Mei 2013

This world doesn't makes any sense anymore~




Thursday, December 2, 2010

Anda peminat cerita Korea?

Aku dah habis exam. Rasa seronok sangat walaupun tali sandal aku tercabut semasa tamat peperiksaan pada sebelah pagi. Teruk juga diketawakan oleh kawan-kawan apabila mereka melihat aku keluar dewan sambil menyeret kaki. Dah macam cacat jadinya. Apa pun, mereka kan kawan. Jadi, mereka yang over excited merawat sandal aku menggunakan brooch kecil pada tudung sendiri. Sakit jugalah kaki sebab sedikit sebanyak mestilah jari kaki aku berselisih dengan brooch yang dikancing pada tali yang tercabut  semasa berjalan.

Ok, tidak mahu membebel panjang, walaupun banyak lagi barang belum dikemaskan, nak juga update blog supaya ada entri bertarikh 1 Disember 2010 (tapi dah terlajak lagi) Ngehehe.


Anda peminat cerita Korea? Berminat mengisi masa lapang dengan ketawa berdekah-dekah atau sapu air hidung? Berminat mengeratkan hubungan anak beranak? Tak perlu susah-susah minta air penawar Tok Guru. Hanya se'bundle' koleksi cerita pasti mengundang tawa bersama!
(  teringat pula masa aku sama-sama tengok cerita Full House dengan emak. Sampai jam 4 pagi!)


Tiba-tiba rasa ingin tunjuk sesuatu.
Koleksi cerita mengikut abjad


Oh My Lady yang kelakar gila
Teruja tak nak tengok? Kalau teruja, sini tempatnya.

-Di sini anda boleh tengok semua drama dan filem Korea, Jepun dan Taiwan.
-Kalau drama, satu episod ada 5, 6 atau 7 part camtu. Maksudnya, kalau line internet tiba-tiba terputus, tak lah teruk nak loading balik sebab 1 part dalam 10 minit camtu je.
-Kualiti : Ok laaah

- Cuma koleksi cerita Korea.
- Tak ada part 1, 2, 3. Maksudnya kalau klik video tu, straight 1 episod terus beb. Jadi, kalau internet slow, terputus, atau anda decide nak sambung tengok cerita tu di lain hari waktu dah sampai di tengah-tengah episod, teruk la pula nak loading semula cerita tu nanti.
-Kualiti : Gambar sangat cantik dan clear. Kalau nak besarkan penuh satu skrin laptop pun, pixel dia tak berterabur.

- Kesian aku. Aku baru tahu je link ni. 
-Sini pun sama jugak. Ada koleksi cerita Korea, Taiwan dan Jepun.
-Sama macam Mysoju, satu episod ada banyak part. Kelebihan pun macam MySoju juga.

- Ceh, ini semua orang tahu. Ok. Ok. Saja je nak tambah lagi kasi nampak banyak. Huahua.
-Senang je nak cari, taip Cinderella Man with eng sub episod 1 part 1, keluarlah dia. Siap main cak-cak lagi.

Sebab apa kena guna banyak link? Oklah. Kadang-kadang kan, ada beberapa video missing atau broken waktu tengah syok-syok layan cerita. Baru je hingus nak turun, terus jadi macam spring naik atas balik. Hilang feel kalau skip-skip ni. Jadi, kena bagi banyak pilihan.

Sebagai seorang warga Malaysia yang prihatin, terpaksalah aku beritahu 
kesan negatif kalau rajin sangat menonton drama bermata sepet ni.


sangat NEGATIF 
1- Punggung anda akan menjadi lebar.
(mana tidaknya, bersila setambun satu tempat dari malam sampai ke pagi)
2- Banyak kerja lain tergendala.
contoh : 
mak : Man, basuh baju!
Man : Kejap la mak. 
3- Anda pun berangan supaya kisah hidup anda jadi fun dan thrill macam dalam cerita.
4- Otak akan menjadi lembap beberapa saat waktu mula-mula nak study.


POSITIF sangat
1- Hidup anda menjadi lebih indah dan ceria ( tudia janji iklan)
2- Kulit anda akan menjadi putih lalu masyarakat sekitar bertanya, apa rahsianya?

Bukan jawapan anda : Cuba dua-dua ( kata heliza dalam iklan garnier).
Pasti jawapan anda : Rahsia saya? Tengok cerita Korea (macam Nora danish dalam iklan halia tu)
4- Anda boleh mengeratkan sillaturrrrahim (insya'allaah-ikut cara maher zain)
5- Awet muda akibat terlalu banyak ketawa

Aku? Kalau aku, aku suka tengok di maadu.com sebab kualitinya baik. Boleh view penuh satu skrin. Boleh tengok sambil berbaring atau sambil makan jajan. 

Jajan yang nak ditunjukkan (hnss..hnss)

Alamak, tudung herot kena iron
Mysoju pun ok. Dramasub pun ok. Youtube pun ok. 
Baju bertimbun di bawah, biarkan dulu. 
Mari kita enjooooooooy...................!! Yiiiiiiiiiiiiihhaaa 
(sambil bergayut pada tali pokok)


Amaran-  Pastikan kerja rumah siap sebelum menonton

Monday, November 29, 2010

Satu gambar seribu pengertian

Lagu ni memang kena. Memang. Mari tarik hingus.(Sreeetttttt Sett Sett......)



Ungu - Cinta Dalam Hati .mp3
Found at bee mp3 search engine



Jadi, betul lah?


V


V





Kenapa?

v


v


v


Aku kah yang bodoh?

v



v



v


(huwaa)


Tak apalah.

V


V


V



Hidup mesti diteruskan.


**************************************


V


V

It's okay


V




Aku dah BESO.



P/S- Gadis Besar Pantang Menangis

Saturday, November 27, 2010

DARAH NAIK KEPALA

Alkisahnya ada seorang gadis sedang mendengar irama perutnya sendiri.

Dulu aku rasa geli dengan ayat ini : gendang gendut tali kecapi (apakah kecapi itu, sila terangkan?) kenyang perut senang hati. Aku rasa macam lelaki tua berperut gendut sedang menari-nari dengan tali kecapi. Ah sudah. Sampai sekarang fikiran itu tak hilang rupanya.

Kembali isu perut,bermakna hati aku tak senang sebab perut sekarang merengek-rengek macam bohsia. Wajah begitu berminyak, sekali sapu boleh buat tumis bawang putih.

Tiba-tiba terdengar lelaki menjerit histeria di blok sebelah. Aku cukup anti dengan satu rumah yang suka buat bising itu.

Hanya kerana mereka lelaki, boleh pula jamming dengan suara pecah di tengah-tengah pagi buta.

Hanya kerana mereka lelaki, boleh pula bercakap berslanga tinggi dengan suara yang kuat sehingga terdengar ke blog.. eh blok aku.

Tak payahlah nak tunjuk sangat bahawa ini minggu exam. Semua orang study macam nak meletup urat kentut, bukan kau sorang. Sekarang dah menghampiri 3 pagi, sengal. 3 pagi.

Kang kalau aku buat gila macam tu jugak, mulalah nak labelkan perempuan zaman sekarang sebagai macam-macam. Menyampah taw. Menci. Hak tui.

Mari tubik
P/S- Kata seorang lelaki kepada bekas kekasihnya, kita putus kerana awak terlalu banyak membaca novel cinta, lalu membuatkan saya letih dan awak kecewa ( sudaaah, tak ada kaitan dengan entri).

Thursday, November 25, 2010

Che Tom Bukannya Sekolah

Kita kalau nak marah, dengan siapa-siapa pun boleh marah. Malah, dengan apa-apa pun boleh dijadikan tempat melepaskan kemarahan. Kalau Che Tom, tak pasti juga sama ada boleh dirujuk sebagai 'siapa?' Entahlah, kena tanya guru bahasa.


Che Tom. Seekor kucing. Taklah comel, tapi merupakan kucing yang penuh dengan emosi. Che Tom ini jantinanya jantan. Tapi sebab dia emosi lebih, aku terfikir sama ada mungkinkah kucing ini khunsa?

Cerita Che Tom. Pada satu hari yang rembang, Che Tom datang berlenggang kangkung sambil menegur aku di dapur. "Miaw.." dengan matanya dikelipkan perlahan seolah-olah berkata " Waktu makan sudah?"

Che Tom orang kampung je. Maksud aku, kucing kampung. Jadi, tak lah makan Whiskas macam kucing jiran aku. Che Tom cuma demand lauk, nasi tolak tepi. Melainkan nasi itu digaul dengan kicap, mungkinlah Che Tom makan sikit. 

CHE TOM & RAKAN BORAKNYA
Sekampung-kampung Che Tom, melalui kaca mata aku dan family, Che Tom sangat mementingkan kualiti makanan sebelum menjamahnya. Ikan lama, daging ayam yang lama, Che Tom akan mendengus tanda marah, kemudian lauk tersebut akan dibiarkan tidak berusik. Tengah-tengah malam, baru Che Tom terhendap-hendap untuk makan semula makanan tersebut. 

Paling menghairankan, aku selalu tertanya-tanya adakah Che Tom berak? Aku tak pernah jumpa tahi Che Tom. Bila aku riuh bertanyakan emak, aku pula dimarahi. Baguslah tak ada tahi, kata mereka.

Hari ini, Che Tom sudah tua. Aku ingat lagi waktu zaman retro Che Tom dulu, Che Tom kencing berdiri di lubang tandas. Che Tom tidak diajar, tapi banyak memerhati. Kadang-kadang adalah juga emak aku menasihati Che Tom. Katanya, kalau nak survive lama di dunia ini bersama manusia, jaga sikit kelakuan tu. Che Tom mengiau sekali tanda berkata " yalah tue.."

 INILAH BOB PEMALAS
Che Tom terang hati kerana dia tak suka mengendap anak dara orang mandi. Tak macam kucing jiran aku, Bob namanya. Sudahlah selekeh, suka mengendap pula. Sudahlah mencuri lauk, tak reti nak tutup tudung saji elok-elok pula.

