Mei 2013

This world doesn't makes any sense anymore~




Thursday, December 31, 2009

Azam 2010

TAHUN BARU 2010
walaupun ramai yg buat tak tahu, tp ramai tahu bahawa esok adalah tahun baru.
mungkin ada antara kita yg sambut tahun baru di mana-mana, ada yg melompat-lompat sambil tgok konsert, ada yg sibuk beli barang-barang utk dapat kalendar free, ada yg senyap-senyap tulis wishlist, tidur terbongkang dalam bilik pon ada.

Paling bagus yg menyambutnya dengan mengingati Allah. Baca Quran ke, plg kurang selawat. Bersyukur masih panjang umur sehingga sempat menjengah ke tahun baru. (sempat ke?)
Tp, aku..mcm ni pulak, sibuk bertukang.

PAPAN MEMO
-Kos?
sikit je,
>polistirene tu recycle dari penghuni lama rumah ni,
>kertas colour tu recycle daripada kamus mandarin ala-ala skrap book,
>pembaris panjang pinjam kawan,
>gunting tumpul yg sgt useful walaupun semalam roomate dah suruh buang dalam tong sampah.
>Juga gam yang diwakafkan oleh seorang kawan.
-TOTAL : RM 0.00

                                       papan memo buruk pun nak upload dlm blog juga.
                                   aik, ada lindung2 pulak, 
ok, tamat kisah papan memo. sekarang mari bercerita tentang tahun baru.

ini soalan-soalannya, tak perlu dijawab, baca sahaja.
1. Adakah anda takut pada tahun baru? (memandangkan umur anda tidak menurun)
2.Sudah bersedia dengan azam  baru?
3. Bagaimana dengan azam lama, tercapai atau tidak?
4. Sejauh mana anda berpuas hati dengan kualiti azam yg berjaya dicapai?
5. Bagaimana dengan azam yg tidak tercapai?

Di sini saya turunkan beberapa tips yang saya kira dapat membantu pelaksanaan azam anda.

1. Hebahkan pada rakan-rakan azam anda. Seperti saya, melalui papan memo rakan sebilik akan sentiasa mengingatkan saya jika saya hampir tergelincir drp niat. Paling kurang, anda disindir. Ttp itu lebih bagus drp anda merosakkan azam anda. Betul tak?
2. Jangan tunggu 1 Januari untuk bermula. Anda perlu mulakan sekarang. Hal ini bagi membiasakan diri  dengan azam baru anda.
3. Pastikan azam anda relevan untuk dicapai. Cthnya azam anda ialah menurunkan berat badan sebanyak 10kg. Logik atau tidak?
Anda perlu lihat pada tahap kesihatan anda dan juga kesibukan anda.
4. Bersemangat dalam mencapai azam (ini kata kawan).

Ya, itu sahaja tipsnya. Kalau anda ada cara anda sendiri, berkongsilah disini(^_^)


KEDAH MAJU 2010 KAN..JOM PERGI MELAWAT KEDAH...

Tuesday, December 29, 2009

CANDID PHOTO CONTEST


 Buat pertama kali, aku masuk contest dalam belog. huhu..ada tahap teruja ni. contest ni dianjurkan oleh incik Halim. silalah klik nama beliau kalau nak join contest ni. Tp jgn lupa tgok tarikh tutup ye ibu2 bapak2 smua.

31 DECEMBER 2009

hari ni 29 kan? ke 31? Alamak...(check kalendar enset)

Ha..ini pic nya. sgt candid kan?


sekarang, aku serahkan kepada incik Halim & para juri utk menilai. TQ. 



Monday, December 28, 2009

Student Life # 1

Hari ini first day kuliah.
Aku di dalam bilik,
bersila di atas katil sambil kunyah kerepek pisang.
Juga sangat lapar terketar-ketar.
Hari ini air je yang masuk ke dalam perut.
Malas gila nak turun beli lauk.
Nanti ada kelas pukul 5 petang boleh pergi makan terus.

Tapi bila dah di sini, erm..
apalah yang sedap sangat?

Teringat gulai ikan isi dengan sambal tumis ikan bilis kakak aku.
Makan kuah dah sedap.
Di sini, tom yam pun ceroi semacam.
Tak sedap.
Tepat sungguh!

Oh ya, aku ada terfikir nak masuk contest, tapi sebab terlalu teruja.
Aku tak tahu nak pilih yang mana satu.
Tarikh tutup dah dekat,
31 December 2009.
Tapi since kawan-kawan beri galakan,
aku pun isytiharkan,
aku masuklah.
Kalau gambar ni ok tak?


Ini kerepek yang buat gigi aku haus


Gambar untuk contest.
pic #1: not mine.

Sunday, December 13, 2009

Kisah Cemburu Buta.

