Mei 2013

This world doesn't makes any sense anymore~




Saturday, March 27, 2010

Earth Hour-refleksi la kononnya ni.

http://emo.huhiho.comSebelum aku menyambung entri kedua mengenai gadis cantik, aku ingin meluahkan rasa kecewa kerana tidak ramai orang yang prihatin dengan Earth Hour yang bermula jam 8.30 hingga 9.30 malam ini. Sejam jer. Bukan lama pun. Tolonglah, tolonglah berkesedaran sivik sikit.  Rasa kecewa aku ini kerana melihat bakal guru sendiri enggan menutup lampu walaupun mengetahui mengenai kempen ini. Kalau guru tidak prihatin, bagaimana nanti pengaruh mereka terhadap anak murid?


Dalam dunia ni, tak guna kau bergendang ke sana sini pasal agama, pasal politik yang tidak habis-habis, pasal kebaikan parti kau, pasal nasihat mengenai jangan bercouple dan macam-macam lagi kalau sumbangan sekecil itu pun tak mampu kau buat untuk kebaikan bumi kita yang tenat ni. Apa kau ingat dalam Islam hanya menyuruh menutup sana sini, bersopan, bercakap baik, solat lima waktu dan blablabla....itu sajakah? Apa kita tidak ada tanggungjawab lain?

Memang betullah pemikiran rakyat kita yang masih di takuk dunia ketiga walaupun orang kata infrastrukturnya kelas pertama. Betul juga kata seorang trainer dahulu bahawa negara maju membangunkan minda masyarakat manakala negara membangun membangunkan infrastruktur yang gah. Pasti wujud bezanya kan?

Kebetulan pula petang tadi aku mengikuti bengkel praktikum sehingga jam 5 petang. Semasa acara penyampaian cenderahati kepada Timbalan Dekan yang merasmikan penutupan majlis, beliau menegur kami semua sebagai penganjur majlis kerana cenderahati beliau yang berupa buah-buahan di dalam bakul dibalut dengan plastik. Seboleh mungkin kita minimakan apa sahaja yang dapat membantu memanjangkan usia bumi, kata beliau dalam majlis itu. Kadang-kadang kita memang kurang peka walaupun kelihatan bersungguh-sungguh menyokong kempen sebegini.


Jadi, sebelum aku menaiphabiskan entri ini, aku menyeru kepada semua, bermula malam ini, marilah kita membawa beg sendiri semasa membeli-belah, membuang sampah ke dalam tong sampah,mengamalkan kitar semula, membeli barangan yang menyokong usaha go green (misalnya la), berkongsi kereta, menaiki kenderaan awam,  tidak membazir air dan elektrik etc. Bukan apa, aku cuma takut kita tak larat nak menjawab di akhirat nanti, banyak tanggungjawab kita sebagai manusia.
http://emo.huhiho.com
P/S- Orang lain padamkan lampu, tapi ada juga manusia yang buat program waktu begini. Tapi bercakap pasal tanggungjawab manusia? Chaitt. Ohya, semua gambar dikreditkan ke Google.

15 comments:

Husna Hadzarami said...

thumbs up! kita geng okk! :)

beautiful_rose said...

orang cakap lebih...gebang sana sini kempen itu ini macam dia hebat.tapi hasil tak de.macam tin kosong.banyak yang aku jumpa macam tu.......nak kata tanggungjawab memang tak adalah kan.tapi yang banyaknya tunding jari kat orang lain.

Bungakopi said...

Husna,
hokeh.

beautiful rose,
betul2..

