Mei 2013

This world doesn't makes any sense anymore~




Tuesday, April 27, 2010

5-FIVE-Khamsah (seiras grammy award)

Ya, hari ini aku kembali memeriahkan industri blogging tanah air setelah sekian lama menyepi. Tujuan aku bersila di atas katil tak lain dan tak bukan adalah untuk menerima award semata-mata. Berikut adalah award comel yang aku dapat daripada adik Shukri kita yang cantik manis. Terima kasih ya. Beri tepukan kepada beliau (dah sebulan lebih dapat award ni).


http://emo.huhiho.com
wajah terharu aku

Dulu-dulu ( mood bercerita sedang naik)
meleleh air liur aku tengok kawan-kawan aku dapat bear bes0-bes0 daripada mak, ayah and exspecially boyafren. Jadi, dapat award ni rasa sangat menarik dan seolah-olah aku tidur sambil memeluk bear yang sebesar katil dan lebih tinggi dari aku. Tapi, yang kureng sikit, tiada benda yang percuma dalam dunia nih. Ini syarat-syaratnya.

~Copy award ni macam dapat Grammy Award.
~Bagitahu orang yang beri dan link blog pemberi award ni.
~Tajuk post korang mesti ada perkataan 5-FIVE-KHAMSAH- :)

1- FIVE name that people call you
- Nama yang mak ayah aku beri- x0x0x (rahsia kononnya)
-Nama timang-timangan waktu kecil- Deathnote (kononnya tapi sebutannya sama. Betul ni, tak tipu)
-Nama kawan-kawan panggil aku waktu keganasan buli tengah bermaharajalela di sekolah- Masher-sila gerun
-Nama yang orang dalam dunia internet je panggil aku- aain
-Nama yang orang tersilap panggil- Rosnah (hahaha)

2- FIVE important dates in your life
http://emo.huhiho.com
-Aku adalah insan yang lemah dalam mengingati tarikh.Tapi rasanya ada sedikit tarikh yang gembira.

- Tarikh kelahiran Nabi Muhammad s.a.w
- 1 Syawal ( waktu ni semua orang berkumpul )
- Cuti sekolah 

 3- FIVE things that you done yesterday

Pertama-tama
- makan dengan sopan. Garpu cucuk ikan yang baik untuk kesihatan otak. Tukar, makan pakai tangan.

Kedua
- cari buku nota hilang. Satu-satunya sumber aku sebelum exam pada hari ini! 

Ketiga
- kesinambungan daripada situasi di atas, aku berkuda ke blok kawan aku untuk menelaah bersama-sama.

Keempat
- Kawan aku paksa tidur sana tapi aku menolak. Aku berkuda dan balik dalam hujan jam 12 malam seorang diri.

Kelima
- Aku salin baju. Hehe. Ada lagi, aku berjaga sampai 4 pagi sebab aku beranggapan paper last exam biarlah struggle sikit. 

4- FIVE ways to be happy

Nombor satu
- Merokok. Sebab mustahillah tak happy sebab mereka merokok hari-hari. Perlukah aku cuba?

Nombor dua
- Senyum.Tapi aku kurang senyum sebab rajin sengih. Samalah tu kan.

Nombor tiga
- Makan. Tanpa makan aku adalah 360 darjah berbeza.

Nombor empat
-Bersuka-ria dengan kawan. Mereka sumber kehappyan aku di sini!!! I love u ollzz. Nak upload pic sikit.




Nombor 5
- Tidur. Uh..

5-FIVE favourite movies
- aku suka dan aku lupa.

6- FIVE favourite hobbies
- Minum air.
- Baca komik 
- Layan cerita
- Baca blog orang
- Ber...bber..

7- FIVE favourite people
- Mak
-Kakak
- Anak-anak buah je dah bersepah, lebih 5 orang. Kira siap.


