kedut cepat timbul. Nehi abujee... Nehi..
5. Aku nak layan cerita Korea baru dengan mak aku. Mesti best. Born to be rich. Dah tengok?
5. Aku juga baru sedar, aku adalah orang terakhir yang tinggal dalam rumah kolej ni tapi sibuk merancang seorang diri tentang plan bercuti. WuuuuuuuWuuuWuuuuuu....cedihnye abujeee.

google pitcha : life..is..so....
p/s- Tengah tunggu lori ayam untuk tumpang balik kampung. Eh, dah sampai kot.

Aku dan Budak Lelaki 10 Tahun.

Hey. Tahun Baru Cina ni jatuh elok-elok pada tarikh birthday aku. 3rd February 2011. Aku agak perasan bahawa tarikh birthday aku tu macam agak romantik sikit ar. Tarikh. Bukan aku. He he he. Kebetulan lagi, aku baru tahu birthday anak buah aku sama dengan aku. Kesian dia dapat ibu saudara macam aku.

Oh. Oh. Kisah budak lelaki 10 tahunnya begini. Hari ni keluarga angkat roomate aku, Lulu Ijang datang dari Johor. Mereka bermalam di kolej aku tapi berlainan rumah lah kan. Ijang ada adik angkat lelaki berumur 10 tahun. Alim budaknya. Aku suka tengok. 

Semasa budak ni datang lepak-lepak di bilik aku, lampu berkelip-kelip. Waktu tu dah dekat maghrib dah. Memang gelap la. Jadi, kami pun nak beri servis terbaik punya kepada keluarga angkat Ijang, lalu aku dengan profesional tahap hampagas tarik meja study dan tukar la starter. Aku rendah. 156 cm sahaja. Terpaksa jingkit atas meja study dengan terketar-ketar sambil Ijang pegang pinggang aku konon nak bagi aku stabil tapi aku geli pulak. Sepanjang berjingkit tu, budak umur 10 tahun ni sibuk bagi arahan itu ini blablabla. Dalam hati aku kata " eh budak ni, geramnya aku" tapi aku maintain senyum kat luar. Biaserr. 

Bila aku tengok pic google di bawah ni.. baru aku tahu..

Oh..itu starter..itu soket ghupenye


" Itu starter bukan soket. Kena pusing lampu tu. Starter tu..starter tu..." Kata budak tersebut membetulkan aku sambil sedang landing sedap di atas katil. Aku pula apa lagi tersengih-sengih jelah. Dah tukar soket starter, lampu masih berkelip jugak. Kemudian tukar lampu kalimantang tu ha (proses paling lama sebab nak masukkan yang hujung-hujung tu, paham kan) baru ok. Elok aku dah tarik meja ke tempat asal, buang habuk-habuk semua... kata Ijang, "eh.. lampu ni colour kuning daa".

" Tak pe ah, kita panggil yang pakar je lah lepas cuti raya Cina ni". Pasrah. Budak kecik lelaki tu, lepas potpetpotpet barang sepatah dua, terus melompat keluar ikut tingkap. Kesimpulannya, budak lelaki dengan kakak-kakak pun nak tunjuk hebat. Padahal aku yang makan garam dulu. Tunggu nak dapat darah tinggi je ni. Huh.

p/s- Lain kali dengar pendapat budak kecik.

Saturday, January 29, 2011

Wujud Pepatah Kerana Apa?

Kata Mak Limah betul. What goes around comes around. Kata kakak aku pun betul. Hidup ini karma. Lalala. Dulu bertudung, sekarang free hair. Dulu tengok aku pakai jeans pun dengan pandangan sinis, sekarang pakai legging pergi pasar. See. See. Aku diam saje. Begitu sekali manusia berubah. Terpempan sayer. Itulah, kan dulu ustazah dah pesan.. nak betulkan orang, biar di hati ikhlas. Bukannya dengan niat untuk sanjungan, untuk nampak diri terbaik punya.  Manusia kenal spesies manusia mana yang menegur dengan niat untuk memperbetul atau sebaliknya. Kan manusia ni sebaik-baik kejadian.
Logo recycle ni sesuai pulak dengan pepatah tersebut.
p/s- Mak Limah mewakili suara ramai.

Friday, January 28, 2011

Kenangan Rakyat Marhaen

Hai.
Pernah dengar tak " dah mula rasa rindu padahal mereka masih di depan mata?" dan 
 " dah mula rasa sunyi padahal mereka belum pergi". 

Pernah rasa?

Bosan la. 

