Mei 2013

This world doesn't makes any sense anymore~




Tuesday, March 30, 2010

kerana hidup ini untuk belajar

Hari ini dan semalam, adakah kita tetap insan yang sama?
atau sudah berubah? Bagaimana dengan hati?
Hati dulu dan hati sekarang. Apa bezanya?
Adakah masih di situ letaknya? Adakah masih begitu kesuciannya?


                                    credit to http://www.flickriver.com

Bagi budak mentah seperti aku, semakin hari hati semakin bertukar warna.

Aku selalu terfikir, kalau sekali kita membuat dosa, kemudian kita meminta ampun bersungguh-sungguh, adakah hati yang gelap akan jernih kembali?

Tapi kalau pun boleh diputihkan dengan membuat kerja-kerja kebaikan, sejarah yang pernah kita lakar tetap akan kekal, tetap akan diingati orang sampai bila-bila.

Malah kita sendiri tetap akan dapat mengingati sedikit sebanyak tentang perkara jahat yang dilakukan, perasaan semasa membuat sesuatu yang tidak baik, tetap kita ingat.

Bagi aku, itulah natijahnya yang kita terpaksa tanggung atas sesuatu yang telah kita buat. Walaupun kita sudah insaf, kesannya tetap ada. 

Ramai orang bertanya, mengapa aku masih malang walaupun aku sudah bertaubat. Itu semua adalah hasil yang dituai daripada dosa-dosa masa lalu. Oleh itu kawan-kawan, fikir sebelum berkata-kata.  Juga, fikir sebelum membuat sesuatu. Sekali kata-kata yang kesat keluar, pandangan orang terhadap kamu akan terus berubah.


P/S- Mulut tak perlu jadi pedas untuk menunjukkan kehebatan diri sendiri

Sunday, March 28, 2010

Siri Menggedik

Malam ini aku  mahu tidur awal dan bangun awal.

Oleh itu, tiada entri diterbitkan.
Sekian, terima kaseyy!

Ohya, aku ada edit gambar petang tadi. Layankanlah.

                                  Mak ai..kretipnya..anak sapa la yang edit ni.

                                  Mak ai..gediknya..anak sapa la ni...

P/S- Selamat tinggal donnia.

Top Blogger 2010 Award!

Aha...sekali lagi dapat award. Kali ni daripada adik kecik si Anis comel pula. Namanya Anis Hamzah. Award yang diberi kepada aku, nih dia.


Terima kasih kepada beliau. Sebenarnya aku bukanlah top pun, tetapi kalau dah ada orang ngaku gitu, apa nak buat. Terima sajerr...

  Ohya, lupa lagi. Ini perkara yang mengikut sebelum menerima award.

  • Thank & link the person that gave you the award.
  • Pass this award onto 12 bloggers you’ve recently discovered and think are fantastic!!!

Ini tugas susah ni. Biar aku fikir betul-betul. Sebenarnya award ni kalau aku bagi dekat blogger famous kadang-kadang mereka tak layan pun. So....kena bagi ke? 

Bab bagi award ni, aku setuju dengan pendapat uncle kachak, kalau nak bagi biarlah ikhlas, tak perlu passing award kepada beberapa bilangan tertentu.

Sebab nanti orang akan buat semborono. Aku terima award lak bukan apa, seronok-seronok je boleh tempek award ni kat side tepi tu.

Nampaklah juga ada orang baca blog aku.
Wakaka.

Sikit pun tidak perasan ok. Award yang lepas pula, memang aku suka baca blog mereka, bukan penat-penat je bagi.

Sekali lagi banyak membebel, oklah, aku bagi ni, aku tahu mereka yang top ni entah baca ke tidak, tapi aku buatla juga. Pemilihan ni kira pemilihan bersamalah ye, sebab mereka ni dapat banyak trafik dalam blog mereka, maksudnya top la kan? Kita-kitalah juga yang membanyakkan trafik mereka..

  1. Cik Epal
  2. AzaliahJSalleh
  3. Eldy
  4. Aizul Marcello
  5. Faisal Tehrani
  6. Fatul Akmal Ramli
  7. Hanis Zalikha
  8. Zack Zukhairi
  9. Luffy
  10. Cik Gula Gula
Ramai lagi yang top sebenarnya. Tapi penatlah aku nak senarai satu-satu. Aku tak bercadang pun untuk bagitahu mereka tentang award ni. Biar orang yang baca blog aku sajalah yang tahu. 

P/S-Tiba-tiba aku rasa segan.

Saturday, March 27, 2010

Earth Hour-refleksi la kononnya ni.

http://emo.huhiho.comSebelum aku menyambung entri kedua mengenai gadis cantik, aku ingin meluahkan rasa kecewa kerana tidak ramai orang yang prihatin dengan Earth Hour yang bermula jam 8.30 hingga 9.30 malam ini. Sejam jer. Bukan lama pun. Tolonglah, tolonglah berkesedaran sivik sikit.  Rasa kecewa aku ini kerana melihat bakal guru sendiri enggan menutup lampu walaupun mengetahui mengenai kempen ini. Kalau guru tidak prihatin, bagaimana nanti pengaruh mereka terhadap anak murid?


Dalam dunia ni, tak guna kau bergendang ke sana sini pasal agama, pasal politik yang tidak habis-habis, pasal kebaikan parti kau, pasal nasihat mengenai jangan bercouple dan macam-macam lagi kalau sumbangan sekecil itu pun tak mampu kau buat untuk kebaikan bumi kita yang tenat ni. Apa kau ingat dalam Islam hanya menyuruh menutup sana sini, bersopan, bercakap baik, solat lima waktu dan blablabla....itu sajakah? Apa kita tidak ada tanggungjawab lain?

Memang betullah pemikiran rakyat kita yang masih di takuk dunia ketiga walaupun orang kata infrastrukturnya kelas pertama. Betul juga kata seorang trainer dahulu bahawa negara maju membangunkan minda masyarakat manakala negara membangun membangunkan infrastruktur yang gah. Pasti wujud bezanya kan?

Kebetulan pula petang tadi aku mengikuti bengkel praktikum sehingga jam 5 petang. Semasa acara penyampaian cenderahati kepada Timbalan Dekan yang merasmikan penutupan majlis, beliau menegur kami semua sebagai penganjur majlis kerana cenderahati beliau yang berupa buah-buahan di dalam bakul dibalut dengan plastik. Seboleh mungkin kita minimakan apa sahaja yang dapat membantu memanjangkan usia bumi, kata beliau dalam majlis itu. Kadang-kadang kita memang kurang peka walaupun kelihatan bersungguh-sungguh menyokong kempen sebegini.


Jadi, sebelum aku menaiphabiskan entri ini, aku menyeru kepada semua, bermula malam ini, marilah kita membawa beg sendiri semasa membeli-belah, membuang sampah ke dalam tong sampah,mengamalkan kitar semula, membeli barangan yang menyokong usaha go green (misalnya la), berkongsi kereta, menaiki kenderaan awam,  tidak membazir air dan elektrik etc. Bukan apa, aku cuma takut kita tak larat nak menjawab di akhirat nanti, banyak tanggungjawab kita sebagai manusia.
http://emo.huhiho.com
P/S- Orang lain padamkan lampu, tapi ada juga manusia yang buat program waktu begini. Tapi bercakap pasal tanggungjawab manusia? Chaitt. Ohya, semua gambar dikreditkan ke Google.

Friday, March 26, 2010

DILEMA GADIS CANTIK

Kata orang, jadi orang hodoh memang susah. Tetapi, adakah jadi orang cantik senang?

KISAH ORANG CANTIK 1.


Nama saya Ruby Pom Pom. Saya jiran  Bungakopi. Saya ada seorang lelaki yang minat gila dekat saya. Budak lelaki ni dulu sekelas dengan Bungakopi waktu sekolah menengah. Ini bermaksud umur lelaki ini tua dua tahun daripada saya. Saya namakan lelaki tersebut sebagai Lee. Sebab muka dia memang ada iras-iras dengan Lee Hong Ki. Apabila Lee dapat tahu Bungakopi jiran kepada Ruby Pom Pom, maka Lee yang sebelum ini suka http://emo.huhiho.com 
dengan Bungakopi mula berbaik-baik dengan beliau. 
Tujuannya tidak lain dan tidak bukan adalah untuk mengorek cerita mengenai saya daripada Bungakopi. 


Waktu itu saya berada di Tingkatan 1 manakala Bungakopi dan Lee berada di Tingkatan Tiga. Kata Lee, dia jatuh cinta pandang pertama sejak terserempak dengan saya di library sekolah. Waktu itu saya pengawas perpustakaan. Sejak hari tersebut, dia selalu memandang saya dari jauh dan kadang kala melemparkan senyum. Sudah lumrah gadis cantik, senyuman sebiasa itu tidak mungkin diingat oleh saya kerana begitu ramai lelaki melemparkan senyum dalam masa sehari. 
http://emo.huhiho.com
Surat-surat cinta monyet yang dihantar juga tidak pernah diambil pusing oleh saya. Ini termasuk dengan surat Lee. Tetapi, dalam ramai-ramai peminat saya, saya tidak menjangka Lee begitu setia menunggu sehinggalah saya tamat belajar. Waktu itu, Lee memang baik sangat dengan saya. Disebabkan kebaikannya, saya tidak sampai hati untuk terus-terusan menolaknya. Waktu itu saya sudah mempunyai kekasih, namanya Iz. Tetapi demi tidak menghampakan Lee, saya mengakuinya sebagai abang angkat saya. Apabila saya putus dengan Iz, saya begitu kecewa. Pada waktu itu, Lee banyak memujuk saya sehingga membuatkan saya terharu. Oleh itu, lamaran Lee saya terima walaupun saya tidak mencintainya.

