Mei 2013

This world doesn't makes any sense anymore~




Tuesday, June 30, 2015

Bagaimana memahami isteri?

Lelaki selalu berkata, susahnya nak faham hati seorang perempuan... Terutamanya selepas berkahwin..
Tidak tahu apa yang isteri mahu...
Kenapa isteri kuat merajuk...
Kenapa isteri mengamuk dan membebel...
Tapi betul-betulkah kamu tidak faham?
Betul-betulkah kamu tidak tahu?
Atau kamu sudah tidak ambil peduli tentang hatinya lagi?

Kalau kamu...
Kaum lelaki ingin tahu apa yang isteri rasa...
Baca dan sila berfikiran positif

Satu sifat suami yang saya dengar...

Selalu sangat membandingkan isteri dengan kawan perempuan yang lain...

Contohnya... Semasa isteri mengandung,

 isteri tentu sekali mengadu lenguh pinggang, lenguh kaki, xtahan bau minyak, mual dan cepat penat.

Malangnya bila isteri mengadu itu ini

Kamu bandingkan dia dengan kawan perempuan kamu di tempat kerja

" kawan abang mengandung juga, cergas je. Tak
Macam awak."

Suami..
Kamu pernah mengandung ke?
Kamu tidak pernah dengar setiap wanita tidak sama pengalaman mengandung?

Ada wanita
Mengandung  cukup mudah
Bersalin pon mudah
Tapi masa pantang... Anak menangis tak berhenti sampai boleh jadi meroyan kalau tidak dijaga...

Ada wanita...
Mengandung cukup seksa
Warded... Masuk air
Tapi
Bersalin pula mudah tidak sampai 5 minit

Ada wanita...
Mengandung senang...
Bersalin? Smpai 10 jam anak belum mahu keluar walaupun sakit bagai nak patah pinggang...

Lihatlah
Fahamilah dengan akal yang diberi tuhan
9 akal dan satu emosi

Ada wanita
Semasa bekerja
Segala rasa mual ditahan
Discaj banyak pon didiamkan walaupun tidak selesa
Pening
Sakit kepala
Lesu
Semuanya disimpan

Depan kawan-kawan lelakinya,
Dia juga cergas, lincah
Buat apa nak mengadu?
Itu rakan sekerja
Bukan suaminya!

Bila pulang ke rumah...
Dengan siapa dia akan bercerita?
Ada siapa  di rumah itu?
Kamu dan dia!

Ya kamu suaminya.
Bukankah dulu kamu bahagia bergelar suaminya?

Bukankah masa sebelum berkahwin
Kamu cemburu
Kalau dia berbual dengan lelaki lain?

Kenapa sekarang kamu tidak jadi telinga yang mendengar?

Sifat suami
Banyak betul yang tidak kena tentang isterinya
Kenapa isterinya memasak hanya pakai baju tidak pakai seluar? Tidak seperti emaknya yang sangat bertertib di dapur?

Kenapa isterinya baring terkangkang depan tv?
Tiada adabkah?

Kenapa isterinya selepas memasak tidak menyusun mangkuk dan periuk?

Kenapa isteri aku tidak seperti kakak aku, ibu saudara aku, kakak ipar aku, kenapa?

Sebelum menghukum isteri dengan pelbagai kesalahan, jawab soalan ini.

Adakah isteri saya surirumah spt ibu saudara saya? Kakak saya? Ibu saya?

Adakah isteri saya tidak memasak?

Adakah isteri saya membuka aurat?

Adakah isteri saya tidak solat?

Adakah isteri saya bermesej dengan lelaki secara senyap-senyap?

Adakah isteri saya masih galak mengepos gambar di fb, insta?

Adakah isteri saya tidak pernah membeli barang dapur?

Adakah saya menolong isteri di dapur?

Kalau jawapannya tidak, anda sepatutnya bersyukur. Begitu banyak kebaikan isteri, tetapi keburukan isteri juga yang kamu persoalkan. Keburukan juga yang kamu sebut sebagai topik semasa bercakap dengan isteri...
Adakah kamu sempurna?


Suami...
Menegur tidak salah
Seperti kamu sendiri
Sebelum menegur kamu, kamu suka jika isteri memuji, memuji dan memuji barulah menegur.

Kenapa dengan isteri,
Kamu menegur menegur menegur...
Mana pujiannya?

Seperti kamu sendiri
Belailah isteri
Dengar rintihannya
Pujuk dia
Lakukan semua ini lebih banyak dari menegur
Percayalah
Dia dengan mudah akan menerima teguranmu
Kerana kebaikan suaminya akan membuatkan dia tidak sampai hati untuk mengabaikan teguranmu.
Kerana kami!
Wanita yang penuh perasaan sayang!





1 comment:

Belang Tarung said...

hanya lelaki yg sudah berkahwin sahaja tahu betapa rumitnya hati perempuan hahahaha