Tadi, aku dengan kakak aku pergi rumah kakak aku yang lagi satu.
Kakak aku tak ada di rumah masa tu.
Yang ada anak-anak buah aku yang hyperactive tengah bergaduh.
Bila mereka nampak aku dengan kakak aku,
anak buah yang no3 cakap dengan nada riak dan takabbur:


Alang : Mak Su, Alang dapat peksa nombor satuu..hnss..hnss(kembang kempis idung)
Aku: Oh Ye ke..Alang kelas no.berapa?
Alang : Kelas Jaya, nombor satu la. Aaa...Alang dapat 9A 1C.
Aku : Aik, apa yang C?
Alang : Math
Aku : Owh..(tak tau pulak aku banyak betul subjek budak sekolah rendah sekarang ni)

Jeles aku.
Zaman aku kecil-kecil dulu,
Aku tak pernah dapat nombor satu dalam exam.
Pernah sekali dapat no dua.
Kasihan dengan diri sendiri.
Selalunya aku conquer nombor tak berapa nak depan la.

Dulu, bila balik rumah lepas dapat nombor dua,
konon nak bangga sikit la kan.
Tapi kakak aku cakap:

" Eh teruknya. Kami dulu selalu dapat nombor satu dalam kelas."
"Bohong!" Kata aku.
"Tak percaya, tanya mak".

Kemudian, tahu tak apa mak aku cakap?

" Kakak-kakak kau selalu jadi harapan di sekolah.
Kakak A, B, C tiga-tiga pengawas. Kakak C penolong ketua pengawas. Popular lagi."

 Aku marah ini. Marah. Jangan tegur aku. Aku kata, jangan.
Teringat lagu kumpulan lelaki-lelaki jambu, Westlife kot, bunyinya begini.

I was the black sheep of the family

Isk..Iskk...down betul aku rasa waktu tu. Sejak kejadian tersebut, aku tak pernah lagi mendapat nombor dua. Semuanya nombor tinggi-tinggi je. Buku rekod pon aku dah tak nak tengok lagi.

Thursday, November 19, 2009

Jangan! Salah Parking Hoi..

Kisahnya begini, petang semalam, seusai exam paper akhir, KAMI (aku & mereka) rancang nak makan-makan dulu sebelum balik. 

Bukanlah meriah sangat, tambahan pula kami terpaksa membatalkan rancangan untuk pergi cari kedai makan yang sedap-sedap dek hujan yang memenuhkan lubang tar yang sumpik (LALALA) tetapi sekadar meraikan hari yang penuh gembira bagi student tahun dua macam aku ni.

Hari last exam memang merembeskan banyak hormon-hormon riang. 
Sebab itu hujan turun untuk meraikannya. Sampai di kedai makan Esmail Tomyam, aku order, kawan aku order, meja sebelah pun order mengorder.

Kemudian, toleh sana toleh sini sambil libas kain aku yang basah di bawah kepada orang yang lalu-lalang (siapa percaya agak budus).

Nampaklah aku beberapa muka familiar sobat-sobat yang aku kenal. 
Lelaki.
Ok, hujan begini memang sangat sedap hirup tomyam. Kedai semakin penuh.
Aku mengambil kesempatan ini dengan berborak macam tak ingat sementara tunggu order aku sampai.


Coursemates aku pon dah tapau tomyam, kemudian belah begitu saja tanpa isyarat kening mcm biasa kalau terserempak dengan aku. Aku tak hairan, mungkin dia tak boleh jawab paper tadi.

Elok je order aku sampai, telefon bimbit aku berbunyi.

"Mr. X?"

Coursemate aku yg tapau tadi,
dah bertahun-tahun tak mesej aku.
Tiba-tiba telefon pula.
Walaupun hairan, aku angkat juga.

Melalui perbualan yang macam ayam dengan itik...
( kamu kena faham aku berada dalam restoran glamor yang sesak, hujan pula sederhana lebat di luar, Mr X bercakap dengan nada perlahan. Aku kerah cuping telinga. Rupa-rupanya Mr. X suruh aku adjust budak belakang meja aku untuk dia.

Aku pon toleh-toleh, memang grup perempuan yang makan di belakang aku. 
Dialognya begini.

AKU  :  Yang mana? (sambil pusing belakang)

MR.X  : Yang tudung biru, baju biru, belakang awak je.

Aku tengok, belakang yang duduk sebelah-menyebelah tu sama-sama boria baju warna biru.

AKU :  Ada dua, yang mana?

MR.X : Yang dekat dinding.

AKU : Ha...okeh-okeh. Insyaallah ha.. K aku makan dulu. Jap g aku minta. 
(ragu-ragu tapi aku iyakan dulu)

MR.X : Ok, tolong tau..(nada gembira)

Tiit. Letak.

Ok, got it. Aku pon kerling-kerling la muka budak belakang aku, nak tgok comel ke tidak, lumrah la tu kan, yang kawan aku kat depan dah tak senang duduk, muka pon penuh konpius. Mesej masuk pula.

MR. X : Akak XX, tolong ek. Tak berani sebab ramai orang. Kalau tak, memang boleh minta sendiri. Hehehehe.

(hamboih, dahla panggil aku kakak dari dulu-dulu, pastu nak minta tolong plak. Ini sudah lebey)

AKU : Yela yela, kalau dia nak bagi. Ko kenal ke dia? (apedaa soalan aku ni??)

