Mei 2013

This world doesn't makes any sense anymore~




Sunday, February 7, 2010

Bebelan Rosnah

Hari ini pergi program PASAQ iaitu Pengukuhan sahsiah melalui Sains dan Al-Quran. Penceramahnya adalah seorang profesor fizik di sebuah universiti terkemuka tanah air. Pagi tadi, punyalah bersemangat aku turun ke tempat ceramah, sambil jinjit buku lagi untuk catit gems yang mungkin aku dapat dalam program ini. Tajuknya dah gempak, tapi entah kenapa tak banyak ilmu baru yang boleh aku kutip. Jadi, sangat bosanlah bila terawang-terawang di atas kerusi tanpa fokus. Seksa gila menunggu dari pukul 9.30 pagi hingga pukul 12.37 tengahari. 

Kawan aku, Ckin sakit perut pulak sebab minum air herba yang bertujuan untuk menguruskan badan. Kali pertama sakit perut, aku temankan ke surau berdekatan since takut dia malu plak nak berjalan sorang-sorang kan. Masuk kali kedua, dia pergi sendiri. Kemudian, bila ceramah dah habis, aku pun sibuk cari kupon makanan. Tempat ambil makanan agak crowded jugalah. Dengan menggunakan kepakaran menyelit aku, maka mudah sahaja aku dapat mencapai polisterene di atas meja. Seronok sekali dapat makan FREE ni.

Tapi masih terdengar soseh-soseh orang yang tidak puas hati dengan makanan yang disediakan. Ada yang cakap nasi berketul, kuah sikit, ayam kecil. Betapa mereka tidak bersyukur. Orang nak bagi, ambil sahajalah. Kalau tidak puas hati, memang mudah. Kalau tak nak, lagi mudah. Bagi saja dekat orang lain. Pergi beli sendiri kat kafe. Kan banyak pilihan..

Kalau dah ada rezeki depan mata, aku cukup tidak selesa bila orang mengomel-ngomel pasal makanan. Boleh bantut selera aku yang besar ni. Boleh hilang rasa gembira aku dapat makan makanan FREE. Ya Allah, sedapnya hanya Tuhan yang tahu. Maklumlah, benda FREE. Kalau aku beli ikan masak tiga rasa pun rasanya belum tentu sesedap ini. Nasi berlaukkan ayam masak merah. Ok what? Walaupun aku cuma dapat leher ayam, tapi makan juga dengan senang hati. Apalah sebabnya nak makan pun mengomel yang bukan-bukan?
HIDUP KENA TAHU BERSYUKUR


No comments: