Mei 2013

This world doesn't makes any sense anymore~




Tuesday, November 23, 2010

Kita yang selalu diingatkan

Adoi. Susahnya hati. Susah-susah hati. Aku merungut dengan perasaan yang berat, lalu kakak sambil menyikat rambutnya berkata lambat-lambat, 

" Ikutkan hati mati, ikut rasa binasa.." 

Kemudian dia melempar sikat itu ke hujung katil seraya bertanya, 

" adik, kau ada sikat tak?

Aku menggeleng lemah, selemah perasaanku yang enggan berfikir apa-apa. Sebetulnya, aku memang tidak suka bersikat, sebab rambutku memang sudah mencapai skala 10 kalau ikut piawaian pakar Sunsilk, atau dengan kata lainnya, lurut dengan jari pun bolehh..

Kembali kepada topik asal, sebenarnya masalahnya mungkin tidak berat, tambah pula kalau orang yang mendengarnya mempunyai pandangan yang berbeza dengan aku. Ya, cuma aku tidak dapat tinggal di kolej untuk semester hadapan. Itu sahaja. Tapi aku suka tinggal di kolej. Walaupun orang kata tinggal di kolej tidak bebas keluar masuk, tidak boleh memasak, tidak berdikari dan sebagainya, tapi nak buat macam mana, dah aku suka. Jadi, patutlah aku sedih bila tak dapat tinggal di kolej. 

Paling membuatkan aku tidak boleh terima, sebenarnya permohonan aku SUDAH BERJAYA kira-kira sebulan yang lalu, tapi hari ini tiba-tiba aku mendapat mesej dari seorang kawan berkata aku tidak dapat kolej. Ada pemilihan sekali lagi. 

Woi, ha***j**** betoi. 

Apa ni? Apa kes tapis orang sampai dua kali? Sekejap berjaya, sekejap tidak. Janganlah buat orang menyumpah. Geram ni. Geram ni.

Nak kata aktif, memang aku tidak aktif kolej untuk sem ini, tapi sem lepas aku aktif apa? Aku jaga kiosk burger, aku masuk nasyid (siap bertanding lagi), program pun aku turun. Nak beritahu yang aku memang banyak stickerlah. Buat yang tidak tahu, sticker tu nanti digunakan untuk menilai sama ada seseorang penghuni tu aktif di kolej atau tidak. Kalau banyak sticker, aktiflah kononnya. Begitu juga sebaliknya. Sticker tu pula lekat elok-elok dalam buku aktiviti kolej.

Sepanjang pengetahuan aku, pemilihan untuk tinggal di kolej dinilai untuk satu penggal. Maksudnya, keaktifan dinilai mengikut tahun, bukan enam bulan sekali. Sebab ia dikira ikut tahun, jadi aku ni dalam kategori aktiflah sepatutnya, dan juga layak tinggal di kolej.

Sem 4 aku aktif, cuma sem 5 tak aktif. Sem 4 dan 5 pula berada dalam tahun 2010. Jadi, aku aktiflah. Aku aktiff. Boleh nampak tak betapa aku nak tinggal di kolej? Kenapa mereka buat macam ni? Padahal orang yang ada banyak-banyak sticker tu belum tentu 'halal' stickernya. 

Tiba waktu makan malam tadi, disebabkan aku susah hati, maka kakak-kakak memberi kelonggaran untuk menenangkan diri di dalam bilik sedangkan mereka semua sibuk menghidangkan makanan (satu alasan untuk bermalas juga sebenarnya). Aku ingatkan tak nak makan, tapi hidung aku terbau pula aroma telur dadar yang wangi semacam, ditambah dengan ikan sweet sour yang memang aku gemar, haih..lemah betul. Nak makan rasa kecewa, tak makan rasa rugi. Sudahnya, memang aku makan pun. Tapi, dengan perasaan mendongkol.

Kemudian, mood aku yang sememangnya 'langit cerah' itu diburukkan lagi dengan kelakar  anak buah yang menjatuhkan air muka aku, ibu saudaranya ini. Ada kawan abang ipar tiba-tiba berkunjung ke rumah dengan keluarga, jadi aku pun selepas bersalam-salaman, terus menyusup masuk dalam biliklah. Malu la katakan. 