MR.X : Dah maen mate ngan dia tadi. Hehehe. Cakap ada dak (singkatan budak) minat kat dia. Dak yang duk asyik tengok dia tadi. Pakai baju biru..

Aduss, bantut selera aku nak makan hoi. Tapi, sebab aku tak sampai hati nak kata TIDAK, maka mahu tidak mahu,
muka ditebalkan,
pusing,
telan,
tarik nafas,
hembus nafas, cuit.
Bila dia toleh, senyum. :)
Muka maintain slumber yaya ok.

AKU : Awak, perasan tak tadi ada mamat-mamat dok meja sana? Baru je keluar.
 (sambil buat muka mesra-mesra ayam)

DIA : Owh..yang meja situ ek..
(mula-mula terpinga-pinga, kemudian tunjuk meja).

AKU : A'ah...Situ-situ. (padahal sumpah aku tak perasan kat meja mana)

Adess... Aku rasa mcm aku plak yang nak berkenalan.
Sumpah malu-malu miaw rasanya. 
Kawan-kawan perempuan tu dah setat gelak-gelak.

DIA : Owh, kawan awak ek?

AKU : Yelah, kawan kenal gitu-gitu je, coursemate.

(dia plak..tgok muka kawan-kawan dia, tengok muka aku, sambil minta persetujuan kawan-kawan)

DIA : Tak bolehla.. Dah kahwin da...

Adus, terasa aku plak yang di reject Tapi takpe. Senyum relax.

AKU : Owh, yeke..Maaflah ek. Saja je saya sampaikan niat murni kawan. Erm, sapa nama ni? (Saja je aku)

DIA : Sem 4, erm..maaf la eh.. tak dapat nak bagi no.telefon. Cakap kat dia, dah mengandung pun...

(sambil kawan dia asyik-asyik angguk)

AKU : Okeh.. tak pe jer..(@#$%^!)

Dia pon angguk-angguk mesra, aku pon wat isyarat nak continue makan, pura-pura sambung makan nasi la. Dalam hati, cess..ye la tu dah kawin, alasan stereotaip...siap mengandung lagi tu..

Maklum sangat dah aku, tu memang alasan pompuan kalau  tak nak bg no.telefon. 
Aku pon terus bersangka yang bukan-bukan.

Pastu, aku baru je nak mesej kat Mr.X apabila (ayat..) minah meja belakang tiba-tiba bangun pastu bergerak melintasi aku ke kaunter, kawan aku yang ramah tamah tanya minah nama Ila tu (Ila ke Ina).

KAWAN AKU : Dah berapa bulan?

DIA : Dah masuk 5.(wajah keibuan yang sarat)

aik...aku pon join de club, sama-sama tengok perut perempuan tu,
Oh besar. Oh.
Jadi dia tak tipu aku.
Aku yang buruk sangka.
Kami saling berpandangan. Dia senyum.
Aku pun mesej Mr. X.

AKU : Oit, dia tak nak bagi. Dia kata dah kahwin. Huahua.

Tak sampai seminit..

MR.X : Haha.. takpe la. Cakap kat dia. Sori tak minta sendiri. hehe. Tapi macam tak caya lak dah kawen. Dia tipu tu...

AKU: Mr. X, dia mengandung la. Dah 5 bulan. Apa la ko (malu aku je).

MR.X : Yeke... cam tak pecaye.. haha

AKU : Aku tengok perut dia besar la, macam perut Dila (kawan kami yang tengah pregnant masa tu.) Bini orang tu.. sem 4.


MR.X : Sampai hati dia p kawen ngan orang laen. Hukhukhuk. Tapi kire ok gak dapat bini orang. Hehe. 
(sepatutnya dia cakap; tapi kira ok gak direject bini orang..kan kan kan)

AKU : Haha..... cover malu ar tu. Dia berseri sebab dia mengandung. Takpe, cuba lagi lain kali. Salam

MR.X: Ok. hehe.. Waalaikumussalam...(taip penuh lagi)

Mr.X...Mr.X...Kasihan. Malangnya nasib ko? 
Wakaka...memang SALAH PARKING ko ni.
Kata kwn aku, tadi si Mr. X melintas sekali depan kedai, mungkin nak tengok aku jalankan tugas ke tak..owh..yeke..mana aku perasan, aku membelakangkan kaki lima. kata kawan aku lagi, maybe Mr. X tak perasan perut si Ila tu yang tersorok bawah meja. Main mata la kunun..cess...perasan sorang-sorang.

Aku pon takde rezeki nampaknya. Kalau aku berjaya dengan sukses untuk dapatkan no telefon at least maybe dapat makan free ke, KepC ke.. dan mana-mana makanan segera yang dicucuk. (sigh)

PSST-Nasib baik aku tak perlu mengharungi hidup sebagai lelaki.

Hujan di Tg. Malim

Aku bukan benci.
Jauh sekali menyalahkan takdir.
Tapi kadang-kadang geram juga,
disebabkan menetap di kawasan yang dekat dengan Banjaran Titiwangsa, tiga kasut aku lekang.

