Mei 2013

This world doesn't makes any sense anymore~




Friday, March 26, 2010

DILEMA GADIS CANTIK

Kata orang, jadi orang hodoh memang susah. Tetapi, adakah jadi orang cantik senang?

KISAH ORANG CANTIK 1.


Nama saya Ruby Pom Pom. Saya jiran  Bungakopi. Saya ada seorang lelaki yang minat gila dekat saya. Budak lelaki ni dulu sekelas dengan Bungakopi waktu sekolah menengah. Ini bermaksud umur lelaki ini tua dua tahun daripada saya. Saya namakan lelaki tersebut sebagai Lee. Sebab muka dia memang ada iras-iras dengan Lee Hong Ki. Apabila Lee dapat tahu Bungakopi jiran kepada Ruby Pom Pom, maka Lee yang sebelum ini suka http://emo.huhiho.com 
dengan Bungakopi mula berbaik-baik dengan beliau. 
Tujuannya tidak lain dan tidak bukan adalah untuk mengorek cerita mengenai saya daripada Bungakopi. 


Waktu itu saya berada di Tingkatan 1 manakala Bungakopi dan Lee berada di Tingkatan Tiga. Kata Lee, dia jatuh cinta pandang pertama sejak terserempak dengan saya di library sekolah. Waktu itu saya pengawas perpustakaan. Sejak hari tersebut, dia selalu memandang saya dari jauh dan kadang kala melemparkan senyum. Sudah lumrah gadis cantik, senyuman sebiasa itu tidak mungkin diingat oleh saya kerana begitu ramai lelaki melemparkan senyum dalam masa sehari. 
http://emo.huhiho.com
Surat-surat cinta monyet yang dihantar juga tidak pernah diambil pusing oleh saya. Ini termasuk dengan surat Lee. Tetapi, dalam ramai-ramai peminat saya, saya tidak menjangka Lee begitu setia menunggu sehinggalah saya tamat belajar. Waktu itu, Lee memang baik sangat dengan saya. Disebabkan kebaikannya, saya tidak sampai hati untuk terus-terusan menolaknya. Waktu itu saya sudah mempunyai kekasih, namanya Iz. Tetapi demi tidak menghampakan Lee, saya mengakuinya sebagai abang angkat saya. Apabila saya putus dengan Iz, saya begitu kecewa. Pada waktu itu, Lee banyak memujuk saya sehingga membuatkan saya terharu. Oleh itu, lamaran Lee saya terima walaupun saya tidak mencintainya.

Saya fikir saya boleh cuba mencintainya malangnya tidak. Saya kerap mengecewakan Lee walaupun dia tidak pernah melukakan hati saya. 

Sehingga ke hari ini, sudah 7 tahun Lee mengharapkan cinta saya, tetapi hampa. Saya pernah cuba untuk memutuskan hubungan dengannya, tetapi segalanya begitu rumit. Saya tidak menjangka dia akan menghubungi semua kawan-kawan saya semata-mata untuk mengetahui sedikit maklumat tentang saya. Lee juga selalu mengugut, jika saya tinggalkannya, dia akan jadi gila. Lee pernah mengganggu kawan saya semata-mata kerana inginkan no.telefon baru saya, ini menyebabkan saya benar-benar tertekan. 
http://emo.huhiho.com
Kata Bungakopi,  
wah, aku tak sangka ada orang admire ko sebegini sekali.Jeles juga aku.

Balas saya kepada Bungakopi,
'Tak payahlah, boleh buat aku jadi gila tahu! Gila!!'

Bungakopi terkejut, kemudian berkata, 
susah ya jadi orang cantik ni?

Balas saya,
'Ya, kalau lelaki tegur dan aku jawab, dikatakan melayan. Kalau lelaki tegur dan aku tidak jawab, dikata perasan cantik sangat. Kalau aku bergaduh, dikatakan harap muka je cantik tapi perangai haprak, adus...'
http://emo.huhiho.com
keluh saya kepada Bungakopi. 

Bungakopi hanya terpegun kaku ketika itu. Sekarang, sudah 4,5,6,8++ saya menukar no.telefon, semuanya demi mengelakkan Lee, tetapi berjaya dijejaknya juga. Saya bukan terlalu kejam untuk memaki hamun lelaki yang pernah banyak membantu saya,
http://emo.huhiho.com
tetapi saya tidak dapat bertentang mata dengan Lee dan mengatakan bahawa saya tidak cintakannya. Saya tidak tahu ke mana hubungan ini akan pergi kerana saya memang tidak cintakannya. Hmm. Saya sudah penat berlari.
http://emo.huhiho.com
P/S- Hisap rokok sambil berguling

15 comments:

Anonymous said...

ni tahap gile bayang ke ape.. bahaye2..

-abeza-

beautiful_rose said...

hurrmm....susah betul nak cakap dengan orang y tak paham bahase nieh.orang da cakap x suke masih lg naK PAKSE.......

TUKANG KATA said...

ada hikmah rupa tak berapa cantik nih..

:)

fathiahRAIHANA said...

ala cantek ke tak kan ke ade klbihan msing2 :)
mnusia je , suka sgt judge org laen.

aqem jr said...

Ruby pom pom~ ruby pom pom...jom lah kawen ngan saya...saya single ag...

bungakopi~hooiiii minah bungakopi, tulun gtaw ruby pom pom nie..ak masih single..hahahahah

Anonymous said...

abeza laa tu org yg bernama Lee...xnak ngaku plak...ape laa abeza nie...xromantik r pakse2..hehehe


-abeqem-

Bungakopi said...

abeza,
bahaya oh. skali aku diganggunya. nasib bek kawan aku.

Bungakopi said...

beautiful rose,
manusia ni mcm2 jenis.

Bungakopi said...

tukang kata,
setuju ngan awak.


fathiahraihana,
lelaki la tu.pompuan tak kisah..

aqemjr,
haku tak naakk khabo ke die..

Anonymous said...

abeqem, x elok ckap saya mcm tu tao..

-abeza-

Bungakopi said...

abeza and abeqem, guna la google profile weyh..dok anonymous tak habis2.

where said...

bia la lee jd gila..

Bungakopi said...

where,
taktahugak. tu pilihan kwn bungakopi.

Anonymous said...

good article... dilema yg sama saya alami yg xterluah smpai hari ini sbb takut org ckp bajet cun sgt... hai...

Bungakopi said...

miss anon,
saya plak slalu berkawan dgn gadis cantik.