Mei 2013

This world doesn't makes any sense anymore~




Tuesday, April 13, 2010

Hari-hari yang tinggal : .

Adakah wujud hari-hari tertentu yang menjadikan perasaan kita mendung? Kalau aku, hari-hari yang menjadikan hati aku mendung, tentulah hari hujan. Kawan serumah aku juga bersetuju dengan kata-kata aku (sebenarnya aku yang bersetuju dengan kata-kata dia). Entah kenapa, kawasan aku memang kerap sangat hujan. Setiap hari yang berlalu adalah mustahil tanpa hujan. Mungkinkah Proton City is the wettest place in Perak?

Jadi, patutlah hari-hari mendung sentiasa hadir. Kata kawan aku, setiap kali hujan di waktu petang sehingga suasana bertukar menjadi kelam, ingatannya pasti singgah di kampung halaman. Kalau dah begitu, hati mesti rasa sayu-sayu ayam sedikit. Tambah an pula, kalau petang begini, lepak seorang diri di luar sliding door yang terbuka sambil angin hujan menyepak-nyepak rambut. Serius macam cerita komik cinta.


Ok, aku bukan nak merepek di sini, tapi mungkin aku akan kurang update sebab sekarang ini minggu study week, jadi aku rasa aku patut kurangkan....kurangkan...berblogging. Tapi, aku tak pernah rasa belog ini mengganggu aktiviti study aku. Satu lagi, aku agak risau kerana aku tidak risau seperti orang lain bila tiba musim exam. Aku risau juga kerana ketidakrisauan aku itu. Haih.

kamera rosak jadi terkapak gambar Google lagi

P/S- Sesuatu yang mendorong perut menggeletar, hari hujan. Confirm makan banyak.

7 comments:

Shukri Mohd Ali said...

wow...ayat pengenalan cam novel. i like! =)

kalau sunyi, mesej2 la...lalala~

abeza09 said...

ari tu wish nak dapat body jam pasir.. kene r diet..

al-mankaraqi said...

mendung x bererti hujan....

Bungakopi said...

shukri,
suka? okeh, suka gak.




abeza09,
sangat susah tahu..




al-mankaraqi,
ya, tapi di sini hujan.:)

cikTi said...

ye.,buat ape yg patut dulu,.,.

utamakn yg utama,.,

the sastraboy said...

eh.Komik tu macam kenal.hehe.
Midori no hibi.Sangatlah kelakar.hoho.

Kapten said...

aku suka mendung sebelum hujan. rasa tenang