Mei 2013

This world doesn't makes any sense anymore~




Sunday, February 28, 2010

Stairway to Heaven

Bergelen-gelen hingus aku keluar sepanjang minggu ini. Bukan sebab apa, cuma sedih sangat tengok cerita Stairway to Heaven. Bayangkan, aku sampai tidak mengupdate blog aku sebab layan cerita tu. Hilang terus mood nak mengupdate belog. Sekarang, meh aku nak buat review sikit pasal drama Korea yang air mata betul ni. 

        TAJUK  LAGU : I MISS YOU 


Dua-dua ni lagu sedih. Cuba dengar.


Gambar hero dan heroin waktu kecil. Siapa suka cerita sedih memang wajar tengok cerita ni.

HERO DAN HEROIN WAKTU KECIL
 
Kanak-kanak Lelaki : Songjoo
Kanak-kanak perempuan : Sungjuh

 Drama  ni adalah drama pertama Park Shin Hye (yang pompuan tu). Dia berlakon cerita ni masa umur 13 tahun.Walaupun drama pertama, memang macam expert berlakon.
Watak yang dibawa: Han Sungjuh (kecil).
Minah ni la yang asyik buat aku menangis sejak dari episod pertama lagi. Kisah ni sedih woo..

Kisah dia camni, dua-dua budak tu memang jatuh cinta sejak dari kecik-kecikkkk lagi. Pastu, mak budak pompuan mati, ayah dia kahwin lain, dengan mak tiri yang jahat gila bapak. Mak tiri beliau pelakon terkenal. So, sangat pandai berlakon buat manis depan suami. Hero tu pula nama Cha Songjoo. Kisah mereka waktu kecil memang sangat sweet. Ala, kisah cinta budak-budak kan...

Pastu hero dan heroin berpisah sebab hero study oversea. Heroin kalau tak study sana gak, tapi mak tiri hasut ayah dia supaya tak bagi study sana. Lepas hero balik (hero tak balik lgsung tau) heroin kena langgar dengan adik tiri waktu heroin nak ambil hero kat airport.Haa.. pastu semua orang sangkakan heroin dah mati, sebab tak ada siapa pun tahu adik tiri tu langgar, kecuali puak-puak jahat tu je. Pastu si adik tiri amik purse heroin dan letakkan pada mayat mati terbakar. Jadi, orang ingat heroin mati terbakar. 

Heroin yang eksiden ni plak, diserahkan kat abang tiri yang dah jatuh cinta kat heroin. Abang tiri bawa lari heroin yang hilang ingatan selama 5 tahun. Heroin yang hilang ingatan ni hidup dengan jual baju bundle dan jadi gadis kasar. Hero yang sangkakan heroin mati ni plak, jadi gatal and playboy sikit. Maklumlah, frust. Ini gambar hero.

HERO


Watak : Hero
Nama : Cha Songjoo (waktu besar)
Pekerjaan : Pewaris Global Group yang kaya bapak.
Kesesuaian pelakon ni dengan watak : 9/10 
Sikap : Setia (mestila kan), sensitip, kasar dgn heroin sebab heroin lembik sangat koT..hmm

HEROIN
Watak : Heroin
Nama : Sungjuh
Pekerjaan : Tak menentu
Kesesuaian pelakon ni dengan watak : Mimik muka memang sangat menyedihkan.. Kiranya sesuai la dengan watak budak yang membesar dengan menangis je. Tapi agak berumur untuk menjadi heroin. Bagi 7/10 (sebab tak rasa syok nak tengok sangat)
Sikit info : Sangat baik, perahsia sebab bila kena dera dengan mak tiri yang jahat, dia senyap je sebab dia tengok ayah dia bahagia dengan mak tiri tu. Bagi semua barang-barang dia digunakan oleh adik tiri. Hilang ingatan selama 5 tahun sebab dilanggar oleh adik tiri.

ORANG JAHAT 1

 

Watak : Orang ketiga yang jahat sungguh-sungguh
Nama : Han Yoori
Posisi dalam cerita ni : Adik tiri kepada heroin yang rampas segala-galanya. Tunang kepada hero.
Pekerjaan : Jawatan apa ntah dalam syarikat Global Group.