Aku dah mula rasa sunyi padahal kawan-kawan ada je. Pukul 2 pagi masih baca komik, masih melilit shawl sambil tengok tutorial di Youtube. Masih meriah malam ini. Tapi.. esok semua orang dah balik kampung and aku pula adalah orang terakhir yang akan tinggalkan rumah ini. Aku tak tahu kenapa aku sentiasa akan jadi orang yang terakhir bab-bab berpindah-randah atau bercuti ni. Benda ni tak pernah berubah semenjak aku kecil hinggalah dah boleh berumahtangga ni (ehem).

Sepinya pekan ni
Dulu waktu aku kecik-kecik pun sama jugak. Semua kakak-kakak aku tinggal jauh-jauh. Penang, KL, Negeri Sembilan, Perak, Mesir. Lagi 2,3 hari nak raya baru balik sambil bawa kuih raya berbondong-bondong dan baju raya untuk aku. 

Kemudian rumah akan riuh rendah. Biasanya pada malam-malam baru berjumpa tu, kakak-kakak aku akan berborak sampai ke Subuh. Termasuk aku akan bersengkang mata sambil dengar cerita-cerita mereka. Kemudian, bila habis cuti, seorang demi seorang akan kembali ke tempat masing-masing dan tinggallah aku terkontang-kanting dengan emak. 

Perasaan untuk melepaskan sesuatu yang kita suka tu sangat susah. Hati rasa sunyi. Padahal kalau kami berkumpul, kerja aku memang hampeh habis. Mentang-mentanglah mereka memasak, membaju dan menyetelkan kerja-kerja wanita, aku biasanya akan ambil part paling akhirlah iaitu cuci pinggan mangkuk. Tak pun part paling awal, tukang beli barang. Biasalah, hidup kan.

Sebenarnya manusia tu memang tak suka ditinggalkan. Tak suka sendiri. Hairanlah macam mana ada orang yang hidup menyendiri? Serius cakap, aku kalau duduk terperap seorang diri, aku mula rasa hidup aku tak berguna. Walaupun aku boleh layan Korea sampai habis 20 episod, atau baca komik sampai episod beratus-ratus, tapi kalau seorang diri.. ("-_-)


Ada cara lain tak macam mana nak membunuh kebosanan? Plis.

p/s- kalau mereka ada, kadang-kadang aku bagi siku je supaya mereka tak ganggu aku.

Thursday, January 20, 2011

Dilema wanita cantik

Banyak wanita cantik di dunia ni. Aku tak tahu kenapa aku selalu terjebak dengan wanita cantik. Serious. Mungkin sebab wanita cantik kebanyakannya periang dan aku suka orang periang ( ya..ya siapa suka orang moody..( "^_^). 

Tapi ada gak lecehnya berkawan dengan perempuan cantik ni. Aku bukannya dengki kan..nonono.. tapi kalau aku berjalan ngan perempuan cantik kan.. semua orang tengok kami. Aku pun tiba-tiba rasa macam jalan di red carpet lak tetiba. Tapi since aku berkawan ngan perempuan cantik sejak tadika hinggalah bermisai, feeling red carpet tu dah hilang ar. 
Aku pun dah tahu dah kalau ada orang datang dekat kita waktu kita tengah berjalan berkumpulan, for sure mereka akan tegur yang cantik dulu. Ikut level okeh.. 
Paling cantik, cantik, biasa, huduh sepang- kata kawan aku. Tak percaya? Try uji la hipotesis aku ni. Kalau aku salah, aku janji akan kerat kuku setiap hari Isnin dan Jumaat. Betul ni tak tipu. Try ar.

Satu lagi kan, aku dah masak dah dengan taktik lelaki yang nak mengorat kawan-kawan aku ni. Ye la, bila aku diabaikan, aku pun buat la analisis dalam myheadbrain(kata-kata arwah Din Beramboi dalam majalah Ujang). Tahu apa taktik lelaki nak tarik perhatian perempuan cantik?

Ya, aku tutup. Padan muka korang.
Pic yang dihambik dari Google.

Perempuan = chrysanthemum
Lelaki         = Jojo /Jiji

Jumpa di kedai makan

JOJO: dari jauh lagi aku nampak kau, menyerlah sungguh
CHRYSANTHEMUM : Ala aku memang selalu menyerlah
JOJO : Mana tak menyerlah.. tengok dari jauh pun tahu kau tak mandi lagi kannn. Orang lain mandi semua. Bhahaha.

Luar kelas

JIJI : Kuat la bau.. dari jauh dah tau akan jumpa kau hari ni
CHRYSANTHEMUM : Mestila, aku kan wangi
JIJI : Dari jauh dah bau toilet, ingatkan bau toilet, rupanya bau engkau..
CHRYSANTHEMUM : Jahatla kau ni, sehari tak mengata aku tak boleh hidupp!!!
JIJI : ( Ketawa besar)

Maksud aku di sini hanya satu. Lelaki kalau suka perempuan tu, mereka akan cari idea untuk gaduh-gaduh dengan perempuan tersebut untuk memastikan ada satu 'ikatan' antara mereka. Ye la, nak tackle tak berapa berani, kena la guna kaedah 'biar lambat asalkan selamat' ye tak? Hehe. Mengaku je lah.

