Mei 2013

This world doesn't makes any sense anymore~




Sunday, April 11, 2010

Rasa Sunyi yang Mencengkam Dada

TAHU TAK?

rasa sunyi itu datang apabila kita pulang dari sesuatu tempat dan merindui tempat itu.

Rasa sunyi itu menjadi sedih apabila tiada siapa menyambut kepulangan kita. 

Rasa sunyi itu hadir apabila kita tiada siapa untuk sama-sama berkongsi cerita yang menarik 
( Kamus Dewan Edisi Aku, 2010)

TAHU TAK?

aku bukan sunyi sebab single. 
Ohh...no..nonno...
Cuma aku rasa sunyi tahap bapak secara tiba-tiba. 

Sudahlah aku baru sudah mandi di waktu Maghrib. 

Sudahlah tadi aku basuh baju pakai tangan bukan pakai mesin, sudahlah bajunya berlori-lori, kemudian bila aku jemur, tak sampai setengah jam, hujan lebat guruh berdentum petir sabung menyabung sampaikan terpaksa menyorok dalam bilik senyap-senyap supaya tidak terbang dibawa angin. 

Kemudian, terasa masa itu terbuang sia-sia, lalu aku berkata "apa kata kita berbual-bual sahabat?" kata aku kepada katil di sebelah. 

Ya, roomate aku pun sudah terbang ditiup angin.

           dah tua tak boleh main hujan lagi

Haih- Kesunyian memanglah menjengkelkan.

6 comments:

.Shaheera . said...

uit..
tggl sorg ke kt umh..
sian ko..
hohoho

abeza said...

test2..

Shukri Mohd Ali said...

jgn main ujan nnti dmam =D

oho...maaf la smlm tidur awal sangat...kul 9. klau tak boleh sembang2 dgn husna. uhhuu...

LuNa BeLLa said...

oit..aku da jawab soklan ko tag 2..hoho....

the sastraboy said...

takpe kak.Sempoi.Akak kan happening.Hehe.

BTW.cantik tajuk.

Bak kata omputeh. "i like!!" hehe.

Bungakopi said...

shaheera,
sorang dlm blik je. yg lain cbuk study..tu pasal sunyi.



abeza,
test apanya? guna profile la awang.




Luna bella,
okeh.:)





sastraboy,
tajuk je ke