Lagi pasal minah ni : Waktu kecil sampai remaja tinggal kat kawasan setinggan. Tak cantik waktu kecil, pastu jadi cantik selepas ibunya kahwin dengan ayah heroin. Diberi semua yang terbaik sehinggakan membesar menjadi gadis yang cantik tapi busuk hati ya amat. Langgar heroin dengan kereta sebanyak dua kali. Kemudian lupuskan bukti sehingga orang ingat heroin sudah mati.
Skor watak : 7/10 

ORANG BAIK TAPI JAHAT SEBAB BERBOHONG, PENGKUCAR KACIR RUMAHTANGGA ORANG, SERTA TAK BOLEH DIBUAT SUAMI

 

Nama : Tae Hwa
Watak : Baik tapi sanggup masuk neraka sebab berbohong besar, pengkucar-kacir dalam drama ni.
Posisi dalam cerita ni : Abang tiri kepada heroin dan abang kepada budak jahat kat atas tadi.
Sikap: Sangat jatuh cinta pada heroin sejak remaja, sebab heroin terlalu baik dan bagi dia gembira buat kali pertama dalam hidup.
Skor watak : bagi 4/10. Sebab tua sangat. Macam cerita Malaysia plak yang amik hero tua-tua berlakon. Mana nak feeling.

Cerita ni mungkin sedih sebab OST drama ni memang masuk dengan setiap babak. Ok, lepas ayah heroin kahwin dengan mak tiri, adik dan abang tiri heroin tinggal serumah dengan heroin. Waktu tu remaja la kan. Pastu adik tiri heroin, share satu bilik. Tapi kemudian buat macam-macam kat heroin. Heroin ni sabar-sabar-sabar, sampaila satu tahap, dia tak boleh sabar lagi sebab adik tiri pakai baju yang hero hadiahkan tanpa beritahu terlebih dahulu. 

Pastu bila bagitahu mak tiri, mak tiri bagi penampar plak kat heroin berkali-kali. Pastu mak tiri dia terus jadi jahat. Asyik aniaya heroin. Heroin ni sikap dia yang buat aku lemas ada satu, perahsia dan lembik. Sebab dia perahsia la hidup dia sedih sampai tua, sebab dia lembik mak tiri ngan adik tiri pijak dia cukup-cukup. Ok, aku nak buat review tapi tak berapa nak jadi. Apa kata anda tengok sendiri. Jangan tak jadi kerja sudah.

Quotes yang menarik dalam cerita ni ada banyak. Ini yang aku tahu la.

KATA-KATA HERO KEPADA HEROINNYA :

Jung-Suh, when I return, I’m going to draw a picture here and give it to you as a gift. A world with no sadness, no separation, and no pain… Heaven.

People who love each other end up reuniting. No matter how far apart they are, they will reunite in the end. Love is something that returns!

KATA-KATA HEROIN KEPADA HERONYA :

 If I go to heaven, I’ll truly be able to love you. Because there’s only love there. So this is the beginning of our beautiful love affair.

Ending? Tengok sendiri.Wakaka.

P'S-Menarik kan? Semua orang nak masuk syurga. Tempat yang tiada perpisahan, tiada kesedihan dan kesakitan. (aku tak italic kan pun tulisan ni. Kenapa senget plak)

Review aku tak berapa nak jadi. HARAP MAAF.

Wednesday, February 24, 2010

Top search in bahasa Malaysia two thousand ten!

Ini yang aku bosan. Bila aku tengah buat carian kat Yahoo

 Kenapa akidah perlu kukuh?

Tapi search results keluar macam ni.

  1. Kenapa sampai perlu meraba?
  2. Kenapa KKDN haramkan buku?
  3. Kenapa sukar memohon maaf?
  4. Kenapa BN mahu sangat rampas kelantan (ini bukan aku cakap)
Anehnya, meraba di tempat pertama?

                                     klik untuk imej yang lebih BESO

Ok, sekadar selingan. Mungkin aku perlu guna keyword lain.

P/S-Mata mengantuk, tapi jadi kelawar itu perlu kadang-kadang >.<)

Monday, February 22, 2010

Kisah Geraham yang degil dan bayi yang tiada gigi

Tujuan aku menaip di sini ada DUA SEBAB. 