Saya fikir saya boleh cuba mencintainya malangnya tidak. Saya kerap mengecewakan Lee walaupun dia tidak pernah melukakan hati saya. 

Sehingga ke hari ini, sudah 7 tahun Lee mengharapkan cinta saya, tetapi hampa. Saya pernah cuba untuk memutuskan hubungan dengannya, tetapi segalanya begitu rumit. Saya tidak menjangka dia akan menghubungi semua kawan-kawan saya semata-mata untuk mengetahui sedikit maklumat tentang saya. Lee juga selalu mengugut, jika saya tinggalkannya, dia akan jadi gila. Lee pernah mengganggu kawan saya semata-mata kerana inginkan no.telefon baru saya, ini menyebabkan saya benar-benar tertekan. 
http://emo.huhiho.com
Kata Bungakopi,  
wah, aku tak sangka ada orang admire ko sebegini sekali.Jeles juga aku.

Balas saya kepada Bungakopi,
'Tak payahlah, boleh buat aku jadi gila tahu! Gila!!'

Bungakopi terkejut, kemudian berkata, 
susah ya jadi orang cantik ni?

Balas saya,
'Ya, kalau lelaki tegur dan aku jawab, dikatakan melayan. Kalau lelaki tegur dan aku tidak jawab, dikata perasan cantik sangat. Kalau aku bergaduh, dikatakan harap muka je cantik tapi perangai haprak, adus...'
http://emo.huhiho.com
keluh saya kepada Bungakopi. 

Bungakopi hanya terpegun kaku ketika itu. Sekarang, sudah 4,5,6,8++ saya menukar no.telefon, semuanya demi mengelakkan Lee, tetapi berjaya dijejaknya juga. Saya bukan terlalu kejam untuk memaki hamun lelaki yang pernah banyak membantu saya,
http://emo.huhiho.com
tetapi saya tidak dapat bertentang mata dengan Lee dan mengatakan bahawa saya tidak cintakannya. Saya tidak tahu ke mana hubungan ini akan pergi kerana saya memang tidak cintakannya. Hmm. Saya sudah penat berlari.
http://emo.huhiho.com
P/S- Hisap rokok sambil berguling

Aminlah untuk impian aku.

Aku tidak tahu tujuan tag-mengtag ini. Tetapi, oleh kerana rasa macam satu permainan, maka aku buat juga. Ada sesetengah orang tak layan benda-benda alah ni, tapi since aku rajin bangat ni..jadi, terhasillah jawapan-jawapan berikut. Terima kasih kepada Beautiful_Rose atas aktiviti tag ini.
1) Makanan
Makanan adalah salah satu bentuk nafsu yang tidak boleh aku abaikan.

2)Bahan Bacaan
Blog-blog kamulah-ya, itu sahaja yang aku baca dalam masa tiga bulan ini. Kedua, paper Berita Harian yang dapat free di kampus.

3) Rancangan TV
Yang aku paling benci rancangan CatDog. Sebab tak ada bontot dan teet.

4)Keperibadian
http://emo.huhiho.comAku rasa aku seorang gadis tradisional. titik.

5) Hobi
mestilah g main snooker..tak pun hantuk kepala kat dinding..
tak mainlah bloggin' ni.

6) Impian
1.Ya Allah, semoga aku dapat suami yang bukan kaki lepak, bukan perokok, rajin tolong aku di dapur..blablabla....
 http://emo.huhiho.com
2. Semoga esok almariku penuh dengan makanan.
3. Aku nak badan macam jam pasir.
4. Aku nak belajar jadi SOBA (kata orang kelantan)
5. Aku nak jadi guru yang best. Amin.

lima org yg bertuah tuk ditag ialah :-
1. Nazmin
2. Mustaqim Jr.
3. Temah
( tolongla jawab. Malu aku kalau kamu tak jawab)
http://emo.huhiho.comP/S-Aku bosanlah. Apa nak buat ni..ades.

Wednesday, March 24, 2010

Perlukah lagu dalam blog?

Sejak dua tiga hari ni aku jadi babysitter kepada anak kawan aku. Cuba bayangkan seorang blogger yang baru menidurkan bayi seperti di dalam gambar ini.
Best jaga budak?

Best, sebab tu aku nak jaga. Tak perlulah aku cakap gian aku untuk berblogging dengan gian aku untuk main dengan budak.

Memang tak sama. Tapi bila tangan agak lenguh, baby pula baru boleh tidur, bayangkan apabila tiba-tiba termasuk blog yang ada lagu.

HEH ! HEH! HOH! HOH!

Agak-agak terkejut tak baby kat sebelah aku? Aku pun apa lagi, cepat-cepat pangkah merah je blog tersebut. Maaflah, cari mute tak jumpa.