8- FIVE favourite places for vacation
- Pulau-pulau.
- Kawasan pergunungan.
- Kawasan bersejarah.
- Kawasan yang ada banyak barang murah tapi cantik. Cthnya..

                                       syurga wanita

- Mana pun best asalkan free.

9- FIVE reasons you answers the survey
- Aku tak ada kerja. Seriously.
- Aku tak boleh tidur sebab baru lepas makan, nanti perut buncit.
- Aku nak tempek bear ni kat sidebar belog aku.
-Aku nak bagi nampak ada update terbaru sikit.
- Aku sedang mengisi masa lapang.

10- FIVE persons to tag
- fateen
-izzati aka cik pelangi
-zaty fiziaty
-Pak cek Biola aka Rozuan Ismail
-Wirdah


P/S- 
http://emo.huhiho.com
Update belog sudah, nak buat apa pula pasni

Thursday, April 22, 2010

Dr.Fadzilah kamtumi (come to me)

Video ni dapat daripada seorang member. Mungkin dia tengah cari ceramah Dr. Fadzilah tapi jumpa video yang diupload oleh Martomo nih. Ah, banyak cakap. Tengok je, yang pasti, boleh buatkan kau tersengih.
http://emo.huhiho.comInsan yang cemerlang...datangnya....

Wednesday, April 21, 2010

Kisah Nasib Baik

Selamat pagi semua. Hari ini kita mulakan kelas dengan bacaan doa.
Allahumaftahalainahikmatakawansyuralainaminhozainirahmatikayaarhamarohimeen..


Adus, musim exam ni, rasa sedap tidur di atas katil memang terbukti lebih berbanding hari-hari biasa. Waktu begini, tilam terasa sangat-sangat lembut, udara terasa sangat nyaman, hinggakan rasa lega tulang belakang yang sengal-sengal.

Ilusi akukah? Atau semua orang rasa perkara yang serupa?

Pagi ni dapat panggilan daripada seorang pemanggil. Aku serius tidur lewat semalam, jadi pagi tadi bukan tak subuh, tapi aku tidur balik. Itupun aku mengaku, rasa sangat berat untuk bangun.  Kemudian jam 9 tadi, ada seseorang call aku. Aku angkat, dia letak. Mula rasa nak abracadabra sambil hembus kemenyan. Kemudian dia call lagi, aku tanyalah, 

"Nak apa, hah? Nak apa?"

Jeng..jeng.. 
kata beliau, 

"ni Cik Bungakopi ke?"
"Ya, saya?"
"Slip exam cik tercicir." (O_O)

Buntang mata aku. Cepat-cepat aku bangun dan bersila di atas katil.

"HAAH, YE KE??" 

Bunyinya agak terkejut di situ dan bukan dibuat-buat ye kawan-kawan. 

" Lar, cik tak tahu lagi ke?"

" Err, saya rasa waktu saya on the way balik kolej slip saya masih ada dalam beg sebab saya buka beg dalam bas"

"Yelah tu, tercicir dalam bas. Ada seorang pelajar datang serahkan slip ni kat saya. Tak apalah cik, nanti kalau cik nak ambil exam, jangan lupa singgah office untuk ambil slip"

" Owh...Ok, terima kasih ya.." kata aku dengan suara serak basah ala-ala Ramli Sarip.
Teet.
Aku yakin 400 peratus beliau tahu aku baru bangun tidur. Owh, teedaak. Slip exam aku mesti dah kotor. Owh teedaak. Baru satu paper tapi slip exam dah kotor-motor. Owh teedaak. Nanti orang ingat aku ni tak pembersih. Owh...owh.. baik aku belah sekarang.

Sunday, April 18, 2010

Laporan Bergambar Edisi Makan Angin

Tidak dapat tidak, exam sindrome down membuatkan mata aku seolah-olah bengkak, walhal aku tidak berjaga pun. Maka, aku rasa dengan menghupdate blog mungkin dapat menghilangkan sedikit rasa sengal-sengal tulang belakang dan denyut-denyut urat kepala. Jadi, here I am, babe. Heheh. 

