Mei 2013

This world doesn't makes any sense anymore~




Monday, February 28, 2011

Bakal Celik Insan Kerana Guru Unggul (perati & kumpul2 huruf depan jadi apa??)

Aku fed up. Aku surrender. Aku goyang-goyang bendera putih. Orang kata aku tak berbakat untuk jadi cikgu. Dikutuknya aku macam-macam. Telinga aku dah tebal macam telinga gajah gara-gara satu kursus yang direka khusus untuk bakal guru saling mengkritik antara satu sama lain. 

Aku dikritik HEBAT. Bukan kritikan tu kata aku hebat, no nono. Tapi aku telah DIKRITIK HEBAT. Dihujani kritikan. Benci ar. Down semangat ai camni tau.  Aku tak percaya komen orang membuta tuli, lalu aku pun buat analisa ke atas video mengajar aku yang telah diprintscreenkan. Heh.



Komen 1: 
Bungakopi kerap membetul-betulkan tudung

Bidas aku : 
Ok, fine. Yelah, dah aku bercakap, tudung aku tu pun ikut herot sekali. Wajib la betulkan tudung. Ko tak apalah tak pakai tudung. Rambut pun tak ada.

Refleksi Kendiri :
Saya akan memakai tudung yang lebih selesa. Tudung keras Indonesia.






Komen 2 : 
Bungakopi suka memandang syiling dan membuat gaya seperti sedang berfikir.

Debik aku :
Yap. Aku amatur. Aku tak perasan. Aku tak pernah masuk pertandingan bercerita sebelum ni.

Refleksi Kendiri :
Selepas ini saya akan memandang tembus dinding (o_O")







Komen 3 :
Bungakopi kerap melakukan pergerakan tangan.
Mungkin Bungakopi ingin melakukan penegasan ke atas isi pelajaran harharhar


Komen aku :
Aku semangat nak mengajarlah, ngek!

Refleksi kendiri:
Selepas ini saya akan mengurangkan pergerakan-pergerakan yang tidak perlu.

Itu baru sikit. Banyak lagi kritikan aku dapat.
Bungakopi rujuk nota semasa mengajar,
Bungakopi kurang eye contact dengan pelajar,
Bungakopi cuba buat sempoi semasa mengajar,
Bungakopi meletakkan tangan pada dinding,
Bungakopi mengetuk papan putih dengan marker berulang kali,
Bungakopi tidak beri peluang kepada pelajar untuk menjawab,
Bungakopi kerap tersengih (???)

Habis tu, habis tu, habis tu...
selepas ni aku jadi robot lar kat depan tu? 
Teet. Teet. 
Komen baru :
Bungakopi sudah menjadi robot.

P/S- Ada satu je komen positif. 
Suara Bungakopi tersangatlah lantang.("-_-)

Friday, February 25, 2011

Isu Akum Vs Salam, Solat Vs Sembahyang

Pernah dengar tak orang larang anda supaya jangan guna short form itu ini? Contohnya akum,salam, sembahyang etc..etc.. Harus guna perkataan solat, assalaaaaaamualaikum dan bertaip penuh. Dulu dalam YM aku selalulah jugak dapat mesej forward ni. Satu benda yang aku rasa paling leceh apabila ada peringatan di bawah tu suruh forward mesej tersebut dengan peringatan : Ingatlah, syaitan sedang bersorak apabila anda tidak forwardkan mesej ini. Apalah sangat masa lima minit berbanding menyebarkan dakwah blablabla. Lari sikit ni ayat aku tapi lebih kurang begitulah.


Hari ini, pada pagi yang hening (sebab semuanya masih tidur memandangkan hari cuti) aku terbaca penjelasan daripada Brother Hamka kita yang famous amous mengenai isu ini. Aku setujuuuuu (buat tanda bagus dengan tangan lurus) gila babas dengan kata-katanya itu. 


