Mei 2013

This world doesn't makes any sense anymore~




Sunday, February 28, 2010

Stairway to Heaven

Bergelen-gelen hingus aku keluar sepanjang minggu ini. Bukan sebab apa, cuma sedih sangat tengok cerita Stairway to Heaven. Bayangkan, aku sampai tidak mengupdate blog aku sebab layan cerita tu. Hilang terus mood nak mengupdate belog. Sekarang, meh aku nak buat review sikit pasal drama Korea yang air mata betul ni. 

        TAJUK  LAGU : I MISS YOU 


Dua-dua ni lagu sedih. Cuba dengar.


Gambar hero dan heroin waktu kecil. Siapa suka cerita sedih memang wajar tengok cerita ni.

HERO DAN HEROIN WAKTU KECIL
 
Kanak-kanak Lelaki : Songjoo
Kanak-kanak perempuan : Sungjuh

 Drama  ni adalah drama pertama Park Shin Hye (yang pompuan tu). Dia berlakon cerita ni masa umur 13 tahun.Walaupun drama pertama, memang macam expert berlakon.
Watak yang dibawa: Han Sungjuh (kecil).
Minah ni la yang asyik buat aku menangis sejak dari episod pertama lagi. Kisah ni sedih woo..

Kisah dia camni, dua-dua budak tu memang jatuh cinta sejak dari kecik-kecikkkk lagi. Pastu, mak budak pompuan mati, ayah dia kahwin lain, dengan mak tiri yang jahat gila bapak. Mak tiri beliau pelakon terkenal. So, sangat pandai berlakon buat manis depan suami. Hero tu pula nama Cha Songjoo. Kisah mereka waktu kecil memang sangat sweet. Ala, kisah cinta budak-budak kan...

Pastu hero dan heroin berpisah sebab hero study oversea. Heroin kalau tak study sana gak, tapi mak tiri hasut ayah dia supaya tak bagi study sana. Lepas hero balik (hero tak balik lgsung tau) heroin kena langgar dengan adik tiri waktu heroin nak ambil hero kat airport.Haa.. pastu semua orang sangkakan heroin dah mati, sebab tak ada siapa pun tahu adik tiri tu langgar, kecuali puak-puak jahat tu je. Pastu si adik tiri amik purse heroin dan letakkan pada mayat mati terbakar. Jadi, orang ingat heroin mati terbakar. 

Heroin yang eksiden ni plak, diserahkan kat abang tiri yang dah jatuh cinta kat heroin. Abang tiri bawa lari heroin yang hilang ingatan selama 5 tahun. Heroin yang hilang ingatan ni hidup dengan jual baju bundle dan jadi gadis kasar. Hero yang sangkakan heroin mati ni plak, jadi gatal and playboy sikit. Maklumlah, frust. Ini gambar hero.

HERO


Watak : Hero
Nama : Cha Songjoo (waktu besar)
Pekerjaan : Pewaris Global Group yang kaya bapak.
Kesesuaian pelakon ni dengan watak : 9/10 
Sikap : Setia (mestila kan), sensitip, kasar dgn heroin sebab heroin lembik sangat koT..hmm

HEROIN
Watak : Heroin
Nama : Sungjuh
Pekerjaan : Tak menentu
Kesesuaian pelakon ni dengan watak : Mimik muka memang sangat menyedihkan.. Kiranya sesuai la dengan watak budak yang membesar dengan menangis je. Tapi agak berumur untuk menjadi heroin. Bagi 7/10 (sebab tak rasa syok nak tengok sangat)
Sikit info : Sangat baik, perahsia sebab bila kena dera dengan mak tiri yang jahat, dia senyap je sebab dia tengok ayah dia bahagia dengan mak tiri tu. Bagi semua barang-barang dia digunakan oleh adik tiri. Hilang ingatan selama 5 tahun sebab dilanggar oleh adik tiri.

ORANG JAHAT 1

 

Watak : Orang ketiga yang jahat sungguh-sungguh
Nama : Han Yoori
Posisi dalam cerita ni : Adik tiri kepada heroin yang rampas segala-galanya. Tunang kepada hero.
Pekerjaan : Jawatan apa ntah dalam syarikat Global Group.