P/S-Ada juga blog yang lagunya best-best. Contoh : blog Aizul Marcello & Beautiful Rose.

Tuesday, March 23, 2010

Oh tolong. Sabarkan aku.

Kadang-kadang memang rasa nak marah, kadang-kadang rasa nak sepak batu yang ada depan mata biar melambung depan mata dot dot dot...peduli apa kalau hilang sikap feminin, kadang-kadang  memang rasa nak kata..
"perangai macam syaitonnirrojiim" tetapi semua tu dalam  hati. Bukan aku hipokrit tak nak cakap depan-depan..bukan bukan. Cuma dimanakah salahnya kalau aku sedang cuba belajar untuk bersabar? Mungkin orang berkata, sabar hotak apanya, dalam hati mengata. Tapi, ok lagi kan daripada mengumpat ramai-ramai kemudian esoknya pergi ke kelas boleh borak dengan orang yang diumpat macam biasa. Boleh pura-pura macam kawan rapat yang tak jumpa setahun. Apa namanya tu?



Bayangkan. Memang ada insan begitu. Malah ramai. Oh tidak. Aku harap memang aku tak punya kawan sebegitu.
http://emo.huhiho.com
P/S-Aku terkejut? Tak mungkin.
                                      
(memang tidak baik untuk mengata walaupun dalam hati. Cepat istighfar)

Sunday, March 21, 2010

Beautiful Blogger AWARD!

 Seronok ni, baru je terbaca kat peti jerit ada orang bagi award  kat aku. Terima kasih kepada Cik Sesumpah yang telah beri award ni. Cantik.
http://emo.huhiho.com BEAUTIFUL BLOGGER. Kahkahkah. amboi, gelak sopan nampak.

UNDANG-UNDANG AWARD.
1. Thank & link the person that gave you the award. sudah.
2. pass this award to 15 bloggers you've recently discovered and think are fantastic.okeh, aku cuba.
3. Contact the bloggers and let them know they've won the award.okeh.
4. State 7 things about yourself.jgn kata aku perasan suda.


7 wonders of Miss Bungakopi.

1. 1st time orang jumpa aku, mereka akan kata aku matang.
2. Bila dah close enough, mereka akan kata; " What?? Matang?? Hell NO!"
3. Kata orang perempuan, aku tidak masuk 'book'.
4. Kata orang lelaki, aku jenis terima kenyataan.
5. Mimpi aku yang paling sedih ialah lupa bagi makan anak saudara.sudah dua kali. Sekali petang tadi.
6. Aku hairan kalau lelaki beremosi lebih daripada aku. walaupun aku tahu mereka juga ada perasaan.
7. Aku cakap lepas, tapi masih ramai kawan. Alhamdulillah.

Lepas tu, kena pass award ni kat gadis-gadis yang best pulak. So, here are the list.

Jangan terkejut tengok waktu aku post entri ni. Aku sebenarnya baru sangat bangun dr tidur. Mimpikan anak saudara. Macam tak ada benda lain nak mimpi, kan? 

****************************************************

P/S- Rasa macam nak tukar template, tapi banyak pulak kena adjust nanti. Heyh, lemah betul.

Friday, March 19, 2010

Petang di Kuala Sepetang

Hari yang relax janganlah disiakan. 
Wah, permulaan yang bagus untuk entri kali ini. Maklumlah, walaupun blog ini tidak seglamour alam, tetapi perubahan-perubahan dalam blog ini diikuti juga ya? Walaupun yang mengikuti itu dalam bentuk kutukan, tetapi itu merupakan satu bentuk penghargaan pada aku. Aku yang hampir bertukar minat ke arah aktiviti outdoor seperti memancing ikan kembali terpancing ke sini selepas menerima tiga bentuk kutukan. 
http://emo.huhiho.com
Apa isinya? Bagaimana bentuknya? Biarlah rahsia. Ok, begitulah mukadimahnya pada waktu ini. 

Semenjak dua menjak ni, kawan-kawan ramai bertanya pada aku, bila kau nak upload pic kitorang dalam blog kau? Bagi mereka, blog aku ialah blog bersama walaupun moderatornya aku seorang sahaja. Siang dan malam asyik bertanya perihal gambar. Demi tidak menghampakan harapan mereka yang berkobar-kobar, maka di sini aku memuat naik gambar-gambar akhir remaja kami. Enjoy.


Ha..tudia gambar-gambar mereka. Hanya di blog aku, ok. EKSKLUSIF. Sebenarnya gambar ni budak-budak tu tak tahu pun wujud aku di belakang. Nampak tak baju aku berlainan dengan sobat-sobat yang lain? Itu bermaksud aku ini leader. Ahaks..

                                   Ada cerpelai lindung muka aku. Argh.



Asal bergambar je nak buat muka happy, asal bergambar je nak buat gaya tangan. Kenapa? Nak kenangan manis je ke?
 

Isk isk..aku mempopularkan orang, kan?

