Mei 2013

This world doesn't makes any sense anymore~




Friday, July 30, 2010

Diari Rogayah : .


Banyak benda terjadi pada aku semalam, dan banyak benda aku pelajari. Pertama, jangan tangguhkan untuk melawat orang sakit. Dua bulan yang lalu, aku mendapat berita bahawa kawan aku sedang sakit tenat di Hospital Sg. Buloh kerana sakit tibi. Waktu itu aku baru sahaja tamat exam dan beberapa hari lagi akan pulang ke kampung. Kemudian, aku dan classmates aku merancang untuk melawat pesakit. Malangnya, rata-rata kawan aku di kolej masih berada dalam minggu peperiksaan, jadi kami bercanggah pendapat mengenai tarikh yang sesuai untuk melawat beliau. Akhirnya rancangan kami senyap begitu sahaja. 

Hinggalah semalam, aku terbaca komen di bawah gambar kelas beliau dlm FB (aku dan arwah tidak sekelas) bahawa pesakit telah meninggal dunia sebulan yang lalu, iaitu pada 21 Jun yang lepas, bermakna sebulan selepas aku dan kawan-kawan tidak jadi melawat beliau. Jadi, aku rasa terkejut dan menyesal. Kenapalah aku tangguhkan untuk melawat dia dahulu?

Kedua, jangan bereksperimen dengan alat make-up tanpa bertanya pendapat kawan-kawan (yang sengal jugak). Semalam, aku cuba bereksperimen dengan lipstick yang diberikan oleh kakak aku. Kata Kakak, dia tidak berkenan dengan warna lipstick tersebut (memang aku ada segudang koleksi barang beliau). Jadi, tanpa ragu-ragu, aku pun pakailah lipstick tersebut untuk ke kelas. Setibanya di luar kelas, aku digelakkan bersungguh-sungguh oleh kawan-kawan aku. Memang SITI HAJAR betul. Kata mereka, terlalu pink dan sama dengan kaler baju dan tudung. Ada pula yang kata, "Wah..kita ada datin baruu.." Rasanya muka aku dah cukup tebal pada waktu itu. 

                                            Wey shenme??? Wey Shenme??

"Aku tengah bereksperimenlah!" Pekik aku geram. Tetapi mereka terus ketawakan aku. Ada yang memandang aku dengan rasa tidak percaya. Nak je aku lipat-lipat tengkuk mereka. Teruk sangat ke rupa aku?  Fikir aku pada waktu tersebut (aku pun tonyoh sampai pudar warna lipstick tu). Perasaan aku,  terasa seperti  menjadi Betty dalam  telenovela Yo Soy Betty La Fea yang baru belajar bermake-up dan end up dengan memalukan diri sendiri. Kurang hajar punya kawan-kawan. At least, cover la sikit gelak tu. Tak pun, faham sikit perasaan aku  ni. Hari itu, mood aku untuk belajar terus tenggelam jauh ke dalam  Lautan Atlantik di kawasan Segi Tiga Bermuda.

                                    Armandoo mendozaa..

P/S- Hidup kena berani mencuba. Siapa setuju, sila korek hidung sendiri.

9 comments:

. Shaheera Nurr . said...

beb tak sengaja tergelakkan ko.. hahaha
sengguh.. xde niat la wey..
sorry bebanyak..
hahahahaa..
tersambung gelak teringat kes semalam.. hahaha

Rozuan Ismail said...

takziah buat family kawan anda tu.

Shukri Mohd Ali said...

hahaha. biasalah kawan2. pantang tengok sesuatu yang baru. ada je yg nak dicakapkan.

Husna Hadzarami said...

takziah for the lost. betul, benda baik jangan ditangguh tangguhkan. takpelah, together we learn from it :)

ehem. husna, taknak upload gambar pakai lipstik pink ke?:D

hehe jangan marah ye..

beautiful_rose said...

bila cakap pasal tanggu,teringat peristiwa lalu...
sedih dan terkilan sampai sekarang tak bileh nak lupakan.

lipstik pink?
hehehh boleh pakai,tapi janganlag sampai baju dan tudung pun ko pakai senada.memang nampak macam pelik ler...huhuhu tp tak pe teruskan bereksperimen! =)

Bungakopi said...

shaheera,
aahh..ko pun same! hehe

rozuan,
thanks for her behalf

shukri,
yaa..anda positip skali


husna,
no more tears today:)
and lipstick tu..akan kuceritakan pada kakakku kelak.huhu

rose,
betulla..org kata bertangguh itu pencuri masa. kan..

syazba said...

saya dh korek hidung=)

Bungakopi said...

syazba,
awak mmg berani mencuba. syabas?

beautiful_rose said...

yup.bukan saja pencuri masa tapi juga merugikan masa.kerana ada hal2yang kita terpaksa tinggalkan kerana merasakan akan adanya masa yang lain.