Mei 2013

This world doesn't makes any sense anymore~




Wednesday, April 21, 2010

Kisah Nasib Baik

Selamat pagi semua. Hari ini kita mulakan kelas dengan bacaan doa.
Allahumaftahalainahikmatakawansyuralainaminhozainirahmatikayaarhamarohimeen..


Adus, musim exam ni, rasa sedap tidur di atas katil memang terbukti lebih berbanding hari-hari biasa. Waktu begini, tilam terasa sangat-sangat lembut, udara terasa sangat nyaman, hinggakan rasa lega tulang belakang yang sengal-sengal.

Ilusi akukah? Atau semua orang rasa perkara yang serupa?

Pagi ni dapat panggilan daripada seorang pemanggil. Aku serius tidur lewat semalam, jadi pagi tadi bukan tak subuh, tapi aku tidur balik. Itupun aku mengaku, rasa sangat berat untuk bangun.  Kemudian jam 9 tadi, ada seseorang call aku. Aku angkat, dia letak. Mula rasa nak abracadabra sambil hembus kemenyan. Kemudian dia call lagi, aku tanyalah, 

"Nak apa, hah? Nak apa?"

Jeng..jeng.. 
kata beliau, 

"ni Cik Bungakopi ke?"
"Ya, saya?"
"Slip exam cik tercicir." (O_O)

Buntang mata aku. Cepat-cepat aku bangun dan bersila di atas katil.

"HAAH, YE KE??" 

Bunyinya agak terkejut di situ dan bukan dibuat-buat ye kawan-kawan. 

" Lar, cik tak tahu lagi ke?"

" Err, saya rasa waktu saya on the way balik kolej slip saya masih ada dalam beg sebab saya buka beg dalam bas"

"Yelah tu, tercicir dalam bas. Ada seorang pelajar datang serahkan slip ni kat saya. Tak apalah cik, nanti kalau cik nak ambil exam, jangan lupa singgah office untuk ambil slip"

" Owh...Ok, terima kasih ya.." kata aku dengan suara serak basah ala-ala Ramli Sarip.
Teet.
Aku yakin 400 peratus beliau tahu aku baru bangun tidur. Owh, teedaak. Slip exam aku mesti dah kotor. Owh teedaak. Baru satu paper tapi slip exam dah kotor-motor. Owh teedaak. Nanti orang ingat aku ni tak pembersih. Owh...owh.. baik aku belah sekarang.

7 comments:

al-mankaraqi said...

salam datin bungakopi, baguslah bermula dengan doa..........

Shukri Mohd Ali said...

adoi...cemerkapnya...baru satu paper =)

Rozuan Ismail said...

rasanya anda x mau mencari ke insan yg berhati mulia yg jumpa slip anda tu..ntah2 dia tu lelaki dan mgkin juga org yg anda idam2kan selama ni..huhu

Bungakopi said...

al-mankaraqi,
wsalam datuk M, timekasey.


Shukri,
cemerkap ke? bukan cemerlang?


Rozuan,
betul gak ek..hehe, kena g ofis balik ni, cari maklumat...hakhakhak

the sastraboy said...

yaa akak bungakopi.Cepat!!Mana tahu lepas ni terus kawen.tak payah pikir pasal semua ni.duduk je kat rumah.update blog.haha.

Husna Hadzarami said...

takpe la kotor pun.
nasib baik ada orang jumpa and pulangkan pada yang sepatutnya.
kalaulah koyak kena pijak ke apa satu hal pulak.
anyway goodluck! :)

Bungakopi said...

husna,
dah abis pon pagi tadi. lega rasa.

sastraboy,
mende la ko nih