Mei 2013

This world doesn't makes any sense anymore~




Tuesday, February 2, 2010

Lelaki sangat menjengkelkan bila

Kadang-kadang aku rasa lelaki itu menjengkelkan bila :
  1. Asyik sebut nama Lisa Surihani + Tiz Zaqyah + Rozita Che Wan kalau refer kepada perempuan.
  2. Buat-buat tak kenal coursemate pempuan yang tak berapa nak comel kalau terserempak di mana-mana.
  3. Hisap rokok berkepul-kepul dengan cara duduk terkangkang di meja makan sebelah aku.
  4. Datang lambat ke kelas kemudian masuk dengan buat muka glamour.
  5. Hanya tolong perempuan yang cun.
  6. Suka rasa lebih berkuasa daripada perempuan.
  7. Hanya ingat sunnah nabi yang kawin empat tu padahal sunnah lain haram tak tahu.
  8. Mereka ustaz tapi suruh perempuan jahitkan butang pada lengan baju yang sedang dipakai oleh mereka.
  9. Suka meletakkan gender sbg alasan untuk menafikan kerja seseorang wanita.
  10. Bermulut manis dgn pempuan kemudian bila ditanya tu awek ko ke, then dia jawab, aku saja je test market, dah dia layan, aku on je. Memang jenis tak boleh dibuat pasangan ni.
  11. Melabelkan semua perempuan itu sama.
  12. Berotak tipikal tentang perempuan.
  13. Cerita pasal keburukan bini/ awek dekat kedai kopi (ramai lelaki begini) Aku minta dijauhkan drp lelaki begini.
  14. Sibuk sebut pasal tanggungjawab isteri kena patuh pada suami, padahal tanggungjawab sendiri tak tahu.
  15. Cakap berdegar-degar
  16. Apabila mereka menasihati pemakaian aku, cara bercakap aku padahal mereka sendiri tengok cerita lucah secara rutin. Ape kes?
  17. Apabila mereka menegur laptop aku yang berdebu padahal mereka sendiri sudah sebulan tidak membasuh jeans.
  18. Mereka menyuruh aku pakai baju kurung.
Kakak aku pulak rasa lelaki itu menjengkelkan bila ...

1. mrka anggap kerja-kerja rumah tu tugas orang perempuan je..
2. bergantung pada duit gaji isteri jer tiap2 bulan, padahal dia sendiri kat rumah goyang kaki.

Tapi, aku baru perasan bahawa aku juga mungkin menjengkelkan lelaki apabila:

  1. Aku bercakap ikut suka hati aku.
  2. Aku asyik tatap wajah Fahrin Ahmad yang sedang menangis dalam paper Berita Harian atau tengok cerita Si Capik sebab nak tengok muka Zachery  walhal cerita tak best.
  3. Aku bercakap dan lupa bahawa mereka adalah lelaki dan aku perempuan.
  4. Apabila aku tidak tergugat bila mereka buat muka macho di depan aku.
  5. Apabila aku berpura-pura tidak perasan kehadiran mereka di depan aku.
  6. Apabila aku tidak beri peluang kepada lelaki untuk menunjukkan kuasa melindung mereka.
  7. Apabila aku buat tidak faham apabila mereka bercakap secara madah.
  8. Apabila aku berkata "kau ni mulut banyak macam perempuanlah"  
  9. apabila mereka mesej aku, 
"dah makan ke, aku jawab hari2 saya makan tak pernah miss atau mereka tanya buat apa tu, aku jawab buatlah apa pun. 

Ps- hidup suka cari salah orang.

11 comments:

Fza.ithu.Zazha said...

Peh!
Ku suka ini entry. sumpah btol. HAHA.

Husna said...

perangai lelaki yg menjengkelkan tu, saya setuju yg nombor 1, 2 3, 4... eh macam semua je saya setuju :P
entri ni best!

Bungakopi said...

Fza.ithu.Zazha,

melalui pemerhatian dan pengalaman. heh.


Husna,

Hehe,thanks

Sesumpah said...

ini terbaiklah wey


:D

Bungakopi said...

sesumpah,

apa yg terbaiknya? huhu

Shukri Mohd Ali said...

perempuan rasa saya jengekel bila :

1. asyik sebut tentang rabiatul adawiyah dan wanita-wanita syurga

2. tolong semua orang dan terlepas pandang mereka yg comel

3. baca buku semasa berada satu meja makan dengan mereka

4. datang kelas awal dan duduk di sebelah wanita senior yang ramah-tamah

5. tak tolong mereka yang cun (kerana menjaga pandangan dari ditutup syaitan)

6. sentiasa bagi cadangan yang mematahkan cadangan-cadangan tak bernas mereka (di depan pensyarah selalunya)

7. selalu ingatkan bahawa Nabi itu sangat pemalu dan menyuruh memalingkan muka dari wanita dan mereka merungut dengan berkata : buat apa pakai cantik2 kalau lelaki tak pandang?

8. saya melarang mereka dari menggedik dengan lelaki

9. melihat bahawa ada perbezaan pendapat yang kedangkala berbaur feminisme

10. bermulut manis pada semua orang kemudian mereka berkata : kau tak puji aku pun!

11. perempuan itu berbeza mengikut akhlak dan penampilan.

12. berfikir bahawa wanita ialah makhluk cantik yang Tuhan ciptakan di atas dunia.

13. cerita keburukannya pada dia sendiri supaya orang lain tak cakap buruk pasal dia. lalu dia balas : hei, suka hati aku la nak pakai apa pun! yang kau sibuk suruh aku tutup aurat ni apahal?

14. bercerita mengenai peranan wanita dan menghalang niat mereka dari bercouple.

15. cakap serupa ustaz

16. menasihati pakaian mereka kerana ada aurat yang terdedah. akan dapat jawapan yg sama seperti no 14.

17. mengingatkan bahawa menjaga kebersihan adalah tuntutan iman juga supaya orang lain tak fikir mereka malas.

18. mengingatkan bahawa Islam menggalakkan pakaian yang menutup aurat.

err...saya ni dalam kategori mana ek??? kenapa saya diklasifikasikn sebagai jengkel???

Bungakopi said...

shukri,
panjang gila komen boleh buat satu entry.

err, ko tak menjengkelkan pon.sebab jeans ko basuh hari2 kan.

Shukri Mohd Ali said...

hihihi. err...saya jarang pakai jeans. huhu.

Bungakopi said...

shukri,

tak menjengkelkan juga sebab ko tak tengok cerita lucah. jadi ko boleh la nasihat orang. ahaks.

Shukri Mohd Ali said...

ish, ish, ish...bahaya tu cerita lucah. boleh hilang berkat pembelajaran. aish. mintak2 dijauhkan. amin!

Bungakopi said...

shukri mohd ali,

hati pun gelap. minta kita dijauhkan.