Mei 2013

This world doesn't makes any sense anymore~




Friday, July 30, 2010

Diari Rogayah : .


Banyak benda terjadi pada aku semalam, dan banyak benda aku pelajari. Pertama, jangan tangguhkan untuk melawat orang sakit. Dua bulan yang lalu, aku mendapat berita bahawa kawan aku sedang sakit tenat di Hospital Sg. Buloh kerana sakit tibi. Waktu itu aku baru sahaja tamat exam dan beberapa hari lagi akan pulang ke kampung. Kemudian, aku dan classmates aku merancang untuk melawat pesakit. Malangnya, rata-rata kawan aku di kolej masih berada dalam minggu peperiksaan, jadi kami bercanggah pendapat mengenai tarikh yang sesuai untuk melawat beliau. Akhirnya rancangan kami senyap begitu sahaja. 

Hinggalah semalam, aku terbaca komen di bawah gambar kelas beliau dlm FB (aku dan arwah tidak sekelas) bahawa pesakit telah meninggal dunia sebulan yang lalu, iaitu pada 21 Jun yang lepas, bermakna sebulan selepas aku dan kawan-kawan tidak jadi melawat beliau. Jadi, aku rasa terkejut dan menyesal. Kenapalah aku tangguhkan untuk melawat dia dahulu?

Kedua, jangan bereksperimen dengan alat make-up tanpa bertanya pendapat kawan-kawan (yang sengal jugak). Semalam, aku cuba bereksperimen dengan lipstick yang diberikan oleh kakak aku. Kata Kakak, dia tidak berkenan dengan warna lipstick tersebut (memang aku ada segudang koleksi barang beliau). Jadi, tanpa ragu-ragu, aku pun pakailah lipstick tersebut untuk ke kelas. Setibanya di luar kelas, aku digelakkan bersungguh-sungguh oleh kawan-kawan aku. Memang SITI HAJAR betul. Kata mereka, terlalu pink dan sama dengan kaler baju dan tudung. Ada pula yang kata, "Wah..kita ada datin baruu.." Rasanya muka aku dah cukup tebal pada waktu itu. 

                                            Wey shenme??? Wey Shenme??

"Aku tengah bereksperimenlah!" Pekik aku geram. Tetapi mereka terus ketawakan aku. Ada yang memandang aku dengan rasa tidak percaya. Nak je aku lipat-lipat tengkuk mereka. Teruk sangat ke rupa aku?  Fikir aku pada waktu tersebut (aku pun tonyoh sampai pudar warna lipstick tu). Perasaan aku,  terasa seperti  menjadi Betty dalam  telenovela Yo Soy Betty La Fea yang baru belajar bermake-up dan end up dengan memalukan diri sendiri. Kurang hajar punya kawan-kawan. At least, cover la sikit gelak tu. Tak pun, faham sikit perasaan aku  ni. Hari itu, mood aku untuk belajar terus tenggelam jauh ke dalam  Lautan Atlantik di kawasan Segi Tiga Bermuda.

                                    Armandoo mendozaa..

P/S- Hidup kena berani mencuba. Siapa setuju, sila korek hidung sendiri.

Monday, July 26, 2010

Amoi tatak suka Ros lagi..=)

Lega hati wa.
Fuuuh..(wa sedang hembus nafas panjang-panjang). Sedikit mau cerita pasal ini Ros ar..banyak complicated bikin wa pening. Jangan tanya bahasa wa kenapa ini macam.
Mau dengar, duduk diam-diam.

Wa kira-kira, bagi lu olang yang positip mindanya, memang manyak bagus bila dengar pasal  aura ini Ros. Tapi wa ngan sekutu wa tarak suka aura manyak-manyak macam lu orang.



Waa. Ros ini manyak cantik ar. Lu boleh kasi awek kalau lu ada (tapi lu tatak, wa tau maa). Tapi bukan Ros ini yang bikin wa tatak senang duduk.


Amma..dah macam thesis wa tengok. Ini la Rosnya. Bikin hati wa panas kadang-kadang. Lu tau kenapa wa rasa panas? Sebab ini report Ros, markahnya cuma lima.