Banyak sangat dah aku terima email forward yang cakap tulis itu tak boleh, tulis ini tak boleh, sekali bukak YM asek-asek benda yang sama sahaja aku dapat. Menyampah taw. Aku nak hujah bab-bab agama, ilmu tu secetek air kumbahan Kolej Aminuddin Baki jer, tapi jauhhhhhh di sudut hati aku terfikir gak, apa jadah sampai aku nak kena refer semua bahasa di dunia sebelum menaip? Yalah, kata email forward tu,


jangan guna lafaz a’kum, perkataan 'akum' adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi kepada orang-orang bukan yahudi yang bermaksud 'BINATANG'. Dalam Bahasa Ibrani. Ia singkatan daripada perkataan 'Avde Kokhavim U Mazzalot' yang bermaksud 'HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT'. 




Istilah "Sembahyang" mempunyai maksud atau pengertian yang terdapat unsur "Syirik." Sembahyang di ambil daripada perkataan "Sembah" dan "Hyang" yang merujuk kepada nama dewa - dewa yang disembah oleh penganut Agama Hindu dahulu kala. "Sembahyang" juga diertikan sebagai "menyembah berhala yang bernama Hyang."


Pernah dapat? 
Aku terfikir gak takkanlah kalau banyak perkataan yang ejaannya sama kita langsung tak boleh tulis padahal membawa maksud yang berlainan. Tapi sebab aku ni kadang-kadang lidah terkelu dan ayat lintang pukang, maka aku diamkan sajer.
So, kepada anda semua!!! Inilah jawapannya kepada persoalan-persoalan tersebut.. Mesti ramai yang keliru macam aku jugak kan?? Kalau mahukan penjelasan lanjut, pergilah mengunjungi blog brother Hamka ni (link dia ada kat atas)


Nanti dulu, brother Hamka ada cakap mereka yang forward mesej-mesej camtuh bajet alim, dan ada komen di bawah yang cakap bajet insan terpilih.. Ok, mungkin ada. Biasalah, manusia sedikit sebanyak perasaan nak tunjuk alim tu ada (kecuali mereka yang yang nak tunjuk sosial tu lain cerita) Hahah. Tapi aku yakin ramai yang forward email sebegini sebab tak nak orang buat benda yang salah, sekadar mengingatkan dsbgnya. So, tafsiran mengenai apabila orang tegur mengenai short form akum, salam dan geng-gengnya tu agak tidak tepat ar. Tak baik tau berburuk sangka. Tuhan marah.


Ok ar, aku belah dulu. Banyak gila kerja aku tapi sempat lagi update blog dek terlalu excited.

Tuesday, February 22, 2011

Game Vs Eyes- Di celah-celah kehidupan

Selamat Pagi =)  !
Kadang-kadang apa yang kita sangkakan satu masalah, bukan masalah kita sebenarnya, tapi masalah orang terdekat kita. Baru-baru ni aku rasa kecewa sangat sebab eyebag bawah mata aku dah berlapis-lapis. Betul-betul gelap. Ni semua gara-gara aku main Zombies Vs Plants sampai jam 4 pagi. T_T


Aku memang cepat addict dengan game. Itulah sebabnya aku uninstall semua game dalam laptop aku. Tapi lepas kakak aku beli netbook baru, aku sekali lagi terrrmain game dalam netbook dia tuh. Aku dengan keras hatinya tak nak install game tu dalam laptop aku, tapi balik ke Tg. Malim tiba-tiba pada satu malam yang hening, aku terdengar satu bunyi yang mencurigakan betul di meja makan. Rupa-rupanya Wani dengan wajah serius tak boleh blah tengah kusyuk bedil Zombie tu dengan peluru berpandu. 


Rupa-rupanya Wani ni memang sifu Zombie. Dah dapat pingat emas bunga matahari lagi atau dengan kata lainnya dah habis pun semua level game tu. Hapa???

                           Nampak tak aku baru dapat pingat perak? Yang aku bulat color merah tu
Aku nak lepas satu level pun sangkut. Aku tak boleh kalau tengok kawan aku master bab-bab game ni. Aku rasa dengki. So aku pun install la game tu dalam laptop aku pulak. 


Nak tengok siapa sifu game ini?



                                  dari kiri : Sifu Zombie(pakar), aku & separa pro


Lepas aku install, roomate aku pulak install. Izan namanya (dalam gambar kanan sekali). So kami akan bukak 2,3 window dalam satu masa. Satu tu biarkan siput babi kutip duit dalam Zen Garden (aktiviti dalam Zombie Vs Plants), satu lagi buat la assignment kan, satu lagi tu bukak la THR. com ke atau facebook ke atau laman cari jodoh ke.. caih.