_sandal murah (ok, fine)
_kasut bermotif jeans (memanglah)
_kasut bertutup hitam.

Ha..jangan kata skema.
Sememangnya bukan jenis aku pakai kasut bertutup tapi cuma ikut peraturan.

Mengenai kasut aku, walaupun tidak se'branded' kasut orang lain,
tapi sekurang-kurangnya berkhidmat la kat aku at least one year,
janganlah jadi cap ayam sangat.

Ini tidak, yang kasut hitam tu aku pakai tak sampai 4 bulan,
yang biru tak sampai satu sem,
tengok-tengok dah lingkup sebab aku tinggal di kawasan kedua,ketiga lembap di semenanjung.

Aku sedar,
kasut aku tu menjadi mangsa kepada jalan yang berlubang-lubang seterusnya menyebabkan air bertakung merata-rata dan kadang-kadang aku terbabas ke dalam air kerana brek  kaki yang licin.

Aku juga tahu,
kasut aku sudah pitam dan sengal-sengal ayam dek cuaca yang merajuk.
Akhirnya, lekang.

Aku cuba bagi bantuan dekat kasut aku, beli gam gajah sampai lima. Tapi, bila aku belek balik kasut aku, nampaknya memang tiada harapan.

Memang sedih, aku pokai.
Akhirnya, aku menyusun kasut aku di tepi tong sampah besar.
Selamat tinggal kasut-kasut sayang.

Psst-sudah terhantuk baru tengadah

Monday, November 16, 2009

Bosan vs Bohjan

Hari ini rasa bosan bosan dan bosan.
Bangun tidur, rasa bosan.
Mandi dalam bosan.
Makan dengan bosan.

Jadi aku akan kejar bosan dengan mengulang kaji, bila aku sedar masih banyak yang aku belum khatam,
mungkin rasa bosan itu akan hilang,
berganti rasa cemas.

Sunday, November 15, 2009

Rasa teruja yang aneh.

Alkisahnya terdapat macam-macam ingatan terhadap seorang kawan.

Ingatan buruk
Hodoh.
Sadis.
Riang Gembira.
Lucu.
Bodoh
Tawar
&
Ingatan biasa-biasa.

Ingatan biasa-biasa tu sekadar ingat je la.
Tak ada la nak hempuk kepala sana-sini
atau rasa nak menari-nari di padang rumput penuh belalang misalnya.

Hari ini,
ingatan aku adalah terhadap seorang kawan yang digelar oleh kami sebagai

IBU MENGANDUNG.

Kami gelar dia ibu mengandung sebab dia merupakan rakan pertama yang pregnant.
Almost 7 bulan.

Dialog kami akhir-akhir ni seperti berikut:

" Jom g lawat ibu,"
" Ibu ngandung wat ape tu?"
" Kirim salam kat ibu,"
" Weh, jom g berkelah dengan ibu,"

Ok.
Ibu ni kawan aku sejak first year lagi, 1 group dengan aku untuk 1 paper ni,
subjek yang mencabar bagi budak hingusan macam aku.
Baru sem 1 dah kena buat program sendiri,
gaduh sana gaduh sini dengan budak-budak 1 group.
Sampaikan my besties menangis dalam cyber cafe dengan kuatnya dek tension.

Melalak kuat gila dia menangis.
Sampai 1 cc tengok aku.
Aku kan shoulder to cry on,
hidung dah sembam kat bahu aku,
ber gel gel la bahu aku tu.

Kembali ke topik,
start paper tu, kami jadi rapat.
Aku tengok dia, matang dan cantik.
Betul ke sama umur ni?

Aku sangat excited bila dia kahwin.
Bila dia mengandung lagi bertambah excited.
Sebelum ni ramai je yang dah kahwin,
tapi sebab tak rapat, jadi tak rasa apa.
Sebab kami kamceng dan hamceng, aku rasa tak sabar nak tunggu dia keluarkan anak dia tu.
nanti anak dia gelar aku MAK CHIK.


Ok, ni pic dia sebelum (nak je aku tulis serebelum), semasa & selepas kahwin.

                           SEBELUM                 SEMASA               SELEPAS

Cun kan?
Brand make up hari kahwin.
M.A.C.
Cantik.

Kesibukan mengejar itu dan ini membuatkan aku tak sempat take care ibu.
Kelas tak sekali sebab program minor berasingan,
jadi dah sampai exam week macam sekarang,
ada banyak gap antara hari-hari exam,
bolehlah aku bertapa barang sehari dua di rumah IBU & The matured four.

Terkejut beruk aku melihat badan yang dulunya ramping kini bersaiz XL.
Jadi, bila keluar berjalan ramai-ramai, kami agak ambil berat dengan keadaan ibu.

" Dila, slow-slow sikit"
"Ibu, kau ok tak ni? Dukung? Nak dukung?"
" Makan la. Kau kan makan untuk dua orang"
(sambil buat lontaran 180 degrees dari pinggan aku ke pinggan dia.)