Pertama ingin bermanja dengan kamu semua.
Kedua, ingin menghebahkan berita gembira.

Walaupun bukan artis, tetapi tetap nak buat glamour di sini. Aku bukan saja-saja nak bermanja, tapi hari ni gigi aku rasa sakit sedikit, bukan sebab aku malas menggosok gigi, tetapi gigi geraham aku baru sahaja tumbuh. Bayangkan, umur 22 tahun tapi geraham bongsu ni baru tumbuh.
 Gigi aku lebih bersih daripada yang ini tau

Yang sakitnya, sebab gusi aku ni degil, maka geraham bongsu dan gusi ni bergaduh-gaduh. Dua-dua degil tak nak bagi laluan antara satu sama lain.

Geraham nak tumbuh tapi gusi tak nak tolerate langsung. Dia nak tutup jugak space atas gigi tu. Akhirnya, aku sebagai tuan kedua-duanya rasa agak merana juga. Sangat perlu bermanja ni. Izinkan aku meletakkan kepala di atas bahu kalian.

  Itu aku sedang meletakkan kepala di bahu Rain

Kedua, aku dapat mesej daripada seorang kawan bahawa beliau sudah selamat melahirkan bayi lelaki pada pukul 5 pagi tadi.

Tahniah Dielaaa. Preetpetpotpot (bunyi-bunyian trumpet)


Sehari suntuk juga menahan sakit. Bayangkan, pagi semalam dia mesej aku cakap kena tahan dalam wad and dah rasa sakit sangat-sangat. Tapi pagi ni baru bersalin. Aduh, ngerinya. Dia juga benar-benar bersalin ikut due date iaitu 22 Februari 2010.

Ya, baby boy.

Nasib baik tak beli baju baby girl lagi. Kalau baby girl, shopping baju memang boleh buat kita jadi gila. Semua cute-cute. Aku tak ada banyak gambar anak Diela, ni pun cuma pic yang aku imagine saja. Cute tak?
 
Ibu ibu, ceq gatal tulang belakang


ahakahak comel tak saye?


Hai, mengancam kan saya.


Akhirnya Diela menjadi seorang ibu pada usia 22 tahun. Ok, sekian saja berita hari ini. 

P/S- Terharu melihat pengorbanan ibu saat melahirkan.

Sunday, February 21, 2010

Cara-cara pecah kereta pecah gelas

Selamat ........semua.

Bergantung kepada waktu anda membaca entri ini untuk anda bayangkan apa yang perlu diisi di tempat kosong tersebut. Lama tidak menulis entri bukan bermakna sudah melupakan aktiviti blogging yang best ini, tetapi banyak perkara lain yang perlu diutamakan. Hari ini ada tiga topik iaitu :
merampok, perkahwinan dan melahirkan bayi. 

Sepanjang cuti raya cina, aku ke Kelantan untuk menghadiri majlis kenduri kahwin seorang kawan bernama Faraszuiana Bt Yazid. Aku rasakan sepanjang bercuti ini ibarat aku pergi ke program bakti siswa sahaja.

Tiga hari berfoya-foya di Redland,
kemudian bergelandangan di Goldensand,
akhirnya menapak ke Kota Bharu.
Aku juga dapat pengalaman baru, ilmu baru yang sangat bermakna iaitu

CARA UNTUK MENGOPAK PINTU KERETA DI SAAT-SAAT GENTING.
Bagaimana? 
 
Ini semua Fariq punya pasal. Siapa Fariq? Beliau boyfriend housemate aku.  Lepas balik dari kenduri kawin Fara, kami berkereta ke Kota Bharu kejap. 

Dek kerana excited nak menjelajah Kb Mall, beliau dengan hampehnya tidak mengambil kunci kereta menyebabkan kami terpaksa bertungkus lumus setelah penat meninjau belah di Kb Mall. 

Disebabkan kegugupan kerana kereta itu milik ibu aweknya, dan kerana tidak mahu saham jatuh di hadapan bakal ayah mentua, maka Fariq telah membuat keputusan untuk tidak menyusahkan bakal ibu bapanya untuk membawakan kunci spare dari rumah. Lama juga tau proses ni. Maklumlah, masing-masing tak pernah merampok. 
Setakat pecah kaca pecah tabung kakak tu pernahlah..



