Mei 2013

This world doesn't makes any sense anymore~




Tuesday, July 24, 2012

Kakak Aku Kaoru

Itu nama timangannya sejak dari keciiiiiikkk lagi. Tak tiru Kaoru si kartunis Gempak tu pun tauuu..
Kakak aku si Kaoru suka buat amal jariah. Dia che gu di sekolah swasta terkenallll di Tasik Gelugor. Dia suka balik lambat. Kalau balik kerja pukul 4.30 petang, dia akan balik pukul 5.30.. atau maybe 6.00 petang.. oh ya.. pernah menjangkau pukul 7 malam!

Aku sangat gembhira sebab kakak aku tidak berkira membuat kerja. 
Aku tidak suka buat kerja lebih.
Aku cikgu jugak. 
Di sekolah yang sama jugak.
Kami car pooling lahhh.. dah kami satu rumah...
Malangnya, tiap~tiap~tiap~tiap~ hari aku kena tunggu dia...




Sekarang bulan RAMADHAN,
Sekolah kasi kami balik awal.
Aku boleh balik pukul 3 petang.
Tapi sekarang dah pukul 4.10 petang.
Kenapa aku masih di sekolah??
Hmmmmmmmmmmmm...


Aku tengah tunggu kakak aku yang baek hati tu lahh...


Dia tengah buat amal jariah..
Aku kena sokong dia buat amal jariah (buat kerja lebih waktu dalam konteks cerita ini).
Kalau aku tak sokong, nanti aku masuk neraka.


source: Google Image

Friday, July 13, 2012

MY BORING LIFE





Saya membesar sebagai seorang yang membosankan. Luckily, masa zaman universiti.. saya jumpa dengan kawan2 yang happy go lucky. Bila tamat zaman universiti, saya kembali menjadi individu yang MEMBOSANKAN.

Tau tak apa rutin yang paling bosan?

Kerja.balik rumah.

1. Lucutkan kasut dengan menggerakkan jari kaki. Melangkah masuk.
2. Mak masak pa hari ni mak?? (buka tudung periuk)
3. Buka laptop layan movie dalam bilik sambil makan nyamnyamnyamnyam...
4. Perut buncit..ok tengok arnab di belakang rumah kalau rajin, cuit-cuit hidung dia sikit. Kalau tak rajin, nampak toto. BAMM atas toto slow-slow.
5. Bangun. Mesej-mesej.
6. Mandi wangi2.
7. Eh, dah pukul 10 malam la..
8. Tengok jadual mengajar hari esok. Study sikit.
9. BAM! (hempas diri atas toto.)
10. Berada di sebuah taman. Berlari-lari. Nampak kolam. Mandi-manda. Masuk mimpi kedua. Tengah mengajar murid tak dengar. masuk mimpi ketiga..tengah menjelajah harta karun. Jumpa. Terfikir, ni pasti mimpi.
11. Oh dah pukul 6 pagi! Mandi. Breakfast.
12. Rutin-rutin-rutin.

kadang-kadang suka buat benda rutin
..kadang-kadang macam ni...







Perkara yang dapat membunuh kebosanan aku buat masa sekarang, yang paling efektif tak lain dan tak bukan..

MAKAN.MAKAN.MAKAN.MAKAN.


p/s-sapa2 nak sponsor aku g melancong ke makan2 ke..sangatla dialu-alukan. my number 019-444sikulipatsapacepatdiadapat. kawangkawang..

JERITAN BATINKU

Tak ada tajuk lebih sesuai. Walaupun macam hapa je , tapi P. Ramlee memang seorang tokoh sastera yang sangat pandai bermetafora. Dia mempunyai frasa yang tepat untuk menggambarkan jiwa aku sekarang ini.Sobs :'(

Aku kan..
termakan kata-kata sendiri.
Dulu aku selalu menjatuhkan hukum ke atas anon anon apabila berlaku sesuatu terhadap mereka. Tetapi sekarang aku pula ada peristiwa aku sendiri.

Peristiwa yang mencacatkan identiti aku sebagai seorang yang beridentiti la kot.
Aku malas nak berahsia panjang-panjang. dah jadi macam ayat Jaya Negara plak bila aku baca apa yang aku tulis ni.
kemalangan terjadi.
Dan aku seolah-olah kebal.
Kakak aku kata aku kuat dan dia hairan dengan imuniti aku.

For kakak my dearest sis,
aku seperti peribahasa di atas.
Kononnya tu motto hidup aku la kakak oi.
Aku nak teruskan hidup cam bese.
Life must go on. keep going,keep going,

.....................

Seterusnya...
Kenapalah aku ada blog?
Aku pun hairan.
Tapi bila aku rasa aku tak mampu nak bercakap untuk ekspresikan diri aku yang betul sebetulnya.. maka menulis adalah jalan terbaik.

Kadang-kadang rasa macam ada ciri-ciri autisme aku ni.
Sebab tak pandai mengekspresikan diri.

JERITAN BATINKU
(memandang budak thailand 16 tahun di hadapan aku yg sedang buat kerja)

Kawan-kawan,
Kita solat,
kita puasa,
kita rasa kita tidak membuka aurat.
Aku tahu anda sememangnya tahu itu bukan bermaksud kita ini ALIM.
Walaupun kita buat benda-benda itu, kenapa HATI MASIH TIDAK TENANG? (aku  la tu)
WHY? WHY? WHY?
we o? (korea)

kata orang,
hati tidak tenang walaupun solat, puasa, tutup aurat..maksudnya adalah benda yang tidak lengkap...mungkin solat kita tidak sempurna.. mungkin bacaan laju, mungkin al-fatihah belum betul... mungkin fikiran tak pernah fokus..mungkin..mungkin.