Respon Dila biasanya;

" Aku sakit urat betis la"
" Weh, baju aku makin kecikk"
" Anak aku nak makan KFC, siapa nak belikan?"
" Tak sabar nak menunggu kehadiran insan bermakna dalam hidupku" Bebelnya dalam YM.

AKU PULA.
Dah hobi aku letak gambar alien dalam YM.
Tambah-tambah E.T ALIEN.

Satu malam, Dila suruh aku tukar picture tu.
Sebab aku consider dia pregnant, aku tukar.
Dan buat status;

DEMI IBU MENGANDUNG, KU TUKAR DISPLAY PIC YANG LEBIH INDAH.
Iaitu pic selipar jepun.

Tiba-tiba,
seorang manusia skema menegur aku dalam YM.

" Betapa tak patut seorang ibu disamakan dengan sepasang selipar"

Dia tu aku namakan XXRAY lah, sebab aku rasa susah betul untuk baca fikiran dia.
Aku pun terangkan kat XXRAY,

" Ni kawan aku daa..saja je aku nak gurau-gurau"

Tapi XXRAY tetap rasa benda tu
TAK BOLEH
TAK BOLEH
TAK BOLEH.

Kemudian dia taip..
aahh...whatever.

Aku pun geram la.
what the...
Termangu seminit aku depan lappy busuk ni. apekehenye budak ni?
Menyibuk je.
Huh.

Sambung balik pasal Dila,
Farah (roomate Dila) suruh aku ambil duty jaga baby Dila nanti. Sebab dia degil nak jaga anak dia kat UPSI juga.
Aku pun seronoklah kan.

Terfikir juga aku, silap-silap aku jadi bidan terjun nanti.
Manalah tahu, waktu tu tak ada orang lain. Tinggal aku  je. Mesti aku sambut baby penuh skill rasanya.

Due date bulan Februari, kalau kena tarikh birthday aku ok juga.
Sempena kedatangan baby, aku bagi ucapan sikit:

Semoga sihat!
Mudah tuk melahirkan.
Jangan risau. Makan banyak. Penat, call me.
Kabarin aku cepat bila mau putus air ketuban. Err.

Wednesday, November 11, 2009

Demi cintanya kepada Ah Ching

Di pagi yang tak berapa nak hening,
dalam kelas yang tak berapa nak ramai pelajarnya,
adalah dalam lapan orang semuanya.
Lecturer pula belum datang,
maka gamatlah juga kelas dengan ulah pelajar-pelajar tua.

Tiba-tiba, seorang mamat berbaju kotak-kotak,
berseluar skinny kotak-kotak,
memecahkan kegamatan pukul 11 pagi itu dengan permintaannya supaya rakan-rakan brengseknya menolong dia yang tengah buat kajian tentang keberkesanan kursus di universiti tersebut.
Mereka bersetuju untuk membantu.
Dan soklannya ialah:

Ali : Apa tujuan anda semua ambil kursus Mandarin?

Senyap. Kemudian seorang demi seorang menjawab dengan penuh kondifen.

Abu: erm..aku ambil Mandarin sebab nak bantu jam kredit. Khabornya mudah juga nak score. 

Aminah : Aku pula, supaya bila aku mengajar nanti, tak ada student Chinese mengumpat kat aku depan-depan, tapi aku pula tak faham. Betapa lownya aku kalau tak tahu apa-apa..


Geng 8 budak hitam itu pun angguk beramai-ramai.Setuju la tu.

Ayu : Aku, sebab kursus ni ada ditawarkan dalam kursus-kursus wajib yang kita kena ambil sem-sem atas nanti. Jadi aku ambil siap-siap. Kursus ni paling ok kot.

Si Ali mencatat jawapan-jawapan tersebut di atas kertas dengan separa kusyuk. Kadang-kadang dia mengerutkan keningnya dan bercantum seolah-olah kening Fouziah Gous dalam cerita kening bercantum tu.

Seorang gadis bernama Azura tergedik-gedik ingin menjawab.

Azura: Aku pulak, bila aku pergi kedai Cina, tak ada la tokey Cina tu mengumpat benda yang aku tak faham. Kalau dia ngumpat, senangla aku nanti. Cari je kedai lain.

Zubir : Aku sbb suka.

Kelvin: Aku sebab Zubir ajak.
 (sambil memandang Zubir penuh kasih & sayang)

Semua org merasakan bulu di tengkuk tercacak sebentar melihat adegan itu.
Habis sudah semuanya menjawab soalan Ali. Tinggal lagi seorang minah bernama Rubiah yang belum menjawab soalan Ali.

Rubiah : Aku..err.. demi cintaku kepada Ah Ching~
Dan Rubiah tersenyum malu-malu miaw.

Org lain mengangguk-angguk terlopong dek jawapannya yang ajaib itu.
*****************************TAMMAT**********************************************

p/s-Niat belajar yang manakah betul?


Sunday, November 8, 2009

Hidup, panjang ke?