Tapi ada kategorilah. 

Taktik kedua
- menasihati si cantik dengan hujah-hujah agama. Malas aku nak elaborate. Siapa yang pernah guna, dia tahula.

Tapi kasihan jugak tau jadi orang cantik ni. Serious tak tipu. Tadi aku buka fesbuk, ada seorang je chat ngan aku. Perempuan. Boleh la chat dengan gembira bergosip kisah politik negara kan?( bagai..) Tapi, kawan cantik aku di sebelah kiri nampak huru-hara je. Pantang online, tak sempat tengok notification, naahh... berderet mesej masuk.

Junior boy: Kak.. saye ada masalah cinta. blablabla
Coursemate : Fail dah antar? Dah edit? (4 minit kemudian dah lari topik)
Coursemate 2: Chrysanthemum, ni ada orang kata kau sombong..
Kawan sekolah : Blablabla...
Orang baru add dalam fesbuk : Hyeee leh kenall.. sweet la u ni.. macam nak gigigigitt je.

Kalau ada sepuluh tempat chat, sepuluh la penuh. Naik gila kawan aku nak balas satu-satu. Rambut berserabai. Aish.. kesian kawan aku. 

Bawah ni aku hidangkan pic polis wanita Indonesia. Pehh.
Memang....ar.. memang x perchaye aku . 
Lelaki terus nak bayar saman sambil tunjuk duit berkepuk. Orang akan eksiden merata-rata kalau mereka ni ganti trafik lite..

Google ajaa

p/s- Kalau nak mengorat perempuan cantik, berguru dengan aku ar. Suploh hengget bagi satu sesi. Amacam?
p/s II- Dilema wanita cantik part 1(klik ia untuk efek 3D)

Wednesday, January 19, 2011

Sometimes, I'm such a cry baby :')

You know what.. pagi-pagi buta ni tiba-tiba aku teringat  quotes dalam filem Predators. 
"We are the monsters of our own world"- Isabelle


Hati aku terasa sangat atas satu insiden. Of course la aku terasa weyyyy. 
Of course laa. Mangkaq sangat la kalau aku  tak terasa.

Yes, it's not a big problem after all, but seeing someone pointed to me as an animal.... and not just any animal.. it's break my heart into pieces.. macam orang berchenta tuu. Bila putus kan, hancur rabak hati. my heart is rabak right now. 


Google pitcha


Kalau aku ada salah...
kau ada banyak pilihan.
Kau boleh mesej aku @ call aku @ jumpa aku and cakap.. aku akan betulkan apa yang patut.. tapi ini kau pergi announced it in fesbuk pastu link kan pulak dengan kawan-kawan satu kelas...... kemudian bergilir-gilir memerli aku secara berjemaah di situ.. malah kau panggil aku apa dalam youtube? kau fikir la..


Ada satu lagi yang menarik perhatian aku dalam cerita tu, iaitu dialog antara si Jepun dan homputeh tu. 
Hanzo nama si Jepun. Yakuza. Edwin plak si homputey tu. Doktor. 
Hanzo tu tak pernah bercakap dalam filem tu, mula-mula aku ingat dia tak reti cakap english. Dah sampai tengah-tengah cerita, tiba-tiba dia bercakap waktu belek katana kot (pedang samurai tuu). Dialognya :


Hanzo : This is old. Very old. They've been doing this for a long time. 
(sambil belek pedang dengan taksubnya)
Edwin  : So you speak English.
Hanzo  : Yes. 
Edwin   : Why don't you say more?
Hanzo   : Because I talk too much. 
[sambil tunjuk jari tangan yang kudung kat edwin) 


Jari hanzo kudung .. biasa la mafia jepun kan.. bila salah cakap sikit memang jari jadi sup la.

Kembali pada masalah aku (masalah ke? haaahhhhhh), satu je aku nak sebut
talk-type-write- semuanya medan untuk kita cakap dengan orang.
  
Nak cakap.. cakap baik-baik..
Nak tegur.. tegur baik-baik..
Nak taip... taip baik-baik..
Agak-agak ar kan..