 
 
 Lagi.. jelitawan-jelitawan jutawan.


........


Akhirnya, inilah primary photo yang benar-benar aku ingin upload. Sekarang, cuba tengok reaksi budak hujung sekali di sebelah kiri. Semuanya demi dendam aku pada beliau kerana memuat naik gambar aku tidur dengan sleeping bag. Inilah akibatnya apabila bermain dengan api. Jangan main-main dengan aku ya. Aku ada belog.
http://emo.huhiho.com

Wednesday, March 17, 2010

Ada Kita Orang Kisah?

Kadang-kadang aku ini jahat, tahu?

Bukannya nak menghebohkan kepada orang sisi kejahatan aku, tetapi lebih kurang begini.

 Apabila aku dengar ramai yang meluah perasaan di YM, dan luahan itu berbentuk menjengkelkan, hati aku terdetik macam-macam. Contohnya,
http://emo.huhiho.com
" macamlah aku kisah.."
"penyakit betul la dorang ni"
"apehal la budak ni.."

Contoh status yang menjengkelkan bagi aku, apabila kedua-duanya kawan aku, dan kedua-duanya meletakkan status bergaduh seperti :

" Lantak ko..lah..malas aku nak ambil port lagi"
balasan yg seorang lagi pulak.
"pedulik hape aku. pegi mampos la lagi baik"
(sebenarnya lagi dasyat, tapi demi kebaikan bersama maka aku tapis)

Aku tahu mereka berkawan baik, selalu nampak berlima walau di mana-mana pun. Tetapi, bila mereka letak status begitu, nampak sangatlah kan bahawa hubungan makin renggang. Aku lebih suka jika membaca status yang happy walaupun kadang-kadang bunyinya macam 'ngong' sikit. Contohnya,

"hariey ni I pegiey jalan-jalan. Sheronok thaww...."
"Ih...tak shuker..tak shuker.."

Lagi, yang membuatkan aku jengkel sedikit, bukan sepasang yang tulis status begitu, tetapi berpasang-pasang.
Contoh lagi,

"Lepas ni tak ingin masuk campur hal sesiapapun lagi!!
Balasannya..
" Aku tak ingin lagi hidup dengan dia!!

Lagi..
" Aku SAKIT dengan semua orang di sekelilingku!!

Lagi..
Mamposlah ko orang yg bz body.

Status-status sebegitu benar-benar membuatkan aku rasa....
apa kesnya budak-budak ni?

Tapi, dari satu segi, ada juga kebaikannya pada diri aku. Bila aku rasa tak berapa nak best, status-status tu selalu membuatkan hati aku terdetik,

ada lagi situasi yg lebih tak best daripada aku. Kemudian, hati aku pun akan lega.

Wahai orang yang tekanan perasaan, ikut sukalah apa yang kamu nak tulis kat status tuh, aku tak kisah. Tapi, cuba fikir untuk diri sendiri. Bila tiap-tiap minggu status kamu begitu, itu melambangkan kehidupan sosial kamu yang tidak sihat dan menimbulkan persepsi negatif kepada orang yang membacanya. Bayangkan, satu hari apabila kamu terpaksa bekerjasama dengan orang-orang lain dan timbul masalah, orang akan berkata begini,

"dia tu dengan siapapun problem.."

Bukan apa, bagi aku bila mereka buat begitu, banyak lagi kesan ke atas diri mereka juga. Bagaimana kesannya itu tidak dapat aku terangkan di sini. Nanti makan masa berjela pula. Tetapi masing-masing sudah besar panjang, jadi...FIKIR SENDIRI.
http://emo.huhiho.com
P/S-Sekali lagi, aku sebenarnya tidak kisah pun.

Saturday, March 13, 2010

Kisah Pohon Epal

Akhir-akhir ini hidup aku memang agak lembap. Kesibukan memang tak perlu diberitahu, tetapi sebagai seorang yang tidak berapa rajin berbanding orang lain, kesibukan aku memang agak dasyat fenomenanya. Itu bukan penyebab untuk aku membiarkan blog ini bersawang hampir seminggu, kerana sesibuk manapun aku, kalau mood untuk berblogging datang, aku tetap akan lakukan. Tetapi entah kenapa mood aku ibarat dipijak dan dihempuk ke dalam perigi buta yang paling dalam. Susah untuk diambil kembali.
Mood aku berkisar ke arah membuat perkara yang wajib, makan dan tidur sahaja. Aku hilang nafsu untuk berbuat perkara-perkara lain, termasuklah berbual.http://emo.huhiho.com ( jangan bayangkan)

Sedang aku bergolek kerana sedang ketandusan kerja untuk dibuat, aku tiba-tiba teringatkan kisah  epal yang sedap dimakan. Kisah pohon epal ni ada banyak versi, aku pun hairan kenapa. Sedangkan ada banyak lagi buah lain yang sedap-sedap macam buah manggis , buah naga dsbnya, tapi kenapa mesti epal? Begitu glamour apa-apa sahaja yang berkaitan dengan epal ni, termasuklah blogger yang bernama epal.

