Mei 2013

This world doesn't makes any sense anymore~




Tuesday, February 22, 2011

Game Vs Eyes- Di celah-celah kehidupan

Selamat Pagi =)  !
Kadang-kadang apa yang kita sangkakan satu masalah, bukan masalah kita sebenarnya, tapi masalah orang terdekat kita. Baru-baru ni aku rasa kecewa sangat sebab eyebag bawah mata aku dah berlapis-lapis. Betul-betul gelap. Ni semua gara-gara aku main Zombies Vs Plants sampai jam 4 pagi. T_T


Aku memang cepat addict dengan game. Itulah sebabnya aku uninstall semua game dalam laptop aku. Tapi lepas kakak aku beli netbook baru, aku sekali lagi terrrmain game dalam netbook dia tuh. Aku dengan keras hatinya tak nak install game tu dalam laptop aku, tapi balik ke Tg. Malim tiba-tiba pada satu malam yang hening, aku terdengar satu bunyi yang mencurigakan betul di meja makan. Rupa-rupanya Wani dengan wajah serius tak boleh blah tengah kusyuk bedil Zombie tu dengan peluru berpandu. 


Rupa-rupanya Wani ni memang sifu Zombie. Dah dapat pingat emas bunga matahari lagi atau dengan kata lainnya dah habis pun semua level game tu. Hapa???

                           Nampak tak aku baru dapat pingat perak? Yang aku bulat color merah tu
Aku nak lepas satu level pun sangkut. Aku tak boleh kalau tengok kawan aku master bab-bab game ni. Aku rasa dengki. So aku pun install la game tu dalam laptop aku pulak. 


Nak tengok siapa sifu game ini?



                                  dari kiri : Sifu Zombie(pakar), aku & separa pro


Lepas aku install, roomate aku pulak install. Izan namanya (dalam gambar kanan sekali). So kami akan bukak 2,3 window dalam satu masa. Satu tu biarkan siput babi kutip duit dalam Zen Garden (aktiviti dalam Zombie Vs Plants), satu lagi buat la assignment kan, satu lagi tu bukak la THR. com ke atau facebook ke atau laman cari jodoh ke.. caih.

                          Ni la Zen Garden aku. Duit aku ada ratus ribu la jugak..bukan nak riak ar kan..


Ok, panjang pulak ceritanya. Dipendekkan cerita, mata aku sangat-sangat huduh dan aku rasa sangat rendah diri. Pakai shawls pun nampak bughok, semuanya bughok.


Aku pun pergi la check mata aku ni. Caih. Tak ada la teruk mana pun. 
Keputusan :
Mata kanan : Perfecto
Mata kiri : 75
Silau kanan : 25
Silau kiri : 25

Roomate aku pun nak check jugak.
Keputusan dia :
Mata kanan : ratus-ratusan
Mata kiri : ratus-ratusan
Silau kanan : Tinggi
Silau kanan : Tinggi

Aku kecoh dekat seminggu. Siap call mak aku lagi mengadu mata aku dah rosak (mak aku cakap, tu la Tuhan nak tunjuk jangan suka tengok sangat cerita Korea blablaba)

Pendek kata, akhirnya kawan aku dengan relaxnya bakal jadi minah spek (aku dah stop main Zombie tapi dia masih konsisten). Malah, muncul generasi pelapis yang bakal menggantikan tempat aku dalam dunia zombies ni.
                                              perintis Zombies vs Plants

Itu satu. Ada 1 lagi aku kecoh tentang speaker handset rosak, kononnya nak beli handset barulah kan, survey sana-sini.. tapi semasa survey tu, junior aku yang terjatuh handsetnya dalam lubang jamban. Jadi, siapa yang kena beli handset sekarang?

Sekarang ni aku konfius, sama ada aku ni ada penyakit kerisauan melampau atau aku ni jenis berjaga-jaga.


p/s- Kelipkan mata anda semasa main game

5 comments:

Shukri Mohd Ali said...

arggghhhh!!! tensen dengan zombie bawak perisai & zombie bawak pelampung.

pakai je cheatcode. abes cerita. mampus semua zombie2 tu. kehkehkeh.

Bungakopi said...

Shukri Mohd Ali,
tau xpe. cheatcode tu apa? sy slalu pakai kucing lilypad je. huhuhu. susun berderet-deret lam air.

beautiful_rose said...

dulu aku pun gila game.layan sampai pagi dok depan pc bersengkak mata2 semata2 nak kumpul point dan duit ribu riban.

sebagai balasan,aku dapat migrain berhari2 di hiasi pula dengan mata panda y sangat tidak menawan.grr.....power spek bertambah lagik.

so,skang aku dah jarang layan game dah.nak ngadap pc lama2 pun rasa mcm sakit kepala.

Mr. Swift said...

Hahak perintis tu comel gila! :p



Mr. Swift Currently Posted : Apabila Ayam Dah Mula Bercakap Dan Pelik Pasal Manusia...

Bungakopi said...

Mr. Swift,
aku kat atas tu pon comel gak. huhu