Mei 2013

This world doesn't makes any sense anymore~




Tuesday, June 14, 2011

Aku tak pernah bercita-cita nak jadi cikgu walaupun sekali dalam seumur hidup.


Aku yang kecewa

Tetapi, takdir meletakkan aku di sebuah sekolah luar bandar dengan status sebagai guru praktikum. Sekolah ini tersenarai dalam kategori sekolah-sekolah corot di Malaysia. 

Sebab itulah, keluar sahaja dari kelas paling belakang sekali, aku  rasa nak menangis.

Sebenarnya masa aku dalam kelas tersebut, memang aku rasa nak penerajang sekor-sekor.

Nak menarik perhatian pelajar bukannya mudah, cikgu praktikum tidak boleh rotan, tidak boleh itu, tidak boleh ini... TIDAK BOLEH BUAT APA-APA. 

Hanya boleh menjerit dan mencerlungkan mata sampai terperosok ke dalam. 

"Tetapi cikgu kena ajar sampai pelajar faham. 
Buat aktiviti menarik. Tengok contoh nippon lesson study BLA BLA BLA BLA BLA. 
Gunakan semua teknologi yang ada, powerpoint, video yang menyentuh perasaan,replika BLA BLA BLA BLA BLA"

YA, DAN BALIK RUMAH TAK PAYAH MEMASAK, TAK PAYAH MANDI, BUAT RANCANGAN MENGAJAR SAHAJA 24 JAM.

Aku dah ajar memang hingga BERBUIH MULUT. Kalau nak tahu apa itu BERBUIH MULUT, datang sini dan saksikan. Memang sampai timbul buih-buih di mulut aku. Tapi tak juga faham. Orang kampung aku kata, benak. 


Habis tu, takkan aku sampai nak kena bawa sarkis masuk kelas. Tak pun, aku sendiri yang jadi beruk supaya pelajar terhibur.

LU PK LA SENDIRI.

Sebenarnya, bila aku sedang menuju ke bidang ini sebagai kerjaya, rasa minat itu timbul sedikit demi sedikit. Jadi, aku sedang buat yang terbaik. Aku betul-betul dengan niat seorang kakak mengajar adik sampai faham. IKHLAS.
credit to: Google

Tetapi Tuhan meletakkan dugaan yang bukan calang-calang. 

Kalau bodoh dan berusaha untuk belajar, aku tak kisah.

Tapi ni, sudahlah bodoh, yang perempuan perasan cun- bawa compact powder two layer cake dan touch up dalam kelas, 
yang lelaki pulak mulut longkang.
 Mencarut BABI, P***I MAK HANG, B***T, FUCK YOU di hadapan cikgu!

Kadang-kadang aku terfikir, adakah ini dugaan yang MAMPU aku tanggung??

Aku ditakdirkan menjadi pelajar yang asyik berpindah randah sekolah sejak kecik, 4 sekolah waktu sekolah menengah dan 2 sekolah waktu sekolah rendah.

Tetapi ini adalah kali pertama aku lihat 
90 % pelajar sekolah tidak memakai lencana, 
50% tidak tuck in baju, 
99 % tidak memakai nama pada baju dan 
tiada kad keluar kelas.

Jadi, macam mana? Disiplin tu dah hancusss TAHAP KRONIK..

TOLONG BERI AKU CADANGAN YANG BERNAS UNTUK MENGATASI MASALAH INI.

9 comments:

Pembunuh Tanpa Bayang said...

kerjaya sebagai guru adalah 1 pekerjaan yang mulia mendidik pelajar untuk jadi manusia berguna.

tapi,tak semuanya bergantung pada guru semata.jika pelajar sendiri memilih untuk jadi manusia durjana.

pokok pangkalnya bermula dari hati mereka sendiri.jika hati mereka punya rasa dan keinginan punya minat dan kesedaran boleh saja di ubah.

tapi kalau hati benar-benar sudah tertutup untuk menerima,jalan mana lagi perlu kita lalui? ibu bapa di rumah juga mainkan peranan penting dalam memberi kesedaran pada anak-anak mereka...

azalia hjsalleh said...

wow. besarnya cabaran nak jd seorg guru. harap kamu bersabar ok

Ruby said...

dasyat bonar kau punya student weyh. nasib baik sekolah aku praktikal disiplin ok.

Anonymous said...

sentiasa jadikan diri awk cikgu kpd mereka wlupon mereka tdak jadikan diri mereka murid kpd awk...

"cikgu umpama lilin yg mmbakar diri sndri utk mnerangi yg lain"...

mgajar ilmu yg baik n bmnfaat akn mnjadi ibadah yg brpanjangan...

Bungakopi said...

pembunuh tanpa bayang,
betul kata anda. ibu bapa suka serahkan smuanya pd guru.

azalia hj salleh,
thanks. berusaha.

ruby,
jadi ko harus bersyukur k.

anon,
hm. tq.

Husna Hadzarami said...

Dah lama tak buka blog kau, DAH JADI CIKGU RUPANYA!!

So proud of you! :)

Bersabarlah, tak rugi bersabar ni. Setiap yang ditetapkan Allah ada hikmahnya. All the best!

Bungakopi said...

Husna Hadzarami,
thanks :)
tgh praktikal la.huhu

Amni said...

serius beruntung awak jadi cikgu dear.. sbb ramai je org kat luar ni yang nak jd cikgu, tp tak boleh...

memang budak-budak skang ni sangat mencabar dear.. kena bagi limi ngan dorang... masuk kelas, bagi rules.. bila dah okey, baru layan macam kawan.. tp, tak boleh la selalu.. kang dorang buli kita plak.. hehe..

Bungakopi said...

amni,
u are rightt.