Kisah epal ni terdapat dalam tiga versi. Versi pertama, kisah pohon epal dan budak lelaki, versi kedua kisah seorang alim termakan sebiji epal tanpa kebenaran tuannya dan ketiga, kisah pohon epal dan wanita.

*****************************************************************************************

KISAH POHON EPAL


Wanita sering dikaitkan dengan pelbagai cerita. Tapi satu kisah yang menarik bagi aku ialah, wanita sebagai pohon epal. Secara metaforanya wanita seperti  buah epal. Buah epal yang berada pada dahan yang rendah, mudah dipetik dan mudah dibelek oleh sesiapa. Manakala buah epal yang berada di hujung dahan dan tinggi pula, memerlukan bermacam cara untuk mengambilnya.

Buah epal yang berada tinggi daripada tanah sering merasa bimbang kerana masih belum dipetik orang, sedangkan buah-buah yang berada pada dahan yang rendah begitu gembira kerana dibelek-belek dan sesetengahnya sudah dipetik. Oleh itu ada buah epal cuba merendahkan diri dengan menggugurkan diri sendiri di tanah, supaya dipetik orang. Tapi, buah yang gugur tersebut, langsung tidak dipandang kerana orang menganggapnya sudah buruk dan tidak berkualiti. Yalah, siapa mahu makan buah yang buruk sedangkan buah yang segar masih banyak? Hanya mereka yang malas sahaja akan mengutip buah yang sudah gugur.
                                       kategori cleaner wanita yang gigih

Buah epal yang menjatuhkan diri ke tanah merasa sangat hairan kenapa dirinya belum dipetik orang, sedangkan beliau sudah merendahkan dirinya untuk mudah dilihat dan mudah dipetik. Buah epal itu tidak tahu bahawa sewaktu beliau berada tinggi di atas dahan, beliau sering menjadi idaman si pemetik buah.

                                      gambar hiasan : aku peminat Liyana Jasmay
                                               tiada kaitan dengan buah epal yang rendah ok.

Wanita juga begitu. Mereka merasakan diri mereka tidak mendapat perhatian dan cuba merendahkan diri mereka agar mudah dilihat dan mudah dipetik. Mereka tidak tahu bahawa sewaktu mereka berada tinggi dan sukar untuk dicapai dahulu, mereka jauh lebih bernilai. Mereka tidak perlu membuat macam-macam cara untuk mendapatkan perhatian kerana hakikatnya mereka sangat berharga dengan kedudukan yang tersendiri.

Hanya lelaki yang benar-benar bijak, hanya lelaki yang benar-benar berusaha sahaja akan berjaya memetik mereka yang berada tinggi di atas. Sudah menjadi lumrah, benda yang sukar dicapai akan menjadi idaman semua orang, dan manusia juga akan lebih menghargai sesuatu itu jika mereka berusaha keras untuk mendapatkannya. Kamu, wanita, diberi kebebasan untuk memilih, sama ada ingin menjadi buah epal yang tinggi di atas (sehinggkan perlu mendongak untuk melihatnya) atau buah epal yang rendah (yang boleh dipetik terus dan dimakan kunyah dalam sekelip mata).

P/S-Aku kategori buah durian (sudah diakui oleh ramai orang semasa melakukan kaji selidik).

Saturday, March 6, 2010

Senandung Semalam

Di mana penawar
Ubat hati yang rawan
Buat aku yang gagal mencorak
Pelangi hidup yang indah

Di mana jarum
Untuk kujahit jiwa yang carik
Terhiris dengan sambil lewa itu
Dan pedihnya seperti ikan disiang kulit 

Ini aku 
Anak itik yang malang
Kekura yang kalah dalam perlumbaan
Mariana yang sentiasa dibandingkan

Semilir petang ini
Jua mengingatkan aku
Yakni akulah
Hasrat Pinocchio yang tidak kesampaian 

p/s-Life is like a rainbow. You need both the sun and the rain
      to make its colors appear.

Friday, March 5, 2010

Orang Ketiga

Aku tidak suka menggunakan perkataan yang tidak positif dalam hidup aku. Tetapi jujurnya, aku agak terkilan apabila seseorang tidak menunaikan apa yang dikata. Kalaulah perbuatan itu tidak menyusahkan aku, tidak mengapa. Kalaulah perbuatan tidak menunaikan janji itu, tidak memberi kesan kepada aku, juga tidak mengapa.

Apa kisahnya?

Dalam perhubungan, perkara yang paling penting ialah kepercayaan dan disiplin. Aku tak kisah kalau pembaca yang membaca entri ini tidak setuju kerana ini adalah pendapat aku. 

Hidup senang kan? Suruh saja aku sebagai orang ketiga untuk terangkan segalanya pada orang ramai, sedangkan kau..?