Pernah tak kau, kau dan kau merasakan bahawa hidup ini terlalu panjang?
Macam si Azura (bukan nama sebenar) baru-baru ni,
lepas Subuh, dia tak nak tidur.
Kononnya nak study la, dibawanya note pad yang penuh diconteng ke balkoni,
sambil lepak di situ, ambil angin Subuh sikit.
Kabul tebal betul waktu tu,
almaklumlah musim hujan kan~
Tiba-tiba,
There's something in the fog. 

Ok lawak bodoh.
Aku kembali ke pangkal cerita.


Disebabkan pagi masih pagi,
terdengar la suara imam surau kolej baca surah,
tiba-tiba si Azura mula feeling meeling dengar bacaan tu,
suara imamnya relax je, tapi Azura ni kata dengar macam mendayu-dayu je bacaannya.

Sebenarnya aku tahu si Azura ni rasa mendayu-dayu dalam hati je.
(adakah aku berada di tempat kejadian? Sebenarnya tidak)

Lepas imam dah selesai solat,
Si Azura ni cakap nak dengar lagi laa bacaan surah tu.
Tapi mana boleh,
dah Subuh pun dua rakaat je.

Azura pun mempamerkan riak kecewa la jugak kat muka dia yang tak berapa nak innocent tu.
Si Azura kata lagi sambil merenung jauh ke dalam kabus tebal
(cewah,  leh jadi penulis)

"aku rasa hidup aku ni panjang la.."

Hait? Aku pon nek heran. Kenapakah si Azura ini? 
(sila ingat bahawa aku tiada di tempat kejadian. Cerita diolah supaya menarik. Konon.)

Alkisah si Azura,
dia adalah seorang perempuan yang biasa-biasa sahaja. Maksud aku, dia bukan minah surau,
bukan juga yang suka turun untuk program-program keagamaan.


Baju yang dia pakai pulak,
tak adalah boleh dipakai untuk solat, kena pakai telekung macam rakyat Malaysia Muslim la.
Pendek kata, macam ini.
                                  gambar ini hiasan semata2. Tiada kaitan ngan Azura

Tak pakai stoking,
bajunya simple,
kasutnya simple,
pakai tudung bawal. 

Ha..pointnya yang aku nak cerita kat sini is.. aku tiba-tiba teringat benda ni, tah kat mana aku dengar.


'manusia ni fitrahnya baik..'

Walaupun si Azura ni biasa-biasa,
tak la baca Al-Quran setiap malam macam buku-buku lain,
tapi jauh di sudut hatinya Azura tetap mahu perkara-perkara kebaikan.

Dia rasa dia telah melalui kehidupan yang panjang (do you feel the same?) I do)
bukan bermakna dia dah ready nak pergi,
tapi aku rasa kesayuan dia tu sebab keinginan dalam hati untuk menjadi lebih baik.
Mungkin dia rasa dah penat menangani (tudia) masalah yang berpunca daripada diri sendiri.
Sebab tu kehidupan terasa panjang. Sebab jalannya sukar.

Almaklumlah,
contoh mudah sekali.
Kalau tunggu orang, kita rasa lamaaaaaa sangat.
Kalau keluar date dengan orang yang kita suka?
Kalau hari grad?
Hari bersanding?
Alahai.

Maksudnya, apa-apa sahaja yang membawa kepada ketidaksenangan dalam kehidupan,
akan membuatkan perkara tu rasa lama.
Setuju?

Tapi melalui peristiwa di pagi Subuh tu,
kalau Azura buat macam biasa,
dia akan kekal seperti biasa.

Kalau dia sedar dan berubah setapak ke hadapan dalam mendekatkan diri dengan perkara-perkara kebaikan, ALHAMDULILLAH.

Tapi lagi,
aku pun tak berdaya la sangat nak cakap semua tu kat dia,
kan aku pun biasa jugak.. ekekeke

Yang penting sekali, setiap hari mestilah LEBEY BAYEK.
Bak kata Mrs. MM di utara sana,
nak bersuka tidak salah,
tapi ingatlah,
 kehidupan bukan utk suka-suki.

you and me, kita semua kena la pandai handle hidup sendiri. Kan-kan..
TQ.

p/s-siapa tak setuju, sila angkat tangan!

Saturday, November 7, 2009

Aku dan Pink. Oh.

Saja tukar template. Oh, tak pasti macam mana boleh terjebak dalam dunia pink? Memang nampak sedikit kegelian (kegirlyan) dalam blog ini. Biar sahaja as long as haku daku suka. Tak ada la suka sangat, waktu pilih-pilih template  itu, ini dan ini misalnya (maklumlah musim hujan tak dapat bersenam petang-petang, aku dengar budak Kelantan ni cakap rumah dia dah lingkup dah. Kasihannyaa.



(Hujan lebat. Terkedek bangun menutup sliding door)




Ok lah, aku kembali ke pangkal cerita, aku suruh one of my hosmet pilih, aku dah pesan awal-awal,
aku tak nak yang girly mirly sangat,
katanya,
"camna tak nak girly??? Template yang ko pilih semuanya colour pink dengan biru lembut?"