Kembali kepada cerita Che Tom hari ini, dia semakin tua. Bila tua, dia nyanyuk, pelupa dan terus amnesia. Che Tom lupa di mana tandas, bila waktu makan dan Che Tom selalu muntah. Cicak di rumah semakin banyak, lipas juga. Bulu Che Tom tidak lagi bersikat dan banyak tahi mata menempek menjadikan aku geli dan selalu memarahinya. Gelaran kucing kasanova terpaksa aku lucutkan untuk Che Tom. Disebabkan kasanova, Che Tom ada waris yang banyak tetapi semuanya tak mahu bela Che Tom. Jadilah Che Tom kucing duda. Mungkin juga bujang terlajak. Tapi yang pasti, Che Tom bukan lagi teruna.

CHE TOM DI ZAMAN MUDA-MUDI

Tanggal 20 November mungkin, hari itu sangat panas. Aku berfikir, itu mungkin kerana petangnya akan hujan lebat, jadi aku turut panas hati apabila Che Tom membuat bising. Che Tom lupa bahawa dia sudah makan. Dua ketul ayam terpaksa aku goreng cincai-cincai untuk memuaskan nafsu makannya. Maklumlah, daging korban adalah haram untuk Che Tom. Mungkin sebab itu Che Tom berkecil hati apabila kami makan tanpa mempelawanya. Lalu Che Tom mogok tidak menangkap cicak dan lipas di rumah lagi.

Saat aku membebel, Che Tom melihat aku dengan pandangan sayu dari bawah meja makan. Waktu itu, aku tengah memotong daging. Kata aku, hidup jangan terlalu memilih. Kalau layak memilih, tak apa. Ini tidak, tak tahu nak ukur baju di badan sendiri pulak. Kemudian aku berhenti sekejap untuk minum air. Che Tom terkebil-kebil melihat aku kemudian mengiau sedas. Mungkin bertanya " apa ang merepek ni?" 

Lalu aku menambah, tahu la bersyukur sikit. Bila orang dah bagi tu, ambil saja jangan banyak songeh. Tolong apa yang patut, bukan rehat macam raja. Hidup ada give and take. Walaupun orang ikhlas, jangan hanya tahu meminta. Jangan asyik tahu makan tapi tak tahu nak tangkap cicak! Bentakku lagi.

Mata Che Tom mula berkaca-kaca menutupi matanya yang hijau jernih itu. Che Tom mengiau lanjut, kemudian dengan tangan kirinya yang comel, Che Tom mengusap matanya lembut. Eh, Che Tom menangis?

Che Tom memandang aku dan berkata " masuk habuk" padahal aku tahu dia sedih apabila aku mengungkit-ngungkit.

Mengungkit adalah perkataan yang tidak sedap. Malah aku tidak suka dikatakan mengungkit oleh Che Tom. Anda juga begitu pastinya. Tapi, apabila orang ataupun ekor seolah-olah lupa sesuatu yang disebut jasa, terasa ingin bagi mereka sedar semula, bukan? Mungkin mereka tidak tahu apa yang telah kita pertaruhkan untuk berjasa kepada mereka. Mungkinlah kan.

Kalau rasa tidak puas hati itu ditelan, aduhai, susahnya. Seperti malam yang hujan lebat, blackout dan tiada lilin. Tiada apa yang menarik boleh dibuat, lalu tidur sahaja.

Che Tom ini bagaimana? Patutkah aku buang daripada kamus hidupku?


Tuesday, November 23, 2010

Kita yang selalu diingatkan

Adoi. Susahnya hati. Susah-susah hati. Aku merungut dengan perasaan yang berat, lalu kakak sambil menyikat rambutnya berkata lambat-lambat, 

" Ikutkan hati mati, ikut rasa binasa.." 

Kemudian dia melempar sikat itu ke hujung katil seraya bertanya, 

" adik, kau ada sikat tak?

Aku menggeleng lemah, selemah perasaanku yang enggan berfikir apa-apa. Sebetulnya, aku memang tidak suka bersikat, sebab rambutku memang sudah mencapai skala 10 kalau ikut piawaian pakar Sunsilk, atau dengan kata lainnya, lurut dengan jari pun bolehh..

Kembali kepada topik asal, sebenarnya masalahnya mungkin tidak berat, tambah pula kalau orang yang mendengarnya mempunyai pandangan yang berbeza dengan aku. Ya, cuma aku tidak dapat tinggal di kolej untuk semester hadapan. Itu sahaja. Tapi aku suka tinggal di kolej. Walaupun orang kata tinggal di kolej tidak bebas keluar masuk, tidak boleh memasak, tidak berdikari dan sebagainya, tapi nak buat macam mana, dah aku suka. Jadi, patutlah aku sedih bila tak dapat tinggal di kolej. 

Paling membuatkan aku tidak boleh terima, sebenarnya permohonan aku SUDAH BERJAYA kira-kira sebulan yang lalu, tapi hari ini tiba-tiba aku mendapat mesej dari seorang kawan berkata aku tidak dapat kolej. Ada pemilihan sekali lagi. 

Woi, ha***j**** betoi. 

Apa ni? Apa kes tapis orang sampai dua kali? Sekejap berjaya, sekejap tidak. Janganlah buat orang menyumpah. Geram ni. Geram ni.