                          Ni la Zen Garden aku. Duit aku ada ratus ribu la jugak..bukan nak riak ar kan..


Ok, panjang pulak ceritanya. Dipendekkan cerita, mata aku sangat-sangat huduh dan aku rasa sangat rendah diri. Pakai shawls pun nampak bughok, semuanya bughok.


Aku pun pergi la check mata aku ni. Caih. Tak ada la teruk mana pun. 
Keputusan :
Mata kanan : Perfecto
Mata kiri : 75
Silau kanan : 25
Silau kiri : 25

Roomate aku pun nak check jugak.
Keputusan dia :
Mata kanan : ratus-ratusan
Mata kiri : ratus-ratusan
Silau kanan : Tinggi
Silau kanan : Tinggi

Aku kecoh dekat seminggu. Siap call mak aku lagi mengadu mata aku dah rosak (mak aku cakap, tu la Tuhan nak tunjuk jangan suka tengok sangat cerita Korea blablaba)

Pendek kata, akhirnya kawan aku dengan relaxnya bakal jadi minah spek (aku dah stop main Zombie tapi dia masih konsisten). Malah, muncul generasi pelapis yang bakal menggantikan tempat aku dalam dunia zombies ni.
                                              perintis Zombies vs Plants

Itu satu. Ada 1 lagi aku kecoh tentang speaker handset rosak, kononnya nak beli handset barulah kan, survey sana-sini.. tapi semasa survey tu, junior aku yang terjatuh handsetnya dalam lubang jamban. Jadi, siapa yang kena beli handset sekarang?

Sekarang ni aku konfius, sama ada aku ni ada penyakit kerisauan melampau atau aku ni jenis berjaga-jaga.


p/s- Kelipkan mata anda semasa main game

Sunday, February 20, 2011

Bosan? Ingin Ketawa?

Nak tahu? aku terkentut ketika suami aku memberi salam dan mencium ubun-ubun kepala aku pada malam pertama perkahwinan kami. DEMYUH


Aku kalau bosan-bosan selalu masuk page ni
Cerita dia memang selalu buat aku gelak sorang-sorang. Paling tidak, tersengih tu ada la.
Demyuh ni satu laman dengan tagline ;


"Cerita-cerita kantoi seharian anda untuk kita kongsi dan berhibur bersama-sama serta jadikan teladan."


Syarat-syarat menghantar cerita, harus bermula dengan perkataan " Nak tahu?" dan berakhir dengan " DEMYUH."
Cubalah hantar cerita korang kat situ. Bukan kena sign up pon. Aku dah try. Rasa seronok pulak bila orang bagi respon. Muehehe. 

Mesej Berantai

Ya Allah
Ya Rahman
Ya Rahim
Ya Malik
Ya Qudus
Ya Salam
Ya Mu' min
Ya Muhaimin
Ya Aziz
Ya Jabbar
Ya Mutakabbir.












Kirimkanlah kepada 9 orang asma Allah ini insyaallah kamu akan mendapat berita baik esok.
Siapa yang tidak  menghiraukannya maka akan mendapat nasib yang buruk selama 6 tahun.
Apakah anda tidak mahu mengorbankan 9 sen kerana asma Allah?
dalam waktu 1 jam anda akan mendapatkan REZEKI  yang tiada tara jumlahnya.
Jangan dipermainkan.
Demi Allah ini amanah dan jangan dihapus sebelum dikirimkan kepada 9 orang.


Penghantar : Anak buah aku.
Umur : 12 tahun.


Ok lagi la kalau budak-budak hantar mesej ni. Mereka tengah keliru mungkin. Tak hantar kang, gagal UPSR pulak. 
Tapi.... yang aku rasa hairan sampai naik tanda soal atas kepala aku, kenapa orang tua pun main forward je mesej ni? Orang tua anak 3,4 tueww!




Nak tahu apa aku balas? Sejam lebih-lebih sikit lepas tu, aku send balik dan tanya;
Eh, dah dapat rezeki tiada tara ituew?(x ada balasan).
                                                     google pic
Aku..
tak pernah forward mesej-mesej yang cakap aku akan dapat bala atau aku akan dapat rezeki etc etc.


p/s- Maafkan aku kalau aku suka menyenyeh (sinis).