Aku pun tersedar, then termangu. Speechless sebentar bersama Kit-Kat.
Akhirnya yang ni, bapak punya girly aku pilih.
Hambik untuk aku.
Tak perchaye aku pilih colour pink.
Perlukah aku terkejut?



Ok, hidup perlu terima kenyataan.
Jadi, kalau naluri tu dah suka, tiadalah bersalahan di sisi undang-undang negara.
Redha. Isk.

p/s-Sapa rasa template ni shomel??

Thursday, November 5, 2009

Peperiksaan dan Kehidupan

5 Nov 2009

3:55 pm
Pen aku letak dengan rasa semangat yang tinggi. 5 minit lagi nak habis waktu. 

Toleh kanan
toleh kiri.
Fuyoh! 
Cunnya budak sebelah aku buat graf. 
Siap berwarna lagi.

Kedudukan aku kiranya baris depan jugak la dalam dewan tu,
baris dua dari kanan,
lajur tiga dari depan.

Jauh di sebelah kiri, depan juga la,
ada seorang senior berbaju korporat baru meletakkan pen,
mengetuk-ngetuk kertas jawapan supaya rata dan tersusun,
kemudian menguap dengan selebar-lebarnya sampai tegang rahang di tepi tuh.

Betapa nikmatnya gaya dia menguap sehingga aku naik risau pulak. Kalau cramp macam mana? 
Ternganga la mulut kau sampai hospital.

Nah, tamat sudah dua paper,
masih berbaki dua.
Ada selang-selang harinya..
boleh la aku hiphip hereh hereh malam ni.

                
                             bahagianya aku cmnilah tadi. Yahuss..
Jadi, keluar dewan dengan perasaan terkinja-kinja, temankan kawan yang terkinja-kinja juga tekan duit, kemudian balik pun hampir tak dapat kawal keterkinjaan atas seat bas. Pasti dimeluatin.


Aah, itu melambangkan betapa indahnya dunia ini bila exam itu TAMMAT.


(exam atas kertas, tapi exam dunia?)

Balik~bersiram~makan tomyam suam ngan tenaaaanng sambil buka sliding door...

aisehmen..angin sejuk masuk dek hujan yg sedang senget menyenget kat luar~

Wah, siok giler..

Tenangnya hati~tenangnya hati~mcm berehat bersama Nescafe kick start jer.

                          
                                    lebih kurang camnila aku hari ni. Tp aku atas kerusi.

Mata pon turut tersenyum dek hati yang tenang.

Alahai dunia, betapa indahnya kalau setiap hari berperasaan begini. Kan?
Abaikan sebentar perasaanku apabila kameraku yang canggih menjadi biol lepas sepupu tersayangku pinjam.

Abaikan juga perasaan-perasaan yang membuatkan hati jadi kelam~
Abaikan~abaikan~sebagaimana PPSMI diabaikan dulu. hehe

Layan kegembiraan ini dulu. Bukan senang perasaan relax camni nak hadir.
Lihat kawanku yang berwajah kelat, maklumlah esok dia ada tough paper. Huhu, dan aku masih sedang tersenyum (tak leh nak stop la pullak).

Itu baru exam atas kertas, exam yang kita hadapi dalam hidup, macam mana? Boleh disetelkan?

~Exam dan dunia~

Ibarat istilah sains, fizik & matematik yang tak boleh dipisahkan. sinonim.

Ni aku merujuk kepada ujian-ujian dalam hidup pulak, bukan exam atas kertas tadi dah.

Dulu, waktu aku darjah 5, terbaca benda ni.

'hidup ini imtihan, setiap detik diperhatikan'

Apakah imtihan tu, nama orang ke? Tapi dalam hati aku agak-agak peperiksaan kot..

Pastu kakak aku ckp, yes yes, betullah tu.

So, dalam dewan kita diperhatikan oleh mata-mata pengawas, tak boleh nak gerak kanan, tak boleh nak gerak kiri, seksa sungguh bagi orang yang boleh nak duduk pegun macam aku ni. Oh aku bukan tugu, what to do.

Tapi bila di luar dewan,
benda jahat yang kita buat,
untung-untung tak ada siapa nampak,
tapi..hakikatnya?

Permasalahan. 

Aku tak pasti sama ada aku dikelilingi kehidupan yang bermasalah ataupun aku sedang melalui fasa yang sepatutnya dalam hidup.

Tapi, aku sentiasa tanamkan dalam fikiran yang sememangnya aku sedang melalui fasa 'wajib' dalam hidup. Setiap orang akan merasainya.

Kawan-kawan yang sedang menghadapi masalah, cuba fahamkan satu benda ini.

Kehidupan memang bermasalah.
Kalau ada masalah sekalipun, muka tu ceriakanlah..jangan tunjuk sangat.

Cuma hari ni aku tak bermasalah. Tengah happy seorang diri.
 Biarkan mereka bersedih. Aku tengok je. Huahuahua..kalau sedih anggap je aku nyanyikan lagu ni. Mesti happy pastu kan..