Nak kata aktif, memang aku tidak aktif kolej untuk sem ini, tapi sem lepas aku aktif apa? Aku jaga kiosk burger, aku masuk nasyid (siap bertanding lagi), program pun aku turun. Nak beritahu yang aku memang banyak stickerlah. Buat yang tidak tahu, sticker tu nanti digunakan untuk menilai sama ada seseorang penghuni tu aktif di kolej atau tidak. Kalau banyak sticker, aktiflah kononnya. Begitu juga sebaliknya. Sticker tu pula lekat elok-elok dalam buku aktiviti kolej.

Sepanjang pengetahuan aku, pemilihan untuk tinggal di kolej dinilai untuk satu penggal. Maksudnya, keaktifan dinilai mengikut tahun, bukan enam bulan sekali. Sebab ia dikira ikut tahun, jadi aku ni dalam kategori aktiflah sepatutnya, dan juga layak tinggal di kolej.

Sem 4 aku aktif, cuma sem 5 tak aktif. Sem 4 dan 5 pula berada dalam tahun 2010. Jadi, aku aktiflah. Aku aktiff. Boleh nampak tak betapa aku nak tinggal di kolej? Kenapa mereka buat macam ni? Padahal orang yang ada banyak-banyak sticker tu belum tentu 'halal' stickernya. 

Tiba waktu makan malam tadi, disebabkan aku susah hati, maka kakak-kakak memberi kelonggaran untuk menenangkan diri di dalam bilik sedangkan mereka semua sibuk menghidangkan makanan (satu alasan untuk bermalas juga sebenarnya). Aku ingatkan tak nak makan, tapi hidung aku terbau pula aroma telur dadar yang wangi semacam, ditambah dengan ikan sweet sour yang memang aku gemar, haih..lemah betul. Nak makan rasa kecewa, tak makan rasa rugi. Sudahnya, memang aku makan pun. Tapi, dengan perasaan mendongkol.

Kemudian, mood aku yang sememangnya 'langit cerah' itu diburukkan lagi dengan kelakar  anak buah yang menjatuhkan air muka aku, ibu saudaranya ini. Ada kawan abang ipar tiba-tiba berkunjung ke rumah dengan keluarga, jadi aku pun selepas bersalam-salaman, terus menyusup masuk dalam biliklah. Malu la katakan. 

Pada waktu inilah datang anak buah aku, Amanina namanya dengan kedua-dua tangan ada keropok goreng. Aku pun nak rampas la keropok tu, Amanina tu 2 tahun umurnya, tapi tiba-tiba juga anak buah aku yang umur 5 tahun melarang, 

" Jangan, mari Hakim ambilkan yang baru!".

Balas aku pula " Tak apa, yang ini pun okey," 

" Tapi yang tu kotor sebab Amanina dah gigit," 

Kata Hakim dengan matanya dibulatkan menandakan kesungguhannya untuk mengambil keropok baru untuk aku, mak Usunya yang ingin dikahwini bila dia besar nanti. Aku pun terfikir, betul jugak.. lalu mengangguk.

Tapi keropok tu digoreng untuk tetamu yang datang, mestilah tak sopan kalau anak buah aku ambil di hadapan mereka. Fikir aku. Tapi Hakim sudah semangat habis nak ambilkan aku keropok, jadi aku pun pesan " Hakim nak ambil kat depan ke? Ambil sopan-sopan. Tunduk waktu ambil tu. Sekeping cukup." Dalam hati aku fikir, alah..budak-budak. Mereka tak ambil pusing kot.

Hakim 
Hakim pun laju berlari-lari anak ke ruang tamu. Aku memasang telinga. Terdengar kakak aku melarang Hakim. Ini untuk tetamu. Katanya. Sebagai tetamu pula, mestilah mereka berkata ambiklah. ambiklah. Sambil tersenyum melihat gelagat kanak-kanak. Malangnya Hakim berkata dengan kuat " Tapi Maksu nak. Maksu suruh ambil."

Adoi. Hancur. Sudahlah ada lelaki. Aku mengamuk dalam hati. Mujurlah kakak aku tolong cover. Katanya, itu mesti Hakim sengaja buat alasan sebab nakkan keropok. Hahaha. Kasihan budak-budak. Nanti tunggu kau besar pasti aku ceritakan semula.

Ok, aku dah tak ada benda nak cerita. Tapi harapnya aku dapat buat rayuan untuk tinggal di kolej semula. Kalau dapat pun, pasti tak boleh stay dengan kawan-kawan. Pasti dapat tingkat 4 ataupun tingkat 5. Pasti letih punya. Haih, sakit hati betul. Waktu-waktu begini, ayat yang paling sesuai tentulah check balik draft telefon bimbit yang aku simpan baik-baik. Ayatnya berbunyi begini :

Bila Allah cepat memakbulkan doamu,
 maka Dia menyayangimu.
Bila Dia lambat memakbulkan doamu, 
maka Dia ingin mengujimu.
Bila Dia tidak memakbulkan doamu, 
maka Dia merancang sesuatu yang lebih baik buatmu.
Oleh itu, bersangka baiklah dalam apa jua keadaan, 
kerana kasih sayang Allah itu mendahului kemurkaanNya.

P/S- Apa agaknya rancangan Tuhan untuk aku?

