Mei 2013

This world doesn't makes any sense anymore~




Tuesday, April 27, 2010

5-FIVE-Khamsah (seiras grammy award)

Ya, hari ini aku kembali memeriahkan industri blogging tanah air setelah sekian lama menyepi. Tujuan aku bersila di atas katil tak lain dan tak bukan adalah untuk menerima award semata-mata. Berikut adalah award comel yang aku dapat daripada adik Shukri kita yang cantik manis. Terima kasih ya. Beri tepukan kepada beliau (dah sebulan lebih dapat award ni).


http://emo.huhiho.com
wajah terharu aku

Dulu-dulu ( mood bercerita sedang naik)
meleleh air liur aku tengok kawan-kawan aku dapat bear bes0-bes0 daripada mak, ayah and exspecially boyafren. Jadi, dapat award ni rasa sangat menarik dan seolah-olah aku tidur sambil memeluk bear yang sebesar katil dan lebih tinggi dari aku. Tapi, yang kureng sikit, tiada benda yang percuma dalam dunia nih. Ini syarat-syaratnya.

~Copy award ni macam dapat Grammy Award.
~Bagitahu orang yang beri dan link blog pemberi award ni.
~Tajuk post korang mesti ada perkataan 5-FIVE-KHAMSAH- :)

1- FIVE name that people call you
- Nama yang mak ayah aku beri- x0x0x (rahsia kononnya)
-Nama timang-timangan waktu kecil- Deathnote (kononnya tapi sebutannya sama. Betul ni, tak tipu)
-Nama kawan-kawan panggil aku waktu keganasan buli tengah bermaharajalela di sekolah- Masher-sila gerun
-Nama yang orang dalam dunia internet je panggil aku- aain
-Nama yang orang tersilap panggil- Rosnah (hahaha)

2- FIVE important dates in your life
http://emo.huhiho.com
-Aku adalah insan yang lemah dalam mengingati tarikh.Tapi rasanya ada sedikit tarikh yang gembira.

- Tarikh kelahiran Nabi Muhammad s.a.w
- 1 Syawal ( waktu ni semua orang berkumpul )
- Cuti sekolah 

 3- FIVE things that you done yesterday

Pertama-tama
- makan dengan sopan. Garpu cucuk ikan yang baik untuk kesihatan otak. Tukar, makan pakai tangan.

Kedua
- cari buku nota hilang. Satu-satunya sumber aku sebelum exam pada hari ini! 

Ketiga
- kesinambungan daripada situasi di atas, aku berkuda ke blok kawan aku untuk menelaah bersama-sama.

Keempat
- Kawan aku paksa tidur sana tapi aku menolak. Aku berkuda dan balik dalam hujan jam 12 malam seorang diri.

Kelima
- Aku salin baju. Hehe. Ada lagi, aku berjaga sampai 4 pagi sebab aku beranggapan paper last exam biarlah struggle sikit. 

4- FIVE ways to be happy

Nombor satu
- Merokok. Sebab mustahillah tak happy sebab mereka merokok hari-hari. Perlukah aku cuba?

Nombor dua
- Senyum.Tapi aku kurang senyum sebab rajin sengih. Samalah tu kan.

Nombor tiga
- Makan. Tanpa makan aku adalah 360 darjah berbeza.

Nombor empat
-Bersuka-ria dengan kawan. Mereka sumber kehappyan aku di sini!!! I love u ollzz. Nak upload pic sikit.




Nombor 5
- Tidur. Uh..

5-FIVE favourite movies
- aku suka dan aku lupa.

6- FIVE favourite hobbies
- Minum air.
- Baca komik 
- Layan cerita
- Baca blog orang
- Ber...bber..

7- FIVE favourite people
- Mak
-Kakak
- Anak-anak buah je dah bersepah, lebih 5 orang. Kira siap.


8- FIVE favourite places for vacation
- Pulau-pulau.
- Kawasan pergunungan.
- Kawasan bersejarah.
- Kawasan yang ada banyak barang murah tapi cantik. Cthnya..

                                       syurga wanita

- Mana pun best asalkan free.

9- FIVE reasons you answers the survey
- Aku tak ada kerja. Seriously.
- Aku tak boleh tidur sebab baru lepas makan, nanti perut buncit.
- Aku nak tempek bear ni kat sidebar belog aku.
-Aku nak bagi nampak ada update terbaru sikit.
- Aku sedang mengisi masa lapang.

10- FIVE persons to tag
- fateen
-izzati aka cik pelangi
-zaty fiziaty
-Pak cek Biola aka Rozuan Ismail
-Wirdah


P/S- 
http://emo.huhiho.com
Update belog sudah, nak buat apa pula pasni

6 comments:

halimunan said...

salam.... xprlu la utk cba mrokok krana dunia ni dh b'usia 2010 thn mgikut klndar org putih tu, tpi xda sorng popesor pn yg brani mgatakn mrokok tu baik utk ksihatan.....

Anonymous said...

salam.... xprlu la utk cba mrokok cz dlm dunia yg dh b'usia 2010 thn ni, mgikut klendar org putih la, msh xda sorang popesor pn yg brani mgatakn mrokok tu baik utk khidupan....."halimunan"

Husna Hadzarami said...

hahaha! nama yang org tersilap panggil tu sama la!

selalu gak bila kita sebut Husna dia dengar Rosnah.. duhh

Bungakopi said...

halimunan,
gurau je arr.


husna,
betol betol. sangat betol.. haha

Shukri Mohd Ali said...

terima kasih sudi buat tag ni. hehe =)

Bungakopi said...

samer2