Kau yang berjanji itu ini, tapi membuatkan orang tidak mempercayai aku lagi. Kerana aku orang ketiga. Kau tiada effect apa-apa pun. Tapi yang effectnya aku! Kau SEDAR tak?
http://emo.huhiho.com
Ini yang buatkan aku rasa seperti mahu bersumpah tak ingin jadi orang tengah lagi. 3rd person is always be the person to blame!!

Perempuan dan Angin Pasang Surut

Entah apa silapnya, bila aku semakin busy, makin aku berperangai pelik.

Aku memang SANGAT busy ni.

Tak ada orang yang paling busy dah kat rumah ni melainkan aku seorang sahaja (kononnya).

Tapi boleh pulak aku buang masa baca komen setiap sorang blogger kat page sorang blogger nih (ada 256 komen semuanya).

Bukan setakat itu, aku hairan dengan keslumberan aku tengok makeover kat youtube, padahal aku tak minat pon semua tuh. Sempat pula habiskan masa dua jam lebih untuk benda tu semua!! 
http://emo.huhiho.com
Bungakopi, sila bangun dari mimpi. Matila kamu kalau berlengah lagi.

Kayuh!!!!

10 & 11 Mac-fieldwork.
Submit 3 assignment sebelum tarikh itu. Kiraan-lagi 5 hari.

P/S- Entri diupdate. Misi sukses!

Wednesday, March 3, 2010

Susah jadi emak ni

Waktu aku menaip entri ni, aku memang mengantuk gila bapak punya.
Waktu-waktu begini, merebahkan diri atas tilam boleh membuatkan tulang seolah-olah reput dalam Toto. Begitu selesa. Bukan aku suka nak berjaga malam macam keluang, tapi tuntutan kerjaya membuatkan mata aku tak pernah surut lebamnya.

Bila aku tak boleh tidur memanglah sepatutnya aku buat assignment yg menimbun tu, tapi dek kerana terlalu cemas, kesudahannya aku makan kerepek ubi bersalut lada hitam sampai tinggal 1/3 balang. 

Assignmentnya pula belum siap bahagian pengenalan. Aku kalau bab blogging memang laju menaip, kalah kipas yang berputar kat atas kepala aku sekarang ni. Walaupun orang tak cakap, tapi aku rasa memang aku boleh masuk peraduan 'Menaip pantas' tapi menang tu belum confirm lagi.

Lepas aku makan kerepek tu, aku golek sana golek sini sampai lasam  (lunyai, lesu) cadar tilam aku, tapi entah kenapa kepala rasa tersumbat je. Tengok-tengok jam je dah pukul 3 pagi lebih. 
credit picture: google image
Waktu-waktu camni, sambil merenung dada langit di tepi jendela, mulalah ingat nostalgia zaman kecil-kecil dulu. Dulu, aku memang tidak suka makan siang. Malam pun aku tak makan. 

Tapi bila dah larut malam, barulah aku kejutkan mak aku suruh buatkan lempeng. Mak aku pun bangunla buatkan lempeng cincai-cincai. Kemudian, bancuh air milo yang cair gila. Kalau mak aku tak buatkan, memang badan aku menggeletar. Maksudnya lapar sangat-sangat la.

Tapi skang ni, dah tua bangka camni, kat kolej pulak, boleh makan kerepek je sampai naik haus gusi. Kalau mak aku dengar mesti dia kesian. Tapi sebab aku ni kononnya anak yang baik dan tak menyusahkan mak bapak, jadi aku senyapkan je cerita ni. 

Ingat kenangan zaman bebudak memang best, waktu tu tanggungjawab belum berat, tahu makan, tidur, berak dan main je. Yang lain, tak pernah fikir pun.

Tapi kalau sekarang ni aku saja-saja minta mak aku buatkan lempeng, nanti mak aku kata balik

"Ohhhh!! Buatla sendiri. Hai, nak makan pun suruh mak?"

Tapi bergantung kat keadaan la juga. Kalau aku baru je balik kampung, boleh la demand nak manja itu ini, tapi masuk seminggu, bila mak aku dah bosan mengadap muka aku, jawapan kat atas tu memang wajib aku dapat.

Kira ok lg kalau dapat macam tu, buatnya mak aku buat muka pasrah pastu cakap camni,

" Mak teringin sungguh nak rasa tangan orang tu pulak"

Kan naya aku.

Kesudahannya aku buat maggi sup untuk mak aku. Best kan dapat anak macam aku.
Rasanya setiap ibu harap anak dia rajin tolong dia kat dapur. Kesian mak aku.
Hu hu
p/s- Blogging ibarat meditasi bagi aku. Sebab, dah siap satu entri, baru aku bleh wat kerja.