Demam Pilihan Raya

Kolej Aminuddin Baki dah sesak sangat kot dengan segala bentuk banner tidak berwarna dengan gambar berwajah pasport bersama wajah yang dihiasi dengan senyuman profesional. Masa ni kalau kita luahkan masalah apa-apa pasti dilayan. Wah, nak bas free sebijik.

Komen aku tentang pilihan raya kampus kali ni, malas nak ambil port.
Alasan : Aku enggak nampak dongg apa yang mereka buat. Benar ni.. benarrr.
Sejak aku belajar merangkak di sini sampailah aku dah masuk acara 100x100, aku masih samar-samar ayam dengan dunia politik ni. 

Orang tua-tua pesan, kalau kita tak pasti, jangan masuk campur.

Dulu aku ni jenis berjiwa patriotik la jugak, kawan-kawan aku sekor pun tak turun waktu mereka ni bagi ceramah pungpangpungpang di atas tangga. Aku pulak dengan berseluar tentera turun seorang diri sambil mencangkung tepi longkang. Patriotik tak aku?

Tapi selepas aku bergelar wanita dewasa ni, aktiviti turun seorang diri dan menjadikan longkang sebagai port istimewa aku bukan lagi agenda utama.

Malas nak fikir calon manakah yang sesuai diangkat sebagai MPP (aku rasa aku kenal gak 2 orang).
Hari tu MPP yang lepas-lepas ada bagi pen drive freeee. 2 GB tu. Tapi bila kawan aku buka pen drive tu, banyak video-video nyanyian. 

Lagu " kami guru malaysia" dan rakaman kanak-kanak yang dalam program motivasi sambil nangis-nangis peluk daddy. Itu boleh jugak buat hiburan. Yang tak bestnya, ada video lucah dalam pen drive tersebut.

Tengok, kan dah tak pasal-pasal belajar benda baru. 

P/S- Baik aku fikir macam mana nak tingkatkan taraf hidup aku. 

Friday, February 18, 2011

Potongan Rambut Terbaik untuk Wajah Bentuk Panjang.

Assalamualaikum dan Selamat Pagi.



Apabila melihat teman-teman sekeliling aku dicampur dengan pergaulan seumur hidup, aku membuat kesimpulan bahawa rata-rata gadis bertudung yang berbangsa Melayu, ilmunya tentang fesyen rambut amat rendah berbanding yang tidak bertudung. Bukannya tak ada, cuma yang tak ambil tahu tu lebih ramai. 



Apa salahnya kalau kita yang bertudung ni ambil insiatif untuk potong rambut yang sesuai dengan bentuk wajah kita? Kan ke rambut tu mahkota untuk semua wanita? 



Ok, sebelum Hari Raya Cina baru-baru ni, aku ada cari gaya rambut yang IN untuk tahun 2011. Saja untuk suka-suka. Muka aku ni jenis panjang, jadi gaya rambut yang aku cari opkos la yang sesuai dengan bentuk muka aku. Bukan aku tak bersyukur (aku bersyukur wehh), tetapi masalah untuk kita yang long face shape ini, kadang-kadang potongan rambut yang salah akan buatkan wajah nampak lagi panjang. Kan?



Jadi, ayuh kita lihat apa pantang larang dan gaya rambut terbaik untuk kita yang berwajah panjang. =)



Potongan rambut 1

Tips pertama potong rambut untuk wajah bentuk panjang, macam di bawah ni, dia cover kepanjangan wajah dia tu dengan bangs menutupi dahi,  dan panjang rambut sisi pulak sampai paras bahu je, tak lebih. So, di situ dia berjaya mengalihkan tumpuan wajah kepada rambut. Paham? 
Jangan dye, haromm      
Ini gaya rambut yang paling banyak orang view dalam satu laman web tu. Tapi aku rasa orang view je, sebab gaya rambut begini menjadi satu kerimasan pulak kalau  diapplykan pada rambut. 