Don't worry, be happy.
In every life we have some trouble
But when you worry you make it double
Don't worry, be happy.
Don't worry, be happy now.

CHORUS:
Don't worry, be happy. Don't worry, be happy.
Don't worry, be happy. Don't worry, be happy.

Ain't got no place to lay your head
Somebody came and took your bed
Don't worry, be happy.
The landlord say your rent is late
He may have to investigate
Don't worry, be happy.

CHORUS:
(Look at me -- I'm happy. Don't worry, be happy.
Here I give you my phone number. When you worry, call me,
I make you happy. Don't worry, be happy.)

Ain't got no cash, ain't got no style
Ain't got no gal to make you smile
Don't worry, be happy.
'Cause when you worry your face will frown
And that will bring everybody down
Don't worry, be happy.


                    
                                            aiseh..comey gak

Ok, tu je kebebelan hari ini. Akhir kalam, don't worry, be happy (mcm lagu tu nadanya). Lagi satu, aku pon konpius kepada siapakah ku nasihatkan do not worry ini. Kepada diri sendirikah? Ketitikan.

p/s- Mengapakah aku sedang diabaikan di ruang tamu ini? isk isk..

                                        



Sunday, November 1, 2009

Meet my housemates

MY HOUSEMATE 2011

Kiri atas: Hanim.
Ciri-ciri : Perlis mari, suka ganggu aku yang minat membaca ni, minat Korea, jarang senyum.

Dua kiri: Sakinah
Ciri-ciri: Perlis mari, rajin memasak dengan ikhlas demi aku, girly, my roomate.

Tiga kiri: Zila
Ciri-ciri: Alor Star mai, lembut seperti kapas, soft spoken.

Bawah kiri: Er. Comel kan?
Ciri-ciri: Perempuan Melayu Terakhir Sekali di muka bumi ini. Pisang goreng panas. Bijak. Berkaliber.

Dua kiri (bawah) : Anne
Ciri-ciri : Kelantanese, KB Mall, tembam. Baru-baru ni student id dia hilang. Aku pun menenangkan dia dengan sabar.

Tiga kiris (bawah): Nana
Ciri-ciri : Johorean, cool seperti peti ais. Setia pada yang satu.


P/S-Tujuan entri ini dibuat: Menggalakkan mereka masuk ke blog aku. Wakaka eh eh

Alkisahnya friendster aku yang hidup segan mati tak mahu masih juga ada faedahnya.

 Cewah sikit.

Alkisahnya pada suatu hari...
Begini..
Di saat hati aku tengah rusuh tanpa sebab,
Aku pun saja-saja la buka balik friendster aku.
Kemudian check sana check sini.
Check mesej-mesej lama..


Pastu,
ada satu mesej panjang daripada seorang kawan yang sangat aku hargai. Mesej ni dia dah hantar lama dah.. dan aku pun dah balas, kemudian pada satu hari..iaitu hari ini, aku terbaca balik.

Bila baca balik mesej lama, OMG, betapa jauhnya aku.
Betapa berbezanya ayat aku di zaman ribena dengan zaman bapak ribena.

Betapa sekarang ini aku semakin jauh daripada dia, dan dia dah naik semakin tinggi..tinggi..
jauh tinggalkan aku.

Kadang-kadang aku nampak dia online, tapi masing-masing buat status BUSY. Aku pun bimbang la nak tegur. Kang dikatakan tak faham bahasa, kan naya.

So,
Akhirnya kami tak bertegur sapa sampai ke hari ini.
Sehinggalah..
Pada suatu malam (eceh)
kakak aku telefon dan beritahu aku.

"(nama gelaran aku), ibu ******** meninggal." ( ibu kawan aku tu la)
Aku pun, mcm biasa, response orang Islam la kan, 
kemudian tanya,
sakit apa?"

Kemudian aku sangat-sangat la rasa simpati kat kawan aku ni.
Macam mana dia nak survive? Ibu meninggal..
Lagi pun dia anak perempuan sulung. Lagi pun setahu aku dia kurang pandai memasak (aisehkamen).

Bermacam-macam benda bermain di benak aku.
Tapi bila aku nampak dia online, tak tahu la pula, nak ucap takziah macam mana ni?
Oh betapa pentingnya kemahiran insaniah.

Sebenarnya aku ada banyak persoalan lagi ini, tapi tak apalah, lain kali je aku bentangkan.
Kepada sahabatku dunia akhirat itu, percayalah aku sentiasa support enta dari belakang.
Ang kira inspirasi aku la juga. So jangan sesekali rasa down dowwn okeh.

Jadi, aku yang baru je rasa nak bubarin akaun friendster tu..
membatalkan niat akulah.
Ada jugerr kenangannya di situ. Mana tahu dapat mesej-mesej berguna lagi.
Kiranya, berfaedah la juga friendster aku tuu. Huhu.
Sekian, terima kasih. :)

P/S-Tak ada pula pictha aku ngan dia untuk dimuat naik. Aiseh..