Mesti dalam fikiran kamu semua, oo..begini rupanya pecah kereta.. Okeh, tamat kisah mengopak pintu kereta. Tengok dalam gambar tu, gambar aku pakai baju kebaya kan? Sebenarnya aku memang tak suka pakai macam tu. Sangat-sangat tidak suka. Aku juga berazam bahawa itu kali terakhir aku pakai baju tersebut. Aku ingatkan nak bakar je baju tu pasni, tapi fikir2 balik..tak jadi pula. Bukan sengaja nak pakai, tapi itu satu-satunya baju aku yang bergaya sikit. Baju lain semuanya zaman tok kaduk. Tambahan pula, hari tu aku and the gang ke kenduri kahwin Fara, jadi kononnya nak nampak kemas la sikit.

  
berdebarnya

Gambar ni aku snap sebaik sahaja mak andam selesai mekapkan si Fara. Berdebar semacam je muka dia, kan? Cuba teka alat mekap apa?


 
 Ini pula gambar Fara bersama hubbynya yang malu-malu miaw. Handsome tak? Siapa yang setuju muka si lelaki ni macam Nazmin?
 
                                                     kacak tak aku

Ini gambar Nazmin waktu zaman budak-budak. Cuba tengok betul-betul. Memang ada iras dengan pengantin lelaki. Pelanduk betul. Nanti Nazmin membesar muka macam tu la rasanya.


 
Tadaa. Akhirnya sampai juga ke gambar utama. Gambar Fara dan suaminya. Dalam banyak-banyak gambar yang aku tangkap, gambar ini je yang sempurna sikit. Yang lain semua macam pelik. Ada mata tertutup, mata separuh terbuka dan mulut tengah menguap. Suami Fara nampak tertekan sikit. Semua pic dia camtu. Segan kot. 
 

Waktu kawin semua benda orang tengok. Dari alat mekap, pelamin, hantaran, cara duduk, cara letak kaki...
 
Diela dah kena tahan dalam wad siang tadi, due date bersalin sepatutnya 22 hb, tapi mungkin sebab ni kelahiran bayi pertama, jadi awal sikit. Fara dah kawin pada 15 Februari , Ckin, Tieqah & Fizi tengah berkasih-kasihan...tapi Fizi la paling ketara..siap suruh aku upload pic ni lg dalam blog aku.

 
Mr. Fariq & Mrs. Fariq

Semuanya sudah berdua. Tinggal aku seorang...


P/S- Apapun, di kesempatan ini, aku nak mengucapkan semoga Diela selamat melahirkan bayi yang comel, semoga Fara bahagia, semoga  Fizi bahagia, semoga smuaaaaaa bahagia. Ameen. (apasal aku call diela tak angkat, dah selamat bersalin ke)

Sunday, February 7, 2010

Motivasi kehidupan

               sentiasa dalam ingatan

Dulu, aku cukup tidak gemar apabila diadakan program motivasi di sekolah aku. Bagi aku, program motivasi peringkat sekolah tidak pernah berjaya. Aku berkata begini berdasarkan pemerhatian aku. Bayangkan, penceramah tu datang memotivasikan kita dalam masa empat jam, kemudian nanti dapatlah aku lihat di sana-sini orang menangis-nangis. Ucapan favourite penceramah untuk membuatkan orang insaf pula lebih kurang begini :

Ibu kmu terjatuhkan pinggan semasa sedang serve customer, kemudian ibu diherdik di hadapan orang ramai, ibu tertunduk malu. Tapi esoknya ibu datang lagi bekerja, kerana memikirkan kamu yang memerlukan belanja untuk ke sekolah..tapi kamu tidak pula hanya tahu meminta. Sedangkan ibu mengikat perut..

Sedih tak? Sedih tak?
Ok, ni pun favourite juga.

Ayah membanting tulang empat kerat, and ayah terjatuh di tebing sawah. Luka kakinya, namun ayah bingkas bangun, mengelap kotoran, tergigil-gigil di sawah...tapi ayah tabah, kerana di rumah, ada kamu yang sedang lapar..( anak orang kaya macam mana? Tak termotivate la nampaknya)
Alamak, sebenarnya aku nak tulis macam lain tadi. Ok, kemudian diiringi suara mendayu-dayu dari mikrofon, ada lagu sedih macam ni pulak.