Paham tak, 5? 

Aiya, mau dapat bahan pon sudah manyak susah. Wa terpaksa piligi sekolah dua minggu tatak dapat gaji.

Markah 5 saja? 

Tapi, hari ini wa rasa mujur. Sebab Ros ini tatak menghantui wa lagi. Wa berjaya siapkan report Ros. Wa rasa sikit gembira.



Lu tengok wa tengah susun-susun report wa nih. Manyak puas ati rasanya. Oya, lihat background wa masih wangi dan kemas sebab cadar baru tukar semalam. Wa amoi yang rajin. Wa tatak tipu.

Wa rasa ini masa wa kena piligi. Lu rasa wa rajin x nak punch ripot Ros tu.?
Wa rasa ia manyak makan masa dan wa kurang rajin. Baik wa suruh Apek punchkan untuk wa.
Wa piligi.
Supervisor, wa datang. Lu bagi 5 markah supaya wa tatak susah-susah mau cekik lu.


P/S- Wa lah orangnya yang tatak suka sama ROS ( Rancangan Orientasi Sekolah)

Monday, July 19, 2010

Jangan Buat Orang Tidak Hormat Anda.

Hargailah saat-saat apabila kawan lama anda memuat naik gambar anda di zaman persekolahan =)

 
Gambar di pagi Jumaat waktu kita berebut-rebut nak beli laksa..(^_^)


Gambar waktu kelas PREP yang biasanya kita tidur atau 
bertengkar dengan budak lelaki yang masih belum matang macam kita  : P
=
=
=
=
=
=
=
=
=

Gambar waktu Asyraf nak testing handphone baru dia. 

Waktu tu Cikgu Shapie tak masuk kelas. Kita buat-buat sedih padahal kita gembira nak mati.
Nostalgia kan?

Terima kasih sebab susah-susah ON printer yang mungkin terletak di bawah katil dan sudah berhabuk dan tolong scankan gambar-gambar kenangan kita..

TAPI...

Tolong faham. Ada satu perkara yang membuatkan fikiran aku tak tenteram.

Aku
tak 
suka

bila gambar yang diupload adalah gambar aku tak bertudung di dalam hostel.

Dan aku sudah beritahu tadi, kan? 

Bukan sebab aku botak. 
Bukan sebab rambut aku keriting megi atau lurus rebonding macam penyapu.

Bukan..
BUKAN..
BUKAN..!

Alasan kau, itu gambar waktu kita budak-budak. HelloO.. kita sudah baligh waktu tu, ok. Perlukah aku buka khutbah di sini? Perlukah aku ulang dua tiga kali supaya kau faham?

Bila aku cakap "CROP gambar aku", aku maksudkannya.

P/S- Kalau aku buat benda yang kau tak suka, macam mana?

Sunday, July 18, 2010

Pasar Malam Tg. Malim dan dejavu.

Tadi aku pergi pasar malam. Betul-betul sesak hinggakan boleh berlanggar di sana sini macam accident. 

Kemudian selesai membeli-belah makanan yang sihat seperti buahan-buahan segar, susu segar, baldi dan ubat gegat untuk menghalau lipas, aku pun membuat keputusan untuk balik sahaja kerana duit yang aku baru tekan sudah tinggal beberapa keping sahaja note berwarna merah ( kenapa perlu diberitahu disini ya).

Sedang (jangan mulakan ayat dengan perkataan ini ya, kawan-kawan) aku terhegeh-hegeh mengusung baldi yang dipenuhi dengan pelbagai jenis makanan pelbagai warna dan perisa, tiba-tiba mataku tertancap ( karangan darjah 5) pada kedai jam yang dah lama aku jadi regular visitor di situ. 

Kedai auntie Cina ya kawan-kawan. Oh ya, pernah dengar tak lagu ni. Lagu aiskrim Paddle Pop yang telah diubahsuai. Lagu nyanyian zaman sekolah rendah.

Cina buat....
Hindu jual...
Melayu mai beli..