Potongan rambut ke-2
Nampak? Macam mana dia cover bentuk wajah dia. Ini orang panggil rambut Bob. Ada aku baca dalam satu laman web tu, dia cakap rambut Bob ni fresh and evergreen sampai bila-bila. Betullah tu, aku setuju! (angkat sepanduk)



Kelebihan rambut Bob ni, dia sesuai untuk semua jenis bentuk muka. Dan katanya, rambut Bob ni mengangkat tulang pipi dan meng hi lite kan struktur wajah anda. 
Cun an?




Potongan Rambut 3

                                        
Rambut ni jenis melengkung di hujung memang cun ar. 



Kelebihan rambut Bob jenis ni, sangat sesuai untuk nak nampak SOFISTIKATED. 
Nampak career woman gitu. 



Kalau nak cari potongan rambut yang sesuai untuk semua peringkat umur pulak, memang Bob lah jawapannya. 
Tak percaya sila lihat.....


Evita Nuh (versi  kanak-kanak)
Heroin Cinderella's sister (versi gadis semasa)
&
mak incik di atas (versi wanita)


Sesuai, betul?

                                                           Heroin cinderella's sister

Ini Evita Nuh. Gambar ni aku grab dalam blog dia. Kanak-kanak ni memang ada high sense of fashionlah. Ok, itu cerita lain, sekarang tengok rambut dia. 
Kalau kanak-kanak berambut Bob, nampak nerdy sikit kan?




Potongan rambut ke-4


Masih lagi rambut Bob tetapi dengan potongan yang berbeza.
Abaikan wajah Paris Hilton yang nampak semakin tua itu, tetapi lebihkan fokus anda kepada rambut. 
Dia buat long swept bangs di bahagian kiri dahi dan panjang rambut pulak cecah dagu je. Cuba padam wajah Paris Hilton dan tengok rambut sahaja.
Cantik, kan?






Potongan rambut ke-5


Kakak aku minat yang ini. 
Rambut Bob yang ada wave. Aku tak tahu pulak kalau namanya lain tapi aku sebut gitu je. Kalau rambut yang ada wave ni, lagi bagus. 
Secara automatik wajah panjang anda terus hilang. 
Tak nak try?





Potongan rambut ke-6

Nampak tak betapa comelnya rambut ni? Aku minat yang ini. Jimat syampu tuu. 
Cuba lihat potongan ini pendek di bahagian belakang, memang sesuai-sesuai-sesuwaiiii untuk muka panjang.





Potongan rambut ke-7
Katanya, rambut serabut-serabut begini juga sesuai dengan wajah bentuk panjang. 
Tips aku, hairband haruslah dibawa bersama.


Oh ya, perasan tak muka bentuk panjang kebanyakannya sesuai dengan rambut paras bahu?
Wajah bentuk panjang akan NAMPAK LEBIH CANTIK kalau rambutnya dipotong paras bahu sahaja. Percayalah.





Potongan rambut ke-8

Tak mahu tambah bangs, buat begini. 
Curly hair atau waves  akan menambah kelebaran wajah and flattering your long face.




Potongan rambut mana yang HARAM dibuat oleh orang berwajah panjang?
1. Super straight &Super long.

Sudahlah lurus, panjang sampai punggung pulak. Memang macam nenek kebayan muka anda.

So, don't let your hair grow too long sebab ia akan buatkan wajah anda nampak LAGI PANJANG. 

Sampai paras bahu cukup. Tengok, dah berapa kali aku tekankan perkara ni. 




" Tapi saya nak jugak rambut panjang! My boyfriend told me not to cut my hair."



Hey, panjang bukanlah segala-galanya ok. 

Tapi kalau nak jugak,
caranya, buat potongan layers. 
Layer terpendek haruslah mencecah dagu anda. Macam gambar di bawah ni. Haircut ni memang terbaik. Layer terpendek paras dagu kan? Ada side swept bangs, memang cover habis. 
Mempersembahkan...
potongan rambut 9!




"Pendek tu, nak panjangg lagi."
                                              (lempang mau?)





Ok, begini.
Potongan rambut ke-10
Rambut panjang potongan layers dengan bangs yang cover dahi jendul anda. Secara visualnya dapatlah mengaburi mata orang tentang wajah anda yang panjang tu. Tapi, kurang berjaya sikit.






