Mei 2013

This world doesn't makes any sense anymore~




Monday, November 11, 2013

Kelebihan PBS

Lagi seminggu persekolahan akan tamat untuk tahun 2013.
Pergh. bukan sikit kerja cikgu.
 Hati aku sangat resah.
PBS belum siap, hari ni kena hantar.
Aku tak suka luahkan depan muka orang.
8 orang budak nak tukar sekolah dan kena sediakan pbs diorang.
PBS belum key in.

8 kelas PBS aku.
Sejarah pulak.
Memang stress.

Guru baru pulak, kena buat kajian tindakan blabla.
Folio guru baharu lagi.

Wey shennmmaaa......

Monday, July 29, 2013

Zaman Kerja

Kerja kerja kerja.

bila tengok orang lelaki kat tempat kerja aku,
life depa mudah gila.
nampak tak stress.

awat aku stress?
adakah kerana aku perempuan?

pikiaq-pikiaq balik, dak jugak.
bila tengok SEKALI LAGI kawan-kawan laki kat tempat kerja aku
depa memang tak stress
enjoy
tapi aku perhatikan
depa  buat kerja tak tara mana pun
hat buat sistem ni, nak habaq mai. sistem ang 100% tak praktikal. 














aku ni ada saja reja atas meja. non stop baq ang.
depa plak, boleh jaa dok tangguh reja..
toksah dok heran la bila ramai pempuan jadi pemimpin zaman la.

sebab pa?
sebab laki zaman laa...
depa bajet depa cerdik secara semula jadi.
kurniaan Ilahi.

sebab depa dok syok sendiri..
la ni bilang ngan jari berapa banyak lelaki melayu berkualiti.
sebab tu ramai anak dara tua.

back to the topic, bab mengular ni..
aku takut nak buat lagu tu
aku takut rezeki tak berkat

ponteng sana ponteng sini
sat-sat mc.
bab kebersihan duit jangan buat main...

kita orang Islam zaman la suka ambik mudah semua benda.
pastu pakat heran awat anak tak dengaq kata
degil..
hati keras dan sebagainya

awat tak pikiaq betul-betul ang masa reja tu mengular ka dak...
ingat nak berkat ka bila bagi duit tu kat anak-anak..

moga-moga kesedaran ni terus segar mekar dalam hati aku.

still, aku tengah pikiaq cara supaya aku reja tak stress,
baru masuk alam reja ni kata sedara aku,
memang rasa hidup macam apa lagi.

maklumla, nak cope ngan tempat baru tu tak senang aih.
susah.
aku lak very poor my soft skill...
kesian aku.
reja bawak balik rumah-perkara biasaa bagi orang ataih..kita orang bawah reja macam nak semput.

Thursday, July 25, 2013

Fikiran kita

Kadang-kadang,
tidak tahu apa salah kita
wajah kitakah
atau sikap kitakah
yang buat orang benci kita

















Kadang-kadang
kita cuma suarakan kebenaran

Selalu juga
kita hairan kenapa ya?
yang mengampu itu ramai kawan
adakah itu dikatakan beramah-tamah
kita hairan

Walau berapa kali pun kadang-kadang itu
terfikir juga kadang-kadang
mungkin ini saatnya
saat Dia tidak mahu sesiapa tolong kita
supaya kita kuat
supaya tertebus dosa-dosa kita
dengan duka yang tak terhitung

Kadang-kadang terfikir
Mungkinkah kemungkinan itu?

Hari-hari sedih yang bahagia

Kau hadir masa aku layu
dan pergi
masa aku bisu.

Aku bukan aku masa itu.
Aku bukan lagi aku masa kau sangka itu aku.

Buat insan yang bernama dia,
Sekarang ini aku bukan lagi seperti dulu
Seperti hari-hari sedih remaja aku

Hari aku dimarah emak
Hari aku rasa ingin segera kerja
Itu hari-hari sedih yang biasa

Hari ini,
hari yang sentiasa sedih
hari yang sedihnya tidak seperti dulu

yang aku sangkakan aku sedih sekali
hari yang aku sangkakan aku paling teruk
bukan,
bukan hari itu.

Hari ini adalah hari  buntu.
Hari-hari sekarang
apa yang aku rasa
kaulah puncanya

kerana aku masih ingat,
aku tidak sesedih ini sebelum bertemu kau
masa aku sedih dulu
adalah masa bahagia aku.


















p/s- kau bukan dia

Tuesday, June 11, 2013

Kawan

Kadang-kadang 
kita jumpa orang yang salah
kita buat keputusan yang salah
duduk dengan orang yang salah

akhirnya memendam rasa.


Lama aku dimanjakan dengan kawan-kawan yang baik.
Mungkin dah tiba masanya untuk aku rasa kedua-duanya.
Baik dan jahat.
Barulah aku jadi seorang manusia.


