Mei 2013

This world doesn't makes any sense anymore~




Wednesday, March 24, 2010

Perlukah lagu dalam blog?

Sejak dua tiga hari ni aku jadi babysitter kepada anak kawan aku. Cuba bayangkan seorang blogger yang baru menidurkan bayi seperti di dalam gambar ini.
Best jaga budak?

Best, sebab tu aku nak jaga. Tak perlulah aku cakap gian aku untuk berblogging dengan gian aku untuk main dengan budak.

Memang tak sama. Tapi bila tangan agak lenguh, baby pula baru boleh tidur, bayangkan apabila tiba-tiba termasuk blog yang ada lagu.

HEH ! HEH! HOH! HOH!

Agak-agak terkejut tak baby kat sebelah aku? Aku pun apa lagi, cepat-cepat pangkah merah je blog tersebut. Maaflah, cari mute tak jumpa.

P/S-Ada juga blog yang lagunya best-best. Contoh : blog Aizul Marcello & Beautiful Rose.

4 comments:

Husna Hadzarami said...

sbb tu tak berapa nak suka kalau blog yg ada mp3 ni, especially yg xde simbol pause or stop.

Bungakopi said...

Husna,
betul. nak mute slalu, kita pun nk dgr lagu sndiri jugak.

Anonymous said...

emmm.. dulu blog ni pon ade gak sediakan pekhidmatan lagu percuma, ska ni da xde.. bgos la..

-abeza-

Bungakopi said...

abeza,
xsuka dgr ke?