Mei 2013

This world doesn't makes any sense anymore~




Thursday, November 10, 2011

Wanita Suka Bangkitkan Isu Remeh-Temeh.

Sebab tu ada cerita Gossip Girl dan Mami Jarum.
Hikhik.
Bayangkan kalau ada gossip boy, serius geli.
Rasa nak penampar je kepala penerbit cerita tu.


Sekarang aku nak bangkitkan isu remeh-temeh jugak.
Harap wanita sudi dengar "of course!!" suara gedik wanita scr beramai-ramai.
Lelaki nak tumpang baca?
Silakanlaaah.


Ok,
macam mana raya korban tahun 2011?(kantoi tak ingat tahun Islam)
Seronok tak? Makan apa?


Ada tak jadi pelahap macam aku..
Pelahap macam aku= lima mangkuk soto+dua mangkuk sup daging dalam masa 7 jam


Aku ni suka buang masa. Sob.
Sempena Hari Raya Korban tahun ni, aku ingin KORBANKAN SIKAP BERTANGGUH aku.
Jadi, aku dengan insafnya cuba buat banyak kerja dalam satu masa. 


Aku ingin tebus balik masa-masa lampau aku yang banyak terbuang dengan melayari laman-laman web yang tidak berfaedah.
Aku insaff. Sreeett. "Dik, nak tisu muka bercetak timbul,boleh?"


CERITA DI HARI RAYA KARBON..eh KORBAN
(cerita dua kerja dalam satu masa aku)


Demi pengorbanan tahun ini..
Aku pun ratah daging korban dengan rakusnya sambil membuka Facebook. err


Tiba-tiba!!!!
Tiba-tiba...ye kawan-kawan sekalian...
Tiba-tiba...aku telah terklik satu picture dengan tidak sengaja..


Jeng..
Jeng..
Jeng..


Daging yang tengah aku kunyah terus terasa payau..
nikmatnya daging korban tidak terasa lagi..
Aku rasa lugaaaaaaaaaaaaaaaa!!
(meminjam bahasa Terengganu, luga ialah pening-pening ayam bersama sedkit rasa ingin muntah)


Tajuk gambar: Seorang lelaki dikerat lima kerana merogol ibu kandung.




Aku stress dua waktu ni je, kawan-kawan. Tapi dah tak tertanggung dada eden ni ha.


Tahniah....
Tahniah.....!
Bravo Bravo asta la vista babeh.


Anda yang share gambar-gambar sedemikian begitu ramah-tamah+mesra pelanggan hingga ingin kongsikan semua perkara kepada friendsbook. 
Aku kagum. mengangguk-angguk sambil tangan letak belakang macam YB melawat kawasan


Tahukah anda,
anda yang suka share gambar-gambar begini...
telah mengoyak+menghancur leburkan azam seorang gadis untuk Hari Raya Korban tahun ini?
Pengorbanan barunya hanya tinggal nama..
Hanya nama..
Hanya nama...terus bergema dan bergema


Beliau akan mengalami kesukaran membahagi masa untuk hiburan+ tesis beliau yang 
jalan segan, stuck sekerat jalan. 


Kenapa? Kenapa? Kenapa?


Kerana beliau..eh
Kerana..
aku.. 
tak mampu siapkan tesis dengan cemerlang kalau aku tak buat banyak benda dalam satu masa. Kerana aku tak cukup masa! Kerana dulu aku suka buang masa! Kerana aku...aku....(terus merepek dalam setengah jam lagi)


Kalianlah!!!
yang upload gambar-gambar ngeri itu..


kalianlah punca tesis beliau lambat diproses nanti. Sebab aku tak boleh makan sambil menaip lagi. Atau menyanyi sambil gosok gigi. 
ARASSO?! faham!? 
Aku salahkan kalian 11.111111 peratus! sempena tahun 2011
Padan muka.


Beliaulah...
(sila tengok nama penulis)


p/s- Huh! jeling maut.
p/s 1-Semut kat meja aku ni pemalas bangat ah..hanya air milo dijilatin, asam pedasnya enggakk.
p/s 2- Tesissss... meracau sampai bersembur air liur
p/s 3-Ah..kakak aku panggil suruh tolong balut hadiah pulak. Bila boleh jalan tesis aku?

12 comments:

Shukri Mohd Ali said...

alah, tesis je. hahaha. errr. proposal isnin kena hantar. tapi saya masih cool. cool tak :D

Rozuan Ismail said...

perempuan kan teliti dan suka details x macam lelaki yang lebih gemarkan simple

Ruby said...

nasib kita sama. tesis jadi igauan ngeri aku sekarang. erghhh

.: Si BungaKopi : . said...

Shukri,
cool tu maksudnya dah start buat ke? huhu

Rozuan Ismail,
lelaki simple ke?

fathiahRAIHANA said...

Hakhakhakk tak habeh lagi ye fobia ngn FB ni akakk
ciannye smpai ternoda mood nak beraya hihi
tumpang simpati ye ..






saye pn tnampak jugak satu smalam sbnaqnya . sblum tidoq -.-

.: Si BungaKopi : . said...

Ruby. komen ko masuk spam td. huhu.
tesis ni wat kita mengigau kan..

adikfathiahraihana,
azamku ternoda.ternodaa.

ain fathihah said...

demam thesis semester ini

.: Si BungaKopi : . said...

ye ain fathihah,
bukan stakat demam je..air hidung pon meleleh. hehehe

Pembunuh Tanpa Bayang said...

budaya share gambar gambar ngeri di facebook buatkan aku rasa jelik mahu login lagi.

.: Si BungaKopi : . said...

to pembunuh tanpa bayang,
aku seriau tp login jugak2.hehehe. habit kot.

FazMelati said...

heheee tC jgn stress2 oke :)

Mengaji Al-Quran dengan ustaz yang best & coool

I TURUN berat badan lebih 10kg TAK PERLU PILLS PUN :)

.: Si BungaKopi : . said...

hehehe.thanks for visiting.
xnak stress..tp jadik sniri.