Lagi pasal minah ni : Waktu kecil sampai remaja tinggal kat kawasan setinggan. Tak cantik waktu kecil, pastu jadi cantik selepas ibunya kahwin dengan ayah heroin. Diberi semua yang terbaik sehinggakan membesar menjadi gadis yang cantik tapi busuk hati ya amat. Langgar heroin dengan kereta sebanyak dua kali. Kemudian lupuskan bukti sehingga orang ingat heroin sudah mati.
Skor watak : 7/10 

ORANG BAIK TAPI JAHAT SEBAB BERBOHONG, PENGKUCAR KACIR RUMAHTANGGA ORANG, SERTA TAK BOLEH DIBUAT SUAMI

 

Nama : Tae Hwa
Watak : Baik tapi sanggup masuk neraka sebab berbohong besar, pengkucar-kacir dalam drama ni.
Posisi dalam cerita ni : Abang tiri kepada heroin dan abang kepada budak jahat kat atas tadi.
Sikap: Sangat jatuh cinta pada heroin sejak remaja, sebab heroin terlalu baik dan bagi dia gembira buat kali pertama dalam hidup.
Skor watak : bagi 4/10. Sebab tua sangat. Macam cerita Malaysia plak yang amik hero tua-tua berlakon. Mana nak feeling.

Cerita ni mungkin sedih sebab OST drama ni memang masuk dengan setiap babak. Ok, lepas ayah heroin kahwin dengan mak tiri, adik dan abang tiri heroin tinggal serumah dengan heroin. Waktu tu remaja la kan. Pastu adik tiri heroin, share satu bilik. Tapi kemudian buat macam-macam kat heroin. Heroin ni sabar-sabar-sabar, sampaila satu tahap, dia tak boleh sabar lagi sebab adik tiri pakai baju yang hero hadiahkan tanpa beritahu terlebih dahulu. 

Pastu bila bagitahu mak tiri, mak tiri bagi penampar plak kat heroin berkali-kali. Pastu mak tiri dia terus jadi jahat. Asyik aniaya heroin. Heroin ni sikap dia yang buat aku lemas ada satu, perahsia dan lembik. Sebab dia perahsia la hidup dia sedih sampai tua, sebab dia lembik mak tiri ngan adik tiri pijak dia cukup-cukup. Ok, aku nak buat review tapi tak berapa nak jadi. Apa kata anda tengok sendiri. Jangan tak jadi kerja sudah.

Quotes yang menarik dalam cerita ni ada banyak. Ini yang aku tahu la.

KATA-KATA HERO KEPADA HEROINNYA :

Jung-Suh, when I return, I’m going to draw a picture here and give it to you as a gift. A world with no sadness, no separation, and no pain… Heaven.

People who love each other end up reuniting. No matter how far apart they are, they will reunite in the end. Love is something that returns!

KATA-KATA HEROIN KEPADA HERONYA :

 If I go to heaven, I’ll truly be able to love you. Because there’s only love there. So this is the beginning of our beautiful love affair.

Ending? Tengok sendiri.Wakaka.

P'S-Menarik kan? Semua orang nak masuk syurga. Tempat yang tiada perpisahan, tiada kesedihan dan kesakitan. (aku tak italic kan pun tulisan ni. Kenapa senget plak)

Review aku tak berapa nak jadi. HARAP MAAF.

10 comments:

Moon BlooDy Spell said...

kalau jiwa tengah kacau mesti best layan cite ni..ehehhe

beautiful_rose said...

last tgk citer korea beberape thn y lalu........

Husna Hadzarami said...

ni cerita fav mama ni!
dah lama kan cerita ni..
kita kurang sikit tengok cerita2 korea yg sedih2, suka tengok yang kelakar je :)

Bungakopi said...

moon bloody spell,
lagi kacau la jawabnya.


rose,
kalau ko tgok sure nangis nya.


husna hadzarami,
lama dah cita ni. release tahun 2003 kot kalau tak silap. kem salam kat mama

fathiahRAIHANA said...

uhh lagu dy nieh
mmg meruntun jiwa . haha .
adek ana suke psang lgu nie time hujan2 . dy kate sayu .

Bungakopi said...

fathiah raihana,

lagu bo go ship da ke lagu ave maria? dua2 sedih tu, sesuai dipasang waktu hujan atau panas. huhu

Ah Fatt said...

ko post kat aku copy dia leh? hehe

Bungakopi said...

ah fatt,
aku tak download pon, tgok kat youtube je

Anonymous said...

Remarkable! Its actually remarkable paragraph, I
have got much clear idea about from this post.

Look into my weblog: accra ghana

Anonymous said...

I was more than happy to uncover this website. I want to to thank you for ones time just for
this fantastic read!! I definitely enjoyed every bit of
it and I have you bookmarked to look at new things in your site.


Here is my web-site - blog.achillestest.com