Friday, May 24, 2013

Cipan Kering Cipan Basah

Hei hei.
Sekarang si gadis ini sedang berada di bilik yang lampu dan kipasnya terpasang.
Ah.
Bunyi kipas buruk sungguh enak sekali dong.
Bunyinya nyamaann.. Kayak perahu.
Kadang-kala lebih enak dari bunyi 'teman-teman' sekadar ngobrol.

So here I am.
Seorang diri di rumah flat buruk yang mahal.



           (︺︹︺)
I am one of trillions FOREVER ALONE out there.
Tak bangga. Just huntok menunjukkan...

I have tons of gang all over the world.
(ʃ_⌣̀ )/||



HOKE.
Ini sedikit cerita pasal rumah haku yer.
Flat Sungai Dua buruk.


Nampak berhantu.
Jangan naik lif sorang-sorang.
Why is that?
Kerana aku takut.
Kalau korang semua tak takut. silakan.
Tapi aku sudah banyak kali terkejut. Manyak manyak kali .

Pertama,
pintu lif sebelum tertutup akan berbunyi...
Krei...ik..ik...

Dah masuk dalam lif, dongak atas.
Berlubang.
Just like in the movie.

Kedua,
bila pintu lif terbuka..
Kre..ik...ik....

DUB.DUB.DUB.DUB,(bunyi cemas jantung)

Pak cik gemuk, putih dan tua
memakai baju pagoda
berdiri tegak ....BOTOL BOTOL di depan pintu lif.

"Hah hah haaa....aaaaaa"

Itu bunyi jeritan aku. Pak cik tersentap dan mengundur.

"Sorry..."

Aku berlari keluar sambil tangan bersilang di dada sambil membongkok.
Ala-ala larian Ella dalam klip video TIADA TANGIS LAGI VERSI MOVIE BAYANGAN MAUT.

Apa yang aku ingat, tak pernah cecah 5 kali aku naik lif tu. Dah 3 bulan di sini. Rela aku naik tangga kerana rumah aku di tingkat 2. huhu

Entri aku kali ini,
Tiada motip.

Oleh itu, janganlah kalian terasa sesia membaca, kerana
MEMBACA ITU JAMBATAN ILMU.

ᕙ(`▽´)ᕗ  ᕙ(`▽´)ᕗ  ᕙ(`▽´)ᕗ
FOREVER ALONE MEANS STRONG.

LOVE NOTE-dengar lagu Just give me a reason-Pink. Rasa dekaat dengan diriku. why eh?

Friday, May 17, 2013

This is Senah's Diary.



-_-

-_-


-_-

17 MEI 2013

Aku di Pulau Pinang. 

:')

What is so good about Pulau Pinang?
Bas Rapid banyak.
Bersih . 
Penghawa dingin.
Konduktor baik.
Boleh ke mana-mana saja dengan bas Rapid tersebut.
Rasa macam nak pusing Penang naik bas Rapid sambil melihat pemandangan. 
Seriously.


Setelah terjun ke dunia kerja
(ayat sepoyo-poyo)
hidup menjadi sibuk.
I don't even have time to blog anymore.

Di Penang, 

Ada orang jahat dengan aku.
Dan Tuhan itu Maha Adil.


karma already slaps her in the face
before i do.
Should i thank God for this?

************

Saat aku tiada kawan baik.
ada seorang kakak.
Dia tak memandang pelik pada aku.


Dia masih menemani aku shopping!
Di saat orang lain menjauhkan diri,
dia berkawan dengan aku.
Thanks kak.
 SARANGE..
making_friends

Thursday, April 18, 2013

Susu Panas

Pada waktu malam gelap yang
tidak menampakkan bulan
Ku yang baru mencelikkan mata
Hanya seorang sahaja,
Berpusing-pusing di penjuru katil
Sukar melelapkan mata kerana fikirkanmu


Di dalam mimpi
Engkau menyapaku
Menyayangi dengan lembut
Terdengar " Kenapa ini?"
Mata celik semula

Malam yang tidak dapat melelapkan mata
Engkau tiada di daerah bahasa kita
Bancuhlah secawan susu panas
Yang dibuat sendiri.



sumber : komik doraemon

Sunday, February 24, 2013

Nama isteri ustaz-ustaz.


                                    Ustaz Don Danial Biyajid. Isterinya nama Husna. 25 tahun.




                                               Imam Muda Asyraf. Isterinya nama Husna.25 tahun.


Perhatian. Perhatian.
Perhatian.








Nama sebenar Cik Bungakopi juga ialah:

Husna. 


Husna maksudnya baik.
Jadi panggillah nama anak anda dengan nama yang diberi.
Jangan panggil Hakimi sebagai Along,
Jangan panggil Fatimah sebagai Timah,
Jangan panggil Safiah sebagai Peah

Buat apa anda susah-susah selak buku nama-nama Islam kalau kesudahannya anda panggil budak itu dengan nama achik, alang, nana, nini?


Panggillah dengan nama yang anda susah payah pilihkan dulu.
Sebabnya, nama sedikit sebanyak mempengaruhi sikap empunya nama.

p/s- Bukan nak kata aku baiklah. He he he. 

credit pictures.google image