Mei 2013

This world doesn't makes any sense anymore~




Sunday, February 21, 2010

Cara-cara pecah kereta pecah gelas

Selamat ........semua.

Bergantung kepada waktu anda membaca entri ini untuk anda bayangkan apa yang perlu diisi di tempat kosong tersebut. Lama tidak menulis entri bukan bermakna sudah melupakan aktiviti blogging yang best ini, tetapi banyak perkara lain yang perlu diutamakan. Hari ini ada tiga topik iaitu :
merampok, perkahwinan dan melahirkan bayi. 

Sepanjang cuti raya cina, aku ke Kelantan untuk menghadiri majlis kenduri kahwin seorang kawan bernama Faraszuiana Bt Yazid. Aku rasakan sepanjang bercuti ini ibarat aku pergi ke program bakti siswa sahaja.

Tiga hari berfoya-foya di Redland,
kemudian bergelandangan di Goldensand,
akhirnya menapak ke Kota Bharu.
Aku juga dapat pengalaman baru, ilmu baru yang sangat bermakna iaitu

CARA UNTUK MENGOPAK PINTU KERETA DI SAAT-SAAT GENTING.
Bagaimana? 
 
Ini semua Fariq punya pasal. Siapa Fariq? Beliau boyfriend housemate aku.  Lepas balik dari kenduri kawin Fara, kami berkereta ke Kota Bharu kejap. 

Dek kerana excited nak menjelajah Kb Mall, beliau dengan hampehnya tidak mengambil kunci kereta menyebabkan kami terpaksa bertungkus lumus setelah penat meninjau belah di Kb Mall. 

Disebabkan kegugupan kerana kereta itu milik ibu aweknya, dan kerana tidak mahu saham jatuh di hadapan bakal ayah mentua, maka Fariq telah membuat keputusan untuk tidak menyusahkan bakal ibu bapanya untuk membawakan kunci spare dari rumah. Lama juga tau proses ni. Maklumlah, masing-masing tak pernah merampok. 
Setakat pecah kaca pecah tabung kakak tu pernahlah..



Mesti dalam fikiran kamu semua, oo..begini rupanya pecah kereta.. Okeh, tamat kisah mengopak pintu kereta. Tengok dalam gambar tu, gambar aku pakai baju kebaya kan? Sebenarnya aku memang tak suka pakai macam tu. Sangat-sangat tidak suka. Aku juga berazam bahawa itu kali terakhir aku pakai baju tersebut. Aku ingatkan nak bakar je baju tu pasni, tapi fikir2 balik..tak jadi pula. Bukan sengaja nak pakai, tapi itu satu-satunya baju aku yang bergaya sikit. Baju lain semuanya zaman tok kaduk. Tambahan pula, hari tu aku and the gang ke kenduri kahwin Fara, jadi kononnya nak nampak kemas la sikit.

  
berdebarnya

Gambar ni aku snap sebaik sahaja mak andam selesai mekapkan si Fara. Berdebar semacam je muka dia, kan? Cuba teka alat mekap apa?


 
 Ini pula gambar Fara bersama hubbynya yang malu-malu miaw. Handsome tak? Siapa yang setuju muka si lelaki ni macam Nazmin?
 
                                                     kacak tak aku

Ini gambar Nazmin waktu zaman budak-budak. Cuba tengok betul-betul. Memang ada iras dengan pengantin lelaki. Pelanduk betul. Nanti Nazmin membesar muka macam tu la rasanya.


 
Tadaa. Akhirnya sampai juga ke gambar utama. Gambar Fara dan suaminya. Dalam banyak-banyak gambar yang aku tangkap, gambar ini je yang sempurna sikit. Yang lain semua macam pelik. Ada mata tertutup, mata separuh terbuka dan mulut tengah menguap. Suami Fara nampak tertekan sikit. Semua pic dia camtu. Segan kot. 
 

Waktu kawin semua benda orang tengok. Dari alat mekap, pelamin, hantaran, cara duduk, cara letak kaki...
 
Diela dah kena tahan dalam wad siang tadi, due date bersalin sepatutnya 22 hb, tapi mungkin sebab ni kelahiran bayi pertama, jadi awal sikit. Fara dah kawin pada 15 Februari , Ckin, Tieqah & Fizi tengah berkasih-kasihan...tapi Fizi la paling ketara..siap suruh aku upload pic ni lg dalam blog aku.

 
Mr. Fariq & Mrs. Fariq

Semuanya sudah berdua. Tinggal aku seorang...


P/S- Apapun, di kesempatan ini, aku nak mengucapkan semoga Diela selamat melahirkan bayi yang comel, semoga Fara bahagia, semoga  Fizi bahagia, semoga smuaaaaaa bahagia. Ameen. (apasal aku call diela tak angkat, dah selamat bersalin ke)

13 comments:

beautiful_rose said...

hahah giliran ko bile lagi??? =p

Bungakopi said...

malas aku nak pk. menyedihkan je. huahua

Mohd Shafie Bin Hashim said...

menarik...:)

Moon BlooDy Spell said...

yunk......nazmin tu membe aku...
dia pernah sekolah dekat sekolah menengah kebangsaan jerantut pahang kan.. masa tingkatan 6.. ke kau pun kawan lama ku...??

Bungakopi said...

moon bloody spell,

lorr yeke? a'ah, rasanya dia penah study situ dlu. aku tak, aku skool kat kedah. ko ada affair ngan die ke dlu?

Bungakopi said...

mohd shafie,

owh, aku memang menarik. haha

Anonymous said...

Ooow.. sunyi ek, xpe.. nati ade la yang sangkut tu...

-abeza-

Bungakopi said...

abeza,

ada ke aku sebut sunyi?

Shukri Mohd Ali said...

saya suka wanita berbaju kurung biasa. ala-ala perempuan melayu terakhir gitu. biarpun dari zaman tuk kaduk. hihi =)

"semuanya sudah berdua. tinggal aku seorang..."

statement tak boleh tahan...tak tau nak komen apa. hehehe =D

Bungakopi said...

shukri mohd ali,

wah, tradisionalnya.

Anonymous said...

Ooo.. ksorangan,same la 2..

mellybella said...

salam..uit minah, pic fizi pakai bju ungu tu nmpak berisi la..aku nak tgok lagi pic2 die..

Bungakopi said...

anonymous,

abeza ke ni. tk sama la.

mellybella,

gediknya letak nama camtu. nak tgok on la