Kalau aku salah.... aku minta maaf.. tapi nak minta maaf pun terasa sukar since kau dah panggil aku B**I. Malah ada pulak angkut genggg perli-perli aku dalam fesbuk ituh. Sudahlah... aku rasa mahu 2,3 pat hari juga perkataan itu terngiang-ngiang dalam telinga aku. Owh sudahlah. Sudahlah. 
Oh ya.. Ini lagu untuk aku kawan-kawan aku. Housemates aku. Jom kita karok sama-sama.



Dan inilah mereka..(^_^)




p/s- Thanks to my beloved housemates :')

Tuesday, January 18, 2011

Dan Tingkap Pun Berbunyi..

Assalamualaikum semua. Hari ni mood bercerita aku tengah naik. Lama dah rasanya kita tak bersembang kan? Sekarang ni aku dah 3rd year kat upsi ni. Waktu aku sem 1 dulu, roomate aku adalah Ckin. Asal nama student kan, memang habit tidur awal pagi. Itu confirm. Betul tak? 

Satu pagi tu (mood seram bertiup), lebih kurang pukul 2 atau 3 a.m camtu, aku dan Mek Kin pasang lagu kuat gila dekat laptop masing-masing. Padahal kami duduk bersebelahan katil je. Waktu tu kami duduk kat tingkat empat. Maklumlah, freshie selalu dapat tingkat atas-atas sikit. Itu biasa. Tengah Mek Kin asyik hangguk-hangguk kepala sambil buat kerja kat laptop (dan aku pun sama), tiba-tiba terdengar bunyi ketukan di tingkap. Bunyi tu betool-betooooll tepi telinga aku je. Aku pulak waktu tu duduk tepi tingkap. Suasana bilik aku waktu tu lebih kurang beginilah (sejak lecturer aku suka guna paint aku pun jadi tertarik, heheh).

Aku bagi large gila image ni. Mwahaha (bangga lukisan sendiri)

Waw. Cantik gila aku lukis. Mari puji bersama-sama. Ada bakat ni.. owhh.. O_o

Pastu kan, aku cuba tak pedulikan bunyi-bunyian tu, aku terus mengconcentratekan diri pada laptop aku sambil scroll ke atas dan ke bawah ibarat takde kerja tapi hegeh juga nak tidur lewat. Selang beberapa detik ( harap cikgu suka membaca karangan saya), tiba-tiba tingkap bilik tu diketuk lagi. Tingkap 4, hoi... tingkat 4.. luar tingkap tu ada jarak 30 meter lagi dengan pokok dan mustahil bangat tangan 'sesiapa' tu panjang gila sampai boleh sampai tangan untuk ketuk tingkap bilik aku. Dada aku pun apa lagi, gedebuk gedebak dah bunyinya, aku pun pandang Ckin. Ckin pandang aku. Kami berbicara melalui isyarat mata.

 ****Dialog mata kitorang***

Aku : Psst...! Psst...! Kau dengar tak?
Ckin : ( hangguk-hangguk dengan wajah ditoreh tak berdarah)
Aku : Slow kan lagu cepatttt 
 (sama-sama tutup terus lagu pada laptop masing-masing)

Aku tengok Ckin. Ckin tengok aku.

Ckin: Bunyi kat tingkat engko tuuu
Aku : Aku tahuuuu la. Bukan pintu kan??
Ckin: Bukaaann!
Aku : G check pintu.

Ckin pun bangun check pintu. Memang tak ada orang di luar. Sebenarnya kami memang boleh kesan gila-gila bunyi tu memang dari tingkap. Tok! Tok! Tok! Bunyinya. Tapi saja nak sedapkan hati masing-masing buat-buat check pintu pulak. Aku pun hilang mood nak buat asemen. Terus tutup laptop perlahan-lahan. Mek Kin pun sama. Baru je nak tarik selimut...
Tok! Tok! Tok!




Scarynya cerita hengkauuu


P/S- Kisah benar belaka. Tak percaya tanya Mek Kin.

Saturday, January 15, 2011

Drama of The Day

Hari ni tiba-tiba rumah aku riuh rendah dengan adegan berkejar-kejaran dalam rumah. Bukan sesama manusia, tetapi antara manusia mata sepet dengan si mata bulat.
Lama dah aku tunggu ni

Dah pat ploh round aku pusing

Jadah oi..sliding door tak bukak


Sebenarnya, housemates aku suka makan ikan berbanding ayam, mungkin bau ikan begitu kuat menyebabkan kucing ni tertarik untuk berkunjung ke rumah kami selalu. Walaupun sliding door dah ditutup, beliau masuk ikut tingkap bilik nombor 1, tutup tingkap bilik nombor 1, masuk melalui tingkap bilik nombor 2, tutup tingkap bilik nombor 2, terkebil-kebil la kucing tunggu di luar sliding door sambil mengiaw. Miaw. Miaw. Akhirnya, ibu kucing berasa simpati lalu menggaulkan nasi dengan ikan. 