Monday, November 1, 2010

Cara Sendiri untuk Hidup

Pagi-pagi begini, amatlah tidak menyenangkan kalau anda bangun dengan wajah yang masam. Seseorang pernah berkata, " fakta bahawa bila kita bangun tidur, kita akan hilang pertimbangan untuk beberapa minit. Kita akan jadi tidak boleh ditegur dan berwajah masam." 

Jadi, kawan aku yang bernama Senah tersebut pegang fakta itu menjadi prinsipnya setiap kali bangun pagi. Maka setiap pagi wajahnya akan jadi masam dan tidak boleh ditegur. Mungkinlah, aku tidak tahu imej yang tepat kerana aku tidak bertembung dengannya di waktu pagi. Apa yang anda percaya dan anda pegang, itulah prinsip anda. 

Mungkin kita memanggilnya dengan nama yang berbeza. Mungkin disebut prinsip, atau mungkin disebut pantang-larang. atau... disiplin? Apa pun, semuanya bersandarkan kepada satu maksud, iaitu meletakkan dasar dalam melakukan sesuatu.

Kadang-kadang aku terfikir, apakah nilai bagi sebuah prinsip? Mungkinkah ia berkait dengan harga diri?

Anda sungguh-sungguh berpegang dengan prinsip anda, berkata ' this is the way i am" dan saya rela dibenci kerana menjadi diri sendiri daripada berpura-pura. 

Adakah anda menganggap bahawa apabila anda mendiamkan diri, atau tidak stand on your principles, bermakna anda adalah hipokrit? Adakah anda menganggap semua prinsip anda itu adalah benar sahaja dan lebih baik daripada orang lain?

Aku hairan kenapa manusia selalu menganggap bahawa " dunia ini adalah dunia aku. Siapa nak berkawan dengan aku maka harus ikut cara aku". Ada orang yang senang-senang berkata " aku memang begini. Cakap straight forward kalau tak puas hati, apa barang condemn belakang." Adakah anda ingat orang peduli dengan prinsip anda? 

Sudahlah,  aku muak dengan prinsip-prinsip yang tidak relevan dan penuh dengan nilai pentingkan diri sendiri. Aku muak apabila prinsip-prinsip itu akhirnya terjangkit dan mengatur kehidupan aku.

Apabila kita senyap, mengalah, lembut hati walaupun sebenarnya kita tidak puas hati, bukan semuanya bermaksud hipokrit, mungkin boleh dikatakan kita lebih beradab, lebih menjaga perasaan orang, lebih rasional menghadapi situasi-situasi tertentu.. 

Tapi sebagai seorang yang berprinsip (kononnya), anda tetap ingin orang tahu bahawa 
" kalau tak tahan dengan sikap saya, then leave". 

Kita puas bila dapat meluahkan bahawa kita seorang yang berprinsip tegas. Tapi, pernahkah kita terfikir bahawa dalam kita sedang syok sendiri dengan prinsip tersebut, mungkin orang lain sedang berkata dalam hati
 " keras pedal betul minah ni" dan macam-macam lagi perkataan tidak enak.
(note: pedal adalah organ dalaman)

Betul, kadang-kadang apa yang kita sangkakan prinsip, tidak di mata orang lain. Mungkin orang lain menganggapnya sebagai kedegilan? Sedih kan? 

Tapi kalau orang menanamkan dalam hati bahawa anda adalah seorang yang bodoh sombong bagaimana? Tetapi semua itu tentulah tidak pernah disuarakan.

Bila anda sangkakan sikap keras kepala itu prinsip, walaupun anda salah.. itu bermakna anda enggan untuk berubah atau anda enggan untuk jadi flexible pada keadaan-keadaan yang memerlukan. Sebenarnya prinsip itu bagus kalau ia dapat mengawal diri anda keluar dari batasan yang sepatutnya. Sudah tentu, siapa kata tidak?Tetapi ia akan nampak bodoh jika  semua benda yang anda lakukan anda katakan based on my principles. Sebenarnya, anda cuma keras hati dan menutup kelemahan diri sendiri dengan meletakkan perkataan prinsip yang nampak macam gah dan sedap didengar. Tetapi, kerana kita adalah manusia yang subjektif sifatnya, maka teruskanlah dengan sikap anda. Tiada siapa melarang.

p/s- Bolehlah hidup di planet lain dan kendong sekali prinsip anda itu. Terima kasih.

Saturday, October 30, 2010

Drama dan filem tempatan Malaysia

I'm not into blog anymore. Jadi apa jua yang aku taipkan, aku tak consider lagi sama ada orang suka baca atau tidak.  Minggu yang sibuk sudah berlalu. Segala perasaan tidak enak seperti menarik nafas terasa tidak lepas akhirnya lenyap. Kelas terakhir aku diakhiri dengan nyanyian lagu rakyat. Aku mahu tidak mahu terpaksa nyanyi lagu ' Rasa Sayang Hey' yang telah diubah liriknya. Sungguh aku terasa seperti masuk pertandingan karaoke. Orang kata, practise make perfect. Even so, hasilnya tidak seperti yang aku bayangkan kerana pitching aku agak out la juga. Hm.