Ibu....bergenang air mataku...terbayang..wajahmu yang redup sayu...blablabla..
Kasihanilah Tuhaann, ibu yang telah melahirkan diriku....

Kemudian, aku berkata dalam hati. Best juga lagu ni. Tapi bila aku toleh kanan, toleh kiri. Tudia aih, semua tengah sok sek sok sek menangis..yang lelaki pun. Tapi aku memang tidak pernah menangis. Serius tidak pernah (maksud aku dalam program motivasilah). Ramai kawan berkata bahawa aku ini keras hati. Tapi aku rasa tidak. Aku rasa rugi untuk aku mengeluarkan air mata hanya kerana kata-kata penceramah yang diulang-ulang bagaikan skrip itu.

Ok, kemudian diringkaskan cerita, esok pun tiba. Pergi sekolah macam biasa, masuk kelas,  masih bising macam biasa, balik sekolah, budak-budak yang menangis beriya-iya semalam, masih merempit macam biasa, prestasi belajar, masih juga biasa dan ada yang merudum, ada yang naik turun naik turun macam Yo yo..

Jadi, kesimpulan aku : Program motivasi itu tidak berjaya. Kenapa? Sebab tak ada apa yang berubah. Rugi je bayar penceramah mahal-mahal. Oh ya, waktu sekolah menengah, aku ada pindah banyak sekolah, dan kebetulan penceramah yang sama dijemput. Alahai, kelakarnya aku tengok apabila penceramah tu gunakan pendekatan yang exactly the same! Ayat-ayatnya sikitpun tak berubah. Nah, menangislah kau, kawan-kawan. Aku dah bosan. 

Aku selalu mempertikaikan tindakan kakak aku yang suka mengangkut berdozen buku motivasi ke rumah. Aku tidak dapat cari kerelevanannya di situ. Bagi aku, kalau nak berubah, tak perlu buku motivasi. Tapi kakak aku pula akan mempertahankan tindakannya itu dengan 1000 hujah. Tidak mengapa.

Kemudian, satu hari tu, aku pergi ke satu program, kemudian penceramah ni cakap : Orang Islam tak perlukan buku motivasi, since dalam Al-Quran sudah ada segala-galanya. yang dapat memotivasikan kita. Penceramah ni ambil kata-kata ni daripada Sheikh Umar yang sedang buat kuliah online LIVE dari USA.

                         Mutiara yang sering kita tidak nampak

Dulu aku pernah terfikir bahawa mungkin aku salah, mungkin kita perlukan buku motivasi, tetapi sekarang tidak lagi. Di pihak aku, kadang-kadang, hanya dengan melihat keadaan sekeliling sudah boleh memotivasikan aku. Tapi, aku belum pernah menceduk motivasi daripada kitab Al-Quran. Mungkin selepas ni aku akan lebih mendalaminya. Insya'allah.
  
.:TERMOTIVASI MELIHAT PENCERAMAH DAPAT DUIT DARIPADA BERCERAMAH:.

Bebelan Rosnah

Hari ini pergi program PASAQ iaitu Pengukuhan sahsiah melalui Sains dan Al-Quran. Penceramahnya adalah seorang profesor fizik di sebuah universiti terkemuka tanah air. Pagi tadi, punyalah bersemangat aku turun ke tempat ceramah, sambil jinjit buku lagi untuk catit gems yang mungkin aku dapat dalam program ini. Tajuknya dah gempak, tapi entah kenapa tak banyak ilmu baru yang boleh aku kutip. Jadi, sangat bosanlah bila terawang-terawang di atas kerusi tanpa fokus. Seksa gila menunggu dari pukul 9.30 pagi hingga pukul 12.37 tengahari. 

Kawan aku, Ckin sakit perut pulak sebab minum air herba yang bertujuan untuk menguruskan badan. Kali pertama sakit perut, aku temankan ke surau berdekatan since takut dia malu plak nak berjalan sorang-sorang kan. Masuk kali kedua, dia pergi sendiri. Kemudian, bila ceramah dah habis, aku pun sibuk cari kupon makanan. Tempat ambil makanan agak crowded jugalah. Dengan menggunakan kepakaran menyelit aku, maka mudah sahaja aku dapat mencapai polisterene di atas meja. Seronok sekali dapat makan FREE ni.