Minggu study week, orang sibuk study, tapi aku dan konco-konco aku berpendapat meringankan otak sangat PERLU bagi mengelakkan berlakunya adegan merebus buku. Jadi, kami membuat keputusan untuk ke Pulau Pangkor.

HARI PERTAMA
-sampai di jeti Lumut

 =
 =
 =
Sila tanam dalam fikiran, kalau gambar nampak cantik, itu mesti BUNGAKOPI yang snap.

Tengok, gaya herotan tudung pun sama.


HARI KEDUA
Lokasi- Kota Belanda

Tujuan utama kami ke sini tak lain dan tak bukan untuk mengetahui sedikit sebanyak tentang sejarah Kota Belanda.
Betool....

Ini aku dan si bulat Pink. Ya, namanya si Bulat Pink. Kenapa tak percaya pulak?

  =
 =
 =
Bukan muka aku besar, muka mereka yang kecil. Sumpah.

=
=

LAGI..



=
=
=
 Jangan muntah tengok gambar aku.

=
=
=
Hadap gambar Shikin pula. Dah puas aku cari gambar dia yang nampak kelakar, tapi memang tak jumpa. Sungguh mengecewakan.



Lokasi kedua - JETI TERBIAR

Jangan terlalu kagum dengan keberanian kami ke situ kerana ada yang hampir terkincit sebenarnya.


...

Jangan tergoda dengan si Bulat Pink. Dia memang begitu.

=
=
=
=
Ni aku bagi gambar eksklusif beliau.

=
=
=

Dah lama aku nak cari tempat semak begini untuk bergambar.


=
=
=
=
=
=
Lokasi 3- Pantai Teluk Nipah

Ini gambar-gambar Wani yang candid. Aku pun tidak tahu alasan beliau untuk memakai cardigan di tepi pantai.

=
=
=




Si Bulat Jambu dan abang urat lengan kekar semasa ke Monkey Bay


=
=
=
=
Yang tengah tu kenapa agaknya
=
=
 Ada lagi Joyah



Tempat cetek pun pakai life jacket. Totally Si Bulat.



Main air, kering, main air, kering. Akhirnya pusing pulau dan singgah ke kilang satay ikan.


Sotong dalam cerita The Mist.


HARI KETIGA

Hari untuk 4 gadis Congo berangkat pulang. Ya, berubah menjadi lebih keorangputehan ( jadi, gambar aku tidak akan diuploadkan, heheh)


1. Wani
 Minah ni memang kuat mental, kuat fizikal dan kuat main air. Haha, aku rasa gambar ni comel. Berdiri tegak.


2.Si Bulat Pink
- Tak pandai bawa motor. Sebab tu aku dan Wani mengalami hitam yang lebih. Sampai kat bonggol, aku sengaja tak brek, biar dia melambung tinggi sikit.



3. Syikin
- Ni pun sama juga. Tak pandai bawa motor. Girly ya amat. Macam mana boleh terjebak dengan aku pun aku tak tahu. Nasib baik bukan pembonceng aku.



 4. Bungakopi
- Tengok, aku tak mengecewakan pembaca, aku letak juga gambar aku walaupun hitam.


P/S- Berjalan memang best, duit pun makin kempis.

Friday, April 16, 2010

Kita boleh tipu orang lain, tapi bukan diri sendiri

Aku terasa seperti hendak menipu seseorang pula. Tengah aku bosan memahami page yang sama sejak tengahari tadi, aku rasa malas untuk meneruskannya lagi.  Entah kenapa tulisan  kelihatan semakin kabur dan semakin kabur..