Memperkenalkan ibu kucing blok B Kolej Aminudin Baki..



Kalau tak ingat, mungkin gambar di bawah boleh membantu.

Ya, yang tengah bagi lutut tu lah..


p/s- Bahagia rasanya ada housemate penyayang



Friday, January 14, 2011

Jangan Mudah Melabel Orang Itu Ini

Aku tidak pandai bercakap, sebab itu aku menulis (bajet pandai sangat menulis, huh). 

Sebab bila aku bercakap, gaya bercakap aku selalu disalahtafsirkan sebagai memberontak atau kurang ajar (walaupun aku rasa perkara tu biasa). 

Soalannya:

Memberontak itu bagus atau tidak? 
Ke anda jenis suka awek yang pasif? 
Rakyat yang pasif? 
Anak yang pasif? 
Student yang pasif?
Aku baik tauhu

Monday, January 10, 2011

Pity 4 Us T_T

Pt. Pt...
Bosan sudah aku. Hanya Hup Seng di hati.

Saturday, January 8, 2011

Kami Menyiasat Apa Saja

Pada tahun 1998 , aku banyak terpengaruh dengan siri penyiasatan Enid Blyton, Siri Salma dan ada beberapa lagi. Semua buku cerita di library memang aku dah khatam semuanya tambah-tambah kalau siri penyiasatan. Lalu aku pun menubuhkan pasukan penyiasat aku sendiri. Kumpulan kami terdiri daripada 5 orang. Aku, Anuar, Fadil, Huda dan Shuhada. Kami berjanji akan menjadi berani dan moto kumpulan penyiasatan kami adalah ' Kami Menyiasat Apa Sahaja'. Heh.

Waktu aku di darjah 3, kakak aku yang kelima berada di tingkatan 3. Kakak aku sentiasa menyokong kebanyakan perkara yang aku dan kawan-kawan buat. Demi menunjukkan sokongannya, kakak aku telah membuat kad penyiasatan untuk kami dengan menggunakan mesin taip kakak sulung aku. Kad itu tertulis nama gelaran kami masing-masing dengan diketuai oleh Fadil iaitu budak yang paling pandai pada tahun kami itu. Moto pulak ditaip di bawah nama masing-masing. Kalau tak silap aku kad tersebut berwarna oren.

Kemudian di sekolah aku pun mengedarkan kad itu kepada kawan-kawan secara senyap. Kawan aku waktu tu memang bersemangat habis. Waktu tu Anuar cakap, kita ada kes ni. Di kampung dia ada rumah kosong agak ke dalam hutan, tempat tu katanya dah jadi sarang penagih dadah. Kami pun bersetuju untuk ke kampung Anuar petang tu jugak, sebab petang tu tak ada kelas Kafa. Punyala bersemangat hinggakan jarak ke kampung Anuar pun kami abaikan, 9 kilometer. Padanla aku hitam waktu kecik-kecik dulu. 

Aku dan Shuhada sekampung, Fadil dan Huda sekampung. Mula-mula Shuhada ke rumah aku, kemudian kami ke rumah Fadil, kemudian ke rumah Huda dan akhirnya kami berbasikal sama-sama ke kampung Anuar. 9 kilometer lebih jugak bila aku fikir-fikir balik sekarang. Petang tu, bersama kad penyiasatan dalam poket, kami cuba beranikan diri. Bila dah dekat dengan rumah Anuar, rupa-rupanya Anuar tak ada sebab pergi berlatih silat. Yelah, dulu mana ada handset nak mesej-mesej tanya dah sampai ke belum. Kami pun bergerak ke tempat silat. Sampai di tempat silat, kena tunggu pulak sampai Anuar habis berlatih. Tunggulah kami di atas beskal sambil berborak-borak tentang misi kami. Lepas habis kelas silat, Anuar pun bonceng di belakang Fadil dan bawa kami ke rumah tinggal tersebut.

Waktu tu, nasib baik ada kawan aku yang cerdik sikit, iaitu Huda. Dia cakap dia takut nak masuk sebab rumah tinggal kan.. lagi pun dia bimbang kalau ada penagih dalam tu apa-apakan kami. Kemudian, Huda terus blah tinggalkan kami kat situ. Disebabkan ahli kumpulan kami dah tak cukup, jadi kami pun tak jadi menyiasat. Kalau tak silap aku, kami ikut Anuar pergi main teng teng kot. Tapi di tempat aku, kami panggil 'Jingkit'. 

