Mei 2013

This world doesn't makes any sense anymore~




Monday, November 28, 2011

Zahiril Adzim oh my

Jam analog menunjukkan pukul 4.40 a.m. 
tiba-tiba aku terfikir a.m itu mungkin merujuk kepada 'amat mengantuk'. Ya, aku biasa tidur sampai pukul 11.59 a.m kerana waktu itu masih 'amat mengantuk'. Sebenarnya terlajak lebih dari 11.59 a.m tu pon dah terrrlalu biasa. 

Kenapa aku menaip sedangkan aku masih banyak kerja belum selesai, banyak hutang belum langsai, kerana aku ingin khabarkan kepada sesiapa saja bahawa aku kini sedang menyesal. 

#$%^&*f!!!*&^%

Baik, itu adalah perkataan mencarut yang tidak dapat aku gambarkan. Terlalu abkezaaberenggaabereggg perasaan aku sekarang. Aku benci bila tak dapat kawal diri sendiri. Sekarang aku kerap termenung. 

Oh ya, kasihan aku, baru terjumpa blog Zahiril Adzim selepas dia berkahwin. Mencinya. 

Berikut merupakan petikan entri beliau yang buatkan aku tersengih sumbing di pagi hari.

Sekarang jam 2.22 pagi, kalau ikut jam komputer aku ni. Aku nak menulis, update blog kata orang. Tapi esok kerja pagi. 7 pagi aku harus berada di Hulu Langat. Bermakna jam 5 pagi aku harus bangun.

Tapi aku nak menulis. Ada! Fuh, memang ada benda yang aku nak tulis! Banyak dalam kepala ni sekarang!

Ada! Ada!

Nak tulis ini, nak tulis itu. Nak tulis apa yang aku lihat, apa yang aku rasa tentang keliling aku. Macam biasa, semua labelnya adalah keliling aku!

Ada! Ada benda nak tulis!

Tapi kepala tak larat, badan dah penat. TAnGAn NAka meNAiap akbqoerubqt;obpnerzxxxxxxxxxxx...........


ZZZZzzzzzz...........

ZAHIRIL ADZIM
*sengih*

Aku rasa dia menarik. Aku suka artis yang suka menulis. Aku suka tengok dia berlakon start dari drama 'kawan' atau 'kami'? Yang ada Liyana Jasmay berlakon tu. Tapi watak dia dalam Juvana lembik. Tak suka. Tapi kenapa dia dah kawin.....

Aku pon perlahan-lahan tekan butang pangkah di sebelah kanan atas dan kembali termenung menghadap tesis yang begitu memenyampahkan.

p/s-dia ada terbitkan buku tajuk penari bogel...eh Bogel menuju Tuhan. Rasa macam nak baca. 

Thursday, November 17, 2011

Ciri-ciri Generasi Y : Basirah


Hai semua.
Sedikit cerita mengenai facebook dahulu sebelum masuk ke entri sebenar.
Aku benci betul iklan kasut di facebook.
Serius. 
Tahu kenapa? 
Sebab kasut dia cantik-cantik, buat aku hampir meleleh air liur tapi bila aku KLIK di iklan tu, terlompat ke dalam website tu, 
kasut yang aku minat tu tak ada pon. Puas aku cari tapi tak jumpa. 
Memang tak ada. Yang ada cuma kasut-kasut buruk je.
Pernah jadi tak ? 
Takkan aku seorang je tak pandai skodeng website tu? 
Wallahua'lam.

Ok, kedua. Ciri-ciri generasi Y. Hari tu aku pernah terlompat-lompat dalam website apa ntah, kemudian jumpa la senarai nama anak-anak kepada selebriti Malaysia. Felik-felik namanya. Melambangkan ciri-ciri generasi Y.

FAUZIAH LATIFF - JEFFREY JOAQIUM INDOT & JEREMY JAY INDOT
BAGGIO - ADLINA ASRYYA & MUHAMMAD DANISH RAMADHAN
FAIZAL HUSSIEN & SUHAILA - FAZRYN
SHARIFAH SHAHIRA & IJOY - ALYSSA & AIREL
EDRY KRU - EMIL & EDYLIA
REEVE DAMIEN & FEA ERYSSA
AIDID ALFIAN - CAHAYA DEENI, TEGUH BUDIMAN & INDAH FITRIATI
AZAH AZIZ - AARON ALBAN LEROY
AZHAR SULAIMAN - KASIH LEIA IXORA, ANDIKA REES PAHAMIN & KASIH IRIS LEONA
AZNIL NAWAWI - FILDZA HAIFA (FIFI) & FARIQ HAIZEN(RIKI)
BAGGIO DAMASUTRA - ADLINA ASRYYA & MUHAMMAD DANISH RAMADHAN
BRONT PALARE - IBNU IQBAL SOCRATES, IBNU IQBAL DYLAN & IBNU IQBAL RUMI
CHAM VE - CITTA KAISARA, CITTA KARAMINA & CITTA KAMELIA
DATUK JINS SHAMSUDDIN - PUTERA HANG JEBAT & PUTERA HANG NADIM
EDRY KRU - EMIL & EDYLIA
FAIZAL HUSSIEN & SUHAILA - FAZRYN
HAIL AMIR - CINTAFIFI
HALEEDA - AMIRAH AMANI

(berlambak huruf i dan y)

Kenapa generasi Y? Sebab nama budak-budak sekarang didaftar begini.
Nama saya fyfyey alyshya marsya.. (contoh). 
Kalau orang tua yang pakai gigi pelesu confirm terkeluar sebelah gigi pelesu dia bila sebut nama cucu begini.

