Mei 2013

This world doesn't makes any sense anymore~




Thursday, September 30, 2010

Ubat kecewa

Macam tak percaya aku tengok ni. Sampai naik keliru pulak. Lelaki ke perempuan ni? Tapi dari gayanya memang aku mati-mati ingat lelaki. Tapi tengok kening dan kulit muka macam perempuan. Kesudahannya aku tahu juga jantina dia. Kamu rasa bagaimana? Apa yang pasti, beliau memang kelakar habislah.



P/S- Aku baca banyak komen tentang beliau. Salahkah nak buat begini? Aku rasa-rasa la kan, maybe dia ni baru frust putus cinta kot, so sebab geram dengan ex-bf, dia lepaskan dengan cara begini. Mungkin tak??

Monday, September 27, 2010

Tragedi Cinta IV : Memoirs of Ex-Soulmate

Si perempuannya : Awak..

Lelaki pulak : Hmm..?

Perempuan lagik : Kenapa awak suka saya?

Si lelaki terhenti membaca surat khabar Utusan Melayu (tulisan jawi tuh), spec tebal berbingkai hijau dibetulkan sebelum memandang gadisnya.

Lelaki : Perempuan suke tanya soalan ni eh..

Perempuannya memintal  hujung tudung.

Perempuan : Nak jawab ke tak..

Lelaki : Penting ke untuk tahu?

Perempuan mengangguk-ngangguk persis burung belatuk. Tok. Tok. Tok! Ketuknya pada pokok.

Mata si perempuan dipandang. Berfikir agak lama sebelum menjawab (baru nak reka jawapan sebenarnya)

Lelaki : Saya suka awak sebab...

( nah, dengar dulu lagunye!)



Udit Narayan Lata Mangeshkar - Tum Kya Mile Jaane Jaan .mp3
Found at bee mp3 search engine


Perempuan : Sebab apa?

Lelaki kelihatannya sedang berfikir sambil memandang wajah aweknya. 

Lelaki : Sebab awak bijak..

Perempuan menunggu kata-kata seterusnya, tetapi lelaki buat bodoh je sambung baca surat khabar.

Perempuan : Itu je?? 

Tekan si perempuan tak puas hati.
Lelaki mengangkat mukanya balik. Kes Sosilawati yang dibaca tergendala sebentar.

Lelaki : Sebab awak lemah lembut.. (kot..)
Sambung baca paper balik.

Perempuan tersenyum, tetapi dalam hati je la. Mana boleh tunjuk sikap makan puji depan-depan..
Perempuan tunduk sebentar melihat kaki di bawah meja. Muka diangkat semula lebih kurang seminit setengah kemudian.

Perempuan : Lagi awak..?

Si lelaki mengangkat muka yang hampir terbenam ke dalam surat khabar. Kemudian, dengan nafas yang panjang, si lelaki membuka mulut.

Saya suka..sebab awak kuat kenceng saya. 
Saya suka..sebab awak suka merajuk. 
Suka suruh saya layan awaaakkk je walaupun waktu tu saya sibuk. 
Saya sukaaa awak sebab awak suka jeles perempuan lain yang mesej saya padahal diorang tu coursemate saya. 
Lagi..awak suka buat profile FB baru kemudian letak pic perempuan cun untuk uji iman saya.. Tapi kalau saya buat begitu awak marah?

Perempuan : Lah... takkan sebab keburukan kot?
Muka cemberut dan muncung boleh diikat reben pink.

Lelaki : Mestilah sebab kebaikan!
Tekan lelaki. Surat khabar hanya dipegang, tidak lagi ditatap. Tumpuannya beralih ke wajah si awek yang sedang  ingin membuka mulut.

Perempuan : Apa kebaikan saya?

Lelaki : Tak payahlah nak tahu semuanya..nanti sikap awak jadi tak natural lagi kalau saya beritahu

Perempuan : Ala..

Lelakinya mula buat tak layan. Ngada-ngada gak awek aku ni. fikirnya. Si perempuan dengan hujung jarinya mengusik surat khabar yang dipegang oleh lelaki. 

Lelaki : Apa lagi ni?

Perempuan : Penting untuk saya tahu..
Desaknya.

Lelaki  : Untuk apa?

Perempuan : Supaya saya dapat menjadi lebih baik laa..