Waktu yang sunyi begini memanglah terbaik untuk study, tetapi aku  prefer tempat yang tidak terlalu sunyi. Kalau terlalu sunyi begini, mulalah syaitan merasuk aku untuk memikirkan yang bukan-bukan. Nasib baik kali ini hanya teringat pada anak buah . Sebagai seorang mak buah yang masih rasa dirinya remaja, anak buah adalah medium terbaik untuk mengasah bakat kepimpinan diri sendiri. Bukan apa, anak buah sentiasa kagum dengan mak buahnya yang begitu banyak idea dan biasanya, mereka merasakan mak buah mereka memang best.

                                Sila abaikan mana-mana sisi kegemukan yang kelihatan

Tiba-tiba tanganku sudah menekan punat telefon. Bercakap dengan anak buah yang seorang ini memang rasa hilang semua kebosanan aku. Sudahlah aku ditinggalkan seorang diri di dalam bilik oleh roomate aku, jadi mulut aku tidak dapat tahan lagi untuk berbicara dengan seseorang.

Bungakopi : Hello, Hakim ke ni?
Hakim : Ya, kenapa? (amboi, budak-budak zaman sekarang)
Bungakopi : Hakim, Mak Su tak larat dah nak baca buku ni..
Hakim : Bacalaa..
Bungakopi : Tapi Mak Su tak larat dah
Hakim : Mak Su buat apa tak larat?
Bungakopi : Yalah, tiap-tiap hari Mak Su baca buku sampai tak larat.
Hakim : Baca buku sahaja, mak Su ada boyfriend kot, sebab tu malas baca.

Geram pula aku. Mesti ada orang suka mengumpat aku di belakang. Tak baik betul. Hilang imej bersih aku di depan budak-budak.

Bungakopi : Yalah, Mak su rasa rajin balik lepas cakap dengan Hakim. Hakim jangan tengok tv kerap sangat.
Hakim : Kenapa pula?
Bungakopi : Nanti jadi budak tak cerdik.
Hakim : Bukanlah, nanti tv terbakar.
Bungakopi: Yalah, assalamualaikum.

Aku pun meletakkan telefon. Apa halnya telefon anak buah yang berusia 5 tahun untuk mengadu yang bukan-bukan? Padahal aku sendiri tahu tahap aku belajar,  bangun tidur, bergolek sejam, termenung sejam, breakfast dua jam, lepak 4 jam, bancuh air dan kononnya melakar-melakar sikit sambil cicah roti dengan air, tumpah, bersihkan kesan tumpah, tunggu meja kering (padahal bukan basah manapun), buka laptop kejap, kononnya untuk 15 minit sahaja, akhirnya buka radio online, terfikir nak buka ym sambil buat invisible, kemudian berakhir dengan buat available.

Argh... mustahil untuk aku belajar sampai penat. Jadi, apa jadahnya mengadu begitu?  Even anak buah pun macam tahu perangai mak buahnya. Argh.. Aku memang hopeless.

 
                                      credit to Google

P/S- SELAMAT MENGULANGKAJI SEMUA.:)

Tuesday, April 13, 2010

Hari-hari yang tinggal : .

Adakah wujud hari-hari tertentu yang menjadikan perasaan kita mendung? Kalau aku, hari-hari yang menjadikan hati aku mendung, tentulah hari hujan. Kawan serumah aku juga bersetuju dengan kata-kata aku (sebenarnya aku yang bersetuju dengan kata-kata dia). Entah kenapa, kawasan aku memang kerap sangat hujan. Setiap hari yang berlalu adalah mustahil tanpa hujan. Mungkinkah Proton City is the wettest place in Perak?

Jadi, patutlah hari-hari mendung sentiasa hadir. Kata kawan aku, setiap kali hujan di waktu petang sehingga suasana bertukar menjadi kelam, ingatannya pasti singgah di kampung halaman. Kalau dah begitu, hati mesti rasa sayu-sayu ayam sedikit. Tambah an pula, kalau petang begini, lepak seorang diri di luar sliding door yang terbuka sambil angin hujan menyepak-nyepak rambut. Serius macam cerita komik cinta.