Monday, March 1, 2010

Menerima Hidayah (petunjuk)

Akhir-akhir ini aku selalu guna perkataan bosan kan? Entri aku kali ini juga ada masukkan perkataan bosan. Tengok ni, baru baris kedua dah tiga perkataan bosan keluar. Masuk kali ini pula ada empat perkataan bosan. Ok ok, ini kali terakhir aku cakap, aku bosan la bila selalu sangat dengar orang cakap begini :

Bukan aku tak nak pakai tudung, tapi hidayah tak datang lagi.

Nak buat macam mana, belum dapat hidayah.

Aku memang nak pakai, tapi hidayah tak berapa nak kuat.

Umum mengetahui (amek ayat assignment) bahawa hidayah bermaksud petunjuk.

Secara pendek akalnya, orang selalu akan merujuk kepada hidayah untuk membolehkan mereka berbuat sesuatu yang tidak boleh.

Mereka ingat hidayah itu apa? Adakah datang dalam bentuk mimpi semata-mata? Betul...selalu orang ingat hidayah itu mesti datang dalam bentuk mimpi, baru nak bertaubat, baru nak berubah.

Aku tak kata aku baik, aku memang agak jauh untuk dikategorikan sebagai baik ni. Sebab, aku tahu, ramai juga orang mengumpat aku di belakang. Contohnya minggu lepas, roomate aku cakap, ada seorang budak lelaki ni, dia tanya roomate aku, 

CERITA AKU

Sakinah, roomate ko buat apa?

Sakinah jawab,
dia tengah tidur.

Budak lelaki tu balas,
Hmm, teruk la roomate mu tu (beliau orang  pantai timur)
Yang dia tahu, makan, tidur, berak, g kelas lewat, memang tak masuk book langsung..
(tak masuk book tu macam tak boleh pakai la)

Ha, kalau kamu sedih tak orang cakap macam tu kat kamu? Aku tak sedih pun, biar dia la nak cakap apa pun, dah memang aku begitu.

Bukan aku nak pergi kelas lewat, tapi bas tu yang diskriminasi aku. Huahua
 
Ok, kembali kepada tajuk hidayah ataupun petunjuk, hidayah boleh juga datang macam ni :

DIALOG SATU

Rubiah, jom pergi dengar ceramah. Sedap ooo ceramah malam ni. Ustaz yang tagline blog beliau "erti hidup pada memberi tu".

Tak nak ah, tak sedap perut ar

DIALOG DUA

ko pakai tudung tak depan abang ipar?

aku tak pakai pun.

apsal ko tak pakai? abang ipar pun aurat jugak ( ini hidayah la ni)

aku dah anggap beliau sebagai abang aku. Sudah tiada nafsu lagi.

HIDAYAH BOLEH JUGA DATANG BEGINI :

Melalui pamphlet yang kita dapat waktu tengah jalan-jalan, dalam pamphlet tu ada tulis pasal pergaulan lelaki dan perempuan misalnya,

Melalui teguran mak bapak. Aku bagi contoh :

Mak membebel,
Tak ada baju singkat lagi ke ko nak pakai? Apasal tak telanjang terus?

Alah, mak ni..tak supurting la, dulu mak pakai baju jarang boleh.

Hidayah melalui adik-adik, contohnya bila kita lihat dalam sesebuah keluarga kan, kakak yang umur 20-an pakai seksi ya amat, adik yang darjah tiga pula manis je pakai tudung bulat-bulat. Kadang-kadang bila kakak tu merengek sebab rambut jadi kering, si adik tu boleh plak jawab begini :

Tu la, kalau pakai tudung kan habuk tak lekat di rambut..

Hidayah datang dalam banyak bentuk, bukan mimpi sahaja, bukan tunggu nak pergi umrah, nak naik haji, balik tu baru nak berubah. Apa daa, tipikal betul. Contohnya blog aku ni. Walaupun teguran aku lintang pukang, tapi at least kira aku dapat pahala gak kan? kan? Aku bukan apa, rimas dan bosan bila orang jawab macam tak ada akal padahal jauh lebih berpendidikan sebenarnya. 

Aku pernah jumpa ramai orang yang pendidikan agamanya jauh lebih mantap daripada aku, tapi dengan degilnya, dengan pemalasnya, dengan seksinya, dengan hiruk pikuknya, tapi kalau cakap pasal hadis lancar je. Pernah jumpa atheis Melayu yang berpurdah. Hm, apa nak cakap kalau mereka lebih terer berhujah daripada aku.

Ok, kembali kepada hidayah, ada satu kes ni, agak kelakar,

abang ipar tegur adik ipar:
eh, ko dah tak pakai tudung?

adik ipar jawab,
I bukan baik macam bini u. Bini u baik, I ni blacksheep of the family..

abang ipar,
orite, nanti jawab begitu depan Allah.

Ok kawan-kawan, itu sahaja entri kali ni. Akhirnya tercapai juga hajat aku nak buat entri pasal hidayah. 
P/S-Lihat, hidayah datang..