Mei 2013

This world doesn't makes any sense anymore~




Monday, June 14, 2010

Rindu

Mungkin sudah 4 tahun aku tidak membuka blog sendiri. 

Kali ini, dengan skrin yang bergegar-gegar, aku usahakan untuk menaip 4 ploh patah kata di sini. 

Semuanya kerana rindu dan semangat bola. 

Begitu banyak habuk-habuk dan sawang melekat di sana-sini dan aku memerlukan masa selama 44 hari 44 malam untuk membersihkan blog ini supaya aku tidak malu-malu apabila ada pelawat menerjang ke sini. 

Semenjak cuti semester bermula, aku telah mengusahakan untuk tidak mensia-siakan cuti yang panjang. 

Oleh itu, aku telah bekerja keras sehingga kematu kulit tangan dan memerlukan masa yang lama untuk kembali lembut seperti memakai sabun May ataupun bedak Johnson Baby.

 Kepenatan yang tidak terhingga menyebabkan aku terpaksa mengabaikan lappy aku yang semakin berhabuk. 

Berkali-kali kucing aku bertanya, bila mahu update..bila mahu update..tetapi aku tidak mengendahkannya kerana tidur itu pastinya lebih enak di saat tulang belulang hampir patah. 

Tetapi hari ini, aku sedang berada di atas sofa berhabuk demi menunaikan hasrat satu-satunya peminat tegar aku, iaitu kucing yang bernama Che Tom. 

Aku berharap Che Tom tidak lagi mogok diet kerana aku telah menunaikan hasratnya. 

Maka, dengan ini aku mengumumkan bahawa blog telah diupdate. Sekian.

5 comments:

Shukri Mohd Ali said...

rindu sama tulisan-tulisan kamu =)

beautiful_rose said...

erk,update apakah???

Husna Hadzarami said...

makcik ni busy gila sekarang.
jangan kacau :P

the sastraboy said...

betul pe brader shuk cakap. cepatlah aktif kembali. ye! hoho.

Bungakopi said...

Thanks semua.
Aku akan usahakan utk update secepat mungkin.:))