Semalam, aku dan kawan-kawan tubuhkan pulak kelab Super Girls Club dengan moto No No Boy dan tiba-tiba kakak aku komen di bawahnya- Kami menyiasat Apa Sahaja. Tiba-tiba aku rasa aku masih tak berubah. T_T


Friday, January 7, 2011

Cinderella's Sister Part 1

Satu lagi kisah sedih yang boleh membuatkan mata anda menjadi bengkak seperti digigit tebuan. Itulah yang terjadi pada mata aku sebaik sahaja aku bangun Subuh pada keesokan paginya selepas menghayati drama ini. Eceh. Kalau anda sukakan cerita sedih, drama ini memang boleh dipertimbangkan.

Sinopsis.

Ceritanya begini. Ada seorang gadis muda berumur 16 tahun hidup tak terurus dengan mak dia yang suka bertukar-tukar pasangan. Sekejap dengan lelaki lain, sekejap lagi dengan lelaki lain. Gadis ni namanya Eun Jo. 
Eun Jo ( Moon Geun Young)- Kakak Tiri Cinderella
Eun Jo menyampah gila dengan kehidupan dia yang tak terurus. Sepanjang hidup dia, dia asyik mendengar perkataan sumpah seranah je. Sebab tu dia membesar menjadi seorang gadis yang berhati batu, dingin dan tak tahu macam mana nak berkomunikasi dengan beradab. Hidup mereka selalu lari-lari daripada orang jahat sampaikan dia pernah terfikir nak tinggalkan sahaja mak dia dalam train waktu mak dia tengah tidur. 
Sian plak mak aku kalau aku tinggalkan dia t..
Tapi dia tak sampai hati la pulak. Kemudian pada satu hari, mak dia berkenalan dengan seorang gadis muda umur 15 tahun bernama Hye Seon. Budak perempuan ni punya la manja dan kekanak-kanakan sampai mak cik ni naik menyampah.
Mak Eun Jo : Hoi budak bila nak sampai umah neh?
Kemudian dia dapat tahu Hye Seon ni anak orang kaya. Bapak dia pengusaha arak beras kat kampung tu. Rumah punya la besar gedabak. 

Mak ai...rumah ke istana neh... ( mak tgh tkejut beruk)
Mak Eun Jo ni pun pasang plan nak ngorat bapak Hye Soon ni. Bapak Hye Seon ni duda. Rancangan semuanya berjalan lancar dan akhirnya ayah Hye Soon terpikat gila dah dengan kelemah lembutan mak Eun Joo lalu mereka pun bersetuju untuk berkahwin. Tambahan pulak Hye Seon dah jatuh kasih kat Mak Eun Jo ni sebab dia rasa macam jelmaan mak dia.

The daddy
Waktu ni Eun Jo ditinggalkan kat rumah seorang lelaki yang penuh dengan bulu. Lelaki berbulu ni dia panggil Pak Cik Berbulu. Eun Jo geram sangat kat mak dia dan takut sangat diapa-apakan oleh pak cik berbulu.
Pak Cik Berbulu
Pak Cik berbulu ni bekas boyfriend mak dia yang playgirl tu. Pak cik berbulu ada sorang anak angkat yang gemuk. Budak gemuk ni kecil lagi, tapi dah jatuh cinta kat Eun Jo sebab Eun Jo ni walaupun suka cakap lepas dan berwajah dingin tetapi baik sebab sebelum Eun Jo nak lari dari rumah tu, Eun Jo dah masakkan makanan untuk Budak Gemuk yang cukup untuk hidup selama berbulan-bulan. Budak Gemuk tu sangat terharu lalu jatuh cinta walaupun masih belum berkhatan.
Noona, plis don't leave me behind 
Hari tu Eun Jo bersiap nak lari sebab dia ingatkan mak dia dah lupakan dia kat rumah Pak Cik Berbulu, tiba-tiba waktu kat pintu pagar, ada 2 orang lelaki cari dia. Ada seorang lagi lelaki tu tersenyum-senyum kat Eun Jo tapi Eun Jo buat tak tahu je. Tapi Eun Jo kata dalam hati, kiut bapak laki ni senyum.
Hong Ki Hoon ( Chun Jun Myung)
" Kau ni Eun Jo kan? Jom ikut kami ke tempat mak kamu" Kata lelaki yang sorang lagi.
 Bila Eun Jo dengar je, terus dia lari pecut sambil bawa beg dia yang bergoyang-goyang. Dia dah tak nak hidup dengan mak dia. Tu yang dia lari. Lalu lelaki yang tersenyum tadi dengan sepenuh tenaga mengejar Eun Jo. Terjadilah adegan lari-larian...