Tapi masih terdengar soseh-soseh orang yang tidak puas hati dengan makanan yang disediakan. Ada yang cakap nasi berketul, kuah sikit, ayam kecil. Betapa mereka tidak bersyukur. Orang nak bagi, ambil sahajalah. Kalau tidak puas hati, memang mudah. Kalau tak nak, lagi mudah. Bagi saja dekat orang lain. Pergi beli sendiri kat kafe. Kan banyak pilihan..

Kalau dah ada rezeki depan mata, aku cukup tidak selesa bila orang mengomel-ngomel pasal makanan. Boleh bantut selera aku yang besar ni. Boleh hilang rasa gembira aku dapat makan makanan FREE. Ya Allah, sedapnya hanya Tuhan yang tahu. Maklumlah, benda FREE. Kalau aku beli ikan masak tiga rasa pun rasanya belum tentu sesedap ini. Nasi berlaukkan ayam masak merah. Ok what? Walaupun aku cuma dapat leher ayam, tapi makan juga dengan senang hati. Apalah sebabnya nak makan pun mengomel yang bukan-bukan?
HIDUP KENA TAHU BERSYUKUR


Friday, February 5, 2010

TIPS untuk tidak marah

Bila rasa geram, memang di hati ingat nak buat macam-macam. Boleh saja kalau nak marah, boleh saja kalau nak menjaja cerita di belakang, boleh saja kalau nak tunjuk protes. Boleh, semuanya boleh. 

Contoh protes, tidak bercakap. Buat dunno saja ke. Tapi itu bukan cara aku. Ada apa dengan CARA AKU?  Memang cara aku langsung TIDAK HEBAT, tapi insyaallah lebih OK daripada kamu yang rasa ilmu kamu terlalu TINGGI untuk bercakap dengan aku.

Memang INGIN SANGAT tunjukkan bahawa aku sedang marah kamu, tapi malangnya aku tidak boleh buat begitu. Malangnya aku baru tahu bahawa orang yang selalu sakit hati adalah ORANG YANG JIWANYA SAKIT. ORANG YANG SAKIT. 

Aku tidak mahu berada dalam kumpulan itu. Serius tidak mahu.Tapi aku tidak suka simpan perasaan, jadi beginilah caranya cara aku melampiaskan perasaan. Bila aku makan, aku akan
kunyah satu-satu
gigit sampai putus
telan seketul-seketul

Bila aku mandi, aku gosok gigi sungguh-sungguh sampai ke anak tekak aku jolok
gosok badan sungguh-sungguh biar sampai merah kulit
baru TENANG hati aku.
=
=
=
Kenapa, kau tidak puas hati kerana tidak boleh buat aku marah? Mungkin kau adalah orang yang SAKIT JIWANYA. KASIHAN. Lihatlah betapa aku tidak tergugat.
http://emo.huhiho.com
pritt pritt- Jangan suka meLABEL orang

Thursday, February 4, 2010

Orang-orang yang menghargai akan dihargai

 Semalam adalah hari aku menjenguk dunia. Aku gembira juga. Anggap sahaja aku sedang melapah kek di bawah.


Tahniah kepada nama-nama berikut yang telah berjaya membuatkan aku seronok dan terharu. Aku menyusun nama mereka berdasarkan siapa yg wish kat aku dulu. 

*******************************************************************
Ini adalah mereka yang wish awal sehari.
  1. Izan
  2. Anis Azieyana
  3. Ckin Cku 
  4. Anne

************************************************************** 
Nama-nama ni pula orang yang wish selepas pukul 12 malam
  1. Nazmin   (12.01 a.m)- via msg
  2. Peeca     (12.01 a.m)-call
  3. Sakinah   (12.07 a.m)
  4. Huda       (01.04 a.m)
  5. Kaoru      (2.39   a.m)
  6. 28882      (08.10 a.m)-dia pun nak wish jugak.
***************************************************************
Ini pula adalah mereka yang wish aku semasa di kelas Prof. Zainuddin atau pada pagi tersebut.