Ok, aku bukan nak merepek di sini, tapi mungkin aku akan kurang update sebab sekarang ini minggu study week, jadi aku rasa aku patut kurangkan....kurangkan...berblogging. Tapi, aku tak pernah rasa belog ini mengganggu aktiviti study aku. Satu lagi, aku agak risau kerana aku tidak risau seperti orang lain bila tiba musim exam. Aku risau juga kerana ketidakrisauan aku itu. Haih.

kamera rosak jadi terkapak gambar Google lagi

P/S- Sesuatu yang mendorong perut menggeletar, hari hujan. Confirm makan banyak.

Sunday, April 11, 2010

Rasa Sunyi yang Mencengkam Dada

TAHU TAK?

rasa sunyi itu datang apabila kita pulang dari sesuatu tempat dan merindui tempat itu.

Rasa sunyi itu menjadi sedih apabila tiada siapa menyambut kepulangan kita. 

Rasa sunyi itu hadir apabila kita tiada siapa untuk sama-sama berkongsi cerita yang menarik 
( Kamus Dewan Edisi Aku, 2010)

TAHU TAK?

aku bukan sunyi sebab single. 
Ohh...no..nonno...
Cuma aku rasa sunyi tahap bapak secara tiba-tiba. 

Sudahlah aku baru sudah mandi di waktu Maghrib. 

Sudahlah tadi aku basuh baju pakai tangan bukan pakai mesin, sudahlah bajunya berlori-lori, kemudian bila aku jemur, tak sampai setengah jam, hujan lebat guruh berdentum petir sabung menyabung sampaikan terpaksa menyorok dalam bilik senyap-senyap supaya tidak terbang dibawa angin. 

Kemudian, terasa masa itu terbuang sia-sia, lalu aku berkata "apa kata kita berbual-bual sahabat?" kata aku kepada katil di sebelah. 

Ya, roomate aku pun sudah terbang ditiup angin.

           dah tua tak boleh main hujan lagi

Haih- Kesunyian memanglah menjengkelkan.

Friday, April 9, 2010

Kisah budak innocent

                                          Dakulah perempuan melayu terakhir

Hari ini bercerita tentang Wani. Wani ini  comel.
Wajahnya keanak-anakan walaupun sudah berusia 22 tahun. Aku memang suka sangat picit-picit pipi dia yang gebu tu. Kalau boleh aku nak tarik-tarik macam roti canai, tapi selalunya, cubitan mesti singgah di mana-mana bahagian tubuh.

 Aku ada satu kisah Wani yang aku nak share di sini.
Maklumlah, atas permintaan Wani. Err..

***************************************************************************************

Nama saya Wani. Hari tu Bungakopi berasa malu kerana tersilap menaiki LRT. Jadi, demi menenangkan Bungakopi, saya pun bercerita. Tapi, saya tak sangka cerita saya ini akan diterbitkan di belog ini! Owh...adakah saya bakal menjadi glamour?
http://emo.huhiho.com
Tidaklah lama, mungkin dalam setahun lepas, saya menaiki LRT bersama beberapa orang kawan. Kemudian, saya duduk bersebelahan dengan seorang auntie berbangsa Cina dan seorang anaknya yang kecil. Manakala kawan-kawan saya duduk berhadapan dengan saya. Tiba-tiba datang seorang peminta sedekah pengecheck ticket untuk memeriksa tiket kami. Kami pun masing-masing sibuk cari tiket di dalam beg, topi, kocek dan sebagainya. Sebelum ni, tak pernah pula tiket ini di check oleh sesiapa. Orang yang check ticket tersebut kemudiannya menghala kepada auntie Cina di sebelah saya. Anehnya, auntie ini mempunyai dua tiket kanak-kanak yang berwarna biru sedangkan anaknya seorang sahaja. Saya yang sedang lali-lali ayam meraba-raba tiket di dalam beg. Baru je saya nak hulurkan tiket tetapi tidak diendahkan oleh penge'check ticket. Saya seakan menggawang-gawang tiket tersebut di hadapannya tetapi tidak dipandangnya.
http://emo.huhiho.com
Tahu tak apa? Saya dianggap anak auntie tuuu. Innocent sangat ke muka saya ni?

