Mei 2013

This world doesn't makes any sense anymore~




Wednesday, March 3, 2010

Susah jadi emak ni

Waktu aku menaip entri ni, aku memang mengantuk gila bapak punya.
Waktu-waktu begini, merebahkan diri atas tilam boleh membuatkan tulang seolah-olah reput dalam Toto. Begitu selesa. Bukan aku suka nak berjaga malam macam keluang, tapi tuntutan kerjaya membuatkan mata aku tak pernah surut lebamnya.

Bila aku tak boleh tidur memanglah sepatutnya aku buat assignment yg menimbun tu, tapi dek kerana terlalu cemas, kesudahannya aku makan kerepek ubi bersalut lada hitam sampai tinggal 1/3 balang. 

Assignmentnya pula belum siap bahagian pengenalan. Aku kalau bab blogging memang laju menaip, kalah kipas yang berputar kat atas kepala aku sekarang ni. Walaupun orang tak cakap, tapi aku rasa memang aku boleh masuk peraduan 'Menaip pantas' tapi menang tu belum confirm lagi.

Lepas aku makan kerepek tu, aku golek sana golek sini sampai lasam  (lunyai, lesu) cadar tilam aku, tapi entah kenapa kepala rasa tersumbat je. Tengok-tengok jam je dah pukul 3 pagi lebih. 
credit picture: google image
Waktu-waktu camni, sambil merenung dada langit di tepi jendela, mulalah ingat nostalgia zaman kecil-kecil dulu. Dulu, aku memang tidak suka makan siang. Malam pun aku tak makan. 

Tapi bila dah larut malam, barulah aku kejutkan mak aku suruh buatkan lempeng. Mak aku pun bangunla buatkan lempeng cincai-cincai. Kemudian, bancuh air milo yang cair gila. Kalau mak aku tak buatkan, memang badan aku menggeletar. Maksudnya lapar sangat-sangat la.

Tapi skang ni, dah tua bangka camni, kat kolej pulak, boleh makan kerepek je sampai naik haus gusi. Kalau mak aku dengar mesti dia kesian. Tapi sebab aku ni kononnya anak yang baik dan tak menyusahkan mak bapak, jadi aku senyapkan je cerita ni. 

Ingat kenangan zaman bebudak memang best, waktu tu tanggungjawab belum berat, tahu makan, tidur, berak dan main je. Yang lain, tak pernah fikir pun.

Tapi kalau sekarang ni aku saja-saja minta mak aku buatkan lempeng, nanti mak aku kata balik

"Ohhhh!! Buatla sendiri. Hai, nak makan pun suruh mak?"

Tapi bergantung kat keadaan la juga. Kalau aku baru je balik kampung, boleh la demand nak manja itu ini, tapi masuk seminggu, bila mak aku dah bosan mengadap muka aku, jawapan kat atas tu memang wajib aku dapat.

Kira ok lg kalau dapat macam tu, buatnya mak aku buat muka pasrah pastu cakap camni,

" Mak teringin sungguh nak rasa tangan orang tu pulak"

Kan naya aku.

Kesudahannya aku buat maggi sup untuk mak aku. Best kan dapat anak macam aku.
Rasanya setiap ibu harap anak dia rajin tolong dia kat dapur. Kesian mak aku.
Hu hu
p/s- Blogging ibarat meditasi bagi aku. Sebab, dah siap satu entri, baru aku bleh wat kerja.

10 comments:

Moon BlooDy Spell said...

lempeng cicah dengan gula sedap

Bungakopi said...

moonbloody speel,
betul2

al-mankaraqi said...

nak lempeng gak..........

Mohd Fikri Abdullah said...

hahaha..menarik cerita ni..tgh dok ngantuk pon dan lagi dok menaip..panjang lak tu..

Bungakopi said...

al-mankaraqi,
lempeng takde, lempang ada. nak? huhu

mohd fikri abdullah,
saya mengigau sebenarnya.

zaty fiziaty said...

klakar tol entry ni...ko da wat ak tringat zmn2 kcik2 dulu..hee...leh manje2..tp skrg xleh nk manje2..adik2 diutamakan...ngee~

Anonymous said...

wehh.. aku tgok katun dalam blog ni yang tgah kjar deadline, tak jauh sangat nga cara ko jalan la.. serius ni..

-abeza-

Bungakopi said...

zaty fiziaty,
skang ko manje2 ngan Teetttt plak kan?

abeza,
ko mmg nak kena ni .huhu..taula muka seiras ngan suami fara.

Ah Fatt said...

manja giler ko dengan mak

Bungakopi said...

ah fat,
ko lg manja kan