I am sad. :(
Macam bodoh kalau aku kata..
"Kenapa aku rasa macam aku dapat DUGAAN LEBIH BANYAK daripada orang lain?"

HAHAHA.
kelakar ye..

Betul.
Kadang-kadang aku rasa aku dapat dugaan lebih.
kim bum soo - bogo ship da

Powered by mp3skull.com
Aku rasa kawan-kawan aku sangat beruntung.
Tak perlulah aku  nak bandingkan diri aku dengan penduduk Somalia pulak.
Aku cuma nak bandingkan dengan kawan-kawan aku je. Sebab kalau korang pun, takkanlah bila rasa sedih korang akan bandingkan diri dengan penduduk Somalia pulak kan?

Mestilah kita tengok kawan2 sekeliling kita sebagai contoh..

Aku rasa macam SENANG-SENANG je penyakit jadi kawan baik aku. Easy.easy.easy.easy.easy.easy.easy.easy.easy.easy.easy.easy.easy.Easy.easy.easy.easy.easy.easy.easy.easy.easy.easy.easy.easy.easy.Easy.easy.easy.easy.easy.easy.easy.easy.easy.easy.easy.easy.easy.Easy.easy.easy.easy.easy.easy.easy.easy.easy.easy.easy.easy.easy.
Cara untuk aku menyedapkan hati cuma satu.
"Allah swt tidak akan membebani seseorang itu melebihi kesanggupannya."

Tapi sebenarnya kadang2 aku tak sanggup.
Kadang-kadang aku rasa macam nak bagi penampar je kat diri sendiri.
Untuk apa? Manalah tahu kot-kot aku sedang bermimpi, atau koma.
Jadi semoga bila aku sedar, aku hidup bahagia happily ever after. Cis.

Ok. penyakit satu hal.
Bila dah makin sembuh,
perkara yang tidak dijangka berlaku.

Aduh..
sakit dow ati ambe..
sakit dow jiwe ambe..
rage ambe..

Ambil pedang, lapah-lapah daging korban.
Lukanya sama dengan hati aku.

Kemudian, hati sembuh.
Tapi parutnya?
HM HM HM.

Kemudian, baru nak happy-happy balik..ADA LAGI!!
Apakah tahun ini?
Kenapa too many dugaan ni?

So aku menangis.menangis.menangis.menangis.sampai muka nampak tua.
then aku pergi sekolah. mengajar Sejarah.

Datu patinggi aku sebut= datu patunggu.
Hantar buku sebut =bakar buku.
Nanti saya rotan sebut =nanti saya terajang.

selingan: statistik menunjukkan penyakit paling aktif pada abad ke-21 ialah penyakit KEMURUNGAN!
Sumber tak sahih : Komik dari China.

Adakah aku sedang menghadapi KEMURUNGAN?????

kalau ya, aku juga ada split personality. sebabnya, sekarang ni aku tengah bercakap dengan happy dengan budak thailand ni..bagi kata-kata semangat padahal pada masa yang sama aku feeling-feeling blues dalam blog. dia tak tahu sebab dia di hadapan aku. Dia mesti fikir dalam hati- ya aku ada harapan untuk berjaya.

Ada tokoh guru jugak ye aku ni (masuk bakul).

Nih Thailand boy.
Kamu, kalau kamu nak tahu..
muallimah (cikgu) tengah jahit impian muallimah yang carik sebenarnya.

P.S-teringat lagu Yuna final fantasy-


there's nothing you can do
to keep it out
there's nothing you can do
just scream and shout

living for today but you just can't find tomorrow
talking 'bout the joy
but it never stops the sorrow .


BETULLAH. RASA NAK LARI LARI SAMPAI PERUT KEMPIS. SERIOUSLY. BUT THE PAIN REMAINS.khakkhakkhak.

HIDUP MESTI DITERUSKAANN!

source: google image

Tuesday, July 3, 2012

Tacink Nak Bercerita

Hai.
Nama saya Rosnah.


Akhir-akhir ini hidup Rosnah tak menentu. Sibuk. Bz.
Rosnah mudah sakit.
Rosnah cepat tacink .

Rosnah rasa hidup dia kurang berguna kepada family dan yang tersayang.
Walaupun Rosnah ada tunang yang penyayang . Family yang harmoni. Tapi Rosnah rasa jemu.

Rosnah rasa tak ada lifeee...

Rosnah nak keluar dari kebiasaan. Lalu.. Rosnah rancang sesuatu untuk hiburkan hati sendiri.
Malang betul, Rosnah buat satu kesilapan yang tidak disengajakan.
Contohnya begini, saya cuma nak try merokok tapi akhirnya terhisap ganja.
Rosnah nak buat kesalahan kecik tapi jadi besar.

Rosnah bukan bodoh. Tapi akal sinting.
Rosnah suka mencuba.
Bila Rosnah dah cuba, Rosnah tunggu 2,3 hari sebelum menyesal.

Sekarang Rosnah menyesal.
Tapi apa kan daya,
nasi sudah menjadi bubur.

Rosnah risau. Bimbang. Takut dengan masa depan.
Macam mana kalau..kalau...kalau....


p/s- Rosnah lupa life yang dia ada sebelum ini adalah life..
belum MATI lagi.