Anonymous said...

aku xikut pom..ala takpe laa kan..aku mmg bencikan kempen...segala mak bapak kempen ak benci...sbb aku tahu ade dua tiga kerat je yg ikut...contohnya bab rokok..aku xhisap rokok...tp kwn2 aku rata2nya hisap rokok..jd dgn hormatnya dan tanpa segan silu asap2 rokok tu masuk lubang hidung kanan ak lepas tu xkuar pom dari lubang hidung kiriku..situasi nie same laa ngan kempen tutup lampu nie..klau buat pom..faedahnya xdpt..klau buat dpt satu juta..maybe rmai yg buat kowt...hua3..itulah MANUSIA...sume kempen atas dunia nie cam hampeh kecuali jika ade ganjaran didepan mata...

nabila said...

klu nak sgt selmat alam:

-stop mkn pakai polistrine n pkai sudu besi jgn plastik
-smpah kt uma tu recycle la
jgn beli paper(akhbar harian)..bace bape mini trus buang...bazir dah la tiap2 hari plak tu, BACE LAH KAT INTERNET..or share 1 paper ramai..
-jgn pakai spray deodorant
-jgn pakai beg plastik
-klu larat, kayuh basikal g tempat keje...hehheehhe..naik la train!!!
-kurangkan shopping baju2, kasut, beg accessories.pkai dah la jarang..berlamabat dlm almari..bazir!!!! myk sources yg di gunakan nak wat sume brg2 tu..sedar x????



earth hour ni pun tak ramai nak buat..mcm mne nak amalkan yg atas ni..

(sy extreme skit bab nak jimat bekalan alam)

Bungakopi said...

hoi anonymous, ingat aku tak tau ko saper?
huhu
weyh kalau suma org berpikiran mcm ko maka memang tak lama la hayat bumi ini. bagusla ko tak merokok, jimat dah duit. umo pun insyaallah panjang kalau takde ekcident la.

Bungakopi said...

nabila,
anda memang hebatlah kalau buat semua tu. aku rasa aku ni jenis selekeh, jadi jarang shoping baju, spray deodorant aku tk pakai..so hapak dah badan aku, aku nek bas g mane2, paper lak aku tak penah beli, tumpang paper kawan je smpai kawan bosan..beg plastik aku dah tk pakai, dah blaja sumbat brg dlm beg sandang aku,sampah kat umah pula..botol2 memang mak aku simpan sbb hobi dia berkenalan ngan india kutip botol tu, so kiranya aku ni recycle habislah yer?

Anonymous said...

hahahaha...husna2...klau ikut pom leh panjangkan jangka hayat bumi ke??...xyah laa nk ikut kempen ngok ngek tu...klau btol ko nk jaga alam nie...ko bunuh semua makhluk yg bernama manusia...hua3

-suami husna-

Bungakopi said...

woih anonymous yang letak nama suami husna, my future husband mestilah seorang yng mencintai alam sekitar hoke.
watpe nak bunuh manusia lak,tak kuasa ai

the sastraboy said...

arhhh!!!
terasa lak.Tapi masa E.H tu saya kat cc.Tengah lyn FB dan Blog.huu.Tapi saya pun baru perasan E.O jatuh pd hari tu.Tak perasan la.Nasib baik baca blog.Kalau tak,haram!mesti tak tau.Haha.Tahun ni dia punya publisiti tak besar macam tahun lepas.Tahun lepas memang gempak.Satu kampung saya bergelap.Bukan sebab tak ada karan.Tapi sebab E.O.Gle lah kampung saya!!O yeah!haha.

Bungakopi said...

the sastraboy,
tak tahu dimaafkan. huhu.gempaknya kg. lenkali nak join kg ko lah.

Anonymous said...

Kempen Earth Hour dibuat untuk meminimumkan pggunaan elektrik dunia sebab ade satu alat yang sedang dibangunkan oleh pihak tertentu yg guna elektrik terlalu byak.. jd penjmatan elektrik selame sejam dapat mengaktifkan alat tersebut.. alat tersebut dikenali sebagai Large Hadron Collider (LHC)ade di CERN, Switzerland.. fungsi alat tersebut..?? mencipta satu portal antara 2 alam..

-abeza-

Bungakopi said...

abeza,
mcm citer mistik omputeh je

greenhall said...

xguna kalo time sambutan earth hour je kita buat benda tu.









benda patot konsisten dari hari ke hari. bukan stahun skali.
kan?

Bungakopi said...

greenhall,
betul. yg ada kesedaran bolehla buat berterusan. malangnya ramai yg tidak. oleh itu, sthun skali, kalau buat scra besar-besaran, bygkan brp tnga dpt dijimatkan?