Mei 2013

This world doesn't makes any sense anymore~




Thursday, July 21, 2011

Kenapa Anak Yatim Degil?

Faham kan maksud aku.


Ada saudara aku meninggal. Lelaki. Meninggalkan seorang anak lelaki berusia 6 tahun. 


Budak ni..
Daripada seorang anak yang patuh, lemah-lembut dan suka senyum, terus berubah 270 degrees menjadi...


degil, bila aku suruh solat pura-pura tidur, suruh mengaji tak nak, suruh mandi liat, kejut pagi untuk ke sekolah buat tidak tahu.


Kedua,
Aku paling hangin kalau ada orang hirup kuah dalam mangkuk di bawah tudung saji straight guna sudu yang memang dah ada dalam mangkuk tu kemudian letak balik. Memang membuatkan dada aku bergelodak.


Benar tekaan anda.
Itulah yang budak ini buat walaupun aku dah melarang.


Aku yang berdarah panas mulalah hangin sehanginnya tetapi memandangkan aku jenis malas bersuara tinggi, aku pun terosss mengabaikan kanak-kanak tersebut 
(bagus punya saudara). 


Aku tak lagi sental badan dia.
Aku tak suruh dia gosok gigi sebelum tidur.
Aku tak tanya dia dah makan ke belum.
Aku tak paksa dia mengaji.
Aku tak kejut dia pergi sekolah.


Satu hari tu, aku bertanya pada mak aku,
" Mak.. mak.... mak perasan tak budak ni degilnya melampau-lampau sejak seminggu ni?"


Kata mak aku,
" Anak yatim memang macam tu. Walaupun dia tak menangis waktu bapak dia meninggal, tapi kesan psikologi tu wajiblah ada,"


Bila Kakak aku balik dari sekolah, aku pun tanya soalan yang serupa,
" Kakak perasan tak degilnya melampau-lampau sejak seminggu ni?"


Balas kakak aku,
" Anak yatim memang macam tu. Kita kena treat dia macam biasa. Jangan sebab bapak dia dah meninggal kita asyik KESIAN KESIAN KESIAN, TAK NAK MARAH, TAK NAK TEGUR."


Kakak aku berhenti ambil nafas kemudian minum air barang seteguk dua.


" Macam kau dulu, anak yatim jugak. Semua orang asyik kesiankan kau, semua tak nak tegur kau kalau kau buat salah, akhirnya...JADILAH KAU MACAM SEKARANG NI," Sambung kakak aku dengan selamber badak.


"Aku macam mana?" tanya aku balik dengan tidak puas hati.


Kakak aku tersengih menampakkan gigi bertindih-tindih.


" Kau tu degil, suka menjawab, mulut celupar, kurang hajar dengan mak dan pemalas nak mampos,"


Mata aku terbeliak. 
Kakak aku terkedek-kedek membelahkan diri sebelum aku baling dia dengan pinggan kosong.


Moral of the story : 
1) Layanlah anak yatim sama rata. 
2) Jangan makan harta anak yatim.

6 comments:

bayan said...

Kids view die literally.

one thing obvious, he still sinta you..:)

beautiful_rose said...

owh ada contoh rupanya.....

Anonymous said...

hebat ganjaran menjaga ank yatim
sehebat ujian mnjaga'e...
harus sentesa sabar n tabah
jgn smapai dia jadi spt SAZALI...
(ANAK KU SAZALI)... :-)

Bungakopi said...

aik bayan,
how do u know?

beautiful rose,
contoh yg kureng baik. huhu

mr. anon,
ye insyaallah

Amni said...

owh.. hakim ni rupanya anak yatim... okey.. baca entri kat atas dulu... hehe..

maksu ni macam dia kecik2 dulu.. hahaha

Bungakopi said...

amni,
maksu dia dah matang skarang. thanks amni 4 d visit.