Lelaki : Tak perlu. Apa sikap awak sekarang, saya terima semuanya, boleh begitu sweet pee?

Sweet pee?? Perempuannya mula hendak marah. Lelaki ini waktu marah suka memanggilnya dengan gelaran sweet pee. Baru sahaja hendak membantah, tiba-tiba..

Lelaki mamak : Ayo acii..cepatla kasi order.. bincang ini kasih sayang lepas makan la. Saya ada banyak kirija mau buat. .

Mereka berdua menoleh. Eh, dah lama rupanya aci ni tunggu order..


**************************
Gambar hiasan la kot




P/S- teka-teki karut tuh sambung pasni jelah. hehe

Saturday, September 25, 2010

Tragedi Cinta III

Sebelum aku memberi jawapan kepada teka-teki aku sebelum ni (yela sangat), tiba-tiba mood aku on pulak untuk menyambung cerita tragedi cinta tuh. Jadi, hadaplah yer (err, sampai mana ye aku cerita hari tu?).

**************

" Masuklah Salmie. Erm, tak sampai lagi. Salmie boleh ke bilik dia kalau mahu. Ada mama asingkan sesuatu untuk kamu," Kakak Mohamad kelihatannya tidak sampai hati untuk menyebut adiknya sebagai jenazah. Akhirnya dia melucutkan perkataan 'jenazah' sehingga menjadikan ayat seolah-olah kehilangan punca. Salmie mengangguk. Selipar tinggi versi moden dilucutkan dari kaki.

" Ada apa mak cik suruh saya masuk bilik Mohamad, kak?"

Tapi belum sempat si kakak menjawab, kakinya lebih dulu melangkah ke bilik Mohamad. Maklumlah, dah biasa. Di dalam bilik, kelihatan mak cik sedang melipat baju Mohamad. Salmie melangkah masuk dan duduk di hujung katil iaitu di sebelah mak cik. Tangan mak cik dipegang dan digenggam. Mak cik mengangkat muka dan wajah mereka bertentangan. Kedua-duanya bermata merah dan sendu.

" Salmie tolong lipatkan semua ni. Mak cik nak uruskan kerja di luar pula. Boleh tak?"

Salmie pantas mengangguk.

" Hadiah-hadiah yang kamu bagi, kamu ambillah balik. Mak cik tak sampai hati nak buang atau beri kepada orang. Juga, kamu ambillah barang-barang dia yang kamu suka ya.." Mak cik berkata sambil melurut kepala Salmie. Salmie hanya mengetap bibir. Mak cik kemudiannya bergerak untuk keluar tetapi berpusing semula di muka pintu.

 " Ada jersey bola nak diberi kepada kamu katanya. Ada dalam timbunan bajunya tu. Ada dua saiz. Yang kecil tu saiz kamu," sambung mak cik sebelum beredar.

Salmie memandang timbunan baju Mohamad yang perlu dilipat untuk disedekahkan kepada orang. Kemudian, dia mengkucar-kacirkan baju-baju yang belum berlipat tersebut demi mencari jersey bola yang dikatakan. Akhirnya, sepasang baju berwarna merah berada dalam genggaman tangannya. Jersey bernombor sepuluh. Dipeluknya baju itu ke dada. Kenangan dua minggu lalu terimbas di kepala.

Udit, Alka - MERA MAAN KYUN TUMHE CHAHE .mp3
Found at bee mp3 search engine

(tiba-tiba aku pandai letak lagu)

Sebuah kereta Wira biru di tepi jalan membunyikan honnya. Salmie yang sedang mengelamun di tangga rumah hampir terlompat kerana terkejut. Lalu, dengan perasaan mendongkol kereta Wira itu dihampirinya.

" Baguss.. datang awal nampak?" Perli Salmie di luar tingkap kereta. Mohamad keluar kemudian dengan terhormatnya membukakan pintu kereta untuk si gadis. Taktik memujuk nombor satu. Salmie masuk dengan wajah cemberut.

" Bo bo la perli saya, komitmen banyak etek. Bukan awak sorang je awek saya."
(sudah-sudahla perli saya)

" Saya rasa saya tak silap dengar?" Soal Salmie dengan mata membulat. Beg Coach yang dihempaskan ke atas dashboard diambil semula. Kaki ingin melangkah keluar tetapi ditahan oleh Mohamad yang sedang ketawa kecil.