Hero macam semput je
Dipendekkan cerita, akhirnya hero dapat juga kejar Eun Jo. Lepas tu mereka sama-sama letih dan tidur di tanah sebab semput. Lalu nasihat hero kepada Eun Jo,

Aku lihat kau ni masih muda. 
Kau ingat senang ke nak survive kat luar seorang diri?
Kalau kau dah umur 20, boleh la nak lari pun..
Tapi, kalau baru umur 16, jangan nak terhegeh-hegeh lari la.
Kau akan menghadapi banyak kesukaran yang tak dapat kau bayangkan.
Masyarakat tak terima budak bawah umur untuk bekerja.
Kalau kau nak lari pun, tunggu la sampai umur 20. Lepas tu kau lari.
Sementara tu, hidup la dengan mak kau dulu.

Nasihat hero panjang lebar. Hero ni kuasa dia adalah berupaya mempengaruhi orang dengan kata-kata dia yang lunak.Lepas tu, Eun Jo pun ikut dia balik ke rumah agam. Di situ, dia berjumpa dengan ayah tiri dan Hye Seon ( adik tiri). Hye Seon seorang gadis berjiwa lembut. Dia terus jatuh hati dengan kakak tiri dia walaupun kakak tiri dia ni berwajah dingin. Dia seronok sangat dapat kakak dan mak baru.

Hye Seon (Seo Woo)- Si Cinderella
Sementara nak tunggu bilik Eun Jo siap, Eun Jo berkongsi bilik dengan Hye Seon. Walau bagaimanapun, Eun Jo yang berhati batu tak pernah nak ngam dengan adik tirinya Si Hye Seon yang manja itu. Dia rasa adik tirinya tu kebudak-budakan dan sangat menjengkelkan. Semakin hari, dia semakin menyampah walaupun Hye Seon cuba berbaik dengan dia. Ayah dia perasan bahawa anak-anak dia tak ngam satu sama lain, lalu dia pun buat keputusan, selagi mereka tak ngam, selagi itulah Eun Jo tak boleh pindah bilik.

Eun Jo makin sakit hati apabila mak dia sangat manjakan Hye Seon. Hye Seon ibarat cinderella di rumah itu. Bagi Eun Jo, sepatutnya cinderella dibenci emak tiri, tetapi sebaliknya pula yang berlaku. Malah semua orang yang bekerja dengan ayah tiri dia sangat suka layan Hye Seon termasuklah Hong Ki Hoon ( si hero). Hero ni sebenarnya anak orang kaya tapi sebab merajuk dengan family yang pilih kasih, dia bawa diri dan bekerja di kilang arak beras ayah dua beradik tiri ni. Ki Hoon pekerja yang disayangi, tambahan pula Hye Seon rapat dengan hero ni, malah Hye Seon pernah kata..

" Oppa, remember. You're only belong to me. Arasso?(paham?)

Tapi hero ni cuma gosok-gosok rambut Hye Seon malah dia tak layan sangat pun kata-kata budak ni. Dia anggap adik je. Sebaliknya, Ki Hoon lebih tertarik dengan perwatakan Eun Jo yang tegas dan berwawasan. Eceh.
Saat-saat Ki Hoon mendekati Eun Jo ( dengan senyuman killernya!)
Entah macam mana, hanya Ki Hoon yang berjaya mendekati Eun Jo yang negatif tu. Kebetulan pula, Ki Hoon jadi tutor Eun Jo dalam matematik ( Ayah tiri pernah berkata kat Eun Jo- Minta apa sahaja, ayah akan beri. Tapi Eun Jo buat tak tahu dan akhirnya tuntut janji tu untuk berjaya dlm exam. )

Walaupun Eun Jo  ni sekejap sekolah sekejap tidak sebelum ni, tapi dia mempunyai keinginan yang kuat untuk berjaya. Dia selalu menanamkan dalam fikiran, dia tinggal di situ hanya sementara sebab mak dia boleh dihalau bila-bila masa, oleh itu sementara masa masih ada, dia akan rebut semua peluang yang ada untuk belajar (dengar tu adik-adik semua)

Berlainan dengan adik tiri yang tak ada desire untuk berjaya sebab dah biasa hidup senang, malah Hye Seon selalu gagal dalam semua perkara. Kebetulan satu hari tu, Si kakak tiri masuk pertandingan matematik, si adik masuk pertandingan balet, tetapi si adik kalah manakala si kakak menang no.1.

Hye Seon balik rumah sambil menangis sebab kalah. Lalu ramai orang pujuk dia dan puji dia berbakat. Malah semua orang termasuk pekerja kilang menonton balet si adik sambil bertepuk tangan. Tapi si kakak yang menang ni tak ada orang ambil tahu pun. 

