Mei 2013

This world doesn't makes any sense anymore~




Tuesday, January 10, 2012

Diari UPSI Januari 2012 : Apabila Orang-Orang Bijak Menyuarakan Pendapat

Tanpa mukadimah.

Betapa hampehnya mereka yang mengutuk UPSI aku.
Sini tempat aku belajar, I love UPSI walaupun Pekan Tg. Malim, Perak ni banyak tahi burung (walaupun tidak berkaitan)

sumber: Google Image

Hati aku sebagai pelajar UPSI terluka apabila terlalu banyak hinaan ke atas pelajar UPSI rentetan cetusan Adam Adli, pelajar Tesl semester 5 yang famous amous itu. 

Siapa Adam Adli?

(Wikipedia aku : Adam Adli adalah pelajar UPSI yang meminta dimansuhkan AUKU. Beliau menurunkan bendera Perdana Menteri selama lima minit, beliau juga..tetett tetett...maklumat tidak mencukupi..sila Google sendiri)

Komen-komen yang dikutip dari video ini (klik)

Orang bijak 1 # yang mungkin ambil triple degree. :)

Orang bijak 2#. 

Orang bijak 3# yang eja 'bangang' dengan lebih cerdik.


Aku sebagai seorang mahasiswi tipikal yang suka bergambar sambil buat duck face, layan blog-blog hiburan, facebook 24 jam, manga, download movie dan lain-lain ini rasa begitu terharu dengan cercaan mereka. 

Persoalannya :

Adakah komen-komen yang aku ambil dari laman youtube ini menggambarkan orang yang lebih bijak daripada kami, pelajar UPSI ini?

Kenapa aku terkilan :

UPSI adalah sekolah kehidupan aku. Bukan sekadar tempat aku belajar untuk mendapat CGPA yang tinggi, tapi tempat aku belajar untuk bersabar, bertolak ansur, berjimat-cermat, dan berjuta-juta 'BER' lagi. 

Pandangan aku yang tidak bijak berbanding anda :

Dalam dunia ni, tak semestinya orang yang bijak akademik sahaja akan dipandang tinggi, tapi  orang yang bersosial dengan baik LEBIH MUDAH untuk survive.

Kesimpulannya, kepada anda, orang-orang yang lebih bijak daripada pelajar UPSI ini, bersikaplah down to the earth kepada semua orang kerana (tanpa mengira status) orang yang bongkak tidak akan masuk syurga malah akan dibenci di dunia.

Hm. Itulah. Memang tidak akan masuk syurga. Tak takut?

p/s- Aisehkamen...takut melihat orang-orang bijak berkomen-komen. Biarlah aku yang tak berapa bijak ini mengundur diri. Wassalamu. :)

Sunday, January 1, 2012

2012..I'm Coming..! (terbang dengan mata berkaca-kaca)


Tanpa berbasa-basi, daku pon nak juga mengucapkan 


^_^ SELAMAT TAHUN 2012 ^_^


kepada semua penyinggah-penyinggah blog Chentahomosapien yang hidup segan mati tak mahu ini. 

Tagline yang hampagas ni memang sesuai, kan?

Mengimbas kembali (cewah jejak rasul plak aku) semua peristiwa yang aku lalui sepanjang tahun 2011, memanglah aku membuat berjuta-juta kesilapan yang di luar kotak pemikiran aku. 

Maksudnya, kadang-kadang aku tak sangka aku akan buat kesilapan-kesilapan yang telah aku lakukan itu . Isk sedihnya.

Contohnya, aku tidak sangka aku dengan tidak kisahnya boleh makan non-stop ibarat tidak baca Bismillah sehingga bermangkuk-mangkuk mahupun berpinggan-pinggan. 

Aku juga tidak sangka bahawa aku berada dalam kalangan geng yang terakhir menghantar tesis keramat aku. Oh.

Aku tidak sangka aku seorang yang dalam hati ada taman( wiwiitt..)

Aku tidak sangka aku seorang yang !@#$%^& (bahasa rahsia).

Semua yang aku tidak sangka ini sangat sesuai dengan lagu berikut.

Keane - Everybodys Changing

Powered by mp3skull.com

Isk isk.

Begitulah kehidupan tahun 2011. Macam hampeh pun ada. 
Macam nasi goreng USA pun ada.
(-_-")


2012 dunia berakhir??


Macam pernah dengar? Memanglah, tak lain tak bukan iklan syampu yang seksi nak mampoih, yang mengetengahkan isu tahun 2012 berlaku kiamat. 

Si gadis seksi dalam iklan tersebut nampaknya tertanya-tanya sama ada tahun 2012 akan berlakunya kiamat, oleh itu.. aku pon berbesar hati nak kemukakan ramalan uncle seekers cik Bungakopi.

Alkisah, tepat pukul 12 malam semalam, aku dengar bunyi kuat sangat, bergegar rumah yang aku duduk ni. Bukan sekali, tapi dua kali. Aku ingatkan dah nak kiamat, rupa-rupanya ada pelesit lempar bom di kolej aku. Hampagas punya orang. Asap berkepul-kepul naik. Nasib baik bukan kiamat. 

Jadi, buat masa ini...pertanyaan gadis itu masih belum terjawab atau mungkin juga sudah terjawab. Jika kiamat tidak terjadi pada tahun 2012 ini, iklan tu berkemungkinan besar akan ditukar kepada pertanyaan lain pulak yang boleh dijawab untuk tahun depan seperti..


2013 dunia berakhir??


dan berterusan untuk beberapa tahun...

Pertanyaan ini boleh dibuat untuk tiga hingga empat tahun, bila masuk tahun kelima, iklan syampu ni kena ubah sikit ayat. Cadangan aku begini..


Alamak, dunia belum kiamat juga?
Mungkin harus bertukar syampu..


Ok, just kidding. Ermm..sebelum aku menamatkan entri, macam biasa aku pon nak menyenaraikan azam tahun baru aku. Jeng jeng...

Turunkan 5 kg
Senyum lebih kerap
Belajar masakan kampung
Simpan duit banyak-banyak
 Buat 2,3,4 akaun. Bank Tabung Haji kena ambil berat, Bank Islam simpan duit untuk beli aset (perggh), Maybank ikut suka hati, bank lain-lain harus dimansuhkan. Banyak sangat bank ni..tak terurus betul.
Menjadi seorang wanita yang lebih berwawasan, kental dan comel (harkke tuii..)

Sebelum menoktahkan coretan pena aku (eceh), aku saja nak bagitahu kepada semua peminat-peminat seni tanah air bahawa...

Aku tidak pernah berniat untuk tutup blog ini, biarlah dia hidup segan mati tak mahu seperti biasa. Aku update bila terasa nak update sahaja. Hehe. Dulu aku bercinta dengan blog, sekarang aku bercinta dengan ikan masin. Baibai blog. Minggu depan kita jumpa lagi.
Doraemon muka gatal sebab tangan pegang ketiak aku.

Sekian wabillahitaufik..(lupa ayat seterusnya).