" Baranlah awak ni.. saya gurau jah. Masuk semula," perintahnya lembut. Sambil membebel cukup perlahan sehingga berdecit-decit bunyinya, Salmie akur dan pura-pura tertidur.

Kereta bergerak keluar dari perkarangan rumah Salmie itu. 

" Hari ni pergi wakaf Che Yeh ye?" Tanya Mohamad sambil membelokkan kereta keluar dari simpang kecil. Diam. Mata terpejam kelihatan berkedip-kedip.

" Waah..tak sabarnya nak pergi BBQ. Banyak bawa baju ke? Malam ni kita tak balik tau..?
Diam lagi.

" Erm, chalet tak cukup. Jadi, sesetengah pasangan terpaksa tidur dalam khemahlah Sanjay kata..."

Sambung Mohamad lagi sambil melepaskan keluhan. 
Khemah? Pasangan? Wth... 
Spontan mata sepet di sebelah terbuka luas.

" Apesal pulak kena tidur dalam khemah ni? Ingat g camping ke? Lagi...ingat kita ni apa nak tidur berdua-duaan pulak dalam khemah? Kawan-kawan awak tu tak faham ke sensitiviti kita ni sebagai orang Islam hah?" Marah Salmie dengan wajah kerepot tiga. 

Melihat respon Salmie, terus Mohamad ketawa besar. Salmie yang terkebil-kebil pada mulanya mula faham taktik Mohamad. Mula-mula ingin marah, tetapi akhirnya dia hampir tersedak kerana menahan tawa.

" Yelah, ketawalah.. Awak datang tak pernahnya sharp on time. Mana saya tak marah.." Bebel Salmie tapi bukan lagi dengan nada marah. Mohamad menggeleng.

" Bukan, awak yang kena buang sikap baran awak tu. Nasiblah ada saya ni untuk awak, nak harapkan lelaki lain, mesti tak berani nak dekat punya. Yelah, baru je pandang awak dah tengking. Apa tengok-tengok??" Ajuk Mohamad sambil membuat suara halus. Siap dengan gaya lagi. Salmie ketawa walaupun sakit hati.

" Ada baju saya belikan untuk awak. Cuba tengok seat belakang," 

" Iye??" tanya Salmie teruja. Kemudian tanpa membuang seatbelt, bungkusan plastik di belakang terpaksa dicapai dengan terkial-kial. Sekali lagi Mohamad ketawa.

" Ni baju apa ni? Ni spentot awak ni??" Bungkusan tersebut diikat semula kemudian dilemparkan ke arah Mohamad. Mohamad terpinga-pinga.

 "Eh, ada la....spentot tu pun ade juga, tapi plastiknya lain-lain.." Beritahu Mohamad. Sebelah tangannya cuba membuka bungkusan plastik yang jatuh di ribanya. Terbuka.

 " Ye, memang spentot. Kat belakang tak ada lagi?" Tanya Mohamad.

" Mana ada!" Marah Salmie lagi. Badannya dipusingkan ke arah tingkap.

" Ehem, tak boleh biar ni. Bayar lima ringgit sebab tengok spentot saya."

Bibir Salmie bergerak-gerak kerana menahan tawa dan mulutnya ingin membantah tetapi ditahan kerana ingin jual mahal lagi.

" Adalah bajunya tu..minggu depan saya bawa k. Senyum sikit, sayang," usik Mohamad sambil memandang Salmie di sebelahnya.

" Pandang depan tu, kang accident kang.. tak sempat nak kawin," kata Salmie. Nadanya sudah mula bergurau.

" Kawin dengan saya ke?"

" Taklah, dengan kambing gurun,"

" Er? Mana awak berkenalan?" tanya Mohamad memprovok.
Tiba-tiba satu cubitan kecil singgah di pahanya.

" Tadi kata nak kawin dengan kambing gurun.." Perli Mohamad. 

" Nak tahu tak?" Soal Salmie tiba-tiba dengan nada suspen. Melihat Mohamad yang memandangnya, dia menyambung ayat.

" Sebenarnya, awaklah kambing gurun tu,"

" Owh ye ke...nanti nak makan kat mana ni?" Tanya Mohamad tiba-tiba.

" Kenapa awak ni, mana-mana restoran pun boleh. Jangan restoran mamak je,"

" Bukan, saya risau ni. Ada ke restoran untuk pasangan kambing?" Soalnya dengan senyuman kecil di bibir.