Selesai semua aktiviti, aku seperti biasa berjalan-jalan mencari stok makanan sebelum pulang ke kolej. Rancangan aku, stay dalam bilik sepanjang hari sambil menghabiskan koleksi drama kegemaran. Seronok layan drama Jepun My Boss My Hero (Jepun) dan Cinderella Man versi Korea. Walaupun banyak yang tak logik, tapi banyak benda yang boleh dipertimbangkan, banyak mesej yang disampaikan walau hanya dengan mimik wajah. Aku teringat banyak statement orang kita yang melecehkan drama dan filem Melayu :

-stereotaip
- bahasa tak ikut bahasa logik kita bercakap di luar.
- kalau cerita yang banyak mesej macam Sepet, Rabun dan blablabla tak menarik dan tak dapat sambutan pulak.
- menggalakkan lagi budaya tak senonoh. Contoh drama Evolusi KL drift, drama bohsia, drama blablaba, mesej seperti " JANGAN JADI MAT REMPIT" atau " JANGAN JADI SEPERTI DALAM FILEM INI" tak sampai kepada penonton. Hanya dalam 15 minit terakhir barulah  nampak bahana bahawa tidak eloknya menjadi mat rempit, tidak elok menjadi tak senonoh, tak seronok sebenarnya hidup memberontak ni. Kalau cerita tu 2 jam, 100 minit pertama, penonton hanya melihat enjoynya hidup tanpa batasan ni, ada style la dan macam-macam. Sebab tu kalau pergi panggung, kadang-kadang nampaklah sekumpulan budak berbaju hitam berjaket ala kulit dengan mata bercelak tengah beratur untuk beli tiket. Kononnya untuk support cerita begini.Ces, ingat orang kisah? Nampak low life adalah.

-Kesalahan pengarah, tak menekankan mesej yang ingin disampaikan sebaliknya sibuk fikir outfit apa yang paling sesuai, bahasa kena ganas dan nampak melampau lagi sampai nampak dibuat-buat, konflik sampingan direka membuta tuli supaya babak bergaduh boleh dimasukkan. Pendek kata, semuanya teruk.

Satu yang aku perasan mengenai drama Melayu, kalau nak buat cerita tu, yang wataknya mesti diisi oleh Wan Maimunah dan Fauziah Nawi, mestilah cerita sedih. Watak yang hidup malang dan tak berusaha, yang akhirnya mati apabila anak derhaka, yang mati di rumah papan dan tak ada perabot, 

Kenapa tak buat watak yang berusaha bersungguh-sungguh, yang bersemangat tinggi macam yang sering kita lihat dalam drama Jepun dan Korea?

Kenapa tak buat movie seperti Children of Heaven (filem Iran kot) yang memang menyentuh hati dan penuh mesej tersirat? Cerita-cerita sebegini tak memerlukan modal yang banyak pun, jalan cerita yang paling penting. Tapi industri kita seolah-olah kekeringan idea, tak tahu untuk menggunakan modal wang sebaiknya untuk menghasilkan cerita yang menarik.

Lagi kelebihan cerita luar (kecuali Indonesia), terutamanya Jepun dan Korea, banyak mengajar erti persahabatan, kasih sayang, kesungguhan, semangat dan kerjasama. Memang cerita utamanya tentang cinta, tetapi di sebalik kisah cinta tersebut , budaya seperti berusaha bersungguh-sungguh dan falsafah-falsafah bermakna tetap diselitkan, pendek katanya mengajar penonton supaya jangan berhenti berusaha walaupun hidup tidak se"bright" mana. Drama kita pula, asyik pasrah je bila hidup malang, kalau kisah janda-asyik kena fitnah, kisah orang kampung-asyik kedai kopi, asyik kisah lebai yang halau hantu, kisah kena rogol, kisah nasi kangkang, paling tak tahan kisah polis yang confirm masuk syurga. Kalau ya pun nak buat cerita berkisar kehidupan kampung, kenapa tak tunjukkan budaya masyarakat Melayu kampung yang masih tolong-menolong atau yang dengan ikhlas hati melawat orang sakit?

Kalau scary movie omputeh pula, walaupun ceritanya ganas dan kadang-kadang  banyak adegan cencored yang tak dijangkakan, tapi kita rasa tak rugi menontonnya. Kenapa? Satu trend dalam cerita thriller omputeh, ada beberapa jenis orang yang akan mati dulu. Pertama, kekasih yang curang, kedua yang mulut dan perangai jahat, ketiga yang minum arak dan terakhir orang yang pentingkan diri sendiri. Manakala yang survive pula selalunya yang berani, yang setiakawan dan rasional. Tengok, kan dah banyak pengajaran kita dapat di situ. Jadi, rasa berbaloi la kalau tengok pun. Hinggakan cerita Predator pun bawa banyak mesej. Hari tu waktu layan cerita Predator, aku kagum sendiri. Ada ke Predator tak bunuh seorang perempuan tu sebab bila dia scan badan perempuan tu waktu nak bunuh, tengok-tengok perempuan tu pregnant. So, dia terus tinggalkan. Rupanya Predator lebih berperikemanusiaan.

Cerita kita? Mestilah kisah budak kolej yang mekap tebal, mestilah kisah hantu yang asyik histeria atau kisah remaja delinquent yang stylo mylo. Kan itu modal untuk menarik remaja di kampung agar menontonnya? Tapi, walaupun begitu, ada juga drama yang berkualiti. Banyak-banyak stesen, stesen TV2 pernahlah juga menayangkan drama Melayu yang menarik, tolak cerita polis skemalah kan. Contohnya ada banyak tapi kenapa satu pun aku tak ingat. Heh. 