Sungguh 1 Malaysia. Kita tak perlu diajar tentang 1 Malaysia kerana sememangnya kita muhibbah sejak dari dulu, kan?

Kembali kepada kedai auntie Jam, aku ternampak satu jam yang seakan-akan jam memori kenangan cinta luka zaman baru belajar basuh berak sendiri dahulu. Ya, waktu itu aku masih kecil dan selalu didukung ke sana ke mari tapi sudah mempunyai seutas jam yang agak mahal. 

Waktu tuh, abang ipar aku tengah berusaha keras memikat+ mengayat kakak aku untuk dijadikan isteri. Aku yang sejak kecil sudah menetap bersama kakak aku biasanya mendapat macam-macam objek. 

Semuanya dibeli oleh 'bakal abang ipar yang sangat pemurah lagi penyayang' (pada waktu itulah).

Sebagai seorang gadis melayu terakhir era Ella, kakak aku mempunyai beberapa stok simpanan calon suami. Walaupun usia aku baru sekangkang kera, kakak aku sering meminta pendapat aku mengenai calon-calon suami pilihannya. 

Aku pada waktu itu dengan tegas dan brengseknya telah memuji bakal abang ipar yang sering memberikan aku benda-benda material dan mengatakan,

Abang x0x0x0 calon yang tepat!!! sambil menunjukkan tanda bagus kepada kakak aku. 
Ok, kembali kepada cerita asal, pada waktu itu, aku tersangatlah gembira apabila Abang X0x0x membelikan seutas jam tangan yang sangat cantik pada mata aku. 

Zaman tu, akulah budak yang paling vogue di kampung kerana memakai jam yang fashionable. 

Aku still ingat, pada waktu pagi jam tersebut akan berwarna ungu dan petang pula berwarna oren dan beberapa warna yang tidak dapat dikenalpasti oleh mata kanak-kanak aku. 

Jam itu mendorong aku untuk cepat-cepat belajar membaca jam kerana aku hanya pandai membaca jam digital sahaja. Tapi jam itu telah hilang dicuri oleh seorang kawan kampungku.  

Semasa jam tersebut hilang, beliau yang membeli jam telah menjadi abang ipar aku yang sah, jadi cerekarama memancing hati adik untuk memikat kakak bukan lagi agenda utama, bermaksud abang ipar aku tidak lagi membeli perkakasan material untuk aku. 

Baru-baru ini, beliau berjanji untuk membelikan kembali jam tangan yang 'sejibik macam itu' untuk aku, tapi aku memahami keadaannya yang beranak' ramai itu. Jadi, aku telah beli kembali jam yang hampir mirip dengan jam kenangan aku itu di kedai auntie Jam. 

Kata aku pada auntie Jam, 

" Demi kenangan, bagilah diskaun auntie." Pujuk aku sambil menyengetkan kepala. Menggoda la konon.

"Aiya, no more discount  maa. Ini saja I boleh kasi U. Special price untuk student." Auntie tidak tergoda kerana dia juga SAMA macam aku.

Aku pun buat muka pasrah.

" Owh, ok lah. I datang lain kali je lah".

Aku pun angkat baldi dan ready untuk keluar apabila tiba-tiba aku dengar auntie tu cakap perlahan,

" Bolehlah..bolehlah. Ini hari saja. Lain kali kawan U plak datang, no more aa.." Muka auntie kelat. Benarlah orang kata;

IKHLAS ITU UMPAMA SEMUT HITAM DI ATAS BATU YANG SANGAT HITAM.

Dengan senyuman iblis, dapatlah aku seutas jam tangan dengan potongan diskaun 30 peratus.

Gini le ghupenye





Thursday, July 15, 2010

mati jiwa. Hidupkan. Brummm

Entah kenapa dada terasa pengap. Tiba-tiba juga hati rasa tenggelam dan basah. Mencucuk-cucuk tanpa sebab dan getarannya terasa hingga ke usus.
    

  credit to google

Masuk hari ke-4 aku di kolej, aku rasa aku perlu berbuat sesuatu untuk kembali menghidupkan mood dunia (dunia akulah). Kadang-kadang risau sikap aku ni menjengkelkan kawan-kawan. Mata aku yang semakin tiada cahaya, wajah aku yang kurang memberi respon dan kadangkala riak yang sombong. Jangan terasa ya. Begitulah mesej  yang ingin aku  sampaikan pada mereka. I'm just not in mood.