Salmie malas melayan. Geram juga dia dengan Mohamad ni. Langsung tak boleh menang. Matanya memandang ke depan. Rasa-rasanya ini bukan jalan ke wakaf che yeh..bisik hati Salmie.

" Awak nak ke mana ni?" Tanya Salmie hairan.

" Wakaf Che Yeh lah.. kan nak tengok baju?"

" Eeei... ini silap jalan ni. Awak nieee.."

Bersambung..

(cerita ni ok tak? Kalau tak ok aku malas nak sambung dah) Ceh, bajet merajuk

Wednesday, September 22, 2010

Gadis UPSI 1

Bayangkan anda sedang takutkan seseorang dan anda pula telah melakukan sesuatu yang menjadi kepantangan orang tersebut, apa agaknya tindakan anda?

Pagi-pagi buta tadi,  selepas aku habis menonton cerita woman with a turban bersama rumet aku, hati aku berkobar-kobar dan menjadi feminisme sekali. Oleh itu, aku telah bermimpikan cerita tersebut sehingga terlewat untuk ke kelas.

Sewaktu aku kelam kabut bersiap, hati aku merancang-rancang alasan untuk aku bentangkan kepada beliau di kelasnya nanti. Beliau ni, aku describekan sebagai seorang yang sangat tidak pernah dijumpa sebelum ini. Percayalah cakap aku. Kamu takkan jumpa punya lelaki macam lecturer aku nih. Tak payahlah aku terangkan di sini. Bimbang spy beliau tengah skodeng blog aku ke, kang tak pasal-pasal je.

Situasi 1

Aku melangkah masuk ke dalam makmal dengan perlahan-lahan dengan harapan tidak dilihat oleh beliau, malangnya..

"Hey yuuu!! Hey! girl over there! WHY are youuu late?!" (dengan suara yang amat-amat tinggi)

" I'm sorry sir, I took the wrong bus." (cuba buat muka slumber. Sebab kalau buat muka bersalah, lagi sioklah dia nak kerjakan aku)

Beliau terkebil-kebil, kemudian dengan gaya  isyarat tangan yang melecehkan, menyuruh aku duduk.

Situasi 2

Aku mengendap dulu melalui cermin kaca gelap di luar. Oh, lega. Beliau tidak berada di depan sebaliknya sedang berjalan dari meja ke meja untuk melihat perkembangan projek yang dibuat oleh kawan-kawan aku. Ini peluang baik..bisik hati aku. Lalu, dengan perlahan-lahan aku melepaskan kasut getah di kaki dan membuka pintu dengan sehabis perlahan. Kemudian aku menyelitkan badan dengan berhati-hati dalam keadaan mencangkung dan separa merangkak. Tengah aku syok berjalan itik untuk ke meja aku dibelakang, adalah juga beberapa pasang mata yang menggeleng-geleng melihat kegeligaan otak aku itu. Kaki aku semakin lenguh, ditambah pula dengan beg tepi yang diseret bersama menyebabkan aku hilang fokus dan..

" Hoi perempuan, kau buat apa tu??!" Aku yang masih dalam keadaan mencangkung berpaling. Matanya membulat dengan wajah macam...macam...singa betina. Aku tersengih pucat.

" Bangun!!" jerkahnya lagi. Aku perlahan-lahan bangun sambil menyapu bontot. Sendi lutut terasa longgar.

***********************************

Agak-agak kamu, aku berada di situasi yang mana satu?

Monday, September 20, 2010

Ketentuan Tuhan

Mak pesan, jangan berseronok sangat, nanti di penghujung hari mesti sedih.
Hari ini, aku sakit perut lagi lepas membalun kuih raya barang seketul dua,  lalu aku cepat-cepat meminta diri dan bergegas pulang ke rumah. 

Semasa perjalanan balik, kaki aku terpelecok kerana berjalan terlalu laju dan ramai mata yang memandang tetapi aku buat muka kering sahaja. 

Waktu tu, aku rasa macam ada paku mencucuk-cucuk di kaki aku, tapi aku buat bodoh lagi sebab orang putih kata nature's calling me. 

Bila sampai rumah, barulah aku perasan, kasut raya aku dah terbongkang.

Kasut tumit aku yang pertama.
Satu-satunya yang aku rasa comel.
T_T

Adakah sesetengah orang memang ditakdirkan untuk memakai sandal leper sepanjang hidupnya?