Alkisah, pada suatu maghrib aku mendapat 1 mesej.

Mesej misteri : Assalamualaikum ckgu buat pa? Ny student ckgu sklh mngh sg.krgn ingt lg x klau ingt tka ny spa   (kemudian ada 5 smiley pelbagai ekspresi wajah)

Aku: Wslm. cikgu tau. ni mesti rajagopal kan? huhu (saja buat lawak)

Mesej misteri: Ckgu ny basirah la ckgu ny rajagopal plk...ckgu sekarang  mengjar kolah mana? km sini rindu cikgu tau.

Aku: Ooo Basirah.. blablablablabala...rindu..blabla..sapa bagi no telefon?

Basirah : Fatihah bg.. blablabla..

Aku : Bla bla...

Basirah: ny....mym...blablabla ny... bye....

Nampak tak? Nampak tak? Betapa banyak huruf I telah diganti dengan Y..

Membuatkan aku terfikir, kalau generasi Z nanti macam mana gaya bahasanya.


p/s- Zazazazazyxxxzz? oooo zZzaaa? hahahaha... zyzyzyzyzy gagaga.
T_T

Thursday, November 10, 2011

Wanita Suka Bangkitkan Isu Remeh-Temeh.

Sebab tu ada cerita Gossip Girl dan Mami Jarum.
Hikhik.
Bayangkan kalau ada gossip boy, serius geli.
Rasa nak penampar je kepala penerbit cerita tu.


Sekarang aku nak bangkitkan isu remeh-temeh jugak.
Harap wanita sudi dengar "of course!!" suara gedik wanita scr beramai-ramai.
Lelaki nak tumpang baca?
Silakanlaaah.


Ok,
macam mana raya korban tahun 2011?(kantoi tak ingat tahun Islam)
Seronok tak? Makan apa?


Ada tak jadi pelahap macam aku..
Pelahap macam aku= lima mangkuk soto+dua mangkuk sup daging dalam masa 7 jam


Aku ni suka buang masa. Sob.
Sempena Hari Raya Korban tahun ni, aku ingin KORBANKAN SIKAP BERTANGGUH aku.
Jadi, aku dengan insafnya cuba buat banyak kerja dalam satu masa. 


Aku ingin tebus balik masa-masa lampau aku yang banyak terbuang dengan melayari laman-laman web yang tidak berfaedah.
Aku insaff. Sreeett. "Dik, nak tisu muka bercetak timbul,boleh?"


CERITA DI HARI RAYA KARBON..eh KORBAN
(cerita dua kerja dalam satu masa aku)


Demi pengorbanan tahun ini..
Aku pun ratah daging korban dengan rakusnya sambil membuka Facebook. err


Tiba-tiba!!!!
Tiba-tiba...ye kawan-kawan sekalian...
Tiba-tiba...aku telah terklik satu picture dengan tidak sengaja..


Jeng..
Jeng..
Jeng..


Daging yang tengah aku kunyah terus terasa payau..
nikmatnya daging korban tidak terasa lagi..
Aku rasa lugaaaaaaaaaaaaaaaa!!
(meminjam bahasa Terengganu, luga ialah pening-pening ayam bersama sedkit rasa ingin muntah)


Tajuk gambar: Seorang lelaki dikerat lima kerana merogol ibu kandung.




Aku stress dua waktu ni je, kawan-kawan. Tapi dah tak tertanggung dada eden ni ha.


Tahniah....
Tahniah.....!
Bravo Bravo asta la vista babeh.


Anda yang share gambar-gambar sedemikian begitu ramah-tamah+mesra pelanggan hingga ingin kongsikan semua perkara kepada friendsbook. 
Aku kagum. mengangguk-angguk sambil tangan letak belakang macam YB melawat kawasan


Tahukah anda,
anda yang suka share gambar-gambar begini...
telah mengoyak+menghancur leburkan azam seorang gadis untuk Hari Raya Korban tahun ini?
Pengorbanan barunya hanya tinggal nama..
Hanya nama..
Hanya nama...terus bergema dan bergema


Beliau akan mengalami kesukaran membahagi masa untuk hiburan+ tesis beliau yang 
jalan segan, stuck sekerat jalan. 


Kenapa? Kenapa? Kenapa?


Kerana beliau..eh
Kerana..
aku.. 
tak mampu siapkan tesis dengan cemerlang kalau aku tak buat banyak benda dalam satu masa. Kerana aku tak cukup masa! Kerana dulu aku suka buang masa! Kerana aku...aku....(terus merepek dalam setengah jam lagi)


Kalianlah!!!
yang upload gambar-gambar ngeri itu..


kalianlah punca tesis beliau lambat diproses nanti. Sebab aku tak boleh makan sambil menaip lagi. Atau menyanyi sambil gosok gigi. 
ARASSO?! faham!? 
Aku salahkan kalian 11.111111 peratus! sempena tahun 2011
Padan muka.


Beliaulah...
(sila tengok nama penulis)


p/s- Huh! jeling maut.
p/s 1-Semut kat meja aku ni pemalas bangat ah..hanya air milo dijilatin, asam pedasnya enggakk.
p/s 2- Tesissss... meracau sampai bersembur air liur
p/s 3-Ah..kakak aku panggil suruh tolong balut hadiah pulak. Bila boleh jalan tesis aku?