Potongan rambut ke-11

Rambut keriting.
Rambut curly begini memang masuk dengan wajah bentuk panjang kerana ia menambah kelebaran pada sisi wajah anda. Charlize Theron nampak gorgeous dengan rambut ni, kan? Anda pun HARUS dapatkan  potongan ini kalau anda rimas dengan bangs. Tak payahlah rebonding rambut kalau dah sedia curl. Rugi duit.





Potongan rambut ke-12

Walaupun rambut curly sesuai, tapi harus diingat, kalau anda buat curly untuk rambut yang betul-betul panjang, meleret-leret sampai punggung, sangat tak sesuai kerana ia akan MEMBERATKAN wajah anda. Boleh paham tu?




Jadi, curly tahap mana yang sesuai?





Potongan rambut ke-13

Haa.. mak aku pun suka sangat rambut ni. Nak kata apa lagi, memang cun. Tapi jangan lupa to add some bangs yang cute tu. Ada nampak?





Potongan rambut ke-14

Aku tanya mak aku, " mak, rambut jenis ni cantik tak?" 
Aku saja je tanya, tak ada niat untuk mengapa-apakan rambut aku pun, pastu mak aku cakap
 " rambut ni cantik benar ni kalau nak banding dengan rambut nombor 9" (sila tengok balik di atas).

" Kenapa?" Tanya aku.

Jawab mak aku,

" Sebab muka dia tak cantik."

" Lor,"
("-_-)





Potongan rambut ke-15
rambut Seo Woo dalam cinderella's sister
Ini juga adalah potongan rambut yang cute dan jadi idaman para wanita. Cuma panjang rambut harus dipendekkan sedikit.




Potongan rambut ke-16
Sekarang aku tunjukkan potongan terakhir yang agak menarik.
Asian hairtype
Potongan ni sesuai untuk anda yang berwajah panjang tetapi rambut pulak nipis. 
So, add some bangs, 
layers yang menambah volume pada rambut dan 
wajib paras bahu. 
Osem.


Orang kata, salah satu cara untuk mulakan hidup baru adalah dengan memotong rambut. 
So, apa tunggu lagi? Right click gambar di atas kemudian save image as, print out dan tunjukkan kepada tokey kedai gunting rambut. Mudah kan?
Selamat Mencuba!=)

Monday, February 14, 2011

Say NO To Valentine's Day!

Google Image- bajet ini kasih sayang?


Cukup-cukuplah tu. Jangan main ikut sahaja budaya Barat yang tidak semenggah mana tu. Kalau anda perasan, 9 bulan lebih-lebih sikit selepas tarikh Valentine Day, banyaklah berita di muka akhbar mengenai kes-kes buang bayi. Biasalah, serah diri pada Hari Valentine katakan. Tarikh lain? 9 bulan selepas Tahun Baru dan 9 bulan selepas sambut Hari Merdeka. Apa yang nak dibuktikan sangat aku tak tahulah. 




Perempuan, apa yang anda PULUN BADAK nak buktikan? Cinta? Tolonglah, akal tu jangan letak tepi longkang ok. Jangan nak buat muka innocent  konon tak tahu niat lelaki. Memang sama-sama nak tapi letakkan alasan sayang sebab nak jaga air muka. Hak pttuih. Tolonglah malu bila beri alasan lapuk ye, sayang.


Lelaki,
Ini pemusnah anak dara orang. Bukan semualah maksud aku. Tapi yang tu lahh. Yang sebulan sebelum Hari Valentine dah pasang cita-cita untuk telan hidup-hidup awek dia tu. Ini seorang lagi nak kena luku. Cuba kalau kena kat adik dia, kakak dia atau mak dia tengok. Baru melopong. Menyampah aku orang akal pendek ni. Menyampah lagi, Melayu belaka pulak tu.
Uhuk, ambo anak luar nikah ghupenye
Ustazah dah berbuih mulut cerita di TV, majalah, akhbar etc mengenai sejarah Hari Valentine ni (tudia, Mak Minah setat berleter), tapi tetap buat-buat tak paham, masih sambut juga dengan candle light dinner bagai, apa yang hebat candle light dinner aku tak tahulah, aku rasa aku dah biasa kot dengan candle light dinner ni. Kalau karan (elektrik) tak ada di rumah aku, pasang candle lah dan lekat atas tin biskut sambil makan nasi secara berjemaah. Feeling dia tak adalah hebat sangat. Janji konyang sudah, Esah oi.