Ada orang pernah berkata ( tak ingat siapa yang berkata), sampai bila bangsa kita nak berjaya kalau kita suka menjatuhkan bangsa kita sendiri. Aku akui itu, tapi tahukah anda, walaupun kita tak kutuk bangsa sendiri, sememangnya bangsa kita ni dah banyak dikutuk di belakang. Tak percaya? Aku di sini dah beberapa kali dengar daripada mulut non-malay, contoh : " Melayu.. memanglah.." atau " perempuan Melayu basuh bajunya juga mahu dobi-dobi. Saya selimut juga basuh sendiri" .

Susah untuk menjadi Melayu yang tidak tipikal, kerana yang outstanding biasanya dikutuk oleh bangsa sendiri, dan orang yang hidupnya happy-happy, enjoy kemudaan usia dengan kawan-kawan berakhir menjadi orang biasa sahaja.

Akhir sekali, inilah entri terakhir aku yang menyentuh tentang bangsa. Aku akan berhenti mengutuk bangsa aku sendiri, dan menjadi seorang yang kritis. Sekian.

Monday, October 25, 2010

Diari Minah UPSI 2

Minggu ke- 14 adalah minggu yang student langsung tidak boleh tahan sabar apabila tugasan yang sudah hendak dihantar diarahkan untuk diperbaiki semula. 


Tambah-tambah lagi apabila  kriteria-kriteria yang perlu ada dalam sesebuah tugasan itu baharu saja diberitahu pada hari ini. 


Maka, aku pun tersenyum tabah sambil memandang Dr itu rapat-rapat dan berharap supaya dia faham maksud di sebalik renunganku itu. 


Tapi, aktiviti merenung itu berakhir apabila beliau dengan gantengnya menyoal aku mengenai teori Cone Dale yang aku  cuma ingat nama dan bentuk konnya sahaja.


Melangkah ke atas bas, tiba-tiba  lagu La Bamba  terngiang-ngiang di kelapa. Sampai aku dah masuk bilik dan tunggu giliran untuk mandi pun, lagu tu masih berulang-ulang di kepala aku. Mungkin lagu ini paling sesuai untuk menggambarkan rasa ingin memberontak terhadap lecturer ituh. 


Jadi, marilah bersama-sama menyanyikan lagu ini untuk memberikan semangat kepada rakan bloggermu yang mesra ini.


La Bamba- Valens Richie

Richie Valens - La Bamba .mp3
Found at bee mp3 search engine

LA BAMBA LYRIC!

Para bailar la bamba (2x)
( in order to dance the Bamba) 2x
Senecessita
( it is necessary)
Una poca de gracia
(to have a little ability)
Una poca de gracia, pra mi pra ti yay
( to have a little ability, for me and you)
Yarriba yarriba
( faster and faster)

Yarriba Yarriba 
(Faster and faster)
por ti seré
(I'll be for you)
Por ti seré
(I'll be for you)
Por ti seré
(I'll be for you)

Yo no soy marinero
(I am not a sailor)
Yo no soy marinero
( I am not a sailor)
Soy capitan
( I'm a captain)
Soy capitan, soy capitan
( I'm a captain, I am a captain)

Bamba, bamba
Bamba, bamba
Bamba, bamba
Bam



Banyak betul perkara yang aku nak buat lepas tamat minggu 14 ni. Hei, ni bukan lirik lagu dah la. Ni monolog aku pulak! Jangan la nyanyi ikut rentak Bamba.


Semalam aku langsung tidak tidur hingga ke cerah. 


Aku terus bekerja dan sesekali, luar tingkap aku kerling untuk memastikan agar tiada peneman asing. Tanpa aku sedar, luar tingkap yang gelap sudah berubah menjadi biru. 


Oh, rupanya sudah pagi. Kemudian membuka tingkap untuk membiarkan rezeki masuk, angin sejuk pun menyerbu ke wajah (ecece). 



Jauh di sudut hati, aku berharap sangat semoga rancanganku untuk bersenang lenang di hujung minggu sambil kaki kiri bersilang di atas kaki kanan, sebelah tangan menekan buku kegemaranku di atas meja dan sebelah tangan lagi mencelup keropok lekor yang tiada MSG ke dalam mangkuk kecil yang diisi dengan sos cair. 


Sedang tangan aku tergagau-gagau mencari mangkuk itu kerana mata yang kekal melotot di buku, muzik-muzik instrumental pula tenang membuai perasaan. 


Angin sepoi-sepoi kicap menyapa di sebalik jendela, lalu aku tertidur dan berdengkur ibarat kerbau tua. 


Itu perancangan. Tapi hakikatnya sekarang ini adalah minggu yang sepatutnya tidak sempat berfikir untuk berfoya-foya hatta di blog sekali pun. 


Sepatutnya aku perlu terbongkang barang sejam dua supaya aku tidak menjadi alien, tapi apa kan daya, hati aku tidak senang langsung hingga kan mata tiba-tiba menjadi keras dan panas. 