  1. Ckin Kelantan
  2. Wani
  3. Izan ( 2x wish)
  4. Ziela
  5. Hanim
  6. Kak Eny
  7. Amin UMS
  8. Diela (si ibu mengandung)
  9. Fara ( si jelitawan)
  10. Fiziaty Pauzi
  11. Linda
  12. 019547***** (tak tahu siapa)
  13. Zact Hensem
  14. Maizah
  15. Suzy
  16. Atiekah Kedah
  17. Azr..
  18. Kak Oliey
  19. Ckin Sp 2 
  20. Kak Eima
  21. Aliaa
  22. Mak
  23. Kak Na
  24. Kak Ha
  25. Nana
  26. Zul
********************************************************
Ini pula adalah mereka yang wish melalui FACEBOOK pada hari yang sama.
  1. Bisikan Rahsia
  2. Tonah Kaito
  3. Zairol Orange
  4. Watashiwa Koibito @ Kak Sham
  5. Noorul Faridatul Akmal @ Kak Mai
  6. Anies Azieyana ( 2x wish)
  7. Luna Bella @ Mashadeja
  8. Orked Biru
  9. Nisa Daud
  10. Mamat Mia
  11. Aziera Ara
  12. Suriana Mohd Sabar
  13. Aku Mung ( sarjan aku)
  14. Zahiruddin Udin
  15. Fiziati Pauzi (wish 2x)
**********************************************************
Ini pula mereka yang wish melalui belog.

  1. Shukri Mohd Ali- beliau memang sangat alert.
***********************************************************
Ini pula adalah insan yang wish lewat iaitu hari ni. Tapi ok la daripada tak wish kan.

  1. Zulkifli Saad
*************************************************************
Hari ini usia aku sudah menjangkau 22 tahun 1 hari dan 3 jam. Masih muda. Terima kasih pada semua yang wish besday aku. Terima kasih pada Diela yang bagi hadiah beg. Cute tu. Suka sangat (^_^)
Aku sayang semua yang wish. Muah3X...
http://emo.huhiho.com
Bila birthday aku? Semalam, 3 FEBRUARI. Ok, ini gambar besday girl tengah posing di Nilai baru-baru ini. Nampak macam umur berapa?
 
Waktu pagi muka nampak gebu je.
Secara overallnya, ramai yang wish supaya aku panjang umur dan murah rezeki. Ameen. Berikut merupakan ucapan-ucapan yang agak menarik dan touching la juga. Cuba kamu nilai.
  • dapat 3.5 ke atas pointer
  • Selamat menyambut hari tua yang ke-22
  • Selamat Hari Lahir dan semoga tabah menghadapi hari mendatang. Semalam I mimpi U mati. I menangis sampai basah bantal. Hampeh!
  • Selamat Hari Jadi! Nikmati 7 hari PERCUMA panggilan/SMS ke 8pax mulai SEKARANG.timekasey CELCOM UOX.
  • Hepy Besday. eH dah becaq dah adik i ni, baru je dok usung ngan motor balik Jitra..
  • Semoga sukses ngan penampilan tudung baru. baru belajar pakai shawls. ahaks.
  • Selamat Hari tua. Dah boleh panggil kakak. wawawawa
  • happy birthday. Kecemerlangan dunia dan akhirat milikmu. Ameen.
  • Selamat Hari Burung. Erk..apekah?
  • Semoga cepat mendapat lelaki sejati dan bukan lelaki nasty.
  • Sudah 22 dah anak mak ni. Semoga bertambah kuat iman, bersungguh-sungguh dalam pelajaran, menjadi guru yang cemerlang. Ameen.
  • Allah Selamatkan kamu..(3x) Allah selamatkan adikku cayang.. Allah celamatkan kamu..:P
  • Hee...epi besday mak Syu, cori lupa lak, moga dapat pak syu yg beriman and bertaqwa. Ameen.
Ok, ucapan lain-lain seperti murah rezeki dan panjang umur. Kamu baca kan? Baca kan? Ok sekarang kamu semua kena kata ameen. Cepat kata. Nanti aku klik iklan nuffnang.

Wednesday, February 3, 2010

Aku pandai masak sup ikan tenggiri

Kakak aku selalu minta resepi online. Dia tahu aku dapat online internet 24 jam. Jadi, daripada aku terus lupa pasal resepi yang aku cari, baik aku letak kat sini. Nanti boleh juga aku buat rujukan.

