Mei 2013

This world doesn't makes any sense anymore~




Thursday, July 28, 2011

Cinta Monyet Seorang Hakim

Setiap malam sebelum tidur, dia akan pandang aku dari sisi. Biasanya, waktu tu aku tengah siapkan rancangan mengajar di atas katil atau mungkin sedang berborak di telefon atau mungkin sedang bermesej-mesejan. 

Aku tak pernah pedulikan dia sangat. Walaupun aku tahu dia sedang tengok, aku buat bodoh je.

Akhirnya dia akan tertidur dan berdengkur. 

Aku pulak terus dengan kerja aku. 


Aku snap.

Dia akan menangis kalau orang kata "KAMU BERDUA TAK BOLEH KAHWIN." 

Dia akan murung sepanjang hari. 

Aku pulak, rilek je.

Satu hari tu, waktu aku tengah buat kerja dalam bilik, dia datang sambil berlari.

" Nah!"

Dia hulurkan sesuatu, kemudian berlari keluar semula.

Oh, satu kertas berlipat-lipat kecil.
Bila aku buka, bau wangi menerpa dan ada bedak putih jatuh atas baju aku.

Isi suratnya berbunyi begini:


MAKSU, HAKIM KAN CINTA DEKAT MAKSU.
HAKIM LOVE



Kahkahkah. 
C terbalik.
Aku pun terus scan surat cinta dari anak saudara aku ni, upload dalam internet.
Biar besar nanti, dia malu.

Hakim (6tahun)

Hakim, maksu loves u too. 
Ingat tak maksu basuh berak hakim kecik-kecik dulu?

11 comments:

beautiful_rose said...

ngaaaaaaa......so sweet.

hakim dah besar nanti cr mak we y comel macam mak su jugak eh =p

beautiful_rose said...

berubah wajah... =)

Bungakopi said...

beautiful rose,
ye, kena cari yg macam maksu jugak. hehehe

mat messi said...

hahaha nakalnya nak bercinta ngan mak su..hai nanti hakim mesti jeles ngn pak su kan..ye la pak su dah rampas mak su dari hakim..wahh tragisnya cerita ini..xsabaq nak tunggu sampai episod akhir..bila nak sambung ni..hahaha..lama dengar habaq..best kot jadi seorang pengajar..

FzaIbrahim said...

Aaaaaaaaaaa.. comelnya.

maksu, saya juga cinta sama maksu! :p

Bungakopi said...

mat messi,
heheh.dia dah besar nanti waktu maksu kawin. paham kot. best juga mengajar, tp kdg2 hampeh.

Fzaibrahim,
terimakasih.
terimakasih.
hehe.

Amni said...

kusyuk ni baca.. rumapanya hakim ni minat maksu.. hahaha.. comel jer....

salam ramadhan dear..=)

Sophie Al-yahya said...

sweetnya surat cinta ni. dahla salah eja.haha.comel gila.

Bungakopi said...

amni,
salam ramadhan..nama amni sama ngan nama anak buah saya. huhu



sophie al-yahya,
sweet kan? kan?

My MiRa said...

huhuh

datang sini :)

Bungakopi said...

tenkiyu mira..:)