Impian untuk tidur selepas maghrib juga musnah kerana adanya kelas ganti. 


Aku sangat gembira. T_T


Waktu aku jumpa gambar ni di Google, aku ada terfikir, kalau aku tiru dan masuk kelas, duduk belakang sekali, agak-agak lecturer aku sedar tak?



 P/S- Aku nak bawak bantal kot malam ni.

Tuesday, October 19, 2010

Jalan Berliku, Onak Berduri, Ranjau Sepanjang Jalan

Jika kehidupan ini adalah seperti satu landasan keretapi yang panjang, aku rasa aku sudah tergelincir dari landasannya. 

("--)

People change, so do I. 




P/S- Some people come into our lives and quickly go.  Some stay for a while, leave footprints on our hearts, and we are never, ever the same.

Saturday, October 16, 2010

Istiadat Konvokesyen UPSI 2010 Sidang Kedua (sebagai pemerhati bebas)

Cara untuk nampak struggle sewaktu belajar ialah dengan makan mee murah cap ayam sambil pasang cerita Korea yang sama-sama tengah makan mee. Barulah nampak ada peneman dikala kesusahan. Segala nota, buku kecil dan buku besar wajib ada di bawah mangkuk mee supaya student life nampak real. Kali ini tak mahu aku cakap banyak, mood study juga tengah merudum ke lembah hina, mulut baik diam supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang tidak bermakna. 

Tapi as an intro, hari Khamis dan Jumaat baru-baru ni, aku terlibat dengan sidang konvokesyen UPSI kali ke-12. Seperti Girl in Black bersama rakan sepasukan yang setia mengekor dari belakang, aku curi-curi snap aje gambar insan-insan berkombo ituh.

(Untuk goyang-goyang kepala, klik Play)

Alexa - Jangan Kau Lepas .mp3
Found at bee mp3 search engine


Bewloonn..oh bewlooon

Ingin aku terbang ke angkasa dengan belon ini tapi risau kelaparan pula di sana : P
=
=
=
Arggh.. ada kejelesan bermaharajalela dalam hati aku sekarang.
=
=
=




Entah gambar siapa-siapa aku join je tangkap. Diorang pun, senyuumm. Ni silap-silap kalau  petir menyambar tapi super senior ni senyum jugak, mati dalam senyuman la namanya.
=
=
=
=
Tudia aih, berkabung ke hapa ni.. gelap belaka

lagi..

Silap edit sampai jadi kuning.
Ni kenapa gambar nampak pendek je ni? Ha.. aku pun naik heran juga waktu minta tolong budak tu snapkan. Tinggi je dia pegang kamera.   Sempat aku tanya, oi budak, tinggi kau berapa hah? Dia jawab, 182. Gulp. Senyap.. terus aku rasa rendah diri tetiba. 
=
=
=
Men in Black 

Apa kes semua serba hitam ni?

Yang sebenarnya, aku  join Kelab Koir untuk menghabiskan kredit terakhir aku untuk subjek ko-kurikulum. Gelap-gelap ni semua ahli koir la sebenarnya. Ceh, ingatkan ada tugas penting apa tadi. Ingatkan kena iring Sultan ke.. Dah. Dah. Hentikan imaginasi yang bukan-bukan itu. Dua hari berturut-turut asyik berkoir je aku. Sakit tekak pun ya jugak. Pagi petang. Nasib baik orkestra yang mengiringi kami waktu tu, perghh.. memang superb. Rasa nak bergoyang je kaki ni.

Tattaraa.. vokal mantap. Semua boleh jadi penyanyi solo ni. Ekeke
=
=
=
=

1/3 daripada jumlah sebenar. 

Bukan apa, aku malu juga nak terkedek-kedek depan tu hanya untuk gambar. Habis pada hari kedua tu, aku terus tak buang masa. 
Blah. 
Nak cari air ais pulak. Jumpa pulak kanak-kanak riang tengah berebut es krim (sebutan Indonesia).



Jalan lagi dan terus jalan. Jumpa pulak budak tengah merajuk. Masam je mukanya. Masam sungguhh.
Hak tui.

Yang mana ye? Yang mana cuba teka? 

Aku pun dek kepenatan, tapi tak naklah tunjuk kan, tambah-tambah dah jumpa kawan pulak kat luar kampus.. apa lagi, membalun la makan dekat Restoran Esma'el dekat-dekat tu. Tapi tak habis.

Balik..



Menapak dalam bas pulak. Pak cik bas dah pesan, jangan makan aiskrim dalam bas.. 
Jangan. Jangan. Jangan.

Tapi ada jugak... Comel je muncungnya.


Mood aku sekarang, tak sabar nak berkonvo jugak. Lambat lagi, 1 1/2 tahun lagi. Banyak ragam manusia nak kena hadap. Manusia pun kena hadap ragam aku jugak. Belajar ni kadang-kadang aku rasa susah, kadang-kadang aku rasa senang. Tapi menghadap assignment adalah lebih senang daripada menghadap ragam manusia. Assignment individu aku pun baru cecah 5 pages. Ada lagi 15 pages to go. Jauhnya... Tulun.. Tulun.. Tulun...

P/S- Nak bersiap untuk ke pesta konvo pulak. (^_^)