Saturday, September 4, 2010

Miss Lonely aka Gadis Sepi


Sari berita penting. 
Hari ini langit begitu cemerlang sekali pada pandangan mata saya. 
Sambil membiarkan lagu-lagu raya berkumandang berterusan, beg berhabuk ditepuk di dinding. 
Mak ai, macam lori pasir. 

Keluar macam-macam. 
Roti meri, bedak compact, plastik gule-gule etc. 

Baju saya bulat-bulatkan dan sumbat dalam beg. 
Baju raya yang ditatang bagai minyak yang penuh berbau wangi sekali. 
Sesekali, hati terasa ragu untuk mencampurkan baju raya dalam beg serba guna itu.



Walaupun lagu raya sedang bising-bising seorang diri, tetapi itu tidak dapat membohongi hati dan perasaan saya yang sedang gundah gulana. 

Pada waktu malam, tiada lagi bunyi mercun bersipongang di gegendang telinga, tiada lagi suara orang membaca surah-surah di surau berdekatan, dan tiada lagi bunyi orang  terpekik terlolong memarahi pemuda-pemuda nakal yang bermain mercun bola dan sebagainya. 

Alah, macamlah tak tahu kan. Mereka yang lempar mercun dan mereka jugalah yang pura-pura marah.

Tapi, sekarang semuanya cukup jelas. Memang cuma saya seorang yang menghuni blok ini. 

Pada waktu malam, hanya terdengar bunyi cengkerik dan bunyi Mister Potato yang dikunyah rakus. Siangnya pula, hanya bunyi kipas tua di siling dan bunyi Mister Potato.

Daftar alasan sebab apa saya balik lewat :

Saya balik lewat sebab saya beli tiket lewat. Saya boleh je nak tukar tiket awal tapi cuma ada 1 tiket available. Saya balik dengan junior jadi tak boleh tukar tiket. T_T
Baiknya saya.

P/S- Heihei.. inilah masa untuk berserah pada takdir.

Thursday, September 2, 2010

Fahamilah Wanita

Asal nampak je komuter sampai, teruslah kami terkedek-kedek berlari-lari anak ke coach tengah, iaitu coach yang dikhaskan kepada para gadis, ibu, wati-wati dan para nenek.

Kali ini, hati rasa senang dan tenteram sebab tak perlu lagi berada di bawah mana-mana ketiak insan yang bergelar lelaki bukan muhrim (masamnya tak usah cakaplah). Itulah pengalaman WAJIBal ngunnah aku setiap kali pulang pada waktu-waktu sesak antara 5.00 petang hingga pukul 7. Sudahlah berdiri, nak bersandar di dinding pun penuh dengan lelaki, nak pegang tiang, semuanya tangan lelaki, nampaklah tangan kecil aku yang putih bersih di tengah-tengah kelompok tangan yang kasar dan berbulu (geleng kepala sebentar).

Tahukah anda apakah itu keseronokan sebenar bagi wanita? 

Hanya wanita sahaja boleh menjawabnya, iaitu apabila tiada lagi dilema dan halangan untuk mereka melakukan apa yang mereka suka.

Semuanya hanya di LADIES COACH.

Kin, Mek Kin, Aku dan Izan the cutest

Ado laie..


3..
Manusia, Ikan Buntal, Manusia, Manusia
Ada lagi yang ekstrem..


Kau ingat ni playground??

Lain halnya kalau wanita berada dalam coach 'bersama'. 

Lain macam je aku tengok
Pergerakan agak terkawal
Terus jadi sopan semula di alam nyata.
P/S- Hanya wanita faham wanita

Wednesday, September 1, 2010

Emosi gaban

Baca novel Bini Aku Tomboy ke?. 
Gelak tak ingat dunia. 
Sampai tekan-tekan perut waktu baca. 
Tepuk meja, tepuk muka kawan. Eh..

Baca novel Pergilah Air Mata, 
ada sesuatu mencucuk-cucuk dalam hati. 
Rasa macam nak tarik rambut. 
Sakit perut. 
Kurang hajar punya hero. 
Kenapa perempuan ni lemah sangat. 
Benci aku. 
Ah..gila punya jalan cerita. 
Buat aku tekanan perasaan je.

Keseronokan berada dalam ladies coach. Ngehe..