Sewaktu saya sedang bengang kerana diketawakan kawan-kawan saya, kami hampir-hampir terlepas stesen yang sepatutnya. Kami bergegas bangun untuk keluar. Cuba bayangkan kami seperti barisan semut ya tuan-tuan. Tapi malangnya, apabila sampai giliran saya, pintu tertutup. Jadi, pintu itu mengepit kedua-dua belah bahu saya. Ini menjadikan separuh badan saya masih berada di dalam dan separuh lagi di luar. Saya yang cemas menjerit "tulongg...tulongg..selamatkan haku..selamatkan haku.." malangnya saya lihat mereka di luar mengetawakan saya yang tergapai-gapai. Saya berusaha meloloskan diri. Bahu saya berjaya lolos tetapi tersangkut dengan beg sandang saya pula. Adakah saya melepaskan beg saya?

Tidak, kerana di dalamnya ada laptop. Sewaktu kawan-kawan sedang sibuk menarik tangan saya, tiba-tiba pintu terbuka. Maka, keluarlah saya dengan perasaan lega. Bila saya menoleh ke belakang, saya melihat ramai betul yang sedang ketawakan saya di dalam LRT. Begitu juga di luar. Saya yang sedang malu dipandang orang terus berjalan silang-silang kaki ala-ala model.

Selesai bercerita kisah ini kepada Bungakopi, beliau terus ketawa terbahak-bahak di dalam komuter.
http://emo.huhiho.com

 Apa? Cerita tergantung? 

Nak tengok gambar saya? Nak tahu saya kecil ke besar?

Boley..boley..

Saya yang baju belang ye..

 =
=
=

Saya yang belah kanan yer..

=
=
=

Siapa boleh cari saya?

=
=
=
Ini saya dalam dewan kuliah yer..


Sudah-sudah. Wani ni kalau dapat upload pic kat blog aku, tak nak berhenti pula dia. Pergi balik! (halau beliau sambil tepuk punggung).

http://emo.huhiho.com
ehem-ehem- Esok pergi berjalan-jalan sampai Ahad. Tolonglah jangan rindu aku, ok.

Thursday, April 8, 2010

Etiket di alam maya

Salam!

Selamat sejahtera juga!

Bosan juga aku bila-bila-bila melihat belog aku kosong tanpa pengunjung.

Lihat, dah tertaip tiga kali kerana terlalu excited.

Akhir-akhir ini, aku rasa diri aku agak HAMPEH. Oleh itu, aku tidak sampai hati untuk update di sini. Bimbang juga, manalah tahu aku mengigau dan update yang bukan-bukan.

Itu biasa, kan? Yalah, hidup seharian aku pun sama juga. Kalau aku rasa fikiran aku semakin negatif, maka aku akan tolak tepi perasaan aku dan buat tak tahu sahaja.

Hari ini bercerita lagi tentang sesuatu.

APAKAH PERATURAN YANG TAK KENA HUKUM DI ALAM MAYA 
TAPI 
WAJARLAH KITA IKUT?

Untung-untung,
orang akan letak blog kita di sidebar dia.

Boleh tengok blog yang aku papar di sebelah kanan.
Semuanya blog yang aku gemar.

Bila blogwalking,
aku akan decide untuk letak blog yang aku baca dalam blog list aku.
Tapi, aku tidak akan letakkan blog mereka dalam blog list aku sekiranya blog mereka:

  • mencarut tahap kritikal
  • mengutuk orang lain dengan dasyat.
  • letak gambar-gambar yang tak mampu mata aku untuk menanggungnya.