Jadah tol, aku  yang menang diabaikan
Bengang la Eun Jo. Dia pun nak pujian jugak. Tapi dalam hati Eun Jo kata,
Aku tak perlukan  pujian sesiapa, cukuplah dia seorang. (sambil berjalan ke arah Ki Hoon yang tengah bertepuk tangan tengok Hye Seon.) Lalu dia buat isyarat supaya Ki Hoon ikut dia ke tempat rahsia mereka, iaitu stor arak beras. Ki Hoon pun ikut la terkedek-kedek. Sampai di stor, Eun Jo tunjukkan sijil menang dia dengan kasar tanpa senyum pun, tapi dalam hati seronok sangat bila dapat pujian daripada si hero. Hero kata..
Lagi senyuman membunuhnya!
" Wah, bright Eun Jo. Kau memang pandai. Aku rasa perlu hadiahkan sesuatu kat kau," sambil memberikan senyuman yang membuatkan hati semua gadis luruh. Lalu Ki Hoon bawa Eun Jo ke biliknya dan hadiahkan pen yang paling disayanginya kepada Eun Jo. Katanya kepada Eun Jo
" Eun Jo, ko jaga pen ni baik-baik. Pen ni lebih tua dari umur ko. Ingat tu!"
Tapi Hye Seon dengar di sebalik pintu.

" Oppa, tak sangka oppa buat begini. Pen tu patut bagi kat kiter.. kiter kan lebih rapat," katanya merajuk sambil berlari. Hye Seon. Hye Seon. Dah kalah pun nak hadiah. Fikir kakaknya.

Oih...letih plak rasa. Tak sangka review aku jadi panjang macam ni padahal baru sampai beberapa episod. Sambung nanti la plak.

Bersambung ke part 2.

Tuesday, January 4, 2011

Terr..berbaik dengan Isteri

Pada suatu hari, kakak bergaduh dengan suami. Mereka tak boleh bertemu muka lagi. Asal nampak je muka kakak, abang rasa nak cakar-cakar pada dinding. Kakak pun sama. Asal nampak muka abang, kakak rasa nak pecah kaca dengan tangan. Tapi jadual mengemas rumah tetap berjalan seperti biasa. Kakak basuh baju dan jemur baju, abang lipat baju dan seterika baju, kakak lagi susun baju. Lebih la sikit, isteri kan.

Rumah jadi sunyi sesunyi filem yang lupa dimasukkan bunyi. Satu petang, abang tengah bercekak pinggang di pintu belakang rumah sambil mengeluh geram. Matanya memandang langit. Dia nampak...

Ihsan, bukan Ehsan anak Kak Ton

Abang pun terkejut. Abang terus teringatkan kakak. Dia berlari ke dalam bilik dengan dirinya hanya berkain pelekat petak-petak dan ternampak kakak tengah tidur.

"Yang. Yang. Bangun! "

"Bangun Yang, bangun!" Lengan kakak digerakkan.

Aishhh..." Kakak menarik lengannya sambil berkalih ke arah bertentangan.

Abang tidak putus asa. Dia pergi pula ke arah wajah kakak sambil menggoncang-goncang bahunya.

" Yang, magik yang! Cepatt." Katanya menggesa.

"Apaaa?" Tanya kakak dengan suara meninggi. Tangannya ditarik abang tiba-tiba menjadikan tubuhnya terdorong untuk bangun. Tapi melihat wajah abang yang beriya-iya, kakak malas bertekak lalu tergesa-gesa ke pintu belakang menuruti abang. Abang mengunjukkan jarinya ke dada langit kemudian memandang isterinya. Mulut kakak terlopong sedikit.

" Ya Allah, bangg..."

Mereka terus memandang dada langit sambil berdiri bersebelahan. Tanpa sedar jejari mereka bertaut.

p/s- Kisah benar belaka.


Senandung Hati Sayur

Hey. Aku rindu mak aku la. Nak buat apa ni? Boleh ke kalau aku gigit kuku sambil lihat awan biru gebu dengan mata terkelip-kelip. Kemudian kepussh...! (bunyi meletup). Awan tu bertukar jadi gambar mak aku tengah berkemban. OH.
Ihsan Google
Satu kelas dah start semalam. Lecturer tu nampak ok sangat. Ada nampak  muka kawan-kawan tengah tersengih tu, kira lecturer ok la kan. 
Tapi. Tapi. Tapi... aku rasa cemuih tahap gaban nak belajar. Hati jadi menyampah dan tak senang tiba-tiba. Hm. 
Minta-minta la ada duit segedebak jatuh depan aku. Tak payah belajar.

Sunday, January 2, 2011

2011 Mari Berbahagia :)

Camat pagi semua. Tahun baru dimulakan dengan ucapan budak yang tidak tahu mengeja. Azam baru saya ialah...
hm..poihh. Zzz....