Sup Ikan Tenggiri

1 Ketul ikan tenggiri

sedikit minyak bijan
4 ulas bawang putih dicincang
seulas halia diketuk
1 biji tomato
sedikit daun sup

Tumiskan bawang putih dan halia dengan minyak bijan. Masukkan air dan tomato. Apabila mendidih masukkan ikan dan daun sup. Biar seketika dan tutupkan api.

credit to : yuzee73@yahoo.com dan 
http://icip2didapur.blogspot.com/2008/04/sup-ikan-tenggiri.html
pst- Kakak, adakah ini memenuhi permintaan kamu?

Tuesday, February 2, 2010

Lelaki sangat menjengkelkan bila

Kadang-kadang aku rasa lelaki itu menjengkelkan bila :
  1. Asyik sebut nama Lisa Surihani + Tiz Zaqyah + Rozita Che Wan kalau refer kepada perempuan.
  2. Buat-buat tak kenal coursemate pempuan yang tak berapa nak comel kalau terserempak di mana-mana.
  3. Hisap rokok berkepul-kepul dengan cara duduk terkangkang di meja makan sebelah aku.
  4. Datang lambat ke kelas kemudian masuk dengan buat muka glamour.
  5. Hanya tolong perempuan yang cun.
  6. Suka rasa lebih berkuasa daripada perempuan.
  7. Hanya ingat sunnah nabi yang kawin empat tu padahal sunnah lain haram tak tahu.
  8. Mereka ustaz tapi suruh perempuan jahitkan butang pada lengan baju yang sedang dipakai oleh mereka.
  9. Suka meletakkan gender sbg alasan untuk menafikan kerja seseorang wanita.
  10. Bermulut manis dgn pempuan kemudian bila ditanya tu awek ko ke, then dia jawab, aku saja je test market, dah dia layan, aku on je. Memang jenis tak boleh dibuat pasangan ni.
  11. Melabelkan semua perempuan itu sama.
  12. Berotak tipikal tentang perempuan.
  13. Cerita pasal keburukan bini/ awek dekat kedai kopi (ramai lelaki begini) Aku minta dijauhkan drp lelaki begini.
  14. Sibuk sebut pasal tanggungjawab isteri kena patuh pada suami, padahal tanggungjawab sendiri tak tahu.
  15. Cakap berdegar-degar
  16. Apabila mereka menasihati pemakaian aku, cara bercakap aku padahal mereka sendiri tengok cerita lucah secara rutin. Ape kes?
  17. Apabila mereka menegur laptop aku yang berdebu padahal mereka sendiri sudah sebulan tidak membasuh jeans.
  18. Mereka menyuruh aku pakai baju kurung.
Kakak aku pulak rasa lelaki itu menjengkelkan bila ...

1. mrka anggap kerja-kerja rumah tu tugas orang perempuan je..
2. bergantung pada duit gaji isteri jer tiap2 bulan, padahal dia sendiri kat rumah goyang kaki.

Tapi, aku baru perasan bahawa aku juga mungkin menjengkelkan lelaki apabila:

  1. Aku bercakap ikut suka hati aku.
  2. Aku asyik tatap wajah Fahrin Ahmad yang sedang menangis dalam paper Berita Harian atau tengok cerita Si Capik sebab nak tengok muka Zachery  walhal cerita tak best.
  3. Aku bercakap dan lupa bahawa mereka adalah lelaki dan aku perempuan.
  4. Apabila aku tidak tergugat bila mereka buat muka macho di depan aku.
  5. Apabila aku berpura-pura tidak perasan kehadiran mereka di depan aku.
  6. Apabila aku tidak beri peluang kepada lelaki untuk menunjukkan kuasa melindung mereka.
  7. Apabila aku buat tidak faham apabila mereka bercakap secara madah.
  8. Apabila aku berkata "kau ni mulut banyak macam perempuanlah"  
  9. apabila mereka mesej aku, 
"dah makan ke, aku jawab hari2 saya makan tak pernah miss atau mereka tanya buat apa tu, aku jawab buatlah apa pun. 

Ps- hidup suka cari salah orang.