Pada waktu inilah datang anak buah aku, Amanina namanya dengan kedua-dua tangan ada keropok goreng. Aku pun nak rampas la keropok tu, Amanina tu 2 tahun umurnya, tapi tiba-tiba juga anak buah aku yang umur 5 tahun melarang, 

" Jangan, mari Hakim ambilkan yang baru!".

Balas aku pula " Tak apa, yang ini pun okey," 

" Tapi yang tu kotor sebab Amanina dah gigit," 

Kata Hakim dengan matanya dibulatkan menandakan kesungguhannya untuk mengambil keropok baru untuk aku, mak Usunya yang ingin dikahwini bila dia besar nanti. Aku pun terfikir, betul jugak.. lalu mengangguk.

Tapi keropok tu digoreng untuk tetamu yang datang, mestilah tak sopan kalau anak buah aku ambil di hadapan mereka. Fikir aku. Tapi Hakim sudah semangat habis nak ambilkan aku keropok, jadi aku pun pesan " Hakim nak ambil kat depan ke? Ambil sopan-sopan. Tunduk waktu ambil tu. Sekeping cukup." Dalam hati aku fikir, alah..budak-budak. Mereka tak ambil pusing kot.

Hakim 
Hakim pun laju berlari-lari anak ke ruang tamu. Aku memasang telinga. Terdengar kakak aku melarang Hakim. Ini untuk tetamu. Katanya. Sebagai tetamu pula, mestilah mereka berkata ambiklah. ambiklah. Sambil tersenyum melihat gelagat kanak-kanak. Malangnya Hakim berkata dengan kuat " Tapi Maksu nak. Maksu suruh ambil."

Adoi. Hancur. Sudahlah ada lelaki. Aku mengamuk dalam hati. Mujurlah kakak aku tolong cover. Katanya, itu mesti Hakim sengaja buat alasan sebab nakkan keropok. Hahaha. Kasihan budak-budak. Nanti tunggu kau besar pasti aku ceritakan semula.

Ok, aku dah tak ada benda nak cerita. Tapi harapnya aku dapat buat rayuan untuk tinggal di kolej semula. Kalau dapat pun, pasti tak boleh stay dengan kawan-kawan. Pasti dapat tingkat 4 ataupun tingkat 5. Pasti letih punya. Haih, sakit hati betul. Waktu-waktu begini, ayat yang paling sesuai tentulah check balik draft telefon bimbit yang aku simpan baik-baik. Ayatnya berbunyi begini :

Bila Allah cepat memakbulkan doamu,
 maka Dia menyayangimu.
Bila Dia lambat memakbulkan doamu, 
maka Dia ingin mengujimu.
Bila Dia tidak memakbulkan doamu, 
maka Dia merancang sesuatu yang lebih baik buatmu.
Oleh itu, bersangka baiklah dalam apa jua keadaan, 
kerana kasih sayang Allah itu mendahului kemurkaanNya.

P/S- Apa agaknya rancangan Tuhan untuk aku?

4 comments:

beautiful_rose said...

Bila Allah cepat memakbulkan doamu,
"maka Dia menyayangimu.
Bila Dia lambat memakbulkan doamu,
maka Dia ingin mengujimu.
Bila Dia tidak memakbulkan doamu,
maka Dia merancang sesuatu yang lebih baik buatmu.
Oleh itu, bersangka baiklah dalam apa jua keadaan,
kerana kasih sayang Allah itu mendahului kemurkaanNya."

like!
mungkin dah tiba masanya untuk ko keluar dan cuba cari pengalaman utk tinggal di luar kolej.tapi masa aku belajar dulu,aku lebih suka tinggal di luar berbanding di kolej.dok kat kolej buat aku rasa tertekan dan penat.
apa2 pun semua ikut selesa masing2 kan... =)

good luck utk exam!
wat yang terbaik...ada rezeki nanti kita jumpa okay.dah2 jgn susah2 hati lagi nanti ganggu exam ko lak.

Bungakopi said...

beautiful rose,
huhu. thanks. :)tharu atas nasihat.

Anonymous said...

I've to admit that i typically get bored to read the whole thing but i believe you'll be able to add some value. Bravo !

.: Si BungaKopi : . said...

thanks anon for the compliment. hikhik. i take the good site.