Mei 2013

This world doesn't makes any sense anymore~




Sunday, November 15, 2009

Rasa teruja yang aneh.

Alkisahnya terdapat macam-macam ingatan terhadap seorang kawan.

Ingatan buruk
Hodoh.
Sadis.
Riang Gembira.
Lucu.
Bodoh
Tawar
&
Ingatan biasa-biasa.

Ingatan biasa-biasa tu sekadar ingat je la.
Tak ada la nak hempuk kepala sana-sini
atau rasa nak menari-nari di padang rumput penuh belalang misalnya.

Hari ini,
ingatan aku adalah terhadap seorang kawan yang digelar oleh kami sebagai

IBU MENGANDUNG.

Kami gelar dia ibu mengandung sebab dia merupakan rakan pertama yang pregnant.
Almost 7 bulan.

Dialog kami akhir-akhir ni seperti berikut:

" Jom g lawat ibu,"
" Ibu ngandung wat ape tu?"
" Kirim salam kat ibu,"
" Weh, jom g berkelah dengan ibu,"

Ok.
Ibu ni kawan aku sejak first year lagi, 1 group dengan aku untuk 1 paper ni,
subjek yang mencabar bagi budak hingusan macam aku.
Baru sem 1 dah kena buat program sendiri,
gaduh sana gaduh sini dengan budak-budak 1 group.
Sampaikan my besties menangis dalam cyber cafe dengan kuatnya dek tension.

Melalak kuat gila dia menangis.
Sampai 1 cc tengok aku.
Aku kan shoulder to cry on,
hidung dah sembam kat bahu aku,
ber gel gel la bahu aku tu.

Kembali ke topik,
start paper tu, kami jadi rapat.
Aku tengok dia, matang dan cantik.
Betul ke sama umur ni?

Aku sangat excited bila dia kahwin.
Bila dia mengandung lagi bertambah excited.
Sebelum ni ramai je yang dah kahwin,
tapi sebab tak rapat, jadi tak rasa apa.
Sebab kami kamceng dan hamceng, aku rasa tak sabar nak tunggu dia keluarkan anak dia tu.
nanti anak dia gelar aku MAK CHIK.


Ok, ni pic dia sebelum (nak je aku tulis serebelum), semasa & selepas kahwin.

                           SEBELUM                 SEMASA               SELEPAS

Cun kan?
Brand make up hari kahwin.
M.A.C.
Cantik.

Kesibukan mengejar itu dan ini membuatkan aku tak sempat take care ibu.
Kelas tak sekali sebab program minor berasingan,
jadi dah sampai exam week macam sekarang,
ada banyak gap antara hari-hari exam,
bolehlah aku bertapa barang sehari dua di rumah IBU & The matured four.

Terkejut beruk aku melihat badan yang dulunya ramping kini bersaiz XL.
Jadi, bila keluar berjalan ramai-ramai, kami agak ambil berat dengan keadaan ibu.

" Dila, slow-slow sikit"
"Ibu, kau ok tak ni? Dukung? Nak dukung?"
" Makan la. Kau kan makan untuk dua orang"
(sambil buat lontaran 180 degrees dari pinggan aku ke pinggan dia.)

Respon Dila biasanya;

" Aku sakit urat betis la"
" Weh, baju aku makin kecikk"
" Anak aku nak makan KFC, siapa nak belikan?"
" Tak sabar nak menunggu kehadiran insan bermakna dalam hidupku" Bebelnya dalam YM.

AKU PULA.
Dah hobi aku letak gambar alien dalam YM.
Tambah-tambah E.T ALIEN.

Satu malam, Dila suruh aku tukar picture tu.
Sebab aku consider dia pregnant, aku tukar.
Dan buat status;

DEMI IBU MENGANDUNG, KU TUKAR DISPLAY PIC YANG LEBIH INDAH.
Iaitu pic selipar jepun.

Tiba-tiba,
seorang manusia skema menegur aku dalam YM.

" Betapa tak patut seorang ibu disamakan dengan sepasang selipar"

Dia tu aku namakan XXRAY lah, sebab aku rasa susah betul untuk baca fikiran dia.
Aku pun terangkan kat XXRAY,

" Ni kawan aku daa..saja je aku nak gurau-gurau"

Tapi XXRAY tetap rasa benda tu
TAK BOLEH
TAK BOLEH
TAK BOLEH.

Kemudian dia taip..
aahh...whatever.

Aku pun geram la.
what the...
Termangu seminit aku depan lappy busuk ni. apekehenye budak ni?
Menyibuk je.
Huh.

Sambung balik pasal Dila,
Farah (roomate Dila) suruh aku ambil duty jaga baby Dila nanti. Sebab dia degil nak jaga anak dia kat UPSI juga.
Aku pun seronoklah kan.

Terfikir juga aku, silap-silap aku jadi bidan terjun nanti.
Manalah tahu, waktu tu tak ada orang lain. Tinggal aku  je. Mesti aku sambut baby penuh skill rasanya.

Due date bulan Februari, kalau kena tarikh birthday aku ok juga.
Sempena kedatangan baby, aku bagi ucapan sikit:

Semoga sihat!
Mudah tuk melahirkan.
Jangan risau. Makan banyak. Penat, call me.
Kabarin aku cepat bila mau putus air ketuban. Err.

2 comments:

Anonymous said...

bunga kopi bile plak nak jadi ibu..???

abeza09

.: Si BungaKopi : . said...

uiks...aku tgu grad dlu, pastu membuka sebuah ladang ternakan, pastu baru kawin. rasa ko kawin dlu kot, calun pon dah ada. kan3..:)