Contohnya dua tiga hari lepas, waktu aku baru dapat tempat duduk dalam bas, kerusi di hadapan aku agak kebelakang sehingga berlaga dengan lutut aku, tanpa membuang masa aku pun cuit freshie baru kat depan, (aku tahu dia freshie kerana mukanya yang masih fresh dan penuh dengan semangat baru di pagi hari dan tidak seperti aku yang kelihatan bosan  nak mati menaiki bas pak cik) si freshie tersebut berpusing dan aku pon cakap ..

" Boleh tak tarik kerusi ke depan sikit?" 

dan kata-kata aku mungkin disusuli dengan wajah yang tegang dan mata hitam yang semakin mengecil sehingga menampakkan riak wajah yang kejam. Lalu remaja tersebut buru-buru (buru-buru ye pak..) meminta maaf kepada aku. Aku perasan wajahnya agak lain semasa memandang aku. Baru aku perasan tegangnya muka aku waktu tu. Mungkin agak masam  walaupun dalam hati aku tidak berniat untuk marah sesiapa pagi itu. Cepat-cepat aku tersenyum kepada beliau dan barulah riak wajahnya agak jernih semasa memandang aku.

Sebenarnya aku agak kesal kerana sejak akhir-akhir ini, apa yang aku fikir tidak seiring dengan respon wajah aku seterusnya menjadikan aku seolah-olah seorang yang tidak mesra dan serius. Kemudian aku rasa mungkin roh aku masih belum bersedia untuk belajar setelah dua bulan bercuti panjang dan memanjakan diri sendiri di rumah.

Aku menyalahkan mak aku kerana memanjakan aku sehingga aku teringat-ingat je kat rumah hinggakan waktu aku mandi pun, aku akan sentiasa terbayang-bayang air di rumah yang lebih sejuk dan fresh. Waktu aku nak minum air pun, secara otomatik aku akan cari kerusi untuk duduk kerana teringatkan leteran mak aku yang bingit gila kalau dia terserempak aku minum air berdiri.  Walaupun kadang-kadang aku buat bodoh je bila kena tegur dengan mak, tapi bila kat sini, beliaulah the most remembered person dalam kepala otak aku ni.

Ok, dipendekkan cerita, untuk tidak membiarkan perkara ini berterusan dan menjadi penyakit hati, aku pun mengambil satu langkah efektif la jugak. Tapi pada mulanya aku tak terfikir perkara ni adalah satu penyelesaian. Inilah dia. The solution. Aku order tomyam ayam dekat housemate aku, Si Sakinah yang belum pulang dari kelas. Tomyam kat restoran tu memang sedaplah dan aku ni kira regular customer kat situ.

Awal Isyak tadi, tomyam aku  pon sampai. Terus aku mengetest. Em. Power. Esmail Tomyam memang syabas inspector Sahab pada tomyam dia yang sangat 'terasa' di lidah.

Selesai satu mangkuk tomyam tu, mood aku naik dah separuh. Tak adalah secepat kilat. Slow-slow je macam isi air dalam baldi. Tapi sejak itu, sekurang-kurangnya muka aku tak adalah susah sangat nak tersenyum pada kawan-kawan aku bila diorang secara tiba-tiba menyapa aku. Aku memang payah sikit untuk terus tersenyum mesra jika waktu  aku ditegur tu, aku sedang seorang diri.

Jadi, pesanan aku kepada semua yang sedang mengalami situasi macam aku, cari makanan favourite yang dapat menaikkan mood ke tahap optimum. Insyaallah keadaan akan pulih sikit kot.
 
Bawah ni saja aku nak upload gambar yang tak ada kena mengena dengan entri.
 
                              Aku yang tak pakai tudung tu. Panggil aku Pak Din.

p/s-Kalau tak nak jadi macam aku, abaikan kemerepekan ni.