Hoi mak cik pak cik akal letak bawah katil,
kalau nak sambut sangat Valentine Day, sambutlah. Buktikan cinta anda itu. Buat perempuan, tak perlu jaga air muka cakap demi cintaku padamu ku serah body atau a part of my body, cakap je aku MEMANG NAK GILA-GILA dah ni. Sonang.


p/s- Kenapa aku hangin? Sebab aku dah nampak plan beberapa kekasih specialll untuk hari ni. 

Saturday, February 12, 2011

Kumpulan Nasyid Universiti (yippiee)


Dulu sebelum masuk universiti, aku admire sangat dengan kumpulan-kumpulan nasyid macam In- Team dan Saujana. Rasa macam tengok budak-budak cerdik menyanyi. Rasa feeling habis. Lagu-lagu yang aku minat seperti Rabiatul Adawiyah dan ...(lupa). ("-_-) 


Waktu aku form 2 memang aku suka melalak lagu tu dalam surau asrama. Aku anggota kumpulan nasyid jadi ketua warden bagi kebenaran untuk gunakan sistem audio surau sepenuhnya. Kadang-kadang kami bagi suara bergema dalam surau je, kadang-kadang biar bergema satu sekolah. Lantaklah suara nyaring ke pecah ke, janji rasa macam group gossip girl habis. Fofuler.


Walaupun suara aku tak sedap, tapi rentak (pergh) bongo yang dibawa oleh kami memang jadi ikutan budak-budak perempuan satu sekolah (kami batch pertama sekolah tu). Setiap kelas mesti ada jugak budak suka bergendang atas meja. Akhirnya ustazah aku marah dan kata kami macam budak perempuan tak senonoh asyik mengetuk meja. Macam nak tarik perhatian budak lelaki katanya. Huh.


Kembali kepada kumpulan nasyid yang aku minat, mereka memang generasi nasyid yang membawa kesedaran kepada kami. 


Aku ingatkan dapatlah jumpa geng-geng nasyid yang macam tu lepas masuk universiti. Boleh la aku admire senyap-senyap. Tapi kumpulan nasyid macam tu semakin malap dan malap. Aku pun tak tahu kenapa jadi begitu. Mungkin lepas aku keluar nanti baru ada balik. Hm.

Sunday, February 6, 2011

Mari Belajar Bahasa Korea

Setelah beberapa kali menangis dan ketawa kerana menonton cerita Korea, aku membuat kesimpulan bahawa belajar bahasa Korea tidaklah susah sangat. Mari lihat perbendaharaan kata yang telah aku kumpul. Perkataan-perkataan di bawah adalah paling banyak disebut dalam cerita-cerita Korea. Jadi, secara ringkasnya, Cerita Korea berkisarkan love story, family matters, konflik diri etc.


Rambut style ni memang tengah in kot sekarang. sukanya oh.




Gelaran


Appa
= ayah, daddy


Omma
= ibu, mommy


Oppa
= abang/ big brother ( perempuan panggil lelaki/ girl to boy)


Dongsaeng
= adik/ little brother ( lelaki panggil lelaki/ older boy- younger boy)


Hyung
= abang/ big brother ( lelaki panggil lelaki/ man to man)


Noona
= kakak/ big sister ( lelaki panggil perempuan/ younger boy to older girl)


Unni
= kakak/ big sister ( perempuan panggil perempuan/ younger girl to older girl)


Ahjumma
= mak cik/ auntie


Ahjuhssi
= Pak cik/ uncle


Ucapan


Chuka e
= Tahniah/ congratulation


Kamsahamnida
= Terima kasih/ thanks


Chua e
= suka awak/ like u


Sarangheyo
= Cinta awak/ love u


Shiro!
= Tidak mahu/ No


Aneyo
= Bukan/ That's not it


Palli!
= cepat


we o?
= kenapa


Ada banyak lagi tapi tahu-tahu la, kepala ni ingat-ingat lupa. Nanti bila masuk jamban baru "ehh.. ada lagi"


Perhatian! Ini mungkin bahasa pasar. Sebarang isu yang timbul akibat mempraktis perkataan ini bulat-bulat tidak akan ditanggung oleh cik Bungakopi. Terima kasih.