Mei 2013

This world doesn't makes any sense anymore~




Thursday, April 8, 2010

Etiket di alam maya

Salam!

Selamat sejahtera juga!

Bosan juga aku bila-bila-bila melihat belog aku kosong tanpa pengunjung.

Lihat, dah tertaip tiga kali kerana terlalu excited.

Akhir-akhir ini, aku rasa diri aku agak HAMPEH. Oleh itu, aku tidak sampai hati untuk update di sini. Bimbang juga, manalah tahu aku mengigau dan update yang bukan-bukan.

Itu biasa, kan? Yalah, hidup seharian aku pun sama juga. Kalau aku rasa fikiran aku semakin negatif, maka aku akan tolak tepi perasaan aku dan buat tak tahu sahaja.

Hari ini bercerita lagi tentang sesuatu.

APAKAH PERATURAN YANG TAK KENA HUKUM DI ALAM MAYA 
TAPI 
WAJARLAH KITA IKUT?

Untung-untung,
orang akan letak blog kita di sidebar dia.

Boleh tengok blog yang aku papar di sebelah kanan.
Semuanya blog yang aku gemar.

Bila blogwalking,
aku akan decide untuk letak blog yang aku baca dalam blog list aku.
Tapi, aku tidak akan letakkan blog mereka dalam blog list aku sekiranya blog mereka:

  • mencarut tahap kritikal
  • mengutuk orang lain dengan dasyat.
  • letak gambar-gambar yang tak mampu mata aku untuk menanggungnya.


GAMBAR-GAMBAR NGERI

Mereka letak gambar bayi-bayi yang kena buang, bayi-bayi yang kena bakar, bayi itu..bayi ini.

Masalahnya di sini, aku tak sampai hati nak tengok.

So, buat apa aku letak dalam blog list aku kalau aku tak tengok? Itu ok lagi, ada juga blog-blog yang letak gambar orang kena tetak, gambar orang accident, arghh.... ngeri gila.



MENGUTUK

Entah siapalah yang suka baca kalau blog kamu tu mengutuk orang? Buat apa aku nak menambah dosa aku dengan meletakkan blog kamu dalam list aku. Kan? kan? Tapi, semuanya ada kategori juga.


MENCARUT!

Ehee..aku juga mencarut (sudah... tiada siapa nak ambil aku jadi menantu lagi).

Tapi, siapa yang tak tahu perkataan mencarut? Even ustaz pun tahu perkataan itu mencarut. Cuma mahu atau tak mahu sahaja untuk sebut perkataan itu.

Habis, kenapa tunjuk hebat sangat dengan mencarut?

Kalau nak senaraikan perkataan mencarut memang ada bergelen-gelen untuk disebut. Kalau nak marah pun, janganlah mencarut di blog. Sampai aku malu nak baca.

Tapi, sikit-sikit tu kira halal, ok? (pullak)

Hari tu, aku dah remove dua blog daripada blog list aku, yang pertama kerana dia mengutuk orang sampai mencarut-carut tahap kritikal,

yang kedua pula sebab dia letak gambar ngeri. Eh, tapi itupun kalau kamu nak aku letak blog kamu dalam blog list aku. Kalau tak nak, tak apa.

P/S- Lalatrepangkepahkerangtiram

13 comments:

Fza.ithu.Zazha said...

ohoo..
aku x suke konsep i folo u, u folo me.
demn.
kalo aku x suke bace blog die, wtpe aku nk folo en? huu~

Husna Hadzarami said...

wow wow!
sangat terasa dihargai bila turut berada di senarai kau :)

aku kalau gambar ngeri semua tu boleh tahan lagi, tapi annoyed kot kalau blog yang tak habis2 mencarut..

Husna Hadzarami said...

wow wow!
sangat terasa dihargai bila turut berada di senarai kau :)

aku kalau gambar ngeri semua tu boleh tahan lagi, tapi annoyed kot kalau blog yang tak habis2 mencarut..

Bungakopi said...

Fza.ithu.Zazha,
betui2..samela.


Husna Hadzarami,
wah, mmg hebat cik engineer ni.

the sastraboy said...

salam.

"Mereka letak gambar bayi-bayi yang kena buang, bayi-bayi yang kena bakar, bayi itu..bayi ini.."

erk.tiba-tiba saya terasa bila baca ayat tu.Hoho.

Bungakopi said...

sastraboy,
hahaha. tak perasan pulak. blog awak ek? tp tu tak ganas sgt..ada yg letak gmbar bby bdarah dlm lubang tandas. itu mmg tk sggup tgok..

the sastraboy said...

Ouh.Bukan ea?huhu.FUHHH! Nasib baik!

"wow wow!
sangat terasa dihargai bila turut berada di senarai kau :)"kata husna hadzarami.

Bila lah saya punya giliran lak nak rasa macam tu.

haha.Ini ayat pancing-memancing di kolam belog.hoho.

Bungakopi said...

sastraboy,
xletak lg ek? ok2, tungguu.

Shukri Mohd Ali said...

sastraboy, kamu memang selalu melebih-lebih. haha =P

fuh...nasib baik blog sy masih dalam list. hehe =)

Bungakopi said...

shukri mohd ali,
mestiler aderr. haha.

Shukri Mohd Ali said...

hikhikhik... (blushing jap)

the sastraboy said...

ceh brader.blushing2 lak an.Suka ar tu.haha.Saya punya blog bila mau letak wahai brader shukri yang hensem lagi rupawan.haha.(lagi aktiviti memancing di kolam belog.haha)

kak husna(betul kan?):arigato gozaimas!!!

the sastraboy said...

wahai akak yang cantik.mana ea?huhu.