GAMBAR-GAMBAR NGERI

Mereka letak gambar bayi-bayi yang kena buang, bayi-bayi yang kena bakar, bayi itu..bayi ini.

Masalahnya di sini, aku tak sampai hati nak tengok.

So, buat apa aku letak dalam blog list aku kalau aku tak tengok? Itu ok lagi, ada juga blog-blog yang letak gambar orang kena tetak, gambar orang accident, arghh.... ngeri gila.



MENGUTUK

Entah siapalah yang suka baca kalau blog kamu tu mengutuk orang? Buat apa aku nak menambah dosa aku dengan meletakkan blog kamu dalam list aku. Kan? kan? Tapi, semuanya ada kategori juga.


MENCARUT!

Ehee..aku juga mencarut (sudah... tiada siapa nak ambil aku jadi menantu lagi).

Tapi, siapa yang tak tahu perkataan mencarut? Even ustaz pun tahu perkataan itu mencarut. Cuma mahu atau tak mahu sahaja untuk sebut perkataan itu.

Habis, kenapa tunjuk hebat sangat dengan mencarut?

Kalau nak senaraikan perkataan mencarut memang ada bergelen-gelen untuk disebut. Kalau nak marah pun, janganlah mencarut di blog. Sampai aku malu nak baca.

Tapi, sikit-sikit tu kira halal, ok? (pullak)

Hari tu, aku dah remove dua blog daripada blog list aku, yang pertama kerana dia mengutuk orang sampai mencarut-carut tahap kritikal,

yang kedua pula sebab dia letak gambar ngeri. Eh, tapi itupun kalau kamu nak aku letak blog kamu dalam blog list aku. Kalau tak nak, tak apa.

P/S- Lalatrepangkepahkerangtiram

Monday, April 5, 2010

Calon menantu terrBAIK (kalau nak percaya)

Kalau kamu semua berada di umur aku dan jauh dari anak buah dan adik-adik kecil di kampung, kamu akan teruja apabila kawan kamu melahirkan bayi. Apatah lagi kalau kamu turut serta melihat perkembangan bayi tersebut.


Memandangkan peperiksaan cuma tinggal dua minggu sahaja lagi, maka mahu tidak mahu bayi ini terpaksa dihantar pulang kepada ayahnya di Terengganu. Jika sebelum ini si mama bergilir-gilir menjaga bayinya dengan gadis-gadis yang terdiri daripada housemates dan coursemates, tetapi  jadual peperiksaan yang hampir serentak menyukarkan tugas untuk menjaga bayi.


Oleh itu, dengan perasaan yang berat gadis-gadis tersebut akan pos laju Hazreeq Iqhwan pada tengah hari esok.


Perpisahan ini mungkin agak lama (kerana cuti semester dua bulan), oleh itu engganlah mereka untuk melepaskan peluang untuk bergambar dengan bayi ini buat kali terakhir pada semester ini. Pejamlah mata kalau tak sanggup menjamu mata.
=
=
=
=
=
=
 Sifat keibuan mereka terserlah sekali, bukan?

=
=
Bertuahnya Hazreeq Iqhwan.

=
=
=
Aku cup budak ni jadi menantu aku. Panggil aku ummi sekarang!

=
=
=
Penyayangnya mereka ni? 

=
=
Setting bantal strawberri bagi nampak happening sikit.

=
=
=
=
=
=
Aku dah 22, tak boleh buat begini lagi..


Ok ok, mungkin ada yang dah tak sanggup tengok penderaan secara terang-terangan ni. Jadi, aku letak gambar terakhir.

Kenapa, TERUJA? 
Apa lagi, jomlah kahwin!
Kepakkepungkepakkepung..
http://emo.huhiho.com
P/S- Ada yang berminat